-7-

Other Completed 91921

Permulaan kehidupan baru buat Sumayyah. Walaupun kehidupannya kini bersama dengan Nadzmi namun dia bahagia. Dijaga disayang oleh Abang dan semua staff abangnya.

Sumayyah masih lagi isteri Azril. Azril selalu ingin menemuinya namun Sumayyah selalu mengelak bertemu dengannya.

Kandungan Su kini menjangkau 6 bulan. Dan dalam masa 6 bulan dia mengharungi kehidupan tanpa suaminya disisi.

Puas dia berfikir dimana silapnya hingga Asril sanggup pakai perempuan lain diluar sana.

"Morning Su." Sapa AhSeng.

"Morning Seng. Ai ahad pun you kerja kah Seng." Tanya Sumayyah.

"Iyalah. Tak kerja takde duit Su." Kata AhSeng.

"Ala gaji tetap jalan kan. You cutilah satu hari pergi cari girlfriend." Kata Sumayyah.

"Oooo taknak. Cukuplah You jadi girlfriend kami semua disini." Kata AhSeng.

"Senggg..." Panggil Nadzmi didalam ofisnya.

"Haihh you tengok, Abang you tu. Gurau saja Mi." AhSeng.

"Su?" Sapa Azril dari pintu bengkel. Sumayyah terkedu hilang senyum diwajahmua apabila melihat Azril menapak kearahnya.

"Awak nak apa?" Tanya Sumayyah.

"Abang nak datang jenguk sayang dan Baby." Kata Azril.

"Dah tengok kan sekarang please pintu besar kat sana." Kata Sumayyah menunjuk pintu bengkel.

Benci, Sakit hati dendam semua bersatu dalam hatinya. Namun dia bawa mengucap panjang. Agar Syaitan menghasutnya.

Sumayyah ingin berlalu dari sana, Namun dengan sekejap, Azril memegang tangannya dan menariknya kedalam dakapan.

"Lepaslah!" Herdik Sumayyah mintak dilepaskan.

Dia meronta meminta agar Azril melepaskannya kerana dia sangat jijik dengan tubuh lelaki itu.

"Abang rkndukan Su. Abang rindukan belaian Su. Abang rindukan semua pada Su. Su ikut Abang balik ye." Bisik Azril mencuba merayu Sumayyah agar mahu kembali padanya.

"Kau nak rasa penumbuk aku atau sepak terajang aku." Kata Nadzmi dari pintu Ofisnya.

Azril melepaskan pelukannya pada Sumayyah apabila melihat Nadzmi.

"Aku nak bawa isteri aku balik dengan aku." Kata Azril.

"Kalau aku tak benarkan?" Tanya Nadzmi.

"Kau tak boleh buat aku macam ni Mi. Su isteri aku." Kata Azril.

"Kalau dia isteri kau, kau takkan buat dia macam tu. Takkan sanggup nak buat macam tu." Kata Nadzmi.

"Aku khilaf masa tu." Kata Azril.

"Aku dah kata aku takkan serahkan Su pada kau. Jangan sampai aku yang suruh Su tuntut Fasakh pada kau."Kata Nadzmi.

"Dah lah Long. Jangan nak peduli sangat dia tu. Lantak dia lah. Kalau dulu boleh dia bodohkan Su, Tapi tak sekarang." Kata Su.

"Awak baliklah. Saya dah takde perasaan pada awak." Kata Sumayyah.

"Su!" Tengking Azril.

"Apa lagi? Kenapa kau tak fikir dulu sebelum kau buat. Hati aku dah hancur saat kau sentuh wajah aku. Along tak pernah tampar aku apalagi tinggikan suara macam mana kau buat pada Aku. Aku dah kata Kau tak layak untuk aku dan baby ni." Kata Sumayyah.

Nadzmi tergamam melihat Sumayyah yang emosi disebelahnya. Mungkin inilah jadi terlalu banyak memendam sekali lepas habis semua diungkit.

"Kau baliklah. Aku penat dengan semua ni. Aku dah pernah kata lepaskan aku. Sebab aku beban bagi kau." Kata Sumayyah.

"Abang takkan lepaskan Su." Kata Azril berlalu keluar dari dalam bengkel pulang kerumah keluarganya.

Sampai dirumah keluarganya, Satu masalah datang lagi diantara dirinya dan Zizi.

"Mama nak Ril kahwin dengan Zizi." Kata Azza.

"Papa jugak nak Ril kahwin dengan Zizi. Jangan nak malukan Papa. Dahlah kes tangkap khalwat kamu berdua dah malukan pada pada pemegang saham. Ni Papa nak letak mana air muka Papa kalau mereka semua tahu kalau Ril ada anak luar nikah." Kata Azman.

"Tak Ril takkan nikah dengan Zizi. Kau buanglah Zi kandungan kau tu. Cukuplah anak aku yang akan lahir dari rahim isteri aku Su." Kata Azril.

"Azrill!!!" Tengking Zizi mula menangis mendengarkan apa yang baru keluar dari mulut Azril.

"Dah cukup dosa kau buat Ril. Jangan nak tambah disa lagi. Anak tu tak salah yang salah kau dan Zizi." Herdik Azza.

"Papa dan Mama juga salah." Kata Azril.

"Kenapa?" Tanya Azman.

"Kalau Papa dan Mama tak benarkan dia masuk kebilik Ril masa tu, benda ni takkan jadi." Kata Azril.

"Kalau kau taknak menikahi aku, Aku akan bawa perkara ni kepihak tengah aku akan oastikan keluarga kau hancur Ril." Kata Zizi mengugut Azril.

"Uncle akan pastikan dia akan menikahi Zizi. Secepat mungkin." Kata Azman.

Azril tak mampu berkata, Antara maruah keluarga akan tercalar ataupun tidak bergantung pada keputusannya kini. Kata-kata Sumayyah dulu terngiang dalam fikirannya.

(ANDAI ABANG LAFAZKAN AKAD DIBELAKANG SU, AKAN JATUHLAH TALAK PADA DIRI SU)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience