-28-

Other Completed 91921

Selepas kepulangan Sumayyah dan Nadzmi serta kedua lembar dan Ainul, Rumah menjadi sunyi.

Qayyum dengan teman barunya dan Mia dengan pelajarannya.

Zaril kini memohon kepada para pemegang saham agar dia dipindahkan Kemalaysia secepat mungkin dan menjadi Ceo disalah satu Syarikat mereka disana.

Tak sampai seminggu permohonannya diluluskan dan dia diminta melaporkan diri disalah satu Syarikat mereka yang mulai jatuh dan ingin bankrup.

Zaril setuju dan meminta agar diberikan kepercayaan dalam menaikkan semula Syarikatg mereka yang tak jauh dari tempat kerja Sumayyah sekarang.

Zaril menghubungi Sumayyah setelah tak bertemu hampir seminggu.

"Assalammualaikum Sayang." Sapa Zaril.

"Waalaikumsalam." Manja suara Sumayyah menjawab.

"Amboi. Rindu tau dekat Sayang. Sibukke?" Tanya Zaril.

"Hermm sibuk juga. Tapi awak dah call ni, Ketepikan sikit sibuk tu." Kata Sumayyah.

"Thats my Love. Baby apa khabar." Tanya Zaril.

"Dhian demam selalu cari Papa dia. Dhia pula bau nak start panas badan tadi pagi." Beritahu Sumayyah.

"La yeke? Habis sapa jaga mereka?" Tanya Zaril.

"Belah pagi ni, Along. Tapi dalam jam 2 nanti Su yang jaga sebab Along mak urus beln barang hantaran." Kata Sumayyah kerana pihak Ainul taknak tangguhkan Pinang terus tunang. 2 minggu terus nikah dan bersanding.

"Oo. Ni Hubby nak bagitau Sayang ni. Pemindahan Hubby dah diluluskan. Dalam 2 ke 3 hari Hubby akan datang sana." Kata Zaril.

"Wow cepatnya." Kata Sumayyah.

"Mana boleh lambat lagi. Hubby takut ada yang caras Hubby." Gurau Zaril.

"Ishh ada ke cakap macam tu. Doa yang elok sikit semoga Allah permudahkan urusan kita. Mana tahu jumaat ni dah dapat nikah." Gurau Sumayyah lalu diaminkan oleh Zaril.

Tapi disisi lain, Azza dan Azman menemui Azril dekat kafe tak jauh dari pejabat milik Azman.

"Ril. Mama dan Papa dah berbincang. Mama akan benarkan Ril rujuk semula dengan Sumayyah." Kata Azza.

"Benar Ril. Papa dan Mama masa tu terlalu ikutkan hati. Sampai membuatkan Ril terseksa kehilangan Sumayyah." Kata Azman.

"Dan sekarang demi Sumayyah demi anak anak Ril, Mama dan Papa izinkan Ril bersatu semula dengan Sumayyah. Soal Zizi biar Mama dan Papa uruskan." Kata Azza lagi.

Azril terpaku mendengar apa yang keluar dari mulut Mama dan Papanya.

"Betul ke Pa, Ma." Soal Azril melihat wajah keduanya silih berganti.

"Ye Mama taknak lihat anak Mama ni seperti takde hala tuju. Now pujuk Su kembali pada Ril." Kata Azza lagi.

"Thanks Ma. Pa. Ril akan buat Su jatuh hati semula pada Ril. Thanks Pa Ma." Kata Azril lalu pergi meninggalkan Azza dan Azman dalam kafe.

"Rancangan berjaya. And Now, Zizi pula." Kata Azman.

Azman dan Azza berfikir apa yang akan mereka bagitahu Zizi tentang Azril dan Sumayyah.

"Man kau rasa Azza akan percaya tak kalaj kita cakap Su paksa Ril agar menikah semula dengannya dan barulah Saman akan ditarik semula." Kata Azza.

"Aku tak pasti. Tapi kita cuba." Kata Azman.

"Tapi kalau tak jalan, Za takut Zizi buat hal dan menyerang Sumayyah lagi. Kalau itu terjadi, Za rasa mungkin Sumayyah akanenjauhi lagi Zaril." Kata Azza.

"Apa kata majlis tu nanti,Kita hantar Zizi ke London or mana ke makan angin. Selesai majlis Au dan Ril, Lantak dia lah nak buat apa." Kata Azman.

"Masa tu dia nak serang Sumayyah ke apa ke terpulang dia yang pasti Su dah jadi milik Ril semula. Dan Za akan pastikan Harta Su akan diberikan separuh kepada Ril.

Azman dan Azza tersenyum senget bila memikirkan setiap muslihat yang mereka cipta berdua. Dan sekarang mereka sedang menikmati angan angan yang belum tentu akan mereka capai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience