-47-

Other Completed 92033

Zaril mengangkat tubuh isterinya perlahan naik kebilik selepas mengangkat tubuh kedua anaknya. Dia meletakkan tubuh Sumayyah perlahan diatas katil.

Tak sampai hati mengejutkan Sumayyah, Zaril membantu menggantikan baju yang terbalut ditubuh isterinya, Mengelap dengan tuala bersih.

"Ya Allah. Kau tabahkan Isteriku Ya Allah. Berilah dia kebahagiaan selepas semua derita yang dilaluinya. Aku tak sanggup melihat dia menderita." Kata Zaril.

"Hubby akan bahagiakan Sayang hingga hujung kehidupan Hubby." Kata Zaril mengusap lembut rambut lurus isterinya. Lalu mengucup dahi Sumayyah kejap.

Zaril meninggalkan isterinya dan membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, Dia duduk diatas tikar sejadah. Membuat tahajud disepertiga malam. Memohon agar derita yang ditanggung Nadzmi dan Apong ditarik semula.

"Ya Allah, Ampuni hambaMu ini. Yang tak mampu membahagiakan bidadari kirimanMu dihari pertama bergelar Isteri padaku." Kata Zaril.

"Ya Allah kau sembuhkan Sahabat ku. Sembuhkan Apong dan sembuhkan Nadzmi. Aku tak mahu melihat air mata Isteriku setiap kali dia buka mata." Kata Azril lagi.

Selesai berdoa dia duduk merenung kedepan. Tak sangka Sumayyah akan menanggung lagi derita disaat dia baru bergelar isteri pada Zaril.

"Along.. Alongg.. Tolong jangan tinggalkan Su." Kata Sumayyah mengalir airmata dalam tidur.

Zaril yang mendengar suara rintih tangis esakan dari sang isteri bangun dari tikar sembahyang dan duduk dibirai katil disisi isterinya.

"Shhhhh..." Zaril mengusap lagi kepala Sumayyah sambil menyeka Airmata yang mengalir dihujung mata.

Zaril membaringkan dirinya disisi Isteri tercinta lalu memeluk erat tubuh kurus Sumayyah. Sumayyah makin lena dan terasa seperti selamat disamping Sang suami.

Matahari memunculkan diri. Zaril membuka matanya dan meraba disisinya. Kosong. Sedangkan lepas sembahyang Subuh, Sumayyah kembali melelapkan mata disisinya.

Melihat sekeliling bilik tisda, Namun dia menangkap suara dari dalam kamar mandi. Dia perlahan menapak kepintu kamar mandi. Mendengarkanapa yang dibebel isterinya pagi ni.

"Dhia, Dhian, lepas ni tinggal rumah Nenek kejap ye. Mumy dan Papa nak pergi hospital jumpa Dydy." Kata Sumayyah.

"Otey mumy." Balas keduanya yang sedang mandi disalam tab sambil dijaga oleh Sumayyah.

"Good Girl and Good boy Mumy. Mumy sayang tau dua ketul Mumy ni. Kalau dulu, Mumy cuma sayang 3 orang dalam dunia ni selepas Moyang kamu pergi. And now orang yang Mumh sayang dah bertambah. Mumy sayang.." Belum sempat Sumayyah lengkapkan katanya, Dhia dan Dhian serentak berkata.

"Papa." Apabila melihat Zaril muncul dibalik pintu dibelakang Mumy mereka.

"Betul. Mumy sayang Papa. Papa pun Sayang Mumy juga. Sayang Dhia dan Dhian." Kata Zaril.

"Dah bangun?" Tanya Sumayyah menoleh melihat suaminya yang menempel dibelakangnya.

"Ermm Hubby ingat Sayang hilang kena culik alien. Tengok sikembar pun takde. Rupanya kena culik oleh pencuri cilik." Kata Zaril.

"Apalah Hubby ni. Lepas solat Sayang baring kejap macam selalu. Jam 6 Sayang bangun buat sarapan." Kata Sumayyah.

"Kejutlah Hubby. Jadi senang Hubby tolong Sayang." Kata Zaril.

"Ok. Dhia, Dhian. Papa jaga kejap tau. Mumy nak kemas katil kejap. Ok?" Tanya Sumayyah.

"Otey Mumy." Kata Dhia.

"Hubby tolong kejap ye." Kata Sumayyah mengusap wajah tampan suaminya.

"Nanti Hubby nak claim upah." Kata Zaril berbisik ditelinga Sumayyah lalu mengucup bibir isterinya kejap.

"Amboi. Dah mula ye miang dia ni?" Tanya Sumayyah. pipi jangan cakap dah macam tomato masak ranum.

"Hubby claim nak 4 lagi baby comel comel." Kata Zaril.

"Yeayyyyyy." Sorak sikembar.

"Amboii. Dah pandai sekarang sokong Papa." Kata Sumayyah berlalu meninggalkan mereka didalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience