RAFFIEZ membuka telefonnya. Dia membaca mesej yang dihantar oleh Erina 5 hari lepas.
"Dia dah okay ke?" Omelnya sendiri.
"Argh! Lantak dia la nak sakit ke apa ke. Kesah apa aku." Marahnya tanpa membalas mesej tersebut lalu dia segera turun ke ruang tamu dan mengambil kunci kereta.
Dia menghidupkan enjin kereta lalu segera keluar dari kawasan rumah. Fikirannya agak serabut mengenangkan peristiwa dulu.
- FLASHBACK -
"Saya suka awak," luah Adyla.
Raffiez yang ternampak Adyla di situ terlopong apabila dia terdengar luahan Adyla kepada Irwanshah.
"Apa semua ni Dyla!" Marah Raffiez dengan wajah bengis.
Adyla terkejut dengan kehadiran Raffiez. Dia mencerlung tajam ke anak mata Adyla. Marah, geram semua bercampur.
"Ra..Raffiez..." gugup Adyla.
"Apa!" Tengking Raffiez.
"Saya boleh explain!" Tempik Adyla.
"Explain apa lagi Dyla? Saya dah dengar la yang awak cakap awak suka jantan ni!" Marah Raffiez sambil menudingkan jarinya kepada Irwanshah.
"Aw..awak jangan salah faham." Ujar Adyla ketakutan. Dia takut melihat muka Raffiez yang bengis itu.
"Weh, bro. Sabar. Kita boleh bincang baik-baik. Malu la orang lain tengok," beritahu Irwanshah dengan memperlahankan suaranya kerana semua pelajar di situ sedang memerhati ke arah mereka.
"Lantak lah orang nak tengok ke apa! Kau boleh tak jangan masuk campur hal kitorang? Masalahnya sekarang ni kau, Adyla! Kau dah curang dengan aku! Apa semua ni?"
"It's not like what you think. Please don't blame me." Kata Adyla mengharapkan simpati.
"Fine! Kau jangan dekat dengan aku lagi! Aku tak nak ada hubungan dengan kau! Kita putus!" Bertubi-tubi kemarahan yang diberi oleh Raffiez sehingga terus mengeluarkan kata putus.
Raffiez kemudiannya mengutip buku yang bertaburan di atas lantai dan segera berambus.
Adyla terkilan setelah Raffiez mengucapkan kata putus. Matanya mula berkaca dek kerana terkejut dan tidak percaya.
- END FLASHBACK -
"Kenapa Dyla!" Bentak Raffiez sambil memukul stereng keretanya.
Setelah sampai di tempat yang ingin dituju, dia keluar dari kereta dan mengamuk.
"Argh! Kau tipu aku Dyla! Asal kau buat aku macam ni!" Raffiez memberontak dan asyik menyalahkan Adyla kerana telah mempermainkan hati dan perasaannya. Dulu Raffiez lah orang yang sangat mencintai Adyla. Tetapi apakan daya. Adyla telah melukakan hatinya.
****
TING TONG!
Bibik Aini segera membuka pagar rumah banglo dua tingkat milik keluarga Adyla dan menyapa tetamu yang datang itu.
"Erina. Sampai dah." Ujar bibik. Bibik Aini berusia 34 tahun. Nampak muda dan cergas. Dia bekerja kerana ingin mencari rezeki untuk anak-anaknya. Nasib baiklah dia diterima baik oleh keluarga ini.
"Ya. Bibik apa khabar?" Soal Erina lalu masuk ke dalam rumah setelah bibik mengajaknya.
"Alhamdulillah sihat. Kamu datang dengan siapa?" Soal bibik.
"Dengan Abang Zhaf." jawab Erina.
"Ouh. Ibu kamu sihat?" Tanya bibik ingin tahu.
"Sihat. Alhamdulillah," jawab Erina sambil menanggalkan kasutnya kemudian masuk ke dalam rumah.
"Kamu duduklah dulu ye. Bibik pergi dapur dulu. Bibik nak buatkan air," ujar bibik.
"Okey, bik. Terima kasih." Ucap Erina. Dia dan Bibik Aini agak rapat kerana dulu selalu juga Erina datang ke rumah Adyla. Oleh sebab sibuk, Erina sudah lama tidak datang. Nasib baik mereka saling mengenali.
Erina duduk di atas sofa.
Setelah itu, kereta Audi hitam masuk ke dalam perkarangan rumah.
Erina yang terdengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah segera melangkah menuju ke pintu hadapan.
Setelah membuka pintu, dia terkejut.
Syailman melontarkan senyuman manis kepada Erina tapi Erina hanya membalas dengan senyuman biasa.
"Man, tolong aku ambil barang jap. Aku nak bawa Dy masuk." Pinta Adam sambil memapah adiknya kemudian diletakkan di atas kerusi roda. Syailman terus berjalan menghampiri kereta dan mengambil barang.
"Dyla! Kau okay tak ni?" Soal Erina seraya mereka masuk ke dalam rumah.
"Aku okay." Balas Adyla sedikit lemah. Namun dia mengoyakkan senyuman untuk sahabatnya itu. Erina membalas senyuman lega.
Kemudian Bibik Aini datang sambil membawa dulang berisi segelas air.
"Bik, letak barang-barang ni dalam bilik Dyla ye?" Kata Syailman lalu memberikannya kepada bibik. Bibik mengangguk lalu terus ke dapur.
"Dy, abang nak naik atas kejap. Korang boraklah ye."
"Okay, bang."
"Aku rindu betul dekat kau, Dyla." Luah Erina lalu menggenggam tangan Adyla.
"Itu la. Kita dah lama tak berhubung sejak masing-masing sibuk belajar, kan?" Erina angguk.
"Kau datang dengan siapa? Takde pun kereta." Sambung Adyla.
"Abang Zhaf. Kebetulan dia nak pergi kerja. Aku tumpanglah dia." Jawab Erina. Adyla senyum.
Syailman dalam diam memandang wajah comel Erina dan sorok senyum. Tiba-tiba telefon milik Erina berbunyi. Erina segera mengangkat call tersebut.
Adyla melihat Syailman ralit memerhatikan langkah Erina sampai ke luar rumah. Dia senyum senget.
"Tu ke Erina?" Soal Syailman.
"Haah. Asal abang? Nak try eh?" Usik Adyla.
"Eh, memandai je Dyla ni. Mana ada lah. Abang tanya je." Ujar Syailman yang malu dek kerana diusik oleh Adyla.
"Abang dengan dia sesuai la. Erin tu single juga tau," bisik Adyla takut jika didengari oleh Erina.
"Yeke? So, Abang ada chance la ni kan?" Sempat Syailman bergurau dan Adyla hanya ketawa kecil lalu Syailman memberi isyarat supaya diam kerana Erina sudah selesai menjawab call.
"Asal korang pandang aku macam tu?" Soal Erina.
"Tak ada apa la." Tipu Adyla lalu Syailman hanya geleng dan tersenyum.
Erina angguk lalu sambung berborak dengan Adyla. Syailman ada juga menyampuk perbualan mereka.
****
"HMM, asal dia asyik senyum je dekat aku?" Gumam Erina sambil memasak bubur ayam di dapur untuk diberi kepada Adyla kerana Adyla rindu akan masakannya.
"Sebab awak comel." Bisik Syailman yang tiba-tiba berada di belakang Erina.
"Oii mak kau jatuh!" Latah Erina dan membuatkan Syailman tergelak. Namun tawa Syailman mati apabila Erina memandangnya bagai hendak ditelannya!
"Aip! Jangan pandang macam tu nanti tembus ke hati." ujar Syailman dan ketawa terbahak-bahak.
"Fikir sweet? Memang tak! Mengada betul. Dah la jangan kacau saya. Kalau tak, saya lempang awak guna sudip ni!" Ugut Erina sambil menunjukkan sudip yang ada di tanganya.
"Jangan! Kalau saya sakit, nanti awak juga yang susah. Saya datang sini pun sebab nak ucap bye-bye dekat awak. Saya nak balik dah ni. Awak take care tau? Bye!" Syailman melambai sambil mengenyitkan mata lalu beredar meninggalkan Erina seorang diri. Erina berasa geli dengan kenyitan mata itu.
"Asal aku pulak yang susah? Aku bukannya isteri dia pun. Ish merepek betul! Ee geli lah." Erina tayang muka menyampah lalu menuangkan bubur ayam ke dalam mangkuk untuk dibawa ke bilik Adyla.
****
"DYLA, macam mana kau boleh accident?" Akhirnya soalan yang Erina hendak bertanya keluar juga.
Adyla mengeluh berat sebelum menjawab.
"Aku nampak dia, Rin." Jawabnya sambil menahan rasa sedih.
"Raff?"
Adyla mengangguk.
"Aku cuba kejar dia tapi tak sempat. Dia dah masuk dalam kereta and pergi. Masa tu aku baru sedar yang aku berdiri di tengah jalan besar. Kereta tu tak sempat nak brek..."
Adyla berhenti berbicara.
Erina memegang erat tangan Adyla seakan memberi kekuatan.
"Dahlah fikir pasal dia. Tak ada gunanya lagi. Dia tu buta. Tak boleh nak bezakan mana betul dan salah. Kalau aku jumpa dia, lunyai dah aku kerjakan.
"Janganlah marah dia. Aku yang terlalu buta dengan cinta. Terlalu mendambakan kasih dia."
"Kau tak salah, Dyla. Jangan cakap lagi. Aku nak kau rehat dan jaga kesihatan. Stop thinking about him okay?"
Adyla mengangguk.
PIN! PIN!
"Dyla, abang aku dah sampai tu." Kata Erina apabila terdengar hon kereta milik abangnya, Zhafran.
"Nak balik dah?" Soal Adam yang tiba dari dapur.
"Haah. Esok Erin ada kelas." Tiba-tiba Erina tersipu-sipu malu bila berdepan dengan Adam. Kerusi Adyla ditolak oleh Adam menghampiri kereta Zhafran.
"Hai, Abang Zhaf!" Sapa Adyla apabila Zhafran membuka tingkap keretanya.
"Hai, Dyla! How are you now?"
"Quite good. Amboi, Abang Zhaf makin hensem eh sekarang?" Sakat Adyla.
"Eh mana ada. Dyla pun apa kurangnya. Makin lawa dah sekarang." Puji Zhafran.
Adyla tersenyum malu.
"Weh, Dam. Jom pergi gym nanti." Ajak Zhafran.
"Boleh juga tu. Aku on je. Kau je lah yang busy memanjang," balas Adam. Zhafran ketawa.
"Okey. Nanti aku free, aku call kau," ujar Zhafran lalu dia mengerling ke arah wajah adiknya, Erina.
Erina ketika ini sedang mengelamun tentang kejadian tadi.
-FLASHBACK-
Erina ingin mengambil biskut yang ada di dalam almari namun disebabkan almari itu agak tinggi, dia terpaksa memijak bangku kecil untuk memudahkannya ambil biskut itu. Apabila dia ingin mengambilnya, kakinya tiba-tiba terseliuh lalu badannya menjadi tidak stabil dan terlepas biskut itu dari tangannya.
"Argh!" Tempiknya. Namun, nasib baiklah dia tidak jatuh atas lantai kerana Adam sempat menyambut badan Erina. Adam datang tepat pada waktunya.
Mereka memandang antara satu sama lain. Kemudian Adam berdehem lalu Erina cepat-cepat memperbetul badannya. Adam mengambil biskut itu dan beri kepada Erina.
"Lain kali kalau nak apa-apa bagitahu. Awak tu perempuan. Kena behave. Nah," Adam memberi biskut itu.
"Err thanks," Erina ambil biskut itu dan Adam segera berlalu dari situ. Ya Allah, malunya aku!
-END FLASHBACK-
"Amboi kau dik. Asal ni senyum-senyum? Angau pasal siapa?" tegur Zhafran. Erina kawal riak wajahnya. Sungguh dia malu! Tapi dia mahu! Eh! Melalut apa aku ni?
"Okeylah, Dyla. Aku balik dulu. Kalau ada apa-apa kau call je la aku. InsyaAllah nanti aku datang lagi. Kau jangan lupa makan ubat tau. Kesihatan kau tu penting. So, take care. Goodnight! Bye!" Nasihat Erina lalu memeluk Adyla.
"Okey, makcik! Goodnight. Thanks for today! Bye!" Ucap Adyla pula. Erina segera masuk ke dalam perut kereta.
Tanpa sedar, ada sepasang mata yang sedang memerhati dari jauh.
Thank you yg selalu support!
Share this novel