TC | BAB 40

Romance Completed 17878

BEBERAPA bulan kemudian.

Mereka sekeluarga makan di restoran mak Amelin. Ini merupakan cadangan daripada Adyla dan semua keluarga telah bersetuju.

"Bagus juga buat macam ni. Dapatlah kita luangkan masa bersama. Lagipun dah lama tak keluar bersama macam ni." Kata Pak Long. Mereka semua mengangguk.

"Betul tu. Harini order je nak makan apa. Kami yang persatuan ayah ni akan belanja." Tambah Pak Lang. Meletus ketawa mereka. Pak Long dan Pak Uda mengangguk setuju.

Amelin datang untuk mengambil pesanan.

"Nak makan apa ya?" Soalnya. Kemudian mereka semua membuat pesanan. Amelin sangat lincah menulis setiap pesanan.

Dalam ralit Amelin menulis, Aus memerhatinya. Kini giliran Aus pula untuk membuat pesanan.

"Awak nak order apa?" Tanya Amelin. Lamunan Aus terhenti lalu terpinga-pinga.

"Nak awak." Kata Aus tiba-tiba. Amelin kerut dahi. Mereka yang lain terlopong.

"Eh Abang Aus dah kenapa nak order kawan Dyla pula?" Perli Adyla sambil tersenyum sinis. Aus yang perasan, terus kemam mulut. Amiza dapat merasakan anaknya berkenan dengan Amelin. Dia tersenyum.

"Sorry. Bagi saya nasi goreng kampung dan teh O ais." Pinta Aus. Terus saja Amelin tulis.

"Okay. Itu saja? Apa-apa penambahan?" Soalnya lagi sebelum ke dapur.

"Aku nak air kosong segelas." Tambah Adyla. Amelin angguk lalu terus menuju ke dapur.

Tiba saja di dapur, Amelin menghela nafas. Berdebar!

"Kamu dah kenapa?" Tegur Faiza, maknya. Amelin terkejut.

"Eh, takde apa mak. Lin okay je. Nah, ni pesanan daripada diorang." Kata Amelin seraya memberi kertas itu.

"Okay." Balas Faiza. Amelin turut membantu mak dan pekerjanya untuk menyiapkan makanan.

"Lin, tolong masak nasi goreng kampung ni." Pinta Faiza. Tiba-tiba jantung Amelin berdebar.

'Bukan ke ni Aus yang order?' Tanyanya dalam hati.

"Baik, mak." Amelin akur.

Setelah selesai memasak, makanan terus dihidang ke meja mereka.

"Selamat menjamu selera. Suka saya tengok ramai-ramai macam ni. Meriah." Kata Faiza.

"Terima kasih. Iza, marilah makan sekali dengan kitorang." Kata Datin Amina, mama Adyla.

"Kamu semua makanlah. Iza ada kerja dekat dapur." Tolak Faiza lembut. Mereka hanya angguk.

"Kamu tak nak makan ke? Marilah duduk sini." Datin Amiza iaitu ibu Aus mengajak Amelin. Amelin terus rasa berdebar.

'Kenapa ibu dia ajak aku? Aku malulah!' Gumam hati Amelin. Dia tahu bahawa itu merupakan ibu Aus kerana mereka duduk semeja.

"Eh takpe. Terima kasih. Saya dah makan." Ujar Amelin lembut. Datin Amiza hanya angguk lalu senyum.

Kemudian mereka mula makan setelah Pak Lang membaca doa makan.

Setelah selesai makan, mereka pulang ke rumah masing-masing.

****

"Lin!" Panggil Faiza.

"Ye mak? Ada apa?" Soal Amelin.

"Tadi ada orang datang meminang kamu. Mak tak geleng, mak tak angguk. Mak hanya nak dengar persetujuan dari kamu aje. Kamu nak ke?"

Amelin terkejut dan terlopong.

"Siapa orang tu, mak?" Soal Amelin ingin tahu.

"Katanya untuk anak dia yang nama Kim." Balas Faiza.

Amelin kerut dahi.

'Kim? Siapa Kim? Tak pernah dengar pun?' Desis hatinya.

"Kamu nak ke tak?" Tanya Faiza lagi.

"Kalau mak? Setuju ke?" Amelin bertanya pendapat Faiza.

"Ish kita tanya dia. Dia tanya kita balik. Mak memang tak kesah kalau Lin nak kahwin. Janji anak mak bahagia. Mak pun dah kempunan nak menantu dan cucu." Balas Faiza.

'Tapi aku dah berkenan dengan orang lain.' Kata hati kecilnya.

"Habistu macam mana? Nak tolak ke terima?" Soal Faiza.

"Terima jelah. Nanti malu pula diorang kalau Lin tolak." Kata Amelin yang hanya terima.

"Mak harap kamu dah fikir masak-masak. Kalau tak berkenan, baik cakap."

"Okay mak."

****

SEMINGGU kemudian, keluarga yang meminang Amelin datang ke rumahnya. Hari ini merupakan hari pertunangan mereka.

"Jemput masuk." Pelawa Faiza. Kemudian mereka masuk dengan langkah kanan.

Amelin berada dalam bilik dan sedang berhias. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum keluar.

Kakinya berjalan menghala ke ruang tamu sambil pandangan di tundukkan ke bawah. Berdebar!

"Lin, duduk sini." Ajak bakal mentuanya.

'Macam pernah dengar suara tu.' Desis Amelin.

Sebaik saja Amelin mengangkat mukanya, dia terus terkejut.

'What?! Bakal mentua aku rupanya ibu Aus?!' Tempiknya dalam hati. Pada masa yang sama hatinya kini sedang berbunga. Dia suka!

Muka dimaniskan lalu duduk di sebelah Datin Amiza.

Datin Amiza menyarungkan cincin tunangnya. Setelah itu, Amelin menyalami ibu mentuanya. Jurugambar terus menjalankan tugasnya.

"Alhamdulillah, dah bertunang dah anak mak ni." Kata Faiza. Amelin tersenyum.

"Terima kasih mak sebab selalu doakan Lin." Ucap Amelin. Kemudian Amelin menyalami maknya pula.

****

"TAK sangka kan Lin dah kahwin dengan Abang Aus?" Kata Adyla.

"Aku lagi tak sangka. Sebab selama ni aku hanya suka dia dalam diam. At last, dia jodoh aku." Jujur Amelin yang kini berpakaian pengantin. Cantik je!

"Alhamdulillah. Allah tahu apa yang kau nak and you deserved it. Congrats, Lin!" Ucap Adyla sambil menggenggam tangan Amelin.

"Thanks, Dyla. Lepasni aku dengan kau dah jadi sepupulah kan? Alangkah kecilnya dunia." Ujar Amelin.

"Itulah. Kita dah lama tak borak panjang. Nanti kita buat persatuan ibu muda. Rin pun ada juga. Memandangkan dia dah mengandung sekarang." Cadang Adyla. Amelin mengangguk setuju.

"Eh, dia tak datang ke?" Soal Amelin.

"Ada orang mengumpat aku ke?" Tegur Erina. Amelin dan Adyla menoleh ke belakang.

"Rin! Sampai pun kau. Ingatkan tak datang dah." Kata Amelin seraya memeluk Erina.

"Mestilah aku datang. Majlis kahwin sepupu aku kot!"

Amelin ketawa kecil.

"Selamat pengantin baru, Lin! Semoga bahagia di sisi suami." Ucap Erina. Amelin senyum lalu membalas ucapannya.

"AWAK, nak tanya sikit." Kata Amelin kepada Aus. Aus memandang isterinya.

"Apa, sayang?" Tanya Aus.

Gulp! Darah Amelin sudah tersirap setelah Aus memanggilnya 'sayang'. Dia tersenyum.

"Kim tu awak ke?" Soal Amelin ingin tahu.

"Yes. That's my second name. Hakim." Balas Aus. Amelin mengangguk tanda faham.

"Terima kasih." Ucap Amelin tiba-tiba.

"Sebab?" Soal Aus.

"Sebab terima saya. Sebenarnya, saya dah lama suka awak. Cuma tak mampu nak luah. Takut kalau kena reject." Jujur Amelin. Aus senyum.

"Terima kasih juga sebab buat saya jatuh cinta." Ucap Aus. Amelin sengih.

****

BEBERAPA tahun kemudian.

"ABANG, terima kasih untuk segalanya. Sayang harap hubungan kita kekal sampai Syurga." Kata Adyla yang melentokkan kepala ke atas dada Raffiez. Raffiez pula memeluk bahu Adyla dengan erat. Mereka kini sedang memandang pulau yang tenang.

"InsyaAllah. Abang pun mengharapkan benda yang sama. Sayangkan bidadari abang?" Kata Raffiez. Adyla melebarkan senyuman.

Raffiez mencium dahi Adyla dengan penuh rasa syukur.

"I love you, sayang."

"I love you too, abang."

"Ibu! Dan nak es krem." Pinta Aydan yang sedikit pelat.

Adyla meleraikan pelukan lalu tersenyum melihat Aydan yang berjalan menghala ke arah mereka.

"Sayang nak ais krim? Boleh. Tapi kena kiss ibu dulu." Kata Adyla. Lalu Aydan terus mencium pipi Adyla.

"Aydan tak nak kiss ayah ke?" Soal Raffiez. Tanpa berlengah, Aydan mencium Raffiez pula.

"Good boy. Jom kita makan ais krim!" Kata Raffiez.

"Yeay!" Adyla berteriak gembira.

Alhamdulillah, Aydan sudah mampu berjalan dan bercakap. Lepasni rumah tidak lagi sunyi kerana adanya Aydan yang banyak bercakap dan suka berceloteh.

"Aduh, sayang ibu tendang kuat sangatlah." Adu Adyla sambil memegang perutnya.

"Prince ayah nak ais krim juga ye?" Kata Raffiez sambil mengusap perut Adyla yang sudah membesar.

Kandungan Adyla sudah mencecah 6 bulan. Dan anak mereka kali ini juga lelaki. Bolehlah buat geng dengan Aydan.

"Comotnya sayang ibu makan." Kata Adyla sambil mengelap pipi Adyan. Raffiez terus mempunyai idea bernasnya. Dia makan ais krim lalu meninggalkan sedikit di tepi bibir.

Setelah Adyla selesai mengelap pipi Aydan, dia menoleh ke wajah Raffiez. Dia menghela nafas sambil tersenyum.

"Abang pun sama? Haih, dua beranak ni." Adyla mengelap bibir Raffiez pula. Raffiez senyum.

"Abang pun baby sayang juga." Ujar Raffiez. Adyla sengih.

****

"AYDAN, tidur. Esok nak pergi rumah nenek pula." Kata Raffiez. Aydan masih bermain dengan mainannya.

"Ok, ayah." Akur Aydan lalu dia memanjat ke atas katil.

Adyla masuk ke dalam bilik setelah selesai menggosok baju Raffiez.

"Aik? Dah nak tidur dah anak ibu?" Soal Adyla yang nampak Aydan sudah berbaring dalam dakapan Raffiez.

"Abang suruh dia tidur awal. Esok kan kita nak pergi rumah mummy?" Jawab Raffiez. Adyla angguk.

"Haih, bertuah betul anak ibu ni. Mainan dia tinggal macam tu je. Ibu juga yang kena kemaskan." Adyla berleter lalu menyimpan mainan Aydan.

"Sayang nak pergi mana?" Soal Raffiez sebaik saja Adyla ingin membuka pintu bilik.

"Nak minum susu."

"Tak payah. Abang dah buatkan susu untuk sayang. Ada atas meja tu." Kata Raffiez sambil menunjukkan ke arah meja.

"Thank you, abang."

Setelah minum, dia menghala ke tandas pula untuk memberus gigi dan mencuci muka.

Raffiez mendodoikan Aydan sambil berselawat dan berzikir.

Adyla berbaring di sebelah mereka berdua. Dia merenung wajah kacak suaminya lama sambil tersenyum. Dia juga hampir terlena apabila mendengar alunan zikir Raffiez. Matanya kini sudah layu.

"Selamat malam. love you, sayang." Ucap Raffiez setelah Adyla lena. Dia mengucup dahi Aydan dan Adyla. Kemudian menarik selimut menutupi badan mereka.

Selang beberapa minit, dia juga ketiduran.

Bahagia itu bukan berarti memiliki semua yang kita cintai. Tapi bahagia itu mencintai semua yang kita miliki.

Yakinlah setiap takdir dari Allah itu adalah cerita indah yang telah ditulis untuk kita. Oleh itu, tiada sebab untuk kita kecewa dalam hidup ini.

-TAMAT-

Thank you yang sudi baca novel ni! ♡♡ Maaf kalau ada kekurangan>_< Harap you guys enjoy my story!! Bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience