-60-

Other Completed 91921

Zaril dan Nadzmi terpaksa meninggalkan Sumayyah di hospital sendiri pagi itu. Zaril yang menerima panggilan mendadak atas urusan kerja, Manakala Nadzmi pula sedang dinanti oleh Customernya dibengkelnya.

Sumayyah membuka perlahan matanya. Melihat sekeliling kosong. Hanya dia didalam Ward itu. Dia mencuba bangun dengan perlahan.

Terasa sakit dibahagian perutnya. Terpaksalah dia membuang jauh niatnya untuk duduk.

Doktor Nurul masuk kedalam Ward Sumayyah dan melihat pesakitnya telah sedar.

"Assalamualaikum." Sapa Nurul mesra.

"Waalaikumsalam." Balas Sumayyah dengan senyuman.

"Macam mana sekarang? Rasa ok tak?" Tanya Nurul.

"Sikit. Masih ada rasa sakit dekat perut." Kata Sumayyah.

"Takpe. Perlahan. Memang biasa kesan tikaman tu." Kata Nurul.

"Hmm." Balas Sumayyah.

"Ok Puan. Saya cek dulu ye." Kata Nurul.

Dia meminta jururawat agar membawa alat Scan kearahnya.

Sumayyah merasa pelik. Namun ditahan hati agar tidak menanyakan perkara itu.

Doktor Nurul faham dengan melihat airmuka Sumayyah.

"Jangan risau, Lepas ni mesti You akan mengandung lagi. Dont worry." Kata Nurul.

"Mengandung?" Tanya Sumayyah.

"You keguguran semalam." Bagitahu Nurul.

"Ya Allah. Betul ke?" Tanya Sumayyah.

"You tak tahu ke You mengandung?" Tanya Nurul.

Sumayyah menggelengkan kepalanya.

"Takpe. Belum rezeki. Mana tahu lepas ni ada lagi penghuni baru." Kata Nurul.

Sumayyah hanya mampu tersenyum hambar.

Doktor Nurul keluar selepas memeriksa keadaannya. Dia akan discharge 3 hari lagi.

Sumayyah mengusap perlahan perutnya. Airmata yang ditahan kini jatuh jua. Terhenjut henjut bahunya menahan esakan.

"Maafkan Mumy Sayang. Mumy tak tahu akan kehadiranmu dirahim Mumy." Esaknya.

"Mumy tak sangka akan kehilangan anak mumy sepantas ni." Kata Sumayyah lagi.

"Ya Allah. Aku terima dugaan yang kau berikan ni dengan berlapang dada." Kata Sumayyah.

Sumayyah menangis sendiri disana. Semua yang

dipendam selama ni bersatu. Marah, Sakit hati, Kecewa, Sedih, pedih segalanya menjadi satu.

"Ya Allah, I really tired. I need Your Kunfayakun." Kata Sumayyah lagi.

Baru kali ni dia merasa jatuh hingga tersungkur. Sedangkan Sumayyah pernah kena lebih teruk dari sekarang.

Namun bila ianya berkaitan dengan darah dagingnya yang mulai tumbuh didalam rahimnya dan kini terpaksa kehilangan, Membuatkan Sumayyah seperti hilang separuh dari hidupnya.

Dalam tangisan, Dalam kepedihan, Dia terlena semula.

Selesai meeting dengan Ceo dari singapore, Zaril terus pergi kehospital untuk menemui isterinya. Dala. perjalanan, Dia singgah ke Supermarket membelikan beberapa jenis buah buahan untuk isterinya.

Sampai di Hospital Zaril terus melangkah laju ke ward isterinya. Masuk kedalam ward Sumayyah matanya terlihat tubuh isterinya yang sedang berbaring menghadap tingkap besar.

"Assalammualaikum." Sapa Zaril.

Namun tiada sahutan dari Sang isteri. Zaril menapak perlahan kearah katil yang menempatkan isterinya. Sumayyah masih lena namun jelas terlihat sembab dimata akibat lepas menangis.

Zaril meletakkan bungkusan buah diatas meja disisi katil. Dia duduk disisi Katil Sumayyah mengusap pipi mungil isterinya.

Sumayyah terasa pipinya seperti disentuh. Dia membuka matanya terlihat wajah sugul suaminya. Dia Menggosok matanya yang terasa pedih akibat terlalu lama menangis tadi.

"Hubby?" Sapa Sumayyah.

"Hmm?" Jawab Zaril.

"Su nak mintak maaf. Su tak tahupun yang Su mengandung." Kata Sumayyah. Tangisannya bergema semula.

"Takpe. Allah lebih sayangkan dia. InsyaAllah kita akan dapat gantinya lagi." Kata Zaril.

"Yang penting Sayang Hubby baik baik je sekarang. Jangam nangis lagi." Kata Zaril menghapus airmata Sumayyah dipipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience