HARI ini merupakan hari perkahwinan Anas dan Ain. Majlis yang sangat meriah dan mewah. Kelihatan pasangan pengantin bahagia di atas pelamin. Ramai orang yang datang ke majlis mereka.
Aus masuk ke dalam rumah sambil membawa segelas air oren lalu ternampak Adyla keseorangan di ruang tamu.
"Nah." Aus memberi air itu kepada Adyla.
"Eh, Abang Aus. Tak apa lah. Dyla boleh ambil sendiri kalau Dyla nak." Adyla menolak lembut pemberian Aus. Aus mengangguk lalu menghirup air itu.
"Asal Dyla duduk sini sorang je? Mana suami Dyla?" Soal Aus.
"Raff ada kerja sikit dekat office. So dia tak dapat datang." Aus mengangguk tanda faham.
"Dyla dah makan? Kalau belum jom kita makan sekali dekat bawah tu." Pelawa Aus.
Adyla menggeleng.
"Ke Dyla nak abang tolong ambilkan makanan untuk Dyla?"
"Tak nak. Kalau abang nak makan, pergi lah. Dyla tak rasa lapar lagi." Jawab Adyla lalu dia bangun meninggalkan Aus.
'Dah kenapa dengan Dyla? Aku ada buat salah ke?' Tanya hati Aus sendiri.
Lalu Syailman datang menepuk bahunya.
"Kau dah makan ke? Asal tercegat je dekat sini?"
"Tak ada apa lah. Aku lapar sebenarnya. Jom teman aku makan." Aus memeluk bahu Syailman lalu menuju ke ruang makan. Dia tahu Adyla pasti ada masalah.
ADYLA menghela nafas berat. Dia duduk berehat di bangku belakang rumah. Teringat pula akan suaminya.
"Awak tak nak pergi ke kenduri Abang Anas esok?" Soal Adyla di dapur sambil memasak. Raffiez pula sedang minum air sirap.
"Tak kot. Aku sibuk esok. Ada banyak kerja nak kena buat. Kau pergi je la sendiri." Balas Raffiez.
"Hurm. Okay." Raffiez bangun menuju ke arah Adyla.
"Kalau kau menggatal dengan Aus siap kau!" Bisik Raffiez di telinga Adyla. Adyla melihat wajah suaminya.
"Asal? Kau sedih ke tak boleh menggatal dengan dia?" Perli Raffiez.
"Bila masa pulak? Saya tak cakap apa-apa pun."
Raffiez memandang anak mata Adyla dengan tajam.
"Aku lapar ni. Cepat la masak tu."
"Ye kejap." Adyla segera menyediakan makanan untuk makan malam mereka berdua.
Lamunannya terhenti sebaik saja mamanya datang menerpa.
"Dyla kenapa tak makan lagi? Tadi Aus cakap Dyla tak nak makan. Kenapa?" Soal Datin Amina.
"Dyla okey je mama. Dyla tak rasa nak makan. Nanti je la Dyla makan."
"Betul ni? Mama risau la. Nanti tak pasal-pasal perut tu masuk angin. Kalau tak nak makan banyak, makan sikit pun jadilah. Jom mama temankan kamu makan." Ajak Datin Amina.
"Tak nak mama. Dyla tak ada seleralah nak makan."
"Macam-macamlah kamu ni. Ye lah. Mama nak pergi ke dapur dulu." Adyla angguk.
Selang beberapa minit, terdengar seseorang berdehem dari arah belakang.
Adyla paling ke belakang. Kelihatan wajah Adam yang sedang tersenyum. Adyla hanya senyum nipis.
"Lah. Kenapa muka macam tapai basi ni?" Gurau Adam.
"Abang buat apa dekat sini?"
"Dy kenapa asyik termenung je abang tengok? Tak senyum pun. Dy okay tak ni? Ada problem ke dengan Raff?" Soal Adam ingin tahu.
"Mana ada. Dy okey je la. Saja je ambil angin dekat sini. Jangan risau la."
"Ye la tu. Habistu kenapa semua orang ajak makan Dy tak nak?"
"Dy dah cakap kan yang Dy tak lapar and tak ada selera nak makan. Kenapa semua orang asyik tanya soalan sama? Bosanlah!" Adyla sedikit meninggikan suaranya sambil bangun untuk beredar. Adam terkejut dengan tingkah laku Adyla.
"Dy nak pergi mana?"
"Dy nak balik!"
Adyla pergi dari situ lalu terserempak dengan Aus di pintu.
"Kenapa ni?" Soal Aus.
Adyla hanya mengendahkan pertanyaan Aus lalu pergi dari situ.
"Dyla nak balik dah ke?" Tanya Ain.
"Ye. Sorry kak. Dyla ada kerja sikit nak kena buat. Nanti ada masa Dyla datang melawat akak dengan abang." Ain hanya mengangguk.
"Okey. Hati-hati drive tau." Pesan Ain.
Cepat-cepat Adyla memandu menuju ke sesuatu tempat. Dia ambil angin untuk melepaskan perasaan sedih dan marahnya. Setelah lama dia berada di situ, dia segera pulang ke rumah.
Seusai sampai, dia melihat ada kereta milik Raffiez di garaj.
'Aik? Kata sibuk tapi asal balik awal?' Soalnya.
Dia segera masuk ke dalam rumah.
"Kau pergi mana? Menggatal dengan Aus ke?" Soal Raffiez sengaja mahu sakitkan hati Adyla.
"Kenapa awak selalu tuduh saya macam tu? Saya tak pernah menggatal dengan dia la!" Raffiez senyum sinis.
"Mana lah tahu kan?"
Adyla menjeling.
"Kenapa awak balik awal? Kata sibuk?" Sambung Adyla.
"Kerja aku dah settle. So aku baliklah awal. Salah ke?"
"Tak salah. Tapi at least awak pergilah kenduri tu." Balas Adyla.
"Aku penat. Nak tidur." Raffiez masuk ke dalam biliknya tanpa rasa bersalah.
'Tak faham betullah.' Bisik hati Adyla lalu dia menuju ke dalam biliknya.
Rasa bersalah timbul dalam dirinya kerana telah meninggikan suara kepada Adam tadi. Adyla segera menelefon Adam. Beberapa saat, panggilan dijawab.
"Abang, Dy minta maaf. Dy tak sengaja termarah abang tadi."
Adam diam. Tidak menjawab.
"Kenapa senyap je ni? Sorry abang. Dy tahu Dy salah. Tapi jangan senyap je. Jawabla abang."
"Abang cuma terkilan kenapa Dy jadi macam tu. Kalau ada problem, bagitahu lah dekat abang. Jangan pendam."
"Ye abang. Sorry. Cuma tadi Dy tak ada mood."
"Ye lah abang faham. Tak apa lah. Nanti jangan lupa makan tau. Tak pasal sakit perut pulak."
"Ye abang, Dy tahu. Bye."
Panggilan tamat.
"Fuh, aku stress sangat ni. Ni semua sebab Raff. Dia selalu buat aku marah. Apa salah aku? Dia tak ada rasa bersalah ke dengan aku? Even sikit?" Adyla terlelap sebaik saja memikirkan perangai Raffiez.
"Woi! Bangunlah. Aku lapar ni." Laung Raffiez dari luar. Adyla bangun sambil menggenyeh mata.
"Hah? Dia lapar? Alamak! Aku tak masak lagi! Macam mana ni?" Adyla menampar dahi.
"Kau dengar tak ni?" Soal Raffiez.
"Ye, kejap!" Adyla segera membuka pintu.
"Tapi awak, saya tak masak lagi. Tunggu saya siapkan makanan boleh?" Hatinya sudah mula risau. Takut dimarahi Raffiez.
"Tak payah. Aku dah beli makanan." Balas Raffiez sambil turun ke dapur diikuti Adyla. Adyla menghela nafas lega.
"Nah, untuk kau." Raffiez memberi makanan kepada Adyla.
"Terima kasih." Ucap Adyla.
"Eh, awak beli satu je? Habistu awak punya mana?" Soal Adyla.
"Kau makan je lah. Jangan banyak sangat tanya boleh tak?"
"Hurm okay." Adyla bangun untuk mengambil sudu.
"Eh kau nak ke mana? Nah. Makan cepat." Raffiez memberi sudu dan garpu kepada Adyla. Adyla kembali duduk. Entah kenapa dia rasa seronok tika ini walaupun Raffiez dingin dengannya. Adyla mula makan.
"Sedapnya!" Puji Adyla.
"Kalau sedap, makan sampai habis. Aku tak nak mama risau pasal kau yang degil sangat tak nak makan." Pesan Raffiez sambil meletakkan air kosong di atas meja untuk Adyla minum.
Adyla rindu dengan sikap Raffiez yang prihatin terhadapnya.
"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Tak cukup ke aku beli satu?" Adyla menggeleng.
"Tak. Saya cuma..."
"Dah, habiskan. Jangan banyak cakap." Raffiez bangun dari duduknya.
"Awak..." Panggil Adyla menghentikan langkah Raffiez.
"Apa?" Raffiez pandang Adyla.
"Terima kasih."
"Mengadalah kau. Makan jelah. Aku nak buat kerja ni." Raffiez terus menghala ke bilik kerjanya.
Adyla angguk. Dia tersenyum kecil. Percayalah hanya Allah saja yang tahu perasaannya tika ini. Dia rindu Raffiez yang selalu mengambil berat tentangnya dulu.
Harap you guys enjoy tau! Love uolls <33
Share this novel