-49-

Other Completed 91921

"Kau sanggup buat aku dan Along macam ni Ezad. Sampai hati kau. Sedangkan dulu masa sdkolah aku yang selalu bantu kau. Minta Along belikan kau basikal untuk kau guna kesekolah. Ni balasan kau kat kitorang?" Tanya Sumayyah lemah suaranya. Lelah lututnya bila dapat tahu Ezad yang melakukan.

"Maafkan aku Wiyah. Aku tak tahu. Kalau aku tahu tu kereta Abang Nami, Aku takkan tergamak." Kata Ezad yang berdiri dengan lutut didepan Sumayyah yang duduk lemah.

"Sapa yang bagi kau upah ni Zad?" Tanya Sumayyah.

"Kazen aku." Kata Ezad.

"Apa salah Along pasa kazen kau." Kata Sumayyah.

"Sebab Kazen aku bencikan Su." Kata Ezad.

"Dia benci aku? Sedangkan Aku tak ganggu hidup dia. Aku kenal ke sepupu kau?" Tanya Sumayyah.

"Aa... Ainul sepupu aku yang suruh aku." Kata Ezad.

"Ya Allah. Ainul.. Benci sangat ke kau dengan Along. Sampai kau sanggup buat Along macam ni. Aku yang kau benci kenapa kau ambil Along sebagai sasaran?" Kata Sumayyah merintih.

Rizal melihat Sumayyah yang merintih luka dihati, Merasa kasihan. Terfikir inhin meminjamkan bahu unyuknya melepas kesakitan. Namun siapalah dia. Nak dibandingkan dengan Suami Sumayyah.

"Inspektor, Silakan, Saya dah taknak bercakap dengan dia." Kata Sumayyah mula berdiri dari duduknya. Dia harus menemui Ainul dan membuat perhitungan dengan Perempuan itu.

"Baiklah. Fi bawak dia." Kata Rizal.

Ezad dibawa dari hasapan Sumayyah. Ezad merenung Sumayyah meminta simpati, Namun kini Sumayyah takkan berdiam lagi. Yang salah.dia akan hukum.

Sumayyah berlalu meninggalkan balai dan menujj kehospital dahulu. Dia taknak Nadzmi menantinya lama.

Sampai sahaja dikaunter Hospital dia bertanya pada jururawat dimana bilik Abangnya dan Apong. Jururawat menunjukkan ward yang menempatkan Nadzmi dan Apong

Dia menolak perlahan pintu Ward dan melihat Nadzmi sedang berbaring dan merenung keluar.

*Assalammualaikum." Sapa Sumayyah.

Apong yang telah sedar dahulu 3 hari lepas lena disisi katil Nadzmi membuka matanya dan melihat Sumayyah.

"Hai, Apong." Sapa Sumayyah. Dia berjalan merapati katil Nadzmi.

Jatungnya berdetak kuat. Airmata mula bertakung dikelopak mata. Rindu pada anak nata yang selalu merenungnya manja.Takut akan emosi dari Nadzmi.

"Along?" Panggil Sumayyah.

"Ingat Su taknak jumpa Along dah. Sebab lepas ni Along dah tak berguna lagi." Kata Nadzmi kecewa.

"Kenapa Along mesti kata macam tu? Along tak pernah susahkan Su. Tak terfikir dekat kepala ni Along beban pada Su." Kata Sumayyah mula emosi.

Nadzmi melihat Sumayyah yang sedang mengawal amarahnya.

"Along pernah terfikir tak, Apa akan jadi pada Su andai Along dah takde. ada tak Along Fikir?" Tanya Sumayyah.

"Takdekan. Sedangkan Along tak tahu langsung dalam hati Su ni, Dalam Kisah hati Su ni, Along tetap ditangga teratas. Kalau Along kenapa kenapa masa tu, Apa akan jadi oada Su?" Tanya Sumayyah lagi.

"Orang benci Su. Orang tak suka Su. Orang selalu ambil kesempatan atas diri Su. Tapi Su tak kisah semua tu. Sebab Su tahu. Su ada Along." Katanya mengesat kasar airmatanya dipipi.

"Setiap doa Su dan Zaril, Hanya nama Along dan Apong yang kami sebut. Agar korang berdua ni tetap disisi kami." Kata Sumayyah.

"Su sanggup berdoa pada Allah, Ambillah separuh dari Umurku Ya Allah berikan pada Aling da. Apong agar mereka tetap ada didepan mataku." Kata Sumayyah.

"Dalam hati Su, Aling tak pernah susahkan Su. Alkng tak pernah bebankan Su. Along tetap Madu dan Racun Su." Kata Sumayyah lalu memeluk Nadzmi.

"Su takut malam tu asalah malam teeakhir Su dengan Along. Su takut sangat." Tangisnya dibahu Nadzmi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience