TC | BAB 13

Romance Completed 17878

"AKU terima nikahnya Adyla Raihana binti Zafri dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz sahaja, Adyla sah bergelar isteri kepada Raffiez Hilman. Ucapan syukur tidak henti diucap oleh mereka semua.

Air mata milik Adyla mengalir membasahi pipinya. Datin Rozie menyeka air mata menantunya itu. Lalu mereka menadah tangan memohon keberkatan dari Allah SWT.

Setelah itu, Raffiez menghampiri isterinya. Dia menyarungkan sebentuk cincin di jari manis milik Adyla. Adyla segera menyalami suaminya kemudian Raffiez mengucup lembut dahi isterinya.

Seusai akad nikah, mereka berangkat ke rumah pengantin untuk majlis kenduri.

Para tetamu sudah pun memenuhi ruang makan. Pengantin pula mula berjalan memasuki kawasan rumah. Tangan kanan Adyla memaut lengan Raffiez semasa berjalan, manakala tangan kirinya memegang sejambak bunga.

Mereka disambut dengan mesra sekali. Mereka berjalan menuju ke pelamin yang tersergam indah di dalam rumah yang dihiasi dengan lampu yang cerah dan hiasan bunga-bungaan dan juga manik yang berkilauan.

Para tetamu pula ada yang sedang makan di ruang makan dan ada yang sedang bergambar dengan pengantin.

Setelah itu, pengantin dijemput untuk makan di meja makan yang telah disediakan khas buat mereka berdua.

Raffiez dengan gentlenya menarik kerusi bagi memudahkan Adyla untuk duduk. Adyla dengan sopannya duduk di kerusi bersebelahan dengan suaminya.

Mereka mula menjamu selera. Lalu mummy Raffiez menegur anaknya.

"Raff, suaplah Adyla tu. Kan dia dah jadi isteri kamu. Itupun mummy nak kena cakapkan ke?" Ujar mummy Raffiez sedikit berbisik takut didengari oleh tetamu. Raffiez tersengih.

'Tanpa berlengah, Raffiez menyuap isterinya.

"Nganga mulut." arah Raffiez dengan lembut. Adyla akur lalu membuka mulut. Raffiez terus menyuapkan Adyla. Adyla tersenyum malu.

'Aku betul-betul suka dengan perangai mamat ni. Perubahan yang tidak disangka' Getus hati Adyla.

Para tetamu melihat pengantin yang sedang bersuap-suapan di meja makan. Mereka mula memuji Raffiez.

****

"LIN, jom makan." Ajak Erina. Mereka berdua kini berada di dalam bilik Adyla.

"Alah, kau pergi la makan dulu. Aku nak kemas barang Dyla kejap ni." Amelin menolak ajakan Erina.

"So aku kena makan sorang-sorang la ni?" Soal Erina.

"Ish kau ni. Kan ramai orang kat bawah tu. So kau takde la keseorangan." Ujar Amelin.

"Hm. Yelah. Aku turun dulu la." Kata Erina sedikit merajuk. Dia terus menuruni tangga dan menuju ke ruang makan seorang diri.

"Apa punya kawanlah Amelin ni. Ada ke patut dia suruh aku makan sorang-sorang? Memanglah ramai kat bawah tu tapi aku manalah kenal sesiapa pun." Bebel Erina semasa menuju ke sana.

Erina mula menyedok nasi dan mengambil lauk pauk yang telah disediakan.

Setelah itu, dia duduk di kerusi meja yang tiada orang. Dia enggan makan di tempat yang ada orang sedang bercakap lagi-lagi bergosip di tepinya. Bingit nanti.

Erina menjamu selera setelah mengambil segelas air.

Setelah itu, Erina disapa oleh seseorang.

"Sorang je ke?" Soal Syailman sambil membawa makanannya. Tanpa keizinan, Syailman duduk di situ.

"Awak ada nampak orang lain ke dekat sini?" Balas Erina dengan malas.

"Marah pun comel." Puji Syailman.

Erina mula menyampah lalu bangun dan ingin beredar memandangkan dia sudah kenyang. Namun Syailman menahan.

"Eh, siap dah? Tak nak teman saya makan ke?" Soal Syailman.

'Mengada betullah mamat ni!' Ujar Erina dalam hati sambil menjegilkan matanya.

"Tak mati pun kan kalau makan sorang-sorang?" Ujar Erina geram.

"Hmm..Sampai hati cakap macam tu. Sokaylah kalau tak boleh teman. Saya okey je." Kata Syailman sedikit kecewa.

Oleh sebab kasihan terhadap mamat poyo ni, Erina akur.

"Yelah. Saya teman. Tapi saya nak pergi buang sisa makanan dan basuh tangan dulu. Awak makanlah dulu." Lambat-lambat Syailman mengangguk.

Tanpa berlengah Erina terus menuju ke tong sampah dan singki.

Kemudian, dia ke meja itu semula.

"Aik? Dia pergi mana pulak? Tadi kata suruh teman." Mata Erina melilau mencari kelibat Syailman. Namun tidak kelihatan. Lalu dia duduk di kerusinya tadi sambil bermain phone.

"Hai Erin! Dah makan ke belum?" Soal lelaki itu sambil membawa makanannya.

"Eh, Abang Adam. Duduklah. Erin dah makan dah." Jawab Erina. Adam terus duduk dan makan di situ setelah dipelawa oleh Erina.

"Erin teman abang boleh?" Soal Adam. Erina mengangguk laju.

Apabila Syailman kembali ke meja tadi, langkahnya terhenti.

'Boleh pulak dia teman si Adam tu. Kalau aku, acuh tak acuh je dia layan.' Marah Syailman dalam hati.

"Abang Iman? Asal tercegat dekat sini? Kenapa tak makan?" Soal Adyla. Syailman terperanjat setelah ditegur oleh Adyla. Erina dan Adam terdengar suara Adyla lalu menoleh ke belakang.

"Abang dah makan dah. Raffiez mana?" Jawab Syailman.

"Ada tu. Tengah borak dengan kawan-kawan dia." Ujar Adyla sambil menunjukkan keberadaan suaminya yang sedang rancak berbual bersama Arif, Haikal dan Fikri.

"Ouh, okaylah kalau camtu. Abang nak masuk dalam rumah dulu." Syailman meminta diri. Adyla mengangguk.

"Rin? Kau dah makan?" Soal Adyla sebaik sahaja nampak Erina.

"Dah. Kau ni asal sorang-sorang? Sampai hati laki kau tinggal kau." Marah Erina.

"Alah, takpe la. Aku okey je. Dia bukannya sembang dengan orang lain pun. Member kita jugak. " ujar Adyla.

"Dy, duduklah. Abang dah siap makan ni." Pelawa Adam lalu bangun untuk beredar.

"Okey abang."

"Kau memang saja nak buat Abang Iman saki hati eh?" Soal Adyla sebaik sahaja Adam beredar. Erina mengerutkan dahinya.

"Apa kau merepek ni weh?" Soal Erina.

"Takdelah. Aku tengok Abang Iman perhati aje kau dengan abang aku." Terang Adyla sambil memandang Erina yang sedang memahami percakapan Adyla.

"Maksud kau si Iman tu jealous?" Tanya Erina.

"Yes beb! Takkan kau tak nampak lagi yang dia suka kau?" Soal Adyla.

"Tak. Lagipun, aku tak suka dia." Jujur Erina yang sedikit pun tiada perasaan terhadap lelaki itu.

"Fuh. Selama ni Abang Iman tu bertepuk sebelah tangan la." Ujar Adyla.

"Suka hati dia la. Kesah apa aku. Lagipun bukan aku yang terhegeh-hegeh nak dekat dia." Balas Erina tanpa rasa bersalah.

"Eh kau ni. Tak baik la. At least cakap lah elok-elok dengan dia. Ni tak. Asyik nak marah je." Adyla menggeleng.

"Dah lah. Aku nak masuk dalam dulu." Erina meminta diri.

"Ye lah. Alang-alang tu, kau pergilah pujuk Abang Iman tu. Kesian dia." Cadang Adyla.

"Ish takde masa la aku nak pujuk dia. Dah besar panjang dah pun." Erina menjeling. Adyla hanya menggeleng sambil tersenyum.

****

'ASAL Iman tu minat dekat aku? Aku takde rasa pape pun dekat dia. Nak pandang pun malas.' Gumam Erina di dalam hati sambil membetulkan hantaran.

"Erina?" Soal Syazran yang ternampak Erina sibuk di ruang pelamin.

"Ye? Eh, Abang Az. Kenapa? Abang nak apa-apa ke?"

"Nak awak. Boleh ke?" Gurau Syazran. Muka Erina berubah terkejut.

Syazran ketawa mengekek melihat reaksi Erina.

"Tak ada lah. Abang gurau jelah." Erina hembus nafas lega.

"Pandai melawak ye?" Lalu meletus ketawa mereka berdua. Syailman yang lalu di situ terserempak dengan mereka berdua. Syailman sempat menonton aksi gelak tawa mereka tadi. Hadir rasa cemburunya dengan adiknya sendiri.

'Macam mana dia boleh bergelak ketawa dengan adik aku? Kalau dengan aku, senyum pun tak ikhlas.' Desis Syailman di dalam hati.

Syazran terus menyapa abangnya yang termenung.

"Abang, asal tercegat dekat situ? Tadi umi panggil kau. Dia suruh kau tambah gulai."

Lamunan Syailman terhenti lalu segera dia memandang Erina lantas berlalu dari situ.

'Asal dia pandang aku macam tu? Aku ada buat salah ke?' Soal Erina sendiri dalam tak sedar kesalahan sendiri.

"Okeylah. Jumpa lagi nanti. Abang nak buat kerja sikit dekat belakang." Erina angguk.

"Okey, Abang Az."

****

ADYLA terasa kakinya kebas. Lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Auch, sakitnya." Adu Adyla di atas sofa.

"Kenapa ni?" Soal Aus yang baru sahaja turun dari tingkat atas dan ternampak Adyla sedang mengurut kaki sendiri.

"Kaki Dyla kebas la. Lama berdiri tadi dengan pakai heels lagi." Ujar Adyla sambil menahan sakit yang mencucuk.

"Habistu nak abang ambil kan ubat tak?" Soal Aus prihatin.

"Takpelah abang. Lepasni okay la ni." Ujar Adyla.

Raffiez menajamkan matanya apabila ternampak Adyla dan Aus sedang berbual di dalam rumah.

'Sempat lagi kau kan, Dyla? Takpe. Kau tunggu. Nanti kau tau la apa yang aku nak buat.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience