-22-

Other Completed 92033

Duduk diruang tamu selepas bermain dengan Dhia dan Dhian, Akhirnya si kembar mengantuk dan masuk tidur bersama Sumayyah didalam bilik Mia.

Nadzmi kasih terfikir akan apa yang dikatakan oleh Sumayyah waktu dibawah tadi.

"Mi?" Panggil Zaril yang mula duduk disisinya didepan Tv. Bagitu juga Qayyum.

"Eh Ril, Yum. Sorrylah tak perasan." Kata Nadzmi.

"Jauh menung?" Tanya Zaril.

"Entahlah aku terfikirkan soal Sumayyah tadi." Kata Nadzmi.

"Tapi tu kan hanya mimpi. Mainan tidur." Kata Zaril.

"Tapi aku rasa macam aku akan tinggalkan dia jauh. Sebab aku dah setuju menikahi Ainul." Kata Nadzmi.

"Tu perasan gemuruh kau je tu Mi." Kata Zaril.

"Tapi aku mula risau nak kahwin Ril. Aku takut bila dengar rintihan Su tadi." Kata Nadzmi.

"Ishh ada ke sampai kesitu. Kahwin je. Mungkin ini dah jodoh kau." Kata Qayyum pula.

"Tapi aku nak mintak tolong korang berdua, Andai satu hari nanti aku tinggalkan Sumayyah jauh, Aku nak kau jaga dia Ril. Bimbing dia kejalan kebaikan. Sayangi Dhia dan Dhian macam mana aku sayang kat mereka. Cintai Suacam mana aku mencintainya sejak kecil." Kata Nadzmi. Matanya kabur berkaca menahan airmata.

"Dia cuma ada aku. Dan bila aku ergi tinggalkan dia, Aku harap dia boleh bahagia. Kau tepat menjaganya Ril. Aku restu kau jadikan Su isterinya." Kata Nadzmi lagi.

"Dah lah. Jangan fikir bukan-bukan. Kau takkan pergi mana." Kata Qayyum menepuk bahu Nadzmi.

"Kau janji pada aku Ril. Please." Kata Nadzmi memegang bahu Zaril pula.

"Ye. Aku janji akan jaga Su macam mana kau jaga dia dan anak anaknya. Kau jangan cakap macam ni lagi." Kata Zaril.

"Aku tahu kau layak jaga dia. Kau layak dapat Su." Kata Nadzmi lagi.

Perasaan Nadzmi kini berbahagi antara nak meneruskan perkahwinan dengan Ainul ataupun biarkan dia hidup macam ni.

Susah baginya membuat keputusan selepas apa yang Su cakapkan tadi.

"Ril, Nanti bantu Su uruskan Bengkel dan kedai aku ye." Kata Nadzmi.

"Kau cakap lagi sekali aku taknak jaga Su." Ugut Zaril.

"Kalau macam tu aku terpaksa minta Qayyum jagakan Su." Gurau Nadzmi.

"Aku on je." Kata Qayyum.

"Kau Yum jangan nak mimpi dekat dengan Su ye. Aku hempuk kau kang, Tak sempat kau makan nasi minyak aku." Kata Zaril.

Mereka ketawa bersama didepan Tv.

"Su tu sejak kecil memang aku yang jaga dia. Walaupun Tok dan Nek masih ada masa tu." Kata Nadzmi.

"Tapi betul ke apa yang Sumayyah bagitahu aku?" Tanya Zaril.

"Tentang?" Tanya Nadzmi.

"Tentang keturunan korang." Kata Zaril.

"Hermm betul. Sumayyah Cucu tunggal perempuan Tok dan Nek dan cucu paling mereka sayang. Tapi bila mereka dah pergi, Harta peninggalan Tok tak masukkan nama Pak Long dan MakNgah. Hanya nama Arwah Papa je yang tertulis dalam wasiat. Dan apa yang jadi sekarang, Kami terpaksa hidup dalam kebencian PakLong dan MakNgah." Kata Nadzmi.

"Sebab tu kau dengar Apong panggil kami Tengku. Memang itu keturunan kami. Cuma aku taknak guna pangkat keturunan ni." Kata Nadzmi.

"Dia jadi macam ni kau tahu kan sebabnya?" Tanya Nadzmi.

Zaril menganggukkan kepalanya.

"Lagipun tadi masa dekat bilik meeting ada Azril bersama kami." Kata Zaril.

"Betul ke?" Tanya Nadzmi.

"Sempat juga dia kacau Su tadi." Kata Qayyum.

"Ni yang aku risaukan." Kata Nadzmi.

"Tak payah risau selagi aku ada." Kata Zaril.

Nadzmi mendiamkan diri. Tak tahu nak cakap apa. Azril mesti akan mengganggu Su walaupun jauhacam mana Su pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience