-54-

Other Completed 92033

Sebulan selepas Nadzmi dan Apong keluar dari hospital, Dan Sumayyah sembuh dari lukanya. Akhirnya mereka bersatu semula.

Namun sejak kejadian itu, Sumayyah terlalu sibuk. Nadzmi dan Zaril perasan akan perubahan Sumayyah.

"Along. Hubby. Su nak keluar. Mungkin lewat sikit balik." Kata Sumayyah.

Dia menapak keluar selepas menyalami Nadzmi dan Zaril.

"Sibuknya Su. Bukannya dia dah letak jawatan ke?" Tanya Nadzmi.

"Entahlah Mi. Aku pun perasan." Kata Zaril.

Semasa kejadian lepas, Masuk sahaja kedalam Villa. Sumayyah memanggilnya.

"Hubby?" Panggil Sumayyah.

Zaril menoleh melihat isterinya disisinya.

"Kenapa?" Tanya Zaril.

Sumayyah mencapai tangan Zaril dan mengucup lama.

"Maafkan Su andai Su buat kesilapan pada Hubby. Ampunkan Su sebab kata kata Su tadi. Su takde niat nak sakitkan hati Hubby." Kata Sumayyah.

"Hubby tahu sukar untuk Sayang buang semuanya. Dan Hubby takkan halang Sayang nak berubah demi kebaikan Sayang. Mana tahu Hubby jauh dari Sayang." Kata Zaril.

"Berubah macam mana pun Su, Hati Su, Sayang Su cinta Su tetap sama pada Hubby.

Zaril tersenyum mengingat perkara lepas.

"Hah. Sengih ni kenapa?" Tanya Nadzmi yang sedang leka dengan Dhia.

Dhian pula masih leka makan disuapi oleh Zaril.

"Takdelah." Kata Zaril.

"Aku nak tanya ni? Betulke dahi Su koyak tu sebab jatuh tangga?" Tanya Nadzmi.

Zaril terdiam tak tahu nak cakap apa. Sedangkan Dahi Isterinya koyak kerana Azril.

"Mungkin kot. Sebab masa tu aku kerja memang tak terjawab dia call. Tup tup balik kerja tengok dah jadi macam tu. Nak bawak ke klinik taknak." Kata Zaril terpaksa berbohong.

Nadzmi hanya menganggukkan kepalanya.

Disisi lain, Sumayyah baru sahaja menapak diMahkamah atas urusan Hak penjagaan keatas Dhian yang difailkan oleh Azman dan Azza.

Dia datang kesana sendirian tanpa sebarang peguam. Sedangkan Azman dan Azza diwakili oleh Peguam yang terkenal hebat.

Persidangan berlansung. Sumayyah terlihat tenang walaupun dalam hatinya bergelora hebat.

Ya Allah, Kau permudahkan urusanku Allah. Doanya dalam hati.

Sumayyah mengeluarkan segala bukgi yang dia ada sehinggalah bukti terbaru yang dilakukan oleh Azril sebulan lalu.

Peguam yang mewakili Azman dan Azza terkejut melihat bukti yang kuat diberikan oleh Sumayyah.

"Gambar yang diberikan mungkin bukan dilakukan oleh bekas suaminya melainkan Suaminya sekarang." Kata Peguam itu.

"Saya ada bukti kejadiannya." Sumayyah menghulurkan pendrive pada Peguam yang melihatkan kejadian Azril sedang memukulnya di depan Syarikat Ainul bekerja.

"Encik Azman dan Puan Azza nak lihat bukti lagi? Ni bukti apa yang dilakukan oleh Azril pada saya bulan lepas." Sumayyah melihatkan parut luka yang ada diatas keningnya.

Sekua melihat disana. Hakim hanya menggelengkan kepalanya. Faham segala bukti yang diberikan Sumayyah adalah benar.

Hakim telah memutuskan Hak penjagaan Dhian Darwis keatas Sumayyah dan tidak dibenarkan family Azman dan Azza termasuk Azril untuk mendekati Sumayyah dan Anak anaknya.

Jika itu berlaku, Sumayyah boleh mengadukan Saman dan menjerumuskan mereka kedalam penjara.

Sumayyah mengucap Syukur keatasNya. Dia berlalu meninggalkan Mahkamah walauoun Azman dan Azza memanggilnya. Namun dia tidak menghiraukan.

Kerana dia kini bukan Sumayyah yang dulu. Senang dibuli dan senang dipijak.

Siapa berani mengganggu anak didik Komando Shahril anak PakLong nya. Sebulan Sumayyah bertungkus lumus mengubah dirinya. Ingin rasanya menyerah tetapi ingatkan nyawa hampir hilang oleh Azril, Dia gagahkan dirinya mengharungi setiap cubaan yang diberikan Shahril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience