-20-

Other Completed 91921

Azril sampai di airport dan melihat wajah mencuka Zizi. Kalau Su dulu mungkin dia dah tangan namun tak kepada Zizi.

"Lambat!!" teriak Zizi pada Azril. Semua mata yang ada disana tertuju pada mereka.

"I dah kata, I baru siap meeting." Kata Azril.

"You tak payah nak berdalih lagi Azril. You ingat I tak tahu ke janda You ada dekat sini. Turut sama meeting dengan You." Kata Zizi.

"Zi, Su ada pun dia wakil dari syarikat dia tak sama dengan I." Kata Azril.

"Tapi You tetap jumpa dia bukan?" Kata Zizi.

"I jumpa pun dekat dalam bilik Meeting je." Kata Azril.

"Bohong." Herdik Zizi.

"Ikut suka you lah Zi. I dah kata tak, Taklah. You nak I cakap apa." Azril mulai tak boleh mengawal emosinya.

"You!!.." Zizi mula naik angin bila Azril berkata macam tu.

"Kalau you nak naik You naik kalau tak I nak gerak." Kata Azril.

Marahnya pada apa yang dilihatnya tadi masih belum habis tambah lagi bila Zizi mula buat hal herdik dia depan orang ramai. Jatuh maruah suaminya.

Dan saat itu dia terkenangkan Sumayyah. Perempuan yang masih memenuhi ruang hatinya dulu hingga kini.

Sumayyah jenis yang hanya ikut apa yang dimahu olehnya, Yang tak pandai meninggikan suara padanya. Yang selalu membuat kejantanannya tercabar akibat kepatuhan Sumayyah padanya.

Dan penyesalan mulai menerpa hatinya yang kini makin rapuh dek kehilangan Sumayyah yang kini makin jauh dari dirinya.

Zizi yang masih diluar dan taknak masuk kedalam kereta Azril. Menanti Azril keluar dan membukakan pintu kereta lalu memujuknya.

Azril yang menanti Zizi namun Zizi masih sama kaku berdiri diluar keretanya, Akhirnya Azril ambil jalan untuk meninggalkannya bersama anak lelakinya disana.

Zizi terpana melihat kereta Azril meninggalkannya bersama Anak lelakinya Zikry.

"Kau betul nak main api dengan aku Azril." Kata Zizi.

Dia menghubungi Mertuanya dan memberitahu perkara yang jadi pada dirinya kini. Azza mula naik angin pada Azril dan Sumayyah kerana telah membuat Zizi susah disana.

Phone Azril bergetar. Dian menjawab tanpa melihat si pemanggil.

"Kenapa Ril tinggalkan Zizi dan Zikry dekat Airport! Hah!" Herdik Azza dalam talian.

"Please lah Ma. Ril bukan budak lagi Ma. Jangan arah Ril itu ini. Jangan sampai Ril ceraikan Azza saat ini juga Ma!" Tengking Azril. Emosi yang dipendam akhirnya terkeluar jua.

"Apa yang Mama dan Papa nak Ril dah tunaikan hingga Ril hilang Su. Mama nak apa lagi, Nak lihat jasad Ril yang menemui Maka disana?" Tanya Azril.

"Apa yang Ril cakap ni?" Tanya Azza.

"Ril boleh langgar tembok kat sini ni Ma. Banyak beban yang Ril tanggung. Beban Rindu yang sarat pada Su pada anak anak." Kata Azril meluah.

"Kau yang pilih jalan ni Ril. Jadi kau kena hadap." Kata Azza lagi.

"Kalau Mama dan Papa tak beri kebenaran pada Zizi malam tu masuk kamar Ril, Mungkin Rilasih bahagia dengan Su." Kata Azril.

"Mungkin kalau pun tak jadi perkara tu,Su tetap akan tinggalkan Ril. Mama akan buat apa je asal perempuan miskin tu tinggalkan Ril." Kata Azza.

"Yes sekarang Mama dah berjaya. And Now Congrats Ma. Anak Mama memang dah hancur." Kata Azril.

"Mama taknak kau yang hamcur Ril tapi perempuan miskin tu. Kalau boleh Mama taknak tengok mukanya lagi apalagi keturunannya." Kata Azza lagi.

"Mama boleh buat apa je pada Ril. Tapi bila Mama jentik Su dan Anak anak Ril. Mama akan berdepan dengan Ril."Kata Azril.

"Kau buat macam mana pun, Perempuan tu takkan nak dekat kau Ril. Kau hampir nak bunuh dia. Kau tak ingat?" Tanya Azza.

Azril memutuskan talian yang bersambung.

Apa yang jadi sebelum dia ditangkap Khalwat oleh Su mula menghantui fikirannya.

"Abang salah Su. Abang terlalu ikutkan perasaan Abang masa tu." Kata Azril dengan mata berkaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience