-42-

Other Completed 91921

Kini Sumayyah baru sahaja bergelar isteri kepada Adam Zaril dengan sekali lafaz didepan Nadzmi, Apong dan beberapa orang dari pihak majlis agama islam.

"Tahniah Ril. Aku serahkan Sumayyah pada kau. Kau didik dia maxam mana aku didiknya dari kecil." Kata Nadzmi.

Sumayyah menghampiri Nadzmi dan menatap lekat wajah yang dirindunya.

"Along." Tangisnya pecah didepan Nadzmi. Nadzmi menariknya kedalam pelukan. Erat.

"Maafkan Along." Kata Nadzmi megusap kepala Sumayyah yang terbalut satin putih.

"Along tak salah. Su yang salah. Su tak patut tinggalkan Along masa tu." Kata Sumayyah dalam deraian airmata.

"Shhsssh. No.Sayang Along ni mana pernah buat salah dengan Along. Kalau Su salah itu sebab Along tak didik Su dengan baik." Kata Nadzmi lagi.

"Tolong malam ni datang majlis Along ye." kata Nadzmi.

Sumayyah menganggukkan kepalanya didada Nadzmi.

"Walaupun Su dah jadi isteri orang, Along tetap cinta pertama Su. Dunia akhirat Su cinta hati Along." Esaknya didada Nadzmi.

"Ril aku serahkan Sumayyah pada awak. Didik dia andai aku terlepas pandang. Jangan kasari dia. Dia bidadari aku Ril." Kata Nadzmi mengesat airmatanya yang mula mengalir dipipi.

Apong yang sedang menemani Dhia dan Dhian sedang lena diatas ribanya, turut sama merasakan kekuatan kasih sayang cinta oada dua beradik itu.

"Mi, Walaupun Su dah jadi hak aku, Aku takkan halang kau mendidik Su. Su milik aku sama juga milik kau. Kau dan dia sedarah. Sedangkan aku hanya titipan Allah untuk menjadikan Su suri dalam hatiku." Kata Zaril.

"Aku takkan putuskan kasih sayang korang berdua. Dia isteri aku dan dalam masa sama dia sdik kandung kau." Kata Zaril lagi.

"Terima kasih Ril. Aku tahu. Su akan bahagia berasa disisi kau." Kata Nadzmi.

"Aku tak janji dapat bahagiakan Su seperti mana Kau bahagiakan dia. Tapi aku akan cuba jadi yang terbaik untuk dia dan anak anak." Kata Zaril.

"Along tinggal dengan Su ye." Kata Sumayyah.

"Along akan nikah bersama Ainul. Su nak ke serumah dengan Ainul yang ada hati pada Zaril?" Tanya Nadzmi dalam senyuman.

"Along dah tahu dia sukakan Pak Cik ni, Kenapa Along nak kahwin juga dengannya?" Tanya Sumayyah.

"Along ada cara Along sendiri." Kata Nadzmi.

"Please Along. Jangan buat yang tak tentu. Su taknak kehilangan Along." Kata Sumayyah memujuk.

"Along takkan buat benda bodohlah." Kata Nadzmi.

Nadzmi meninggalkan Sumayyah disisi Zaril. Dia menapak mendekati kedua anak saudaranya. Lalu mengucup erat dahi si kembar. Lama kucupannya. Seperti taknak melepaskan.

Berat hatinya sejak semalam. Namun dikuatkan hatinya.

Dia menghampiri Zaril dan Su semula.

"Ni hadiah perkahwinan dari Along." Kata Nadzmi memberikan sesuatu dalam genggaman Sumayyah.

"Apa ni Long." Tanya Sumayyah.

Sumayyah membuka genggaman tangannya melihat kotak berwarna biru.

"Bukak lah." Kata Nadzmi.

Sumayyah membuka dan didalam kotak asa Kunci kereta jenama Honda didalamnya.

"Along.. Su.. Su tak dapat nak terima." Kata Sumayyah.

"Along nak Su terima. Mungkin tu hadiah perkahwinan terakhir dari Along." Kata Nadzmi.

"Apa Along cakap ni?" Tanya Sumayyah. Hatinya mula merasa tidak tenteram.

"Betullah. Takkan Su nak nikah lagi lepas ni?" Gurau Nadzmi.

"Boleh tak Along jangan cakap benda yang Su tak suka." Kata Sumayyah.

"Sekali sekala nak bermanja dengan Su. Tak boleh ke? Sedangkan Su tiap hari bermanja dengan Along." Kata Nadzmi.

Mereka berlalu dari bilik pernikahan menuju keparking bawah tanah.

Sebelum bergerak Nadzmi memeluk erat Sumayyah.

"Ingat Sumayyah Adawiyah bidadari Along selepas Mama. Walaupun Su dah kahwin, Su tetap pujaan hati Along." Kata Nadzmi.

Mereka berpisah disana. Zaril membawa motorbike pulang Villa dimana isterinya tinggal. Sumayyah pula dihantar oleh Apong.

"Jumpa disana malam nanti." Kata Apong lalu melambaikan tangan pada Sumayyah.

Zaril sudah berada didalam Villa bersama Dhia dan Dhian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience