TC | BAB 28

Romance Completed 17878

BUNYI ketukan pintu dari luar rumah Raffiez membuatnya hairan.

"Aik? Sekejapnya isteri aku pergi. Takkan balik dah?" Sangkanya sebelum mengorak langkah untuk membuka pintu.

"Sayang awalnya balik-" Raffiez terkejut setelah membuka pintu. Ternyata bukan Adyla.

"Fasya? Ada apa you datang sini?"

"Auch! Sakitnya kepala I!" Aduh Fasya sambil memegang kepala.

"You okay tak ni?" Prihatin Raffiez.

"I nak rehat sini kejap boleh? I takut la nak drive. Kepala I pening. Nasib baik I sempat sampai sini tadi."

"Tapi wife I belum balik lagi." Ujar Raffiez risau pula untuk berdua-duaan dengan sepupunya.

"Please Raff..." Fasya hampir pitam namun dia sempat berpaut pada lengan Raffiez.

"Erm kalau macam tu masuklah." Raffiez membenarkan lalu membantu Fasya untuk masuk ke dalam rumah.

"You duduk sini dulu. I naik atas kejap ambilkan you ubat." Fasya mengangguk sambil duduk.

"Thanks Raff." Raffiez naik ke biliknya.

Fasya senyum jahat.

'Let's start the game.' desisnya.

Raffiez turun ke bawah lalu menuju ke arah Fasya.

"Nah, ubat untuk you. I pergi dapur kejap ambil air."

Fasya bangun.

"Raff..." Fasya sudah hampir pitam. Raffiez memegang lengannya.

ADYLA akhirnya sampai di depan rumah. Dia hairan kenapa pintu tak tertutup rapat lalu dia masuk ke dalam rumah.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Raffiez bersama Fasya. Kelihatan Raffiez sedang membantu Fasya untuk duduk di atas sofa.

"Abang!" Tempik Adyla.

"S-Sayang." Raffiez terkejut. Fasya sudah senyum kemenangan.

Adyla terkedu.

Raffiez menuju ke arah Adyla namun Adyla bergegas pergi sambil memegang perutnya. Raffiez terus menyambar lengan Adyla.

"Lepaslah!" Tempik Adyla.

"Sayang, please. I can explain everything!" Ujar Raffiez lalu melepaskan tangan Adyla.

"Dah tak ada apa yang perlu awak explain la Raffiez Hilman!" Marah Adyla sambil memandang mata Raffiez. Tiada lagi panggilan 'abang' untuk Raffiez.

"Sayang, kitorang tak ada buat apa-apa pun. Fasya yang datang sini lepastu-"

"Dah! Cukuplah awak! Korang berdua memang dah plan pun kan? Patutlah tadi saya ajak awak pergi rumah mama awak tak nak. Rupanya ada muslihat lain!" Adyla sudah tidak mahu mendengar lagi penjelasan palsu Raffiez itu dan membuat spekulasi sendiri.

"No! Please, percayalah abang. Sayang jangan macam ni. Kesian baby kita." Raffiez merayu.

"Saya takkan percaya setiap perkataan yang keluar dari mulut awak tu! Selama ni awak berpura-pura baik je depan semua orang!"

"Sayang!" Raffiez memanggilnya dengan nada terkilan.

"Awak tipu saya! Awak cakap nak jaga saya tapi tadi tu apa?! Awak sebenarnya tak cintakan saya pun kan? Mana pergi janji abang tu? Mana?!" Dada Adyla sudah turun naik dalam amarah yang membuak-buak.

"Abang cintakan sayang sangat-sangat. Please, sayang. Jangan marah macam ni. Abang tak nak sayang pergi." Rayu Raffiez lagi.

"Saya tak kira saya nak awak lepaskan saya! Awak kahwinlah dengan Fasya kalau itu yang boleh buat hidup awak lebih bahagia! Saya perempuan yang tak layak hadir dalam hidup awak! Cukuplah dengan semua lakonan awak selama ni. Saya dah muak!" Tengking Adyla.

"Tak! Abang takkan ceraikan sayang. Abang nak sayang je dalam hidup abang. Jangan buat abang macam ni. Abang tak nak hilang sayang. Jangan tinggalkan abang please abang merayu." Raffiez melutut di hadapan Adyla sambil menggenggam kedua-dua tangan isterinya. Akhirnya menitis juga air mata lelakinya.

"Maafkan abang..." Teresak-esak Raffiez menangis bersama isterinya.

"Enough! Saya bencilah dengar semua tu! Awak jangan cari saya! Saya tak nak tengok muka awak!" Ujar Adyla lalu melepaskan genggaman Raffiez dengan kuat.

"Sayang! Don't leave me!" Kuat Raffiez menangis.

Adyla berjalan laju menuju ke arah keretanya di seberang jalan.

Segera dia mengunci pintu dan mahu pergi. Raffiez mengetuk cermin tingkap kereta berkali-kali namun Adyla terus memandu laju.

Raffiez terduduk lagi.

"Arghhh!" Raffiez menjerit kuat melepaskan tekanan perasaan sambil menggenggam rambutnya. Dia sudah tidak mampu menghalang Adyla lagi.

Setelah puas menangis, dia masuk ke dalam rumah dengan perlahan. Terbit perasaan menyesalnya.

"I'm sorry Raff. I tak patut ada dekat sini." Fasya memohon maaf.

Muka Raffiez kelihatan lesu.

"You baliklah, Fasya." Raffiez berjalan menuju ke dalam biliknya.

Fasya keluar dari situ setelah menerima panggilan dari Firas.

Raffiez mengurungkan dirinya.

Entah apa yang perlu dia buat tika ini. Nak kejar Adyla? Sudah semestinya dia tidak boleh. Adyla sudah tidak mahu melihatnya lagi. Nak beritahu keluarganya? Nanti akan kecoh pula. Dia seperti gila memikirkan kejadian yang menimpa mereka berdua. Disebabkan satu perkara, semuanya berantakan.

****

SEDANG Datin Amina menyusun pinggan di dapur tiba-tiba...

PRANGG!

Pinggan yang sedang disusunnya pecah.

"Puan? Okay tak ni?" Soal Bibik Tina yang baru saja datang.

"Entahlah. Tiba-tiba hati saya rasa tak sedap."

"Puan tak makan lagi kan tadi? Kejap. Saya siapkan makanan untuk puan."

"Tak apalah bik. Saya okay. Mungkin perasaan saya je kot. Awak tolong susunkan pinggan ye? Saya nak naik atas nak rehat."

Bibik Tina menggangguk.

"Baik, puan."

LULUH hati Adyla apabila diperlakukan sebegini. Dia pergi dengan membawa luka berdarah di hati. Sanggup Raffiez menghancurkan hatinya. Apa kurangnya dia di mata Raffiez? Adakah cinta mereka sudah berakhir? Dan mengapa berat sekali ujiannya kali ini?

"Ya Allah, aku tak kuat! Bantu aku Ya Allah! Aku tak mampu nak hadap semua ni!" Rintihnya semasa memandu. Adyla menangis semahu-mahunya.

Tiba-tiba ada kereta yang menekan hon dengan kuat.

Adyla nyaris dilanggar. Nasib baiklah kereta itu sempat brek. Adyla menarik nafas lega. Dia mengusap perutnya kerana mula berasa sakit.

Dalam fikirannya teringat akan atok di kampung. Mungkin di sana dia dapat hidup tenang dan aman. Terus Adyla memandu ke sana. Sampai ke tidak itu lain cerita yang penting dia dapat berjauhan dengan suaminya.

Akhirnya dia selamat sampai ke sana dengan izin Allah. Dia tidak menyangka akan tiba di sini seorang diri kerana selalunya Adam dan mamanya yang menemani.

Dia termenung di dalam kereta. Lamunannya terhenti apabila cermin tingkap diketuk. Adyla terus mematikan enjin dan keluar dari perut kereta.

"Dyla? Asal ni tiba-tiba je datang? Raff mana?" Soal Aus sebaik saja melihat kereta Adyla. Terkejut juga dia apabila melihat sepupunya datang seorang diri.

Namun Adyla hanya diam. Air matanya mengalir laju.

Aus sudah mula risau.

"Dyla? Kenapa nangis ni? Dah jom naik." Ajak Aus lalu Adyla akur. Terus dia mengesat air matanya.

"Duduk sini. Abang ambilkan air." Aus segera ke dapur mengambil segelas air kosong. Dia kembali lalu memberi air itu kepada Adyla.

Adyla meneguk dengan perlahan.

"Dyla ada masalah ke? Cuba cakap dekat abang. Abang tak boleh tengok Dyla sedih macam ni." Pujuk Aus.

"Abang, jangan bagitahu sesiapa yang Dyla ada dekat sini termasuk suami Dyla. Dyla harap abang faham."

"Tapi macam mana abang nak faham kalau Dyla tak bagitahu abang apa yang dah jadi?"

"Abang, please." Adyla merayu.

"Okay fine. Abang takkan bagitahu sesiapa. Tapi abang risau la. Dyla datang seorang je dekat sini. Nasib baik tak jadi apa-apa."

"Dyla bukan datang seorang je. Baby dalam perut Dyla kan ada?" Aus menggeleng sambil melihat perut Adyla yang kian membesar.

"Atok mana?" Soal Adyla.

"Atok tengah tidur dalam bilik. Dyla nak apa-apa tak?"

Adyla menggeleng.

"Abang, Dyla harap abang tak kesah Dyla nak tinggal sini. Lagipun Dyla tak tahu mana nak pergi."

"Eh mestilah abang tak kesah. Ni kan rumah kita semua. Takkanlah abang tak bagi Dyla duduk sini."

"Thanks abang. Dyla nak masuk bilik dulu. Nak rehat." Adyla melangkah ke dalam bilik setelah menerima keizinan.

KEESOKANNYA..

"Dyla, jom kita sarapan." Ajak Aus setelah mengetuk pintu bilik Adyla.

Namun tiada sebarang sahutan. Aus memanggilnya lagi tapi tetap sunyi. Dia mula risau.

"Mano cucu aku? Tok bangun lagi ko?" Soal atok yang baru datang.

"Dyla tak jawab la atok."

"Bukolah pitu tu." Suruh atok.

Tanpa berlengah, Aus segera membuka pintu.

Kelihatan Adyla sedang tidur.

"Dyla, bangunlah." Panggil Aus perlahan. Adyla membuka sedikit kelopak matanya.

"Dyla tak ada selera la nak makan." Jawab Adyla perlahan ditambah dengan suara yang lemah.

"Atok, cuba sentuh dahi Dyla." Pinta Aus.

"Allahuakbar, panahnyo cucu aku! Deme ni." Kata atok.

Aus mula risau.

"Dyla, jom kita pergi klinik sekarang!"

Adyla menggeleng. Namun Aus tidak menghiraukan Adyla lantas dia mengangkat tubuh Adyla.

"Atok duduk rumah tau. Biar Aus bawa Dyla ke klinik." Ujar Aus. Atok mengangguk laju. Kemudian mereka berdua menaiki kereta dan menuju ke klinik.

"DYLA, makanlah sikit. Kesian la baby dalam perut tu lapar." Aus cuba memujuk Adyla. Adyla menggeleng.

"Kalau Dyla tak nak makan, abang call Mak Ngah." Ugut Aus Hakim.

Adyla terus ambil bubur ayam lalu makan.

"Tahu pun takut..." Ujar Aus sambil sengih.

"Apa yang Raff dah buat dekat Dyla?" Soal Aus ingin tahu. Adyla tersedak. Terus Aus menghulurkan segelas air.

"Dyla dah kenyang. Nak tidur." Kata Adyla seraya memberikan semangkuk bubur ayam kepada Aus.

"Sorry, abang tak sepatutnya tanya soalan tu. Dyla tidurlah. Abang nak keluar ke pekan kejap." Aus berkata sebelum keluar dari bilik.

Aus mengeluh. Sampai bila Adyla hendak menyembunyikan perkara ni? Bahkan keluarga dia pun tidak tahu apa-apa.

Aus pulang dari pekan.

"Abang ada belikan baju untuk Dyla. Ambillah." Aus memberi beberapa beg kertas yang berisi pakaian.

Adyla mengambilnya.

"Wah, cantiknya! Pandai abang pilih." Puji Adyla sambil memegang sehelai baju untuk ibu mengandung.

"Bukan abang yang pilih. Abang minta tolong pekerja dekat kedai tadi." Adyla mengangguk faham.

"Berapa harga semua ni?" Soal Adyla.

"No need to pay me back. Abang belanja Dyla. Ikhlas!" Kata Aus. Adyla sengih.

"Thank you, abang!" Adyla terus masuk ke bilik untuk mencuba setiap satu pakaian yang dibeli oleh Aus.

****

"DYLA buat apa tu? Nak abang tolong?" Pelawa Aus.

"Tak perlu. Dyla nak masak ayam pedas untuk korang berdua. Lagipun bosanlah tak tahu nak buat apa." Balas Adyla sambil memotong bawang.

"Kalau macam tu bolehlah abang makan hasil air tangan sepupu kesayangan abang ni." Ujar Aus.

"Ye ke abang sayang Dyla?" Tanya Adyla.

"Mestilah abang sayang."

"Habistu girlfriend abang macam mana?"

"Dyla kan ada." Seloroh Aus.

Adyla yang faham kata-kata Aus terus senyap.

"Abang gurau jelah." Kata Aus sambil tergelak. Adyla menghela nafas. Berdebar!

****

SUDAH 4 hari Raffiez berkurung di dalam rumah. Dia termenung sambil memeluk frame mereka berdua di ruang tamu. Dia juga tidak menjamah makanan dan minuman kerana kenyang dengan air mata. Dia juga tidak larat lagi untuk bangun.

"Sayang pergi mana? Baliklah. Abang rindu."

Setiap hari dia mengulangi ayat itu. Merayu agar isterinya pulang. Banyak panggilan yang diterimanya namun dia menghiraukan. Sehinggalah kedengaran bunyi loceng rumah. Dia berganjak sedikit lalu bersandar di sofa sambil mengelap air mata.

Fikri menjengah masuk ke dalam rumah setelah pintunya dibuka. Dia terkejut dengan keadaan rumah Raffiez yang agak bersepah. Akhirnya dia pandang wajah suram Raffiez.

"Bro! Apa dah jadi dengan kau ni? Mana Dyla?" Soal Fikri.

"Dia dah pergi. Dia tinggalkan aku. Dia benci aku!" Kata Raffiez.

"Kau biar betul? Kenapa dia buat kau macam ni?"

Raffiez menceritakan semuanya. Fikri terkejut buat kali kedua.

"Habistu kenapa kau tak cari dia? Kau berkurung je dalam rumah?" Soal Fikri.

"Aku tak boleh, Fik. Dia tak nak aku cari dia. Dia benci tengok muka aku." Luah Raffiez.

"Tapi kau tak boleh macam ni, Raff. Kau kena kuat. Uruskan diri kau tu. Kau dah makan ke belum ni?" Prihatin Fikri. Raffiez menggeleng lemah.

"Nah. Aku ada belikan nasi goreng lebih. Aku nak kau makan sekarang. Kau tu lelaki. Jangan lemah sangat. Kau kena ingat kau dah nak jadi ayah." Nasihat Fikri untuk menyedarkan Raffiez.

Raffiez mengambil nasi goreng lalu makan.

Fikri menggeleng. Ada saja masalah yang menimpa kawannya itu. Nasib baiklah dia datang ke rumah Raffiez kalau tidak mati terbaring agaknya.

"Tolong aku, Fik. Aku nak cari isteri aku."

"Aku akan tolong kau. Tapi kau kena uruskan diri kau tu dulu. Jangan layan perasaan tu sangat. Yang penting jaga solat."

"Thank you, Fik."

Raffiez sedar dia sudah melakukan kesilapan yang besar. Selama dia berkurung, dia tidak menunaikan kewajipannya sebagai seorang Islam. Dia lupa kepada penciptanya. Dia sepatutnya memohon kepada tuhan agar hubungannya dengan Adyla dapat disatukan semula.

sorry lama tak update >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience