-15-

Other Completed 92033

Pagi yang baru buat Qayyum. Dia keluar dari biliknya dan begitu juga dengan Zaril.

"Morning boss." Kata Qayyum ceria lalu meninggalkan Zaril dibelakang menuju kemeja makan.

"Awal bangun hari ni?" Tanya Zaril.

"Aku tak tidur semalam." Kata Qayyum.

Zaril melihat makanan diatas meja. Tak dama seperti hari hari sebelumnya.

"Hermm nasi goreng? Awalnya Mia bangun." Kata Zaril.

"Bukan Mia yang buat." Kata Mia yang mula duduk disisi Qayyum.

"Habis tu?" Tanya Zaril.

"Sumayyah." Balas Qayyum sepatah.

Berkerut dahi Zaril apabila Qayyum sebut nama Sumayyah dengan senyuman yang tak dapat diramal olehnya.

"Jangan nak fikir lebih bro. Dosa." Perli Qayyum.

"Kak Sumayyah takde kat bilik, Mungkin dah gerak." Kata Mia.

"Haah. Dia gerak lepas buat sarapan ni." Kata Qayyum.

Mia menyuap sesudu nasi goreng kemulutnya. Matanya dibesarkan.

"Ermmm sedapnya." Kata Mia.

"Kan. Abang Yum dah makan sikit tadi dengan Sumayyah.." Kata Qayyum.

"Nak buat bekallah. Jimat sikit." Kata Mia lalu mengambil bekas didalam almari dapur.

"Awal Sumayyah bangun?" Tanya Zaril.

"Dia cakap tak boleh tidur, Rindukan si kembar." Kata Qayyum. Apa yang dibagitahu Sumayyah padanya itu yang dikatanya pada Zaril.

Akhirnya mereka makan bersama seperti biasa. Zaril juga merasa nasi goreng buatan Sumayyah sama seperti dulu.

Ting!!

Zaril melihat whatsapp dari Sumayyah. Nasibnya baik semalam sempat memberikan no phonenya pada Sumayyah.

- BOSS SAYA GERAK AWAL SIKIT. TAKUT TAK SEMPAT SAMPAI MEETING TU NANTI. BIASALAH JALAN KAT SINI SIBUK SANGAT. SAMA GAK MACAM KAT KL. - Sumayyah.

Zaril menghantar lokasi dimata Syarikatnya berada.

- HARAP MEMBANTU AWAK SAMPAI KE DESTINASI YANG AWAK NAK TUJU - Zaril dengan emoji love dihujungnya.

"Kau tak bagitahu dia ke yang tender dibuat dekat Company kita?" Tanya Qayyum.

"Jangan cakap kau bagitahu dia semalam?" Kata Zaril.

"Tak lah." Kata Qayyum.

Selesai sarapan, Qayyum pergi menghantar Mia belajar dan Zaril menaiki motorbikenya ke syarikat.

Azril dan beberapa orang dari pelbagai syarikat telah tiba di Syarikat Zaril. Namun kelibat Sumayyah belum kelihatan. Azril melilaukan matanya melihat sekeliling mencari bekas isterinya.

"Ermm mana dia ni. Takkan dia tak datang. Sedangkan aku lihat memang ada senarai nama dia didalam list." Kata Azril berkata pada dirinya.

Qayyum datang sendirian dan parking di tempat Zaril selalu parking. Sacretari Zaril, Cik Mariati menapak ke kereta milik Zaril, Namun yang dilihatnya adalah Qayyum.

"Kau pulak Yum. Mana Zaril." Tanya Mariati.

"Boss kejap lagi sampai, dating jap." Gurau Qayyum kerana dia tahu Mariati sukakan Zaril.

"Celupar mulut kau tu ye Yum." Kata Mariati meninggalkan Qayyum yang menapak mengekorinya.

Semua mata tertumpu pada Qayyum dan Mariati yang menuju ke arah mereka.

"Silakan naik ke bilik Mesyuarat." Kata Qayyum.

Semua berdiri mengikut Mariati yang akan membawa mereka ke bilik mesyuarat.

Bunyi deruman motorbike Zaril memenuhi ruang menunggu yang berada disisi pintu utama bangunan.

"Zaril menyerahkan kunci pada staffnya agar memindahkan motorbikenya ketempat khas.

Zaril menapak masuk dan melihat Qayyum menantinya depan pintu lift.

"Sumayyah dah datang?" Tanyanya.

"Belum." Jawab Qayyum.

Beberapa minit Meeting nak dimulakan Sumayyah baru sampai didepan pintu utama.Dia memakirkan ditempat parking motor disisi kanan bangunan.

"Selamat pagi." Sapanya pada pengawal didepan dengan senyuman manis.

Dia berjalan masuk dan meluru kearah Kaunter dan memperkenalkan dirinya. Lalu dia dibawa terus naik kebilik meeting.

"Silakan Cik." Sapa Gadis kaunter itu.

"Terima kasih." Sumayyah menapak masuk dan menjadi tumpuan apabila mereka mengenali siapa Sumayyah dan melihat Azril yang tersenyum padanya.

Dia masuk dan duduk di sebelah kanan berdepan dengan Azril. Hanya dia seorang perempuan disana. Semua mata melihat seakan tidak percaya melihat Azril dan Sumayyah dalam satu bilik disini.

"Selamat pagi semua." Sapa Zaril yang masuk bersama Qayyum dan seorang perempuan seksi dimata lelaki dan seksa dimata Sumayyah.

Terkejut melihat Zaril dan Qayyum disana. Namun dia membuat seperti tidak mengenali mereka.

Qayyum berdiri dan memperkenalkan Ceo syarikat itu.

"Perkenalkan Ceo Syarikat ni Adam Zaril." Kata Qayyum dan Mempersilakan tetamunya duduk.

Zaril selalu merenung Sumayyah begitu juga dengan Azril. Mariati perasan dan mula menyimoan perasaan cemburu pada Sumayyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience