-9-

Other Completed 91921

Azril kini sah bergelar Suami kepada Zizi Zahlia yang baru sahaja dinikahinya. Dan tanpa diduga, Nadzmi datang bersama Sumayyah dimajlis pernikahannya.

Sumayyah yang baru keluar dari hospital beberapa hari sebelumnya, menguatkan langkah agar tak goyah dan terlihat lemah.

"Selamat pengantin baru Azril dan pasangan." Kata Nadzmi.

Sumayyah senyum disebelahnya dan Azril melihat perut yang dulu bulat kini rata seperti mula dia menikahi Sumayyah.

"Su?" Azril terkedu tak terkata.

"Lafaz akad dah diucapkan dan sekarang Su nak ingatkan, Apa yang Su pernah ucapkan.

"Tak Su. Abang tak salah. Abang tak mampu nak halang perkahwinan ni demi maruah Papa dan Mama." Kata Azril.

"Su pernah cakap dengan Abang dulu. Takkan Abang lupa, Apa yang Su pernah katakan dulu. Andai Abang melafazkan akad nikah pada mana mana perempuan diluar sana, Maka akan terjatuhlah talak keatas diri Sumayyah. Dan itu uang abang lakukan sekarang." Kata Sumayyah.

"No sayang. Please jangan tinggalkan Abang. Abang tahu Abang dah banyak buat salah dekat Su. Maafkan Abang. Bagi Abang oeluang sekali ni untuk tebus semua kesalahan Abang." Kata Azril.

"Tak. Maaf andai Sumayyah pernah menyakiti Abang dalam sedar atau tak. Dan paksa abang untuk sayang Su dan anak anak. Cuma jangan pisahkan Dhia dan Dhian dengan Sumayyah sebab mereka adalah syurga bagi Sumayyah. Nyawa Sumayyah." Kata Sumayyah.

Sumayyah berlalu meninggalkan Azril dibelakangnya..

"Su!! Su!! Please jangan tinggalkan Abang Su!!" Teriak Azril dalam tangisan.

Zizi mendekati Azril yang sedang sujud kebumi.

"You tak oayah mak sedih sangat. I ada. I akan bahagiakan You dan anak anak kita. Kata Zizi.

"Kau tak tahu Zi. Aku hanya mampu sayangkan dia. Hanya dia yang memenuhi relung hati aku Zi. Takkan ada gantinya." Kata Azril.

"Kau nak permainkan aku ke Ril?" Kau yang buat aku macam ni." Kata Zizi.

"Kalau kau tak mulakan benda ni takkan jadi. Dan aku takkan kehilangan Sumayyah dan anak anak aku." Kata Azril.

Azril meninggalkan Zizi didepan pintu gerbang dan berlalu pergi dari majlis persandingan mereka.

"Ril!! Rill" Pekikan Azman tak diendahkan.

Azril berlalu pergi mengejar kereta BMW milik Nadzmi.

"Abang takkan lepaskan Su. Abang akan tebus kesalahan Abang pada Su." Kata Azril pada dirinya.

Didalam kereta Nadzmi melihat kereta Vios milik Azril mengekori kereta mereka.

"Su." Panggil Nadzmi.

"Kenapa?" Tanya Sumayyah.

"Azril kat belakang." Kata Nadzmi.

"Lantak lah Long. Malas dah Su. Talak dah lepas tinggal Su je yang mesti naik mahkamah syariah failkan cerai." Kata Sumayyah.

"Sekarang ke?" Tanya Nadzmi.

Sumayyah menganggukkan kepalanya. Dia taknak terikat lagi dengan lelaki bernama Azril. Dan andai satu hari Azril tuntut hak penjagaan keatas kedua anaknya, Dia akan pastikan Azril akan menyesal.

Nadzmi memecutkan keretanya dengan kelajuan sederhana, Melihat dari cermin pandang belakang Dhia dan Dhian nyenyak tidur diatas Baby chair yang dipasangnya di seat belakang keretanya.

Nadzmi menghibungi Apong dan memberitahu agar menemuinya di mahkamah syariah sekarang. Dia tak boleh temankan Sumayyah naik keatas berurusan kerana tiada yang menjaga sikembar

Nadzmi berhenti diluar mahkamah syariah. Dimana Aponh telah menantinya.

Sumayyah keluar perlahan dari kereta dengan bantuan Apong.

"Terima kasih, Pong. Jom teman Su." Kata Sumayyah.

"Baik Tengku Bongsu." Kata Apong berjalan beriringan Sumayyah.

Api cemburu pada dirj Asril membuak apabila melihat lelaki paruh baya memegang jemari isterinya.

Dia keluar dari kereta dan mengejar Sumayyah bersama Apong naik ketingkat atas Mahkamah Syariah.

"Sumayyah!!" Panggil Azril lantang.

Namun Sumayyah tidak memperdulikan panggilan Azril dan berjalan terus masuk kepada kaunter pertanyaan. Dia diberikan borang permohonan cerai dan diminta isi secepat mungkin.

"Kau isi borang tu, Aku akan pastikan kau takkan dapat hak keatas anak anak tu." Kata Azril.

Apong ingin menyerang Azril. Namun dihalang oleh Sumayyah.

"Habiskan tenaga je Pong. Biarkan dia." Kata Sumayyah.

"Baik." Kata Apong mengiyakan.

Sumayyah menyerahkan semula borang dan memohon agar hak keatas penjagaan anaknya diberikan kepadanya kerana dia ada alasan tersendiri.

"Baik puan. Sebaiknya puan isi borang hak penjagaan ni dan puan sediakan Peguam untuk Puan agar dapat Fight belah sana." Kata Ustazah itu.

"Baiklah terima kasih." Sumayyah berlalu bersama Apong meninggalkan Azril disana terpaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience