-31-

Other Completed 91921

"Su bangun jap. Makan bubur sikit." Kata Nadzmi.

"Hmm taknak lah. Hilang selera Su." Kata Sumayyah.

"Makan sikit. Along dah masakkan ni. Tak kesian ke kat Along. Risau tau tengok Su, Dhia Dhian demam macam ni." Kata Nadzmi.

Sumayyah hanya mampu gelengkan kepala. Menandakan dia menolak.

Phonenya bergetar menandakan panggilan masuk. Nadzmi mengangkat panggilan tanpa melihat screen.

"Hello." Kata Nadzmi.

"Mi, Mana Sumayyah?" Tanya Zaril tanpa salam.

"Kau ni pun. Jangan cemas sangat. Boleh tak." Kata Nadzmi melihat jam di dinding rumahnya.

"Aku call whatsapp tak angkat. Aku risau." Kata Zaril.

"Kau tengok jam kau dah pukul berapa?" Kata Nadzmi.

"Aku call sejak jam 6 lagi. Tapi tak berjawab." Kata Zaril.

"Ada je dia ni. Demam." Kata Nadzmi akhirnya.

"Hah?? Pagi tadi elok je." Kata Zaril.

Nadzmi menceritakan apa yang berlaku pada Sumayyah tadi. Sumayyah memang alah pada debunga tak kira bunga apa. Sejak kecil Nadzmi akan jauhkan bunga yang ada dalam Banglo Tok dan Neknya dari Sumayyah.

"Ya Allah. Dia ok kan. Dhia, Dhian?" Tanya Zaril lagi.

"Sama gak. Aku tak tahu lah. Sekali demam 3. Paksa aku berjaga malam ni." Kata Nadzmi.

Nadzmi mengakhiri perbualan bersama Zaril apabila tangisan Dhia bergema dan mengganggu Dhian dan Sumayyah.

"Ssshhhh. Kenapa ni? Ya Allah." Nadzmi mengendong Dhia dan membawa jauh dari Dhian dan Sumayyah.

"Kenapa ni? Anak Dydy ni lapar ke. Nak susu?" Tanya Nadzmi.

"Mymymymy." Tangis Dhia memanggil Ibunya.

"Mumy demam Sayang." Kata Nadzmi memujuk.

Namun Dhia meminta agar dilepaskan. Nadzmi hanya mengikut dan melepaskan Dhia. Dhia berjalan pergi menuju kearah Sumayyah dan baring diatas badan Sumayyah.

Sumayyah terkejut melihat Dhia dengan pipinya yang basah.

"Kenapa anak Mumy ni?" Tanya Sumayyah.

"Entahlah. Along pun tak tahu." Kata Nadzmi.

Sumayyah menepuk lembut pantat Dhia diatas dadanya hingga terlena semula.

Nadzmi hendak memindah Dhia dari atas Sumayyah namun Sumayyah tidak membenarkan.

"Biarlah Along. Dia selesa macam ni." Kata Sumayyah.

"Tapi kesian Su. Su demam." Kata Nadzmi.

"Hmm takpe. Along tidurlah. Kesian penat kan." Kata Sumayyah.

"Macam mana Along nak tidur macam ni." Kata Nadzmi.

Disisi lain, Zaril mundar mandir diruang apartmentnya. Jam menunjukkan pukul 2 pagi.

Risau hatinya mendengarkan 3 buah hatinya sakit disana. Sumayyah yang sihat tadi pagi demam selepas terhidu debunga yang diberikan oleh Azril.

"Tak habis habis lelaki tu mengganggu Sumayyah." Kata Zaril sendiri.

"Hoi." Jerkah Qayyum.

Zaril tak mengendahkan Qayyum. Dia masih sama risau keatas ketiganya.

"Kenapa kau mundar mandir ni. Pening aku tengok kau ni." Kata Qayyum.

Dhia dan Dhian demam. Tadi baru kejap ni aku call Nadzmi, rupanya Su pun demam." Kata Zaril.

"La yeke. Teruk ke demam mereka." Kata Qayyum.

" Entah. Nadzmi tak cakap pulak." Terang Zaril.

"Sebaiknya kau gerak awallah kesana. Kau sendiri tahukan Nadzmi sibuk dengan majlisnya." Kata Qayyum memberi cadangan.

"Aku pun rasa macam tu. Tapi aku nak guna kereta, habis tu kau dan Mia? Macam mana?" Tanya Zaril.

"Pandailah aku nanti." Kata Qayyum senyum.

"Takpelah aku pakai motorbike je kesana besok. Jadi tak teruk tunggu kesesakan." Kata Zaril.

"Habis tu kereta kau?" Tanya Qayyum.

"Kau guna dulu. Lepas kau dah dapat kereta baru aku datang ambik dengan barang aku yang lain." Kata Zaril memutuskan.

Dia meninggalkan Qayyum yang menonton Tv dan masuk ke biliknya memacking beberapa pasang baju kedalam begnya.

Dia akan bergerak selepas Subuh menemui 3 buah hati.

"Tunggu Hubby Sayang. Tunggu Papa. Esok kita jumpa." Kata Zaril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience