-4-

Other Completed 91921

Masuk saja Sumayyah depan rumah, dia melihat wajah marah suaminya.

"Dah puas peluk jantan lain?" Kata Azril.

"Jantan mana kaosud Abang ni?" Tanya Sumayyah sedangkan dia tak jumpa sesiapa melainan Nadzim.

"Kau menjawab aku ye." Kata Azril.

Azril bangun dan mencapai tudung yang membaluti kepala Sumayyah. Menarik kuat hingga Sumayyah terpaksa ikut langkah Azril dalam kesakitan.

"Abang. Tolonglah. Lepaskan Su. Sakit dah kepala Su ni." Kata Sumayyah memohon.

Azril menolak kuat pintu biliknya. Tubuh Sumayyah ditolak kedepan. Sumayya jatuh keatas katil yang ada didepannya.

Azril mencapai gunting di atas meja solek didalam bilik lalu menapak menuju kearah Sumayyah.

Sumayyah takut melihat Azril yang membawa gunting menapak kearahnya.

"Abang nak buat apa dengan gunting tu?" Tanya Sumayyah sambil berundur kekepala katil.

Sumayyah melompat turun dari katilnya namun dengan sigap Azril menangkapnya.

"Kau nak pergi mana? Kau ingat kau boleh lepas dari aku. No Sumayyah. No!!" Teriak Azril macam orang terkena histeria.

Azril menarik tudung Sumayyah hingga rambutnya terurai.

"Abang tolong bang jangan!!" Teriak Sumayyah dalam tangisan.

"Kau berani khianati aku Sumayyah. Kau boleh cari Jantan lain dekat luar tu!!" Teriak Azril mula menggunting rambut Sumayyah.

"Tu Along. Along!!!" Tengking Sumayyah, sama naik dengan teriakan Azril.

Azril terhenti apabila mendengar nama Along disebut oleh Sumayyah.

"Ooo kau dah mula adu dekat Nadzim pasal aku pukul kau!!" Herdik Azril mula mengoyak pakaian yang tersarung pada tubuh Sumayyah.

Baru kali ni Sumayyah merasakan dirinya bagai dirogol. Dirogol ole. suami sendiri tanpa rela.

Azril meninggalkannya dalam keadaan tanpa seurat benang dibadannya. Sumayyah menangis semahunya. Ingin mencaci memaki Azril namun dia masih tahu dosa.

Lengannya kebiruan akibat tekanan dari tangan Azril. Sumayyah bangun berlalu masuk kekamar mandi dan duduk dibawah pancuran air. Tangisan menguasai dirinya.

"Along..." Panggilnya sekali.

Suara tangisannya tenggelam dek bunyi pancuran air.

Nadzim menerima panggilan dari orang kanan Arwah Papanya. Dia menghentikan kerjanya yang sedang membantu makenik membaiki enjin kereta yang berada dalam bengkelnya.

"Ada apa Pong?" Tanya Nadzim.

"Maaf Tengku Muda. Sebaiknya Tengku Muda datang menemui Tengku Bongsu." Kata Apong.

"Kenapa dengan Su?" Kata Nadzim mulai tak senang kerana terfikir akan hal yang menimpa Sumayyah.

"Azril dah berlalu dari rumah sewanya selepas memukul Tengku Bongsu." Kata Apong.

"Baiklah saya kesana sekarang. Kau ikut dan cari tahu kemana Azril." Kata Nadzim dan memutuskan panggilan

"Seng, Kau tolong buat kana yang patut. Aku nak jumpa Su." Kata Nadzim.

"Sumayyah kenapa? Dia ok kan?" Tanya Ahseng.

"Aku pun tak tahu." Kata Nadzim.

Nadzim meninggalkan pekerjanya dan pergi kerumah sewa Azril menggunakan kereta milik Arwah Papanya.

Sesampainya dirumah sewa Azril, Pintu utama terbuka tanpa bertutup. Dia melangkah masuk mencari Sumayyah.

"Su? Su?" Panggilnya. Namun Sumayyah tiada, Dia melihat keatas sambil menapak menaiki tangga.

Dia melihat kedalam bilik yang terbuka luas. Berselerak dengan pakaian yang dipakai Sumayyah tadi koyak dan berselerak diatas lantai. Begitu dia terlihat rambut panjang dilantai dia pasti itu kepunyaan Sumayyah.

Dia masuk dan mengetuk pintu kamar mandi apabila mendengar suara air dan tangisan Sumayyah.

"Su? Su? Sumayyah." Sambil tangannya mengetuk pintu kamar mandi.

Sumayyah didalam yang mendengar suara Nadzim memanggil namanya bangun dan membalut badannya dengan tuala mandi.

Dia menapak kedepan pintu kamar mandi dan membuka kunci dari dalam. Sumayyah keluar.

"Ya Allah Su??" Nadzim melihat adiknya dalam keadaan lebam sana sini dibadannya.

"Apa Azril dah buat pada Su ni?" Tanya Nadzim.

Sumayyah hanya mampu menggelengkan kepala, Lalu memeluk erat Nadzim.

"Along." Tangisnya jadi semula. Hancur perasaan Nadzim mendengar tangisan Sumayyah.

"Su ikut Along. Tinggal dengan Along semula. Ye?" Kata Nadzim dan Sumayyah mengiyakan.

Nadzim meninggalkan Sumayyah didalam biliknya untuk mengemas pakaiannya dan memakai baju.

Nadzim menerima pesanan dari Apong. Sekeping gambar Azril bersama dengan serang gadis seksi yang baru keluar dari restoran mahal.

-AZRIL TELAH MENYEWA SEBUAB BILIK DEKAT HOTEL ARMADA. NO BILIK 4012 TINGKAT 4. - Apong.

- PASTIKAN DIA BERADA DIDALAM BILIK TU. MALAM SIKIT AKU AKAN DATANG KESANA BERSAMA SUMAYYAH - Nadzim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience