-59-

Other Completed 92033

Sumayyah menekan luka diperutnya. Perih akibat tikaman.

"Allahhu." Hanya Itu yang mampu disebutnya kini.

"Maafkan Aku Sumayyah. Aku tak bermaksud. Pisau yang aku sediakan tadi hanya mainan. Tapi kenapa boleh.." Dan Azman terus melihat Azza yang sudah ketawa disisi Kereta.

"Apa kau buat Za!" Herdik Azman.

"Biar dia!! Puas hati aku." Kata Azza

"Ya Allah. Sakitnya." Kata Sumayyah.

Zaril dan Nadzmi menyambut Sumayyah yang sudah tak mampu menampung badannya dan Dhia.

"Ya Allah Sayang!!" Zaril menyambut Badan Sumayyah dan menekan lukabdiperut isterinya.

"Sakit." Kata Sumayyah.

"Sayang sabar. Hubby bawak Sayang." Kata Zaril lalu mendukung tubuh Sumayyah naik kekereta Nadzmi.

Nadzmi membawa Dhia masuk bersama kedalam keretanya.

"Su sabar sikit." Kata Nadzmi.

Azman dan Azza digari lalu dibawa kebalai untuk siasatan lanjut.

"Ya Allah. Hubby. Sakit." Kata Sumayyah.

"Sayang sabar sikit." Kata Zaril.

"Su tahan." Nadzmi melajukan keretanya menuju Hospital.

Sampai sahaja dihospital, Sumayyah dikejarkan kedalam Kecemasan Zon merah.

Zaril, Nadzmi dan Dhia menanti Sumayyah diruang menunggu.

"Papa Dhia lapai."Kata Dhia.

"Kejap. Biar Dydy call Apong suruh bawak makanan kesini." Kata Nadzmi.

Nadzmi menyerahkan Dhia pada Zaril. Zaril mengusap lembut kepala Dhia. Lalu menhucup ubun ubun Dhia.

"Papa. Mumy ok kan?" Tangis Dhia kembalk berlagu.

"Mumy akan ok Sayang. Mumy kan kuat." Kata Zaril.

Doktor yang menangani Sunayyah keluar selepas sejam berada didalam. Apong telah sampai kesana dan membawa Dhia dan Dhian pulang bersamanya.

"Keluarga Puan Sumayyah?" Tanya Doktor yang tertulis tag namanya Nurul.

"Ye Saya Suaminya." Kata Zaril.

"Maaf encik. Kami dah sedaya upaya membantu. Namun dia hanya mampu bertahan sebulan dalam rahim Puan Sumayyah. Maafkan kami." Kata Doktor Nurul.

Terduduk lesu Zaril. Memdengar berita dari doktor tadi.

"Sumayyah mengandung?" Tanya Nadzmi.

Zaril hanya mampu meraup wajahnya. Kesal, Marah, Sedih, Kecewa bercampur menjadi satu.

"Ya Allah. Besar dugaanMu kali ni Ya Allah." Kata Zaril.

"Sabar Ril. Ada hikmah dibalik semua kejadian ni." Kata Nadzmi.

"Aku faham Mi. Aku tak salahkan sesiapa. Allah hanya pinjamkan sekejap je penghuni rahim Sumayyah. Mungkin dia akan ganti dengan yang lebih indah." Kata Zaril

Sumayyah akhirnya dipindahkan kedalam ward biasa. Zaril setia menantinya disana bersama Nadzmi.

Melihat wajah pucat Sumayyah yang sedang terbaring membuatkan Nadzmi merasa bersalah. Kalau bukan disebabkan dia mungkin Sumayyah takkan jadi macam ni.

Nadzmi mendekati katil Sumayyah. Menggenggam erat jemari si adik.

"Maafkan Along Su. Sebab Alonglah Su macam ni. Sebab kecuaian Along jugalah Su hilang bakal anak Su." Kata Nadzmi.

Airmatanya mengalir laju kepipi. Cepat cepat diseka dengan kasar.

"Mi. Jangan salahkan diri Mi. Semuanya memang dah tertulis."Kata Zaril.

"Hebat ujian yang ditempuhnya Ril. Sejak dulu aku tak pernah melihatnya bahagia. Bahagiapun munhkin hanya sskejap." Kata Nadzmi.

"Percayalah. Lepas ni.Su akan bahagia. Bersama kita semua." Kata Zaril lagi.

"Aku harap ni adalah akhir kesengsaraannya. Aku rela hilang segalanya Ril. Tapi aku tak rela kehilangan dia, Hilang Anak saudara aku." Kata Nadzmi.

Sumayyah membuka perlahan matanya apabila mendengar suara 2 orang yang disayangi.

"Hubby?' Panggil Sumayyah seperti orang berbisik.

Zaril mendengar Suara Sumayyah dan bangun dari duduknya dan mendekat pada sang isteri.

"Sayang?" Lembut suara Zaril menyapanya.

" Dhia ok tak?" Tanya Sumayyah.

"Dhia ok. Sayang jangan fikir banyak. Sayang rehat ye." Kata Zaril.

Sumayyah memejamkan matanya semula. Ngantuk disebabkan Bius yang diberikan tadi semasa proses membersihkan rahimnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience