-26-

Other Completed 91921

Azril mendekati Sumayyah apabila melihat Sumayyah sendiri selepas balik dari tandas.

"Su." Panggil Azril lembut.

Sumayyah menoleh kebelakang dan melihat Azril berada tepat didepannya kini.

"Kau nak apa lagi Ril. Please lah move on. Aku bukan yang baik untuk kau. Jadi tolong jauhlah dariku. Aku taknak Wife you akan salahkan aku. Sedangkan kau yang salahendekati aku." Kata Sumayyah.

Sumayyah ingin berlalu namun dicegah oleh Azril.

"Kejap. Abang rindukan Su." Sambil mengusap wajah Sumayyah.

Sumayyah menepis kuat tangan Azril yang menyentuh pipinya.

"Jaga adab kau Ril." Kata Sumayyah.

"Adab? Hahahah!!! Adab aku kau cakap sedangkan kau Su. Dipeluk oleh lelaki bukan muhrim kau. Kau kata Aku jaga adab aku." Kata Azril.

"Kau nak kisah apa? Walaupun aku nak tidur sekalipun dengannya kau bukan Siapa siapa dengan aku." Kata Sumayyah menunjuk wajah Azril.

"Kau tu hak aku!! Sampai bila bila kau hak aku." Kata Azril mula meninggikan suaranya pada Sumayyah.

"Kau bukan siapa siapa dengan aku sekarang. Aku boleh buat apa je." Lata Sumayyah.

"Kau dah kenapa Su. Dah ketandusan sangat dengan belaian lelaki.eh sini aku puaskan kau." Kau Azril lalu menarik kasar Sumayyah.

Sumayyah cuba sedaya upaya menarik lengannya dari dlgenggaman Azril, namun apalah kekuatan yang dia ada berbanding kekuatan Azril.

Zizi melihat Azril sedang menarik Sumayyahenjauh dari tempat pameran mulai emosi dan marah.

Zizi menapak cepat kearah Azril dan melepaskan cengkeraman Azril dilengan Sumayyah lalu menghayunkan penampar ke wajah Sumayyah.

"Zi!!" Herdik Azril pada isterinya.

"Kenapa? Hah!! Kenapa awak nak marah saya?" Tanya Zizi.

"Kenapa kau sepak dia!!" Tengking Nadzmi yang mula menapak melihat kejadian Sumayyah dilempang didepan orang ramai.

Zaril meluru kearah Sumayyah dan melihat hujung bibir Sumayyah pecah akibat tamparan dari Zizi.

"Sebab dia nak rebut suami aku." Kata Zizi santai.

"Kau buta ke apa Perempuan!! Laki kau yang heret Sumayyah dengan paksa. Banyak saksi yang melihat!!" Herdik Nadzmi.

"Cheh.. Berlagak macam lah adik dia tu beharga sangat. Baik ke dia cantikke dia hinggakan Azril berpindah kasih pada aku." Kata Zizi.

"Sebab kau jual maruah kau pada dia! Sebab kau perempuan takde maruah sanggup bagi harga diri kau oada lelaki buaya macam dia ni!!" Emosi Sumayyah mulai membara. Kesabarannya menipis.

"Dan kau Azril. Aku akan pastikan kau takkan ada hak keatas anak ni walaupun kau nak jumpa dia." Kata Sumayyah.

"Su jangan buat Abang macam ni." Kata Azril.

"Tapi kau yamg buat aku jadi macam ni. Aku dah cukup bersabar dengan kau berdua ni." Kata Sumayyah.

Banyak mata memandang Zizi dengan jijik. Azza dan Azman merapati mereka dan Azza bertindak mencengkam shawl dikepala Sumayyah.

"Lepaslah!! Aku taknak berkasar dengan orang tua!" Tengking Sumayyah.

Nadzmi yang tak dapat mengawal emosinya mencengkam tangan Azza dengan kuat hingga pucat tangan Azza dipegangnya. Azza melepaskan cengkaman di kepala Sumayyah.

Zaril melindungi Sumayyah dibelakangnya. Dhia dan Dhian dalam pegangan Mia dan Ainul.

"Kau jangan sampai aku buat tangan ni padah dua." Kata Nadzmi dan melepaskan tangan Azza dengan kasar.

"Kau ingat aku takut dengan ugutan kau ke?" Tanya Azza.

Azman membawa 5 orang pegawai polis yang bertugas disana. Namun apa yang jadi membuatkan mereka bergetar hebat seluruh tubuh.

"Tengku Muda, Tengku Bongsu. Maaf kami lambat. Apong menghubungi menyatakan Tengku serta Tengku Bongsu ada di sini." Kata Pegawai polis itu.

"Takpe. Aku nak kau tahan mereka ni sebab dah menyebabkan Su cedera." Kata Nadzmi.

Seorang pegawai melihat Sumayyah yang berada dirangkulan Zaril.

"Maaf sangat sangat Tengku Bongsu. Akibat kelalaian dari kami, Tengku Bongsu mendapat kecelakaan." Kata Pegawai itu.

"Along Su nak balik." Kata Sumayyah. Dia malu kerana diperlakukan oleh Zizi sampai begitu didepan Umum.

Dia masih ada maruah. Dan maruahnya dipijak oleh Keluarga Azril.

"Te... Tengku?" Tanya Azman.

"Tunggu surat saman dari kami. Kau buatkan Sumayyah cedera." Kata Nadzmi. Mereka berlalu meninggalkan pesta itu dengan keadaan yang sangat kacau.

"Sikembar biar dengan kami. Ril tolong bawa Su ke klinik." Kata Nadzmi.

"Ok." Kata Zaril.

"Tak payahlah Along. Su ok." Kata Sumayyah.

"Su ok. But not me. Along risau kalau ada pendarahan dalam. Kuat juga wife Azril melempang Su tadi." Kata Nadzmi.

"Takpe biar saya bawa awak." Kata Zaril.

Zaril membawa Sumayyah ke klinik berdekatan. Risau melihat keadaan Sumayyah yang senyap memanjang dalam perjalanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience