-29-

Other Completed 91921

Azril menanti Sumayyah dengan Sebouquet bunga Ros merah ditangannya. Melihat Sumayyah yang sedang menapak keluar, Azril mendekatinya.

"Su. Ini untuk awak." Kata Azril.

Sumayyah mula bersin tak berhenti dan menolak jauh bunga ditangan Azril.

"Ril!! Kau bawak bunga ni jauh dari aku. Boleh tak!!" Herdik Sumayyah kerana dia alergik dengan bunga.

"Saya belikan untuk awak Sayang." Kata Azril lagi.

Sumayyah yang mula naik angin mengambil bunga itu lalu mencampak jauh dari dirinya.

Azril terkedu melihat apa yang dilakukan oleh Sumayyah. Wajahnya merah menahan amarah yang mula membuak dalam hatinya.

"Kau dah kenapa hah!! Aku dah elok dah nak berbaik dengan Kau, Tapi ni kau buat!!" Kata Azril dengan nada yang cukup lantang.

Sumayyah menapak kedepan dengan heelsnya dan berkata pada Azril.

"Kau sendiri lupa kalau aku benci bunga dan alergik oada debunga." Kata Sumayyah lalu meninggalkan Azril.

Bersin Sumayyah makin menjadi. Hingga pekerja dibawahnya menegurnya.

"Cik Su ok ke?" Tanya Manis.

"Saya ok Manis. But please bersihkan bunga disana tu." Kata Sumayyah lalu pergi meninggalkan Manis

Azril mengejar Sumayyah yang yelah sampai diluar pintu utama bangunan lerja Sumayyah.

"Su. Dengar dulu apa abang nak cakap." Kata Azril.

"Ok 5 minit." Kata Sumayyah lalu melihat lekat wajah lelaki tak tahu malu didepannya sekarang.

"Saya nak kita rujuk semula. Mama dan Papa dah restu hubungan kita." Kata Azril gembira.

"Lagi?" Tanya Sumayyah dengan wajah slumber.

"Ril akan jumpa Nadzmi dalam masa terdekat ni. Ril nak jadikan Su isteri Ril semula." Kata Azril lagi.

"Then?" Tanya Sumayyah lagi.

"Ril akan bawak Su dengan anak anak tinggal dengan Papa dan Mama." Kata Azril.

"Habis?" Tanya Sumayyah dan dianggukkan kepala oleh Azril.

"Ok." Kata Sumayyah lalu meninggalkan Azril apabila melihat AhSeng datang menjemputnya.

Azril menghampiri kereta milik Nadzmi dan berkata lagi.

"Su tak happy ke dengar berita ni." Kata Azril.

"Happy sangat sangat." Kata Sumayyah.

"Kalau macam tu biar Abang yang hantar Su balik." Kata Azril.

"Tak payah susah lah bro. Awek gua biar gua yang bawak dia. You berdiri dekat sana." Kata AhSeng lalu meninggalkan Azril di luar sedang berdiri melihat Accord milik Nadzmi berlalu pergi.

"Dia cakap apa pada Su?" Tanya AhSeng.

"Dia kata Mak bapak dia dah boleh terima dan merestui hubungan perkahwinan yang dah lama putus." Kata Sumayyah.

"Habis tu, Su terima ke? Zaril?" Tanya AhSeng.

"Cuba Abang AhSeng fikir kenapa dia baru terima Su sekarang selepas dia tahu siapa Su Keturunan Su. Kenapa tak dulu." Kata Sumayyah.

"Betul juga." Kata AhSeng.

"Lagi satu apa kejadah lah Su nak dekat lelaki kaki pukul tu lagi. Elok elok lepas mulut singa, Ni nak ditry lagi masuk semula." Kata Sumayyah.

"Nasib you pandai Su. Jadi Su dah bagitahu kata putus pada dia?" Tanya AhSeng.

"Su tak cakap apa apapun. Kalau boleh Su nak buat dia malu, lepas apa yangereka buat pada suasa kat Singapore." Kata Sumayyah.

"Sebaiknya Su bagitahu Along dan juga Zaril. Jadi nanti benda ni tak jadi masalah kemudian hari.

Sumayyah kembali bersin dan bersin lagi. Hingga hidungnya mula berhingus.

"Su demam ke?" Tanya AhSeng.

"Tak lah. Boleh boleh dia bawak bunga dan letak depan muka Su. Mana taknya Su jadi macam ni." Kata Sumayyah.

"Nak pergi klinik?" Tanya AhSeng.

"Taknak lah. Kejap lagi ok lah ni." kata Sumayyah.

Mereka menuju kebengkel sebelum Nadzmi bergerak mencari barang hantaran yang akan dibawa minggu depan ke pihak Ainul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience