"KENAPA dia tiba-tiba layan aku baik sangat? Mungkin dia dah mula rasa kesian dekat aku? Ataupun dah nak berbaik dengan aku?" Adyla berfikir sejenak sambil memakai lipstick.
"Cepat sikit bersiap. Mummy dah call tadi." Beritahu Raffiez di depan pintu bilik Adyla. Mereka berdua mahu ke rumah sepupu Raffiez sempena majlis Akikah.
Adyla lekas bangun lalu mencapai beg tangannya.
"Dah siap. Jom." Kata Adyla. Raffiez melihat Adyla yang memakai dress pink dan kelihatan sangat menawan. Hatinya tiba-tiba berdebar.
"Awak? Kenapa? Ada yang tak kena ke?" Soal Adyla sambil membelek badannya.
"Takde apa. Jomlah. Kita dah lambat ni." Laju Raffiez turun ke bawah. Adyla bingung. Entah kenapa Raffiez berkelakuan pelik. Lantas dia menutup pintu bilik lalu turun.
"Semua orang dah sampai ke dekat sana?" Soal Adyla dalam kereta.
"Dah." Jawabnya ringkas. Adyla mengangguk faham.
Suasana dalam kereta kembali sunyi sampailah mereka tiba di destinasi yang ingin dituju.
"Ramainya orang. Malulah." Ujar Adyla.
"Kau nak malu apa? Tu semua sepupu aku bukannya orang lain."
"Tapi..."
"Dah, jom turun." Ajak Raffiez.
Adyla annguk lalu keluar dari perut kereta.
"Ha, dah sampai pun diorang." Kata Syira iaitu sepupu Raffiez.
"Hai, Kak Dyla!" Sapa Syira dan Syiha. Mereka merupakan kembar yang seiras dan agak peramah.
"Hai!" Adyla lega apabila disapa begitu.
"Akak, jomlah masuk tengok baby dekat dalam." Ajak Syiha. Adyla mengikuti mereka.
"Eh, dah sampai dah Dyla." Soal Fira sambil bersalaman dengan Adyla.
"Comelnya baby akak! Apa nama dia?" Soal Adyla.
"Nama dia Fais."
"Nama sesuai dengan muka yang hensem tu." Adyla sambil tersenyum.
"Abang Hilmi yang beri nama tu. Akak setuju je." Adyla mengangguk lalu dia memandang Fais lama. Dia teringin sangat untuk ada anak bersama Raffiez tapi apakan daya? Tidur pun berasingan.
"Dyla nak pegang Fais tak?" Soal Fira. Adyla angguk lalu Fira beri Fais kepada Adyla.
"Handsome macam papa dia." Puji Adyla.
"Jangan puji lebih-lebih tak pasal kembang hidung Abang Hilmi tu." Gurau Syiha. Lalu mereka ketawa.
Dari jauh Raffiez melihat Adyla sedang membelai anak Fira dengan penuh kasih sayang. Entah kenapa semakin lama dia melihat Adyla, semakin hadir rasa kesian kepadanya. Tapi dia tak boleh tunjuk perasaan itu kepada Adyla. Dia perlu simpan perasaan itu jauh-jauh.
Setelah itu, Adyla meminta izin untuk ke tandas. Syira segera menunjukkan di mana tandas berada.
Seusai siap, Adyla menuju ke ruang tamu. Sedang dia berjalan ke sana, datang satu figura menegur.
"You siapa?"
"I Dyla. Wife Raffiez." Balas Adyla.
Dia memerhati Adyla dari atas sampai bawah.
'Cantik!' puji lelaki itu dalam hati.
"And you?" Tanya Adyla pula yang agak kurang selesa dengan pandangan lelaki itu. Adyla memperbetul tudungnya agar auratnya tertutup dengan sempurna.
"I'm Firas."
"You adik Kak Fira ke?" Soal Adyla kerana muka mereka berdua nampak seakan sama.
"No. I abang dia." Adyla angguk. Kemudian Firas senyum nakal. Adyla berasa pelik dengan senyuman itu.
"Okey. I pergi dulu." Pinta Adyla lalu dia terus menuju ke ruang tamu. Takut juga dia dengan senyuman yang penuh makna itu.
"Alang-alang semua dah ada dekat sini jomlah kita makan ramai-ramai." Ajak Datin Rozita iaitu kakak kepada mummy Raffiez. Mereka semua mengangguk dan menuju ke meja makan.
Semua sudah duduk dan mengambil tempat masing-masing. Firas duduk berhadapan dengan Adyla yang bersebelahan dengan Raffiez.
Sedang Adyla mengambil lauk, Firas tersentuh tangan Adyla. Cepat-cepat Adyla melarikan tangannya. Firas hanya senyum tanpa rasa bersalah.
Adyla mula berasa tidak selesa apabila kaki Firas mula merayap di kaki Adyla. Adyla mula cemas.
"Fir, bila kau balik sini?" Soal Raffiez membuatkan Firas berhenti menyentuh Adyla. Adyla tarik nafas lega.
"Ha? Ouh. Semalam." Jawabnya sedikit kalut.
"Macam mana kerja dekat UK? Okay tak?"
"Everything just okay." Raffiez angguk faham.
Kemudian Adyla bangun untuk mencuci tangannya.
Adyla bersyukur tika ini dapat lari daripada disentuh Firas.
Seusai mereka semua menjamu selera, masing-masing mahu pulang ke rumah.
"Aunty, kami balik dulu tau. Nanti ada masa free, kami datang lagi." Kata Adyla.
"Ye lah. Nanti datang lagi."
"Thank you korang sudi datang harini." Ucap Fira.
"Sama-sama." Serentak Adyla dan Raffiez.
"Firas, aku gerak dulu. Lain kali datanglah lepak rumah aku." Pesan Raffiez.
"Baik bos!" Jawab Firas teruja.
Adyla sudah mula rasa risau. Namun dia cuba buang perasaan itu jauh-jauh.
Dalam perjalanan pulang, mereka berdua hanya diam. Sesekali Raffiez berdehem kemudian suasana kembali sepi. Setelah sampai di rumah, cepat-cepat Adyla masuk dalam biliknya. Raffiez pelik melihat kelakuan Adyla yang laju saja berjalan.
"Dyla. Kau okay tak?" Panggil Raffiez memberhentikan langkah Adyla.
"S-saya okay." Adyla kembali berjalan masuk ke biliknya.
Di dalam bilik, Adyla terus baring menelentang sambil memukul bantal.
"Dasar lelaki miang!" Marahnya kepada Firas. Dia takkan lupa perbuatan haram yang Firas telah buat.
****
"DYLA, keluar cepat! Firas datang ni!" Laung Raffiez dari bawah.
"Alamak! Macam mana ni! Asal pulak lelaki tu datang?" Adyla mula risau dan berasa tidak sedap hati. Lalu dia turun.
"Hi, Dyla!" Sapa Firas. Adyla membalas dengan senyuman kelat.
"Tolong buatkan air." Arah Raffiez. Adyla angguk dan terus ke dapur.
"Kau dah ada girlfriend ke?" Soal Raffiez.
"Not yet." Jawab Firas.
"Seriouslah? Muka handsome but still membujang? Why? Tak laku ke?"
"Ish kau. Memandai je. Bukan tak laku, aku je yang tak nak."
"Hurm, apa ciri-ciri perempuan yang kau nak?" Tanya Raffiez.
"Aku nak Dyla." Jawab Firas. Raffiez kerut kening.
"Tak, maksud aku, aku nak yang baik, lawa, peramah. Ye lah, macam isteri kau. Kau beruntung tau dapat isteri macam dia." Puji Firas.
"Memilih betul kau ni." Ujar Raffiez.
"Serious aku cakap. Kalau korang bercerai sekalipun, ramai lagi yang boleh memperisterikan dia." Kata Firas. Raffiez terkilan sekejap mendengar perkataan cerai.
Setelah Adyla siap membancuh teh, dia membawa air itu ke ruang tamu.
"Jemput minum." Pelawa Adyla. Firas senyum.
Setelah minum, mereka berdua bangun untuk ke court badminton.
"Tapi isteri kau macam mana? Takkan nak duduk seorang je dekat rumah?"
"Ala tak apa. Dia boleh jaga diri dah besar dah pun." Balas Raffiez. Adyla senyum kelat.
"Apa kata Dyla ikut sekali?" Cadang Firas.
"Err..." Adyla tidak tahu mahu jawab apa.
"Tak payah lah. Dia kena jaga rumah. Mana tau ada tetamu datang ke apa." Ujar Raffiez.
Mujurlah Raffiez tidak membenarkannya. Lagipula Adyla memang tidak mahu keluar kerana dia cukup tidak suka dengan Firas.
"Okey, jom." Kata Firas.
****
"KAU happy tak dengan life baru? Asal aku nampak kau lain daripada suami yang lain?" Soal Firas.
"Maksud kau?" Tanya Raffiez sambil fokus memandu.
"Maksud aku, kau layan Dyla tak sama macam suami yang lain. Kau layan macam tu je. Aku nampak Dyla tu macam terkongkong. Kau tak kesian ke dekat dia? Kau dah beruntung dapat isteri macam tu. Kau tak sayang dia ke?"
"Kau ni asal nak sibuk hal rumah tangga aku pulak? Biarlah aku layan dia macam mana sekalipun. Dia isteri aku bukan isteri kau. Kalau kau nak tahu, aku kahwin dengan dia pun sebab mummy. Dulu memang aku sayang gila dekat dia tapi disebabkan dia curang, aku dah buang rasa sayang tu. Sekarang aku just nak dia terseksa atas apa yang dia buat."
"Ish kau. Isteri sendiri kau nak buat macam tu. Kalau tak nak, kau bagi jelah dekat aku. Aku sudi."
"Tak boleh. Nanti aku kena marah dengan mummy. Kau cari lah perempuan lain. Ramai lagi yang cantik." Firas tersenyum sinis.
****
"MAMA, ni lah bakal isteri abang." Ujar Adam sambil menunjukkan gambar Madihah kepada Datin Amina.
"Cantiknya! Sesuai sangat dengan kamu. Bila abang nak masuk meminang dia? Mama tak sabar nak dapat menantu." Kata Datin Amina.
"Abang tak sure lagi, mama. Ataupun mama yang nak tentukan tarikh?" Cadang Adam.
"Boleh je. Apa kata minggu depan?"
"Hurm, minggu depan? Okey. Nanti Adam tengok jadual kerja. Kalau free, kira on."
"Tak sabar mama nak tengok abang kahwin."
"Mama doakan semuanya berjalan lancar eh?"
"Ye, mama sentiasa doakan kebahagiaan anak-anak mama. Kalau papa ada mesti lagi meriah." Tiba-tiba sayu pula rasa.
"Thanks mama. Erm, nak tak esok kita pergi kubur papa? Ajak Dy sekali." Soal Adam.
"Boleh juga."
****
MEREKA berdua sampai di rumah setelah selesai bermain badminton.
"Aku nak mandi kejap. Dah berpeluh satu badan ni. Kau nak tukar baju tak? Boleh je dalam bilik tetamu tu." Ujar Raffiez.
"Eh, tak apalah. Aku tukar dekat rumah je lah." Kata Firas. Raffiez angguk lalu menuju ke biliknya.
Adyla pula sedang memasak di dapur.
"Hi, you masak apa tu?" Soal Firas sambil berjalan ke arah Adyla. Adyla sedikit terperanjat dan menoleh ke tepi. Ah! Dia ni rupanya.
"Ayam kicap." Balasnya dengan nada yang agak malas.
"Oh, mesti sedap Dyla masak kan? Bau pun dah buat I lapar." Puji Firas sambil menghidu masakan Adyla.
Firas memandang Adyla lama.
"You know what? I tak pernah jumpa perempuan secantik you." Puji Firas. Adyla menjadi meluat dengan Firas. Tangan Firas mahu menyentuh pipi Adyla namun sempat Adyla menepis.
"Err, I naik atas dulu." Cepat-cepat Adyla masuk ke dalam biliknya setelah menutup api. Firas tersenyum sinis.
"Kau dah masak ke?" Soal Raffiez setelah selesai mandi.
"Dah, awak pergilah makan dengan sepupu awak tu. Saya nak solat ni." Raffiez angguk lalu turun ke dapur.
"Firas, jomlah makan. Tadi cakap lapar kan?" Ajak Raffiez.
"Okey. Wife kau tak nak join sekali ke?"
"Tak. Dia nak solat."
"Ouh, kita makan berdua jelah ni?" Soal Firas.
"Yelah, kau dah kenapa?"
"Tak ada lah. Makan ramai-ramai lagi best."
"Mengada betul lah kau ni. Jomlah makan perut aku dah berbunyi ni." Mereka berdua menuju ke dapur. Setelah mengambil lauk dan makan, Firas memuji masakan Adyla.
"Thanks sebab dah spend time dengan aku harini. Nanti datanglah lagi. Rumah ni sentiasa terbuka untuk kau." Kata Raffiez seraya Firas mahu pulang ke rumah.
"No problem lah. Nanti aku free aku datang. Aku pergi dulu. Kirim salam dekat wife cantik kau tu" Balas Firas dengan senyuman. Raffiez menjeling.
Setelah itu, Raffiez menutup pintu rumah.
"Sepupu awak dah balik ke?" Tanya Adyla.
"Dah. Asal?" Adyla menggeleng tanda tiada apa-apa.
"Awak." Panggil Adyla apabila Raffiez mula melangkah. Raffiez berhenti dan menoleh ke arahnya.
"Mama ada call saya. Dia kata nak melawat kubur arwah papa esok. Boleh tak kalau saya nak pergi?" Pinta Adyla dan berharap Raffiez mengizinkannya.
"Hmm pergilah." Jawab Raffiez. Adyla senyum sebelum ke dapur untuk mengemas. Dia pelik dengan perangai Adyla sejak kebelakangan ini. Macam ada sesuatu yang disorok.
****
SETELAH selesai membaca Yaasin, Adyla menjirus air ke atas kubur arwah papanya. Air mata terus diseka apabila selesai menjirus. Rindu yang tersangat dengan papanya. Tak sangka. Papanya pergi dulu sebelumnya. Semoga arwah tergolong dalam golongan yang beriman.
Adyla dan Adam memeluk mama mereka bersama. Disapu air mata mama mereka.
"Jom mama. Kita balik." Ajak Adam. Mereka berlalu pergi meninggalkan kubur arwah.
"Thank you abang. Hantarkan Dy. Jaga mama elok-elok tau?" Pesan Adyla sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"Ye. Dy pulak jaga diri dan jaga suami dengan baik. Ada masalah call la abang."
Adyla angguk. Lambaian diberikan sebelum Adam dan mama pergi. Adyla masuk ke dalam rumah ingin berehat.
****
HARI sudah malam namun Raffiez masih belum pulang. Adyla menyelak langsir dan kelihatan hujan agak lebat. Ke mana agaknya ya? Call pun tak berjawab apatah lagi mesej. Hatinya berdebar hebat.
Bunyi kereta memasuki perkarangan rumah menyentakkan Adyla yang terlelap di atas sofa. Terus dia bangun untuk membuka pintu.
Adyla terkejut melihat gerangan yang datang. Bukan Raffiez.
"Irwan? Awak buat apa dekat sini?" Soal Adyla. Irwanshah tersenyum sinis.
"Awak tak rindu saya ke?" Soal Irwanshah. Adyla menelan air liur. Irwanshah semakin mendekati Adyla.
"Buat apa saya nak rindu awak? Awak kan dah ada isteri?" Soal Adyla pelik dengan Irwanshah.
"No. Saya dah lama sukakan awak, Dyla. Selama ni saya tipu je. Orang yang saya nakkan ialah awak. Raff tak layak jadi suami awak. Dia tu lelaki tak guna." Kata Irwanshah lalu tersenyum sinis. Adyla terkedu.
"Maaf. Saya dah kahwin, Irwan. Seteruk mana pun dia, dia tetap suami saya." Adyla terus menutup pintu namun sempat dipegang oleh Irwanshah. Dia menolak kuat pintu itu lalu terus masuk ke dalam.
"Awak buat apa ni, Irwan! Suami saya takde la!" Soal Adyla takut-takut. Irwanshah mendekati. Adyla mengundur ke belakang.
Irwan terus menolak Adyla sehingga jatuh ke atas sofa. Dia memegang kedua-kedua bahu Adyla. Adyla meronta-ronta.
"Lepaskan saya! Tolonglah! Jangan buat saya macam ni!" Adyla menangis sambil menahan lelaki itu. Irwanshah mula mendekatkan mukanya ke leher Adyla.
"Woi! Berani kau sentuh isteri aku?!" Jerkah Raffiez setelah membuka pintu.
Irwanshah menoleh ke arahnya. Raffiez terus mendekati Irwanshah lalu mencengkam kolar baju Irwanshah. Terus Raffiez hadiahkan penumbuk. Irwanshah rebah di atas lantai. Bibirnya berdarah.
Adyla pula menangis tersedu-sedan di atas sofa. Dia rasa jijik!
"Kau keluar dari rumah aku sekarang sebelum pecah muka kau aku kerjakan!" Tengking Raffiez dengan muka yang sudah merah. Irwanshah sengih.
"Kau suami yang tak guna! Kau tak hargai dia sebagai isteri kau! Kau tak layak jadi suami dialah!" Marah Irwanshah setelah berdiri. Raffiez menggenggam penumbuk. Rahangnya bergerak-gerak.
"Keluar!!!" Jerkah Raffiez. Bergema satu rumah dengan suaranya. Irwanshah terus keluar dari situ.
Dada Raffiez turun naik. Kemudian dia menoleh ke arah Adyla yang sedang memeluk lutut. Raffiez mendekatinya.
"Kau okay?" Soal Raffiez yang risau.
Adyla menggeleng. Raffiez terus memeluk Adyla sambil menggosok kepalanya. Sumpah dia kesian. Dia sempat mendengar percakapan mereka berdua. Akhirnya Raffiez tahu kebenarannya. Memang terbukti Adyla langsung tak salah. Dia yang tersalah sangka selama ini.
"Maafkan aku, Dyla."
Ada sedikit perubahan. Hope you guys enjoy!
Share this novel