-53-

Other Completed 91921

"Aku memang selalu sudah tersakiti. Dan Aku dah biasa ditampar dengan masalah. Dah terbiasa berjalan diatas Cubaan dan sudah biasa hidup dalam ujian." Kata Sumayyah.

"Hanya Satu pintaku disaat doa terakhirku setiap kali lepas sembahyang. Ya Allah, Jangan pernah kau ambil rasa sabar yang telah engkau tanam dalam hati ini, Supaya akub tetap menjadi seorang insan yang kuat." Kata Sumayyah.

Dia mengeluarkan tisu basah dari dalam beg anaknya yang sentiasa ada didalam kereta. Mengambil sekeping dan mengelap wajahnya yang penuh dengan kesan darah yang sudah kering.

Zaril tahu dia silap. Silap menengking perempuan disisinya yang memang sentiasa hidup dalam derita.
Zaril berhenti dibahu jalan. Dia ingin mengambil alih tisu basah dari tangan isterinya, Namun Sumayyah mengelak menjauhkan tisu dari tangan Zaril.

"Biar saya buat sendiri." kata Sumayyah.

"Hubby tahu. Hubby silap. Maafkan Hubby. " Kata Zaril.

"Mungkin aku terlihat baik je dekat mata korang semua,Tapi seandainya kamu tahu, seberapa banyak sakit yang sudah aku tanggung, dan sebarapa banyak yang telah aku pendam untuk aku jadi sekuat sekarang ni." Kata Sumayyah menyeka kasar airmatanya yang mula mengalir.

Zaril terkesima mendengar kata Sumayyah.

"Kadang-kadang aku rasa sakit sangat. Tak tahu aku nak luah macammana. Dan sampai satu tahap tu rasa macam nak menangis, nak meraung sekuat hati. Tapi aku tetap pilih untuk pendam. Sebab apa? Sebab aku nak nak jaga hati. Sebab aku tahu bila aku dah mula bersuara, mesti akan ada yang terluka dan berpaling muka." Kata Sumayyah lagi.

"Hubby tahu Hubby silap. Hubby tahu Sayang pendam sejak dulu." Kata Zaril.

Zaril tahu semuanya kerana Sumayyah sejak dulu memang berkongsi rasa dengan Zaril sejak Zaril menjadi Ceo dalam companynya bekerja.

"Su tahu, Su bengap sikit dalam semua hal. Dan maafkan Su andai lepas ni Su berubah. Sebab ni yang korang nak. Su berubah." Kata Sumayyah.

"No. Hubby nak Sayang sekarang. Hubby taknak Sayang berubah. Buatlah apa je. Asalkan Sayang tak berubah. Hubby nak sayang macam ni." Kata Zaril.

"Puas Su pendam rasa. Dan jika tu yang melihatkan titik lemah Su. Su akan ikut." kata Sumayyah.

Jelas dimata Zaril bengkak diwajah isterinya akibat tamparan dari Azril tadi.

"Dahlah Su nak balik." Kata Sumayyah. Dia nekad berubah selepas ni. Jika sebab kelemahannya menjadi isu pada Zaril.

Zaril menggenggam erat jemari Sumayyah. Namun Sumayyah menarik perlahan jemarinya dari gengaman Suaminya.

Sumayyah tahu, Zaril terasa hati padanya dengan menarik jemarinya dari digenggam. Namun tiada siapa tahu apa yang dirasanya sekarang.

Rasa yang lama dukuburnya dalam di lubuk hatinya, Dan kini perasaan itu mulai jadi semula. Perasaan takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience