TC | BAB 26

Romance Completed 17878

"TAK sangka kau dah mengandung. Tahniah!" Ucap Amelin.

"Tulah. Tak sabar aku nak jadi aunty!" Erina bersorak.

"Korang bila lagi ha nak kahwin? Aku tak sabar nak makan nasi minyak korang." Kata Adyla.

"Ish, kalau ada jodoh, kitorang kahwin la. Malas la nak fikir lagi buat masa ni. Aku nak enjoy dulu zaman bujang aku." Amelin membalas.

"Tak payah la cakap pasal kitorang. Kau tu kena jaga diri elok-elok. Perut kau tu bukan makin kecil. Makin besar! Tunggu masa nak meletup je!" Mereka ketawa.

"Haih, macam-macam lah kau ni."

"Raff tak balik lagi ke?" Soal Amelin.

"Belum. Dia keluar pergi beli lamb chop untuk aku." Jawab Adyla.

"Amboi, bukan main eh mengidam nak lamb chop." Ujar Erina.

"Biarlah. Tekak aku kan bukan tekak kau. Nanti kau mengandung, aku seratus persen sure kau akan mengidam macam-macam." Erina dan Amelin angguk sambil buat muka.

"Aunty, susah-susah je buatkan air. Kitorang datang pun sebab nak tengok Dyla je." Kata Erina seraya Datin Amina datang membawa air.

"Tak apa. Kamu berdua datang jauh-jauh takkan lah aunty tak hidang apa-apa. Bukannya selalu kan?"

"Terima kasih, aunty." Ucap Erina dan Amelin serentak.

"Ha, dah balik dah anak dan menantu mama. Lama betul keluar. Dapat tak apa yang Dyla nak makan tu?" Tanya Datin Amina setelah Adam dan Raffiez sampai.

Erina memerhati Adam lalu apabila Adam memandangnya, terus dia melarikan anak matanya.

"Dah, mama. Lama sikit sebab kedai banyak tutup harini. Nasib baiklah ada juga yang buka. Kalau tak kempunanlah isteri saya ni." Ujar Raffiez. Adyla sengih.

"Thanks abang-abang saya yang baik hati!" Ucap Adyla.

"Demi sayang abang sanggup buat apa je." Jujur Raffiez. Adyla senyum lebar.

"Erin dan Amelin pun ada? Dah lama ke sampai?" Soal Adam.

"Haah. Dah lama. Kejap lagi kitorang nak balik dah." Jawab Amelin manakala Erina hanya diam. Adam angguk faham.

"Erin kerja dengan Zhafran ke sekarang?" Tanya Adam sekadar ingin berbual.

"Ye. Sementara dia tengah carikan pembantu baru." Jawabnya dalam mengawal riak malu.

"Ouh. Baguslah kalau macam tu." Erina tersenyum.

'Ish malulah! Cukup Erin! Dia tu tunang orang!' Bisik hati Erina.

"Sayang, jomlah makan. Tadi cakap lapar kan?" Ajak Raffiez. Adyla mengangguk.

"Korang duduklah dulu. Aku nak makan kejap." Kata Adyla. Mereka berdua mengangguk.

Kemudian Raffiez memimpin Adyla ke dapur.

"Minumlah, Erin. Amelin. Nanti dah sejuk tak sedap pula."

"Baik, aunty."

****

"JOM, sayang. Dah siap kan?" Soal Raffiez sambil memegang beg tangan Adyla.

"Dah. Jom."

MEREKA menuju ke klinik untuk membuat check-up.

"Alhamdulillah. Puan tak ada masalah apa-apa. Cuma kalau boleh lebihkan makan makanan berkhasiat macam buah-buahan and so on. Kawal emosi dan elakkan stress kalau tak risau nanti mengganggu proses pertumbuhan bayi." Terang Doktor Luna.

"Thanks doktor."

"Abang kata nak bawa sayang jalan-jalan dekat taman kan harini?" Soal Adyla semasa dalam kereta.

"Ya. Tapi tak boleh la pula harini sebab abang kena jumpa client so lepasni abang hantar sayang terus rumah mama eh? Sorry, sayang." Terang Raffiez. Harapnya Adyla tak merajuklah.

"Ala yeke? Baru nak jalan-jalan. Hurm it's okay la. Sayang faham. Next time kita keluar eh?" Balas Adyla.

"Okay. Jangan sedih tau? Nanti baby kita pun sedih bila tengok ibu sedih."

"Mana ada la. Sayang tak sedih pun. Ye la nak buat macam mana kalau ayah ada work, kan baby?" Kata Adyla sambil mengusap lembut perutnya. Raffiez senyum. Nasib baik Adyla tidak bermasam muka dengannya.

****

SETIAP hari Adyla akan meminta Raffiez untuk membeli makanan. Bermacam-macam yang dimintanya. Namun Raffiez tidak pernah berkata "tidak". Dia hanya mengikut apa saja kehendak isterinya itu.

Satu malam Adyla mengidam mahu makan kerang. Raffiez buntu. Malam-malam ada lagi ke kedai yang masih buka?

Namun Raffiez keluar juga mencari. Nasib baiklah Fira memberitahu Raffiez yang di rumahnya ada kerang. Terus Raffiez ke sana. Demi isteri tercinta!

Yang paling teruk, dia tidak boleh nak tidur malam! Sampaikan Raffiez terpaksa berjaga malam dan membuat video call.

"Sayang, kenapa tak tidur lagi ni? Dah lewat ni." Soal Raffiez.

"Saya teringat dekat abanglah. Bila abang nak datang ambil saya ni?" Rengek Adyla.

"Alolo manja je isteri saya ni. Sabarlah sikit. Tak lama lagi abang datanglah ambil sayang. Jangan risau okay?" Ujar Raffiez. Adyla mengeluh berat.

"Hmm yelah."

Raffiez mendodoikan isterinya dengan zikir dan berselawat. Selang beberapa minit, kedengaran dengkuran halus dari telefonnya. Raffiez senyum lega.

****

"ABANG, tolong ambilkan phone Dy dekat atas. Tadi Raff pinjam lepastu dia lupa nak pulangkan sebelum pergi." Pinta Adyla apabila Adam keluar dari biliknya.

"Okey." Adam terus melangkah ke bilik Adyla di tingkat atas. Setelah jumpa, Adam beri kepada Adyla.

"Thanks abang."

Adyla membuka Whatsapp dan terdapat mesej yang mencurigakan yang dihantar beberapa minit yang lepas.

+Unknown number
Aku akan rampas balik hak aku yang kau dah ambil! Kau tunggulah nasib kau! Kau kena ingat! Kau takkan bahagia! And aku nak kau jangan bagitahu sesiapa termasuk suami kau! Kalau tak, I'll kill you!

Terbuntang luas mata Adyla setelah membacanya. Terus Adyla padam mesej itu.

'Allahuakbar! Siapa yang ugut aku macam ni? Kenapa hati aku berdebar sangat? Macam ada something buruk akan berlaku. Just think positive, Dyla! Jangan fikir sangat. Mungkin dia tersalah orang.' Desis hati Adyla lalu dia menarik nafas dan hembus.

"Kenapa tu? Ada apa-apa ke?" Soal Adam yang nampak riak wajah Adyla yang lain macam. Adyla mengawal reaksi mukanya.

"Tak ada apa lah, abang." Adyla senyum.

"By the way, lusa kan abang dah nak kahwin. Dah siap ke prepare everything?" Soal Adyla mahu menghilangkan perasaan takutnya.

"Dah. Tunggu kahwin je." Balas Adam. Adyla ketawa kecil.

"Tak sabar nak tengok abang kahwin. Lepastu ada anak yang comel. Ah! Cannot wait!"

"Mestilah. Abang Dy kan handsome." Adam puji diri sendiri.

"Tapi handsome lagi suami Dy." Adyla tidak mahu kalah. Lalu mereka ketawa.

****

HARI yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Pasangan yang romantik itu sudah selamat diijab kabulkan. Majlis juga diraikan dengan meriah sekali.

"Selamat pengantin baru!" Ucap Adyla kepada pasangan romantik itu.

"Thank you, Dyla." Balas Madihah yang cantik dan berseri.

"Untung akak dapat abang Dyla. Dah la baik, sweet, caring and semua lah! Perfect!" Puji Adyla kepada Adam. Adam sudah menunjukkan senyum kucingnya. Madihah senyum.

"Dy, tadi Raff ada pesan suruh Dy tunggu dekat ruang makan tu. Makan sekali dengan dia. Pergilah. Nanti tercari-cari pula." Ujar Adam lalu Adyla terus ke sana.

"Dyla? Mana Raff?" Soal Aus apabila ternampak Adyla yang keseorangan.

"Entahlah. Tadi dia suruh Dyla tunggu dekat sini. Abang dah makan ke?"

"Belum." Balas Aus.

Setelah Raffiez mengambil makanan, dia mencari Adyla. Namun tiada. Akhirnya dia melihat Adyla bersama Aus lantas dia ke sana dengan membawa makanan.

"Sayang dekat sini rupanya. Puas abang cari." Kata Raffiez.

"Kesian suami saya. Duduklah."

Aus diam dan hanya memerhati.

"Abang belum makan kan? Jomlah join kitorang sekali." Ajak Adyla.

"Tak apa lah. Abang tak lapar. Dyla makanlah. Abang nak sambut tetamu kejap." Aus pergi meninggalkan mereka berdua.

"Dyla, makanlah cepat." Tiba-tiba suara Raffiez dingin dan bercakap menggunakan namanya. Tadi elok saja. Tanpa berlengah, Adyla segera makan.

Erina duduk di satu tempat sambil memandang ke arah pasangan yang bahagia itu. Dia termenung.

'Kau kena move on Erin! Dia berhak pilih siapa yang dia nak. Aku siapa nak halang?' Gumam hati Erina.

"Tengah fikir apa tu?" Tegur Syailman. Erina mula menyampah. Dah tak ada lelaki lain ke ha? Asyik dia je!

"Saya tengah fikir macam mana nak santau awak supaya tak kacau saya lagi dah." Perli Erina. Syailman ketawa.

"Mana ada saya kacau awak. Saya cuma nak berbual je. Takkan tak boleh?"

"Memang tak boleh. Asal awak tak berborak dengan perempuan lain? Ramai lagi tu yang single tapi awak datang juga dekat saya. Rimas tahu tak?" Bebel Erina.

"Marah pun still comel." Syailman memuji. Erina tayang muka meluat ditambah dengan jelingan maut.

"Eh, ada orang panggil. Kejap!" Tipu Erina lalu segera beredar dari situ. Syailman yang tertipu menoleh ke belakang.

"Ha? Mana? Tak dengar pun." Kata Syailman. Apabila dia kembali menghadap Erina, dia sudah pergi. Syailman menggeleng sambil senyum.

MAJLIS berakhir dengan lancar sekali. Pengantin sudah pun menukar baju mereka dan berehat.

"Alhamdulillah. Settle dah semua." Ujar Datin Amina. Semua yang ada di situ turut bersyukur.

"Dihah nak tidur sini ke malam ni?" Soal Datin Amina.

"Ye, mama. Lagipun dah malam kan? Mana sempat nak balik rumah sana." Balas Madihah dengan lembah lembut.

"Betul juga tu."

"Dy dengan Raff dah balik rumah diorang ke?" Soal Adam.

"Ye. Baru je balik sejam yang lepas. Raffiez kan dah start cuti panjang. Dyla pun bukan boleh sangat berjauhan dengan suami dia. Kalau boleh 24 jam nak berkepit je dengan Raff. Haih, nasib baik Raff melayan aje." Membebel pula Datin Amina. Adam dan Madihah ketawa kecil.

"Okay lah mama. Adam dengan Dihah masuk bilik dulu. Dah mengantuk sangat ni." Adam meminta diri.

"Ha yelah. Mama pun sama. Asyik menguap je dari tadi." Mereka masuk ke dalam bilik dan tidur.

****

RAFFIEZ masih dingin dengan Adyla. Sepuluh kali ditanya hanya sepatah yang dijawab. Adyla tidak faham kenapa suaminya begini. Mengalahkan perempuan mengandung!

"Abang, kenapa ni? Sebab Abang Aus ke? Saya minta maaf."

"Tidurlah. Esok nak bangun solat pula." Kata Raffiez sambil menarik selimut untuk tidur.

Adyla menghela nafas lalu membaringkan dirinya.

KALI kedua dia menerima mesej yang curiga itu dia masih lagi berfikiran positif bahawa itu cuma scammer. Tapi hari ini sudah masuk kali ke- 4 dia di spam daripada nombor yang sama. Dia sentiasa curiga dan sudah mula tidak sedap hati.

Apa yang akan berlaku kepada dirinya nanti? Adakah sesuatu yang buruk akan terjadi? Dirinya buntu. Sudahlah Raffiez masih dingin dengannya. Fikirannya kusut.

Raffiez termenung di laman rumah sambil duduk memerhati awan.

'Apa yang aku dah buat ni? Kenapa aku layan isteri aku macam tu? Dia kan tengah mengandung. Argh! Kau bongoklah! Kau tak patut buat dia macam tu.' Marah dirinya sendiri di dalam hati

"Abang? Buat apa tu?" Tegur Adyla. Lamunan Raffiez terhenti lalu dia memandang Adyla dengan raut wajah yang berasa serba salah.

"Abang tengah hirup udara segar. Meh la duduk sini." Ujar Raffiez dengan lembut. Adyla duduk lalu memeluk suaminya.

Nampaknya angin Raffiez sudah baik. Pening Adyla dibuatnya. Sekejap elok sekejap tak. Haih, nasib sayang!

"I'm sorry, sayang sebab abang dingin dengan sayang. Abang sedar abang tak patut cemburu dengan Aus tu. Abang tahu abang salah." Luah Raffiez. Adyla senyum nipis.

See? Betullah dia cemburu. Haih, manja kali suami dia.

"It's okay abang. Saya faham. Lagipun dari dulu lagi abang cemburu tengok kami. Sedangkan kitorang hanya borak biasa je."

"Abang tak boleh tengok Aus layan sayang. Pandangan dia tu macam bukan pandangan biasa. Pandangan dia ada makna yang mendalam. Sayang faham kan?" Sambung Raffiez.

"Abang Aus memang macam tu. Sejak kecil lagi kitorang rapat. Main pun sama-sama. Saya anggap dia macam abang kandung sendiri dah." Jelas Adyla. Raffiez senyum.

"Jom pergi taman, nak?" Ajak Raffiez.

"Nak!"

Dapat juga mereka meluangkan masa bersama memandangkan mood Raffiez sudah baik. Tapi hati Adyla tetap memikirkan mesej yang berbaur ugutan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience