-11-

Other Completed 91921

Sumayyah kaku melihat lelaki yang pernah berada carta pertama dihatinya namun Azril berani berterus terang ingin memperisterikannya. Sedangkan lelaki didepannya sanggup berpindah selepas kendengar dirinya bernikah dengan lelaki lain.

Rasa seperti dunia sedang menghukumnya hari ni. Tayar bocor, jumpa pulak bekas boss.

"Cik? Oo Cik??" Panggil Zaril.

"Hah. Ye saya." Kata Sumayyah.

"Haihh boleh tak buka helmet tu. Macam mana lah saya nak berurusan dengan awak ni. Tak berani saya nak berurusan dengan orang tak kenal." Kata Zaril.

Sumayyah ketar tangan nak buka Helmet dikepalanya. Namun dia terpaksa dari dia tidur tepi Highway ni, Baik ikut je. Hatinya berbisik.

Dia membuka helmetnya dan apa yang jadi pada Zaril, Sama macam Sumayyah tadi. Tak percaya gadis didepannya sekarang Sumayyah.

"Sumayyah?" Tanyanya.

"Yelah Boss. Boss tak kenal kat Su lagi ke?" Tanya Sumayyah.

"Buat apa kat Singapore? Lepas tu sorang-sorang pulak?" Tanya Zaril.

Dihati berkata, Patutlah hari ni nak sangat pergi Ride solo. Rupanya Allah nak temukan dia dengan sipujaan Hati.

"Taklah, Su datang sini kerja. Esok nak jumpa dengan Ceo Cahaya Dedikasi untuk perbincangan nak buka satu cawangan dekat sini.

Mungkin mereka berjodoh, Ceo yang nak ditemui Sumayyah adalah Zaril. Namun Zaril taknak memberitahunya. Biarlah dia tahu esok.

"Kenapa tak datang dengan suami?" Tanya Zaril menduga.

"Hah?? Suami??" Tanya Sumayyah.

"Habis tu takkan Boyfriend kot." Kata Zaril

"Amboii boss masih suka bergurau ye sama macam dulu." Kata Sumayyah.

Zaril menghubungi Qayyum agar membantunya membawa alatan oembuka tayar Motorbikenya serta tayar spare yang ada dekat Apartment.

"Ok tunggu kejap. Kawan saya datang." Kata Zaril.

"Ok." Kata Sumayyah mengelap peluh dimukanya.

"Hah kenapa tak ride dengan suami?" Tanya Zaril lagi untuk kali yang kedua.

"Su dah lama Janda lah Boss. Dah 2 tahun dah Su Janda." Kata Sumayyah membuka ceritanya.

"Kenapa?" Tanya Zaril mula ingin mengetahui.

Sumayyah menceritakan semuanya dari dia jadi mangsa keganasan rumah tangga, Azril ditangkap basah olehnya bersama Nadzmi dan hingga dia sekarang mempunyai anak kembar sepasang.

"Sorry Sumayyah. Saya tak tahu. Maaf kalau buat hati Awak sakit semula.

"Eh takdelah Boss. Su Ok je. Lagipun nak buat apa ditunggu lelaki macam tu. Cukuplah Su dengan anak anak Su bahagia Sundah bersyukur." Kata Sumayyah.

"Sekarang tinggal dekat mana? Anak anak sapa Jaga?" Tanya Zaril.

"Tinggal dengan Along. Anak anak Along yang jaga. Biasalah rumah kami kan dekat atas bengkel Along je. Jadi kalau Su kerja Along yang jaga. Kalau Su cuti, Su yang jaga mereka 24 hours." Kata Sumayyah.

Tak sangka oleh Zaril. Yang sdlalu difikirannya adalah Sumayyah kini bahagia namun apa yang difikirnya semua tidak mengena.

"Kalaulah Saya tahu dulu." Kata Zaril.

"Tahu apa Boss?" Tanya Sumayyah.

"Tak. Saya ingat awak bahagia. Rupanya derita yang awak tanggung." Kata Zaril.

"Allah nak uji saya kot. Dah selalu jahat kat orang." Kata Sumayyah.

"Jahat ke awak n?" Tanya Zaril.

"Entah. Kalau saya baik takkan lah Allah nak duga saya sampai macam ni." Kata Sumayyah menunjuk tayar motornya.

"Amboii sempat melawak ek." Kata Zaril mencuit hidung Sumayyah.

"Amboi gatal tu masih macam dulu suka sangat usik hidung Su. Tak lama sengetlah hidung Su ni." Kata Sumayyah.

Qayyum muncul bersama Syiqa menaiki kereta Honda Civic milik Zaril.

"Sorry Boss. Lambat." Kata Qayyum.

"Dah Sumayyah awak masuk dulu dalam kereta. Dah merah dah wajah tu menahan panas ni." Kata Zaril.

"Eh takpelah. Biar Su yang bukak." Kata Sumayyah yang mendekati Zaril lalu menarik Zaril bongkok sedikit agar dia dapat membisikkan sesuatu.

Memang begitulah kedekatannya bersama Sumayyah. Sebab tu lah dia tak mampu nak buang nama Sumayyah dari dalam hatinya.

"Boss tengoklah muka girlfriend dia dah monyok tu. Tambah Boyfriend dia nanti kotor hmm Su tak tahu." Kata Sumayyah.

"Takpe saya tolong Awak, Sambil ketawa kecil.

"Yum tepi sikit." Kata Zaril.

Zaril dan Sumayyah bergabung membuka tayar motorbikenya dalamasa 10 minit.

"Biar saya angkat masuk bonet." Kata Sumayyah.

"Ehh takpe Cik. Biar saya angkat." Kata Qayyum.

"Nanti awak kotor kat dalam tu taknak pulak keluar date dengan awak. Takpe Saya boleh." Kata Sumayyah.

Qayyum melihat kedalam kereta benar jelas terlihat wajah Syiqa monyok.

"Ok dah siap." Kata Zaril lalu meletakkan peralatan yang digunakan kedalam bonet honda Civicnya.

"Ok boss saya gerak dulu." Kata Qayyum.

"Isi minyak kereta tu." Kata Zaril mengingatkan Qayyum.

"Maaf buat Boss kotor macam ni." Sumayyah membersihkan kotorang pada baju tshirt Zaril.

"Mana tahu orang tu nak belanja kita." Kata Zario bergurau.

"Jomlah. Su tak tahu kat mana sedap kat sini. Su oun belum makan lagi ni." Kata Sumayyah.

"La Yeke. Dah Jom Saya bawak awak ke satu tempat. Tak menyesal awak makan kat sana." Kata Zaril.

Mereka ride bersama dari highway menuju kekedai makan yang dimaksudkan oleh Zaril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience