-13-

Other Completed 91921

Baru menapak depan Apartment, Phone Sumayyah berdering lagi. Panggilan dari Nadzmi.

Sumayyah memberi isyarat agar Zaril masuk dahulu.

"Su kat mana?" Tanya Nadzmi selepas berbalas salam.

"Dekat Apartment Zaril. Hotel semua full." Kata Sumayyah.

"La yeke. Habis tu Su dengan Zaril je?" Tanya Nadzmi risau kalau sesuatu terjadi pada adiknya.

"Along jangan risau, Ada Orang kanan Zaril juga dengan adik perempuan dia tinggal kat sini." Kata Sumayyah.

"Oo Along ingat Su dengan Zaril je." Kata Nadzmi.

"Ishh Along ni. Tahulah Su haram dan halal ni. Mana elok mana tak." Kata Sumayyah.

"He Along cuma risau. Lagipun tadi Apong bagitahu dia dapat info yag Azril juga berada di singapore atas urusan tender esok." Kata Nadzmi.

"Along tak yah risau. Pandailah Su kat sini." Kata Sumayyah.

Selepas bertanya tentang sikembar dan melihat wajah si kembar, Akhirnya Nadzmi memutuskan panggilan.

Sumayyah membuka pintu dan masuk kedalam Apartment dengan memberi salam.

"Masuklah Sumayyah." Kata Zaril yang sedang santai bersama Qayyum dan seorang gadis dalam lingkungan 19 tahun.

"Boss. Nak tanya tandas kat mana?" Tanya Sumayyah.

"Akak tinggal dalam bilik Mia." Kata Mia.

"Hah. Ok. Akak on je. Tapi akak nak ketandas." Kata Sumayyah lagi.

"Jom dekat bilik ada tandas." Kata Mia.

Mia membawakan beg Sumayyah dan berlalu masuk kebilik paling hujung.

Mia menolak pintu biliknya dan menunjukkan tandas. Sumayyah yang sudah tak mampu menahan berlari ketandas.

"Akak rehatlah. Mia nak tengok TV." Kata Mia.

"Ok." Balas Sumayyah dari tandas.

Mia duduk semula dan bergabung dengan abangnya Qayyum dan Boss abangnya Abang Zaril.

"Macam mana?" Tanya Zaril.

"Mia suruh akak rehat." Kata Mia.

"Thanks Mia." Kata Zaril.

"Its ok lah Abang." Kata Mia lagi.

"Tapi siapa dia tu? Nampak macam speacial je dalam diri kau." Tanya Qayyum.

"Dialah perempuan yang membuat aku berbunga setiap hari.

"Tu ke yang kau cerita dekat aku Sumayyah?" Tanya Qayyum.

Zaril hanya senyum memandang Tv didepannya.

Mungkin Allah nak dia yang menjaga Sumayyah. Kebetulan yang terjadi tadi petang membuka rahsia yang tersimpan lama oleh Sumayyah.

Didalam bilik Mia, Sumayyah baru selesai menggunakan tandas. Dia nak mengambil tuala apabila phonenya berbunyi. Nombor tak dikenali. Dia tak menjawabnya melainkan dia pergi mandi.

"Lantak kaulah siapa." Kata Sumayyah.

Selesai mandi, Dia menyikat rambutnya yang sengaja tak dicucinya kerana tidak membawa hair dryer.

Deia mencapai phone dan duduk dibirai katil. Ada beberapa pesanan Whatsapp yang diterimanya dari nombor tadi. Lalu dia membuka.

-ASSALAM. SU KAT MANA? ABANG DENGAR COMP SU IKUT DALAM TEMDER DEKAT SINGAPORE - Azril.

-KALAU SU TAK KEBERATAN JUMPA ABANG MALAM NI. ABANG RINDU SU. RINDU BELAIAN LEMBUT SU. - Azril.

-ABANG BOLEH DATANG HOTEL SU. SU CAKAP DEKAT ABANG NAMA HOTEL DAN NO BILIK - Azril.

-MALAM NI JE SAYANG. ESOK ZIZI AKAN DATANG DENGAN ANAK KAMI DAN MAMA DAN PAPA. MALAM NI JE WAKTU ABANG NAK MINTA BELAI SU. BOLEH TAK SAYANG. - Azril.

Phonenya bergetar lagi menandakan panggilan masuk. Sumayyah naik rimas lalu menekan butang off disisi kanan phone.

Dia melihat katil bujang dekat dalam bilik tersebut.

"Aduhh takkan aku nak biarkan Mia tidur dekat sofa ni kot?" Tanya Sumayyah.

Dia mengambil keputusan dan membuatkan beg yang dibawanya tadi jadi bantal, Dan kini dia merebahkan dirinya atas sofa.

"Tak pe 3 days only." Kata Sumayyah lalu memejamkan matanya yang sudah mengantuk. Penat melakukan perjalanan jauh ke Singapore.

"Mana Sumayyah ni?" Tanya Zaril.

"Takpe biar Mia tengok." Kata Mia pada Zaril.

Mia menapak kebiliknya, Membuka perlahan dan melihat tubuh Sumayyah terbaring diatas sofa dengan baju tidur teady bear tudung xpress dikepala membuatkan dia nampak seperti remaja 20tahun.

"Kak Sumayyah dah terlelap atas sofa." Kata Mia.

"Atas sofa? Kenapa tak dekat katil." Tanya Qayyum.

"Katil Mia kan katil bujang. Mana muat 2 orang." Kata Mia.

Zaril menepuk dada baru teringat. Namun sekarang berfikir cara memindahkan Sumayyah dari sofa ke katil dibiliknya. Keran dia akan tidur dibilik Qayyum yang mempunyai katil bertingkat.

"Biarlah dia Ril. Kau sendiri faham apa aku maksudkan." Kata Qayyum.

"Maksud kau?" Tanya Zaril.

"Sumayyah tu Single Mom. Tak sesuai dengan kau bujang trang tang tang." Kata Qayyum lagi.

"Tapi aku dah pernah cakap pada kau Yum dulu. Kan susun lah seberapa banyak perempuan depan aku, Seksi, Ayu, Muda , tua, Bujang,.Janda, Tapi takkan ada yang boleh gantikan nama Sumayyah dalam hati aku." Kata Zaril.

"Bukan Senang kau nak rebut hati Single mom ni. Kau mesti ambil hati anak anak dia juga." Qayyum berkata lagi.

"Macam nilah, Sumayyah ni memang dah jelas single mom bukan?" Tanya Zaril.

Namun Qayyum tak tahu siapa Qisya. Apa status Qisya kerana dia tahu dan kenal siapa tunang Qisya. Hanya dia taknak bagitahu jika belum sampai masa. Namun dia akan bagitahu hari ni depan Mia. Kerana Mia juga tahu siapa Qisya.

"Kau tahu tak status Qisya tu apa?" Tanya Zaril.

"Apahal pulak nak masukkan Qisya dalam hal ni. Dah tentulah Dia tu bukang, Anak dara. Takkan lah aku tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience