ADYLA bersiap untuk ke pusat beli belah. Dia dan Raffiez bercadang untuk membeli barang keperluan bayi. Sebelum dia mengandung dia sangat rajin memakai baju bermacam jenis. Tapi sejak mengandung dia lebih gemar pakai pakaian biasa. Pada wajahnya pula sekadar memakai sedikit bedak dan secalit lipstick.
"Abang rasa baby kita boy or girl?" Soal Adyla sambil berjalan memasuki mall.
"Hati abang kuat mengatakan our baby ni boy. Sayang " Kata Raffiez bersemangat.
"Yakinnya dia." Adyla ketawa kecil.
"Beli sikit je dulu. Lepas baby keluar, kita beli banyak-banyak." Cadang Raffiez.
Selesai membeli, mereka pulang ke rumah.
****
"FIRAS, I ada news!" Ujar Fasya.
"Apa?" Firas bertanya setelah menyicip kopi.
"Dyla pregnant."
"I dah tahu lama dah." Balas Firas.
"Kenapa I tak tahu pun pasal ni? I baru je tahu harini lepas I ternampak diorang shopping baju baby dekat mall. Memang jelas nampak perut Dyla dah kedepan."
"Habistu apa plan you?" Tanya Firas.
"I akan buat plan yang kaw-kaw punya. You wait and see. Tapi I nak you tolong I. Kerja ni takkan jadi kalau I sorang je yang buat." Fasya membuat muka serius.
"Okay." Setuju Firas.
****
RAZZIEF perlu bermalam di rumah Datin Amina memandangkan mummy dan daddynya pergi ke Mekkah untuk menunaikan umrah.
"Razz buatlah rumah ni macam rumah sendiri, ye? Jangan malu-malu. Kalau ada nak apa-apa minta je." Beritahu Datin Amina. Razzief angguk.
"Terima kasih, aunty." Ucapnya.
Adam dan Madihah pula sudah pun berhoneymoon di Jepun. Maka tinggallah Datin Amina, Razzief dan pembantu rumah yang baru di rumah itu.
Kedengaran hon kereta di depan rumah. Bibik Tina membuka pintu.
"Puan, Raff dengan Dyla dah sampai." Laung Bibik Tina. Datin Amina turun ke tingkat bawah dan menyapa anak dan menantunya.
"Macam mana? Dyla okay? Baby?"
"Alhamdulillah okay. Doktor cakap Dyla aktif sangat sebab tulah perut sakit semacam." Beritahu Adyla.
"Raff dah cakap jangan buat kerja rumah. Nak juga dibuatnya. Degil betul." Sampuk Raffiez. Datin Amina menggeleng.
"Dyla ni degil tak bertempat. Ingatkan jatuh ke apa. Risau mama dibuatnya."
"Sorry mama. Dyla bosanlah asyik duduk je nak juga buat kerja rumah." Adu Adyla.
"Tunggulah lepas kamu dah beranak nanti. Setiap jam kena mengemas. Nanti dah ada anak, barulah tau penat tu macam mana. Jenuh tau nak kemas rumah setiap hari bila anak buat sepah. Lagi-lagi kamu masa kecil dulu. Habis satu rumah disepahnya. Tapi penat tu tak lama pun. Kejap je. Lagipun kan rumah kamu bukannya bersepah sangat. Duduk pun dua orang je." Mama mereka sudah panjang bercerita.
"Yelah mama. Dyla tahu. Eh, Mana Razzief?"
"Ada dekat atas dalam bilik." Kata Datin Amina.
"Razz? Buat apa tu?" Tegur Raffiez.
"Tengah settlekan file daddy yang belum siap ni. Haritu tak sempat buat sebab daddy kalut kemas barang nak ke Mekkah." Jelasnya.
"Nak abang tolong tak?" Pelawa Raffiez.
"No need. Lagipun Razz dah nak siap ni. Abang ada nak apa-apa ke?"
"Oh, mama abang panggil Razz suruh turun makan. Jomlah. Nanti-nantilah sambung buat tu."
"Okay." Razzief bangun dan mengikuti Raffiez ke ruang makan.
SEDANG mereka bergelak tawa, tiba-tiba Adyla mendapat mesej. Nombor sama.
"Abang, saya pergi tandas kejap tau?" Pintanya.
"Nak abang temankan?"
Adyla menggeleng.
Setelah menerima anggukan daripada Raffiez, Adyla terus masuk bilik dan mengunci pintu tandas. Dia membaca mesej itu.
Kali ini lain pula mesej yang diterima.
+Unknown number
Kau mengandungkan? Mesti best kan jadi ibu? Tak sabar nak tengok anak kau membesar. Tahniah! Tapi kau ingat! Jangan nak seronok sangat. Aku akan dapatkan apa yang aku nak. Just wait and see.
Makin berdebar hati Adyla. Peluh sudah membasahi mukanya.
Pintu diketuk dari luar. Adyla segera memadam mesej itu.
"Sayang? Buat apa tu? Lamanya." Soal Raffiez. Adyla meraup mukanya yang berpeluh lalu dia membuka pintu.
Raffiez berasa hairan.
"Kenapa berpeluh ni? Panas ke? Jom keluar ambil angin dekat luar." Raffiez memimpin tangan Adyla ke luar rumah.
Adyla menarik nafas dalam-dalam. Kerisauannya dibuang seketika dan cuba untuk bertenang.
****
"KENAPA kau nampak lain weh? Macam pucat je muka tu. Kau okey tak ni?" Soal Erina setelah mengesan wajah Adyla.
"Aku okay je lah. Jangan la risau."
"Raff ada marah kau ke?" Teka Erina.
"Eh, tak ada lah. Buat apa dia nak marah? Aku okay lah. Biasalah pembawakan budak kan? Aku hampir setiap malam tak boleh nak tidur. Sebabtu kau nampak aku lain macam." Jelas Adyla.
Sebenarnya dia risau tentang mesej yang selalu dia dapat. Mungkin itulah punca yang membuatkan dia tidak boleh tidur malam.
"La yeke? Kesian kau. Apa kata kita keluar jalan-jalan? Aku belanja kau makan. Nak tak?" Erina mengajak.
"Nak! Jom weh. Aku dah lama tak spend time dengan kau."
"Kalau macam tu, pergi bersiap cepat. Aku tunggu." Adyla terus bersiap. Selesai bersiap, dia keluar.
"Nak ke mana tu sayang?" Tanya Raffiez sebaik saja turun dari tangga.
"Abang, boleh tak saya nak keluar dengan Rin?" Adyla meminta izin.
"Nak pergi mana?"
"Jalan-jalan je. Lepastu Rin bawa saya pergi makan." Kata Adyla.
"Habistu abang duduk sorang je la dekat rumah?" Soal Raffiez.
"Abang nak ikut juga ke? Boleh je."
"Tak payah. Kau duduk je dekat rumah. Aku nak spend time dengan Dyla je. Tak apa kau jangan risau aku akan make sure Dyla selamat dengan aku." Ujar Erina yang mahu menyakinkan Raffiez.
"Hmm yelah. Jangan lama sangat. Nanti Dyla penat." Pesan Raffiez. Mereka berdua mengangguk.
Sebelum keluar, Adyla bersalaman dengan Raffiez. Raffiez mencium dahi Adyla.
"Elok-elok tau. Jangan nakal." Pesannya lagi.
"Ya, abang. Saya janji saya tak nakal."
"Macam-macam lah kau Raff. Tak lari ke mana pun lah isteri kau ni. Dengan aku je. Jom, Dyla. Jangan duk layan sangat drama pukul 7 dia tu." Sempat Erina membebel.
****
TIBA-TIBA perasaan Adyla berasa lain macam. Sedih bercampur berdebar.
"Sayang tengah fikir apa tu?" Tanya Raffiez yang sedang berbaring di sebelah Adyla.
"Abang, macam mana kalau satu hari nanti, kita dah tak bahagia macam selalu?" Luah Adyla. Raffiez terkejut.
"Kenapa tanya soalan macam tu? Tak naklah abang jawab. Dah, jangan cakap lagi dah. Abang tak suka." Raffiez sedikit marah tapi dalam nada yang dikawal. Adyla mengeluh.
"Sayang okay tak ni? Setiap hari abang tengok sayang asyik resah je. Kenapa? Cuba cakap."
"Tak ada lah. Saya cuma terfikir je."
"Sayang cuba fikir something yang baik-baik je. Kenapa nak kena serabutkan kepala fikir benda macam tu? Ingat, sayang tengah pregnant tau? Kesian baby kita tengok ibu asyik stress je." Pesan Raffiez.
"Ye, abang. Sorry. Saya janji takkan fikir dan cakap macam tu lagi dah." Adyla berjanji sambil mengangkat jari kelingkingnya.
"Ha kan bagus tu."
Raffiez mendekatkam wajahnya ke muka Adyla. Seluruh muka Adyla diciumnya tanpa henti.
"I love you, sayang. Jangan stress okay? Abang janji abang akan selalu ada dengan sayang."
****
KANDUNGAN Adyla sudah memasuki 8 bulan.
Banyak perkara yang manis dan juga pahit telah berlaku dalam hidupnya. Namun dirinya masih tabah dan gembira walau apapun yang sedang berlaku. Mengandung bukanlah satu perkara yang senang. Setiap masa perlu diberi perhatian.
Raffiez juga tidak lupa untuk sentiasa menggembirakan hati Adyla. Setiap masa dia menjaga wanita yang sangat dia sayangi itu. Ada kalanya Adyla beremosi tetapi dia dapat mengawalnya. Dia juga tahu semua ini tidak akan lama. Hanya perlu ada kesabaran dan ketenangan.
"Abang nak tak pergi rumah mama?" Soal Adyla setelah bersiap.
"Buat apa?" Tanya Raffiez sambil membaringkan dirinya di atas katil.
"Nak ambil barang Dyla. Puas Dyla cari dalam rumah ni tapi tak ada pun. Dyla baru teringat yang barang tu ada dekat rumah mama."
"La yeke? Hm kalau sayang pergi sendiri boleh? Abang rasa penatlah harini." Ujar Raffiez sedikit kepenatan.
"Boleh je. Kalau macam tu abang duduk rumah rehat tau? Dyla pergi kejap je lepastu terus balik."
"Sorry tau sayang. Tapi hati-hati drive. Abang risau juga sebenarnya nak biarkan sayang pergi sorang." Kata Raffiez lalu bangun dari pembaringan. Dia duduk bersila menghadap isterinya.
"Tak apa. Dyla boleh je drive. Don't worry. Okaylah. Dyla pergi dulu. Abang pun take care. Jangan rindu saya." Pesan Adyla selepas salam dan memeluk suaminya.
"Biarlah abang nak rindu juga." Raffiez tayang muka comel. Adyla ketawa kecil.
Kemudian Adyla keluar rumah dengan menaiki kereta Honda barunya yang dihadiahkan oleh Raffiez sempena hari jadinya dua minggu lepas.
Raffiez pula sudah mula bekerja. Tetapi hanya separuh waktu. Dia tetap mampu menjaga Adyla walaupun banyak kerja yang kena dibuat.
Dalam perjalanan ke sana, dia meraba begnya mencari Iphone. Namun tiada. Terpaksalah dia berpatah balik ke rumah. Nasib baik tak jauh sangat.
SEPASANG mata sudah memerhati dari jauh. Dia melihat kereta yang dibawa oleh Adyla keluar dari rumah. Setelah kereta Adyla beredar, terus dia masuk ke dalam rumah Raffiez.
sorry kalau ada mistake sebab sy tak buat double check hehe >_< Enjoy reading! ^_^
Share this novel