ERINA setia menjaga Syailman. Dia meletakkan kain lembap di atas dahi Syailman untuk mengurangkan suhu badannya. Sesekali dia mengusap lembut wajah lelaki itu. Sampailah dia tertidur di atas dada bidang suaminya.
Syailman terjaga apabila badannya terasa berat. Mata dibuka untuk melihat apa yang sedang memeluknya kini. Rupanya Erina sedang nyenyak tidur. Dia kemudian membetulkan posisi tubuh badan isterinya.
Lantas dia bangun untuk mandi.
Setelah selesai mandi, Syailman bersiap untuk solat Subuh. Dia mengejutkan Erina.
"Erina, bangun. Dah Subuh ni."
"Abang dah sihat ke?" Soal Erina setelah bangun dan berdiri di sisi katil. Syailman hanya pandangnya tanpa senyum.
"Alhamdulillah. Terima kasih sebab jaga saya." Ucap Syailman dengan reaksi biasa. Tiada lagi kemanisan di wajah lelaki itu.
Tiba-tiba Erina memeluk Syailman erat. Dia tahu Syailman terasa dengannya semalam.
"Erin minta maaf. Erin tak patut cakap macam tu dekat abang semalam. Erin dah buat abang sakit. Erin berdosa dengan abang." Kata Erina sambil berjujuran air mata.
"Don't say it. Abang tak ambil hati pun." Kata Syailman. Pelukan dileraikan. Erina memandang anak mata Syailman dalam-dalam. Lalu dia mencapai kedua-dua belah tangan Syailman dan membuat pengakuan.
"I admit that I love you and I don't wanna lose you."
Sejujurnya, semasa Syailman sakit dia berasa sangat takut jika kehilangan Syailman buat selamanya. Sejak semalam, perasaan cinta dan sayang hadir dan menetap dalam lubuk hatinya.
Syailman senyum lebar.
"Tapi sayang kena janji dengan abang. Jangan sebut lagi pasal cerai. Abang takkan bagi sayang pada sesiapa pun. You're forever mine, sayang." Kata Syailman. Erina mengangguk laju.
"Janji." Balas Erina.
"Sayang!" Tempik Syailman tiba-tiba seperti teringatkan sesuatu.
"Kenapa abang?" Soal Erina yang terkejut.
"Batal dah air wuduk abang."
Erina ketawa.
"Amboi, sedapnya dia ketawakan abang eh? Tunggu dia." Syailman ingin memeluk Erina.
"No, abang!!" Erina pantas menolak lelaki itu dan terus berlari masuk ke dalam bilik air. Syailman tidak sempat mengejarnya dan terpaksalah dia menunggu. Alahai. Inikah yang dinamakan cinta?
'Terima kasih, Ya Allah.' Ucap Syailman dalam hati.
****
SYAILMAN dan Erina berjalan sambil berpimpinan tangan menuju ke meja makan. Harini hari terakhir mereka berada di resort itu. Semua mata memandang ke arah mereka berdua.
"Amboi, bahagianya." Usik Adyla. Erina senyum malu. Marsya pula sedang melihat dengan pandangan yang penuh berapi.
"Memanglah. Dyla je yang tak tahu." Balas Syailman. Mereka ketawa.
Syailman menarik kerusi untuk Erina duduk. Mereka yang lain sedang menjamu sarapan pagi.
"Sayang nak makan apa?" Soal Syailman.
"Sandwich." Balas Erina. Syailman terus mengambilnya lalu diberikan kepada Erina. Erina makan setelah membaca doa.
"Abang, tolong ambilkan Sya air." Suruh Marsya. Sedangkan dekat aje jarak air itu dengannya. Adyla menajamkan matanya ke arah Marsya. Mengada!
"Meh aku tuangkan untuk kau." Pelawa Adyla lalu memberi air itu kepada Marsya. Marsya ambil.
"Sama-sama." Perli Adyla. Marsya menghadiahkan jelingan.
Raffiez menggeleng sambil tahan gelak melihat perbuatan Adyla.
"Kamu dah okay, Iman?" Soal uminya.
"Dah, umi. Alhamdulillah." Balas Syailman.
"Alhamdulillah. Nasib baik demam kamu tak teruk sangat. Kalau tidak memang kena bawa hospital dah semalam."
"Nasib baik jugalah Iman dapat isteri yang mampu jaga Iman." Puji Syailman. Erina tersipu malu.
Telinga Marsya bagai ingin bernanah mendengar pujian itu. Meluat!
"Umi, Sya balik dulu la. Ada kerja sikit." Kata Marsya ingin pamit.
"Ye lah. Bawa kereta elok-elok. Kirim salam dekat mama Sya." Pesan umi.
"Okay umi." Marsya berlalu dari situ. Jika duduk lama-lama mahu muntah hijau dibuatnya.
"Baguslah dia dah balik. Datang pun buat semak je." Perli Adyla.
"Sayang, tak baik cakap macam tu." Raffiez sedikit marah tapi dalam nada lembut. Adyla cebikkan bibir.
****
"UNTUNGLAH orang tu dapat pergi honeymoon." Ujar Adyla. Erina sengih.
"Kau nak tahu tak dia nak bawa aku pergi mana? Aku pun terkejut dia cakap nak bawa aku pergi sana sedangkan aku tak pernah bagitahu pun aku nak honeymoon dekat mana." Erina sudah tidak sabar mahu memberitahu Adyla. Adyla menjongket kening.
"Toronto!" Tempik Erina dalam teruja lalu dia memeluk Adyla. Adyla hanya layankan saja.
"I'm happy for you. Tapi macam mana dia tahu kau teringin nak ke sana?" Adyla pula bertanya setelah pelukan kejap dileraikan. Erina menggeleng.
"Entahlah. Malas lah aku fikir. Yang penting aku dapat pergi sana! Tak sabarnya!" Sekali lagi Erina menunjukkan reaksi keterujaannya.
Adyla memandang kawannya dengan tenang.
"Asal kau pandang aku macam tu?" Soal Erina yang pelik dengan pandangan itu.
"Takdelah. Aku cuma happy tengok kau. Tak sangka kau berlembut juga dengan Abang Iman. Maksudnya doa aku selama ni termakbullah. Bersyukurnya dapat tengok kawan aku bahagia." Jelas Adyla.
"Ish kau saja je nak buat aku nangis, kan? Hurm, thankyou Dyla sebab selalu doakan aku. Aku pun tak pernah jemu doakan kebahagiaan kau sekeluarga." Balas Erina.
****
ADYLA menunggu suaminya pulang. Jam sudah berganjak pukul 11 malam tapi kelibat Raffiez masih tidak muncul. Sudah beberapa hari suaminya balik lewat.
Akhirnya Adyla terlelap di sofa ruang tamu.
"Sayang." Raffiez mencuit bahu Adyla. Adyla tersedar lalu menggenyeh matanya.
"Abang dah balik?" Kata Adyla dalam mamai.
"Ye, sayang. Kenapa tak tidur dalam bilik?" Soal Raffiez.
"Sayang terlelap tadi sebab tunggu abang balik."
"La yeke. Kesiannya. Sorry sayang. Abang banyak kerja dekat office sebab tu balik lewat. Lepasni sayang tak payah tunggu abang balik tau. Sayang terus tidur, okay?" Pesan Raffiez. Adyla mengangguk sambil mata terpejam. Raffiez tersengih.
"Sayang ngantuk sangat ni. Dah jom pergi tidur." Kata Raffiez.
"Abang, tak larat la. Angkat sayang please." Kata Adyla dengan manja.
"Alright, sayang. Anything for you."
Raffiez terus mengangkat Adyla dan dibawa ke dalam bilik.
"Sayang tidur tau. Abang nak mandi." Kata Raffiez setelah meletakkan Adyla di tempat tidur. Kemudian dia menyelimuti badan Adyla. Adyla angguk lalu memejamkan mata. Sebelum Raffiez ke bilik air, dia mencium pipi Adyla.
"Good night, sayang."
****
"HARINI abang balik lewat jugak ke?" Soal Adyla sambil mendukung Aydan.
"Maybe yes. Kenapa sayang?" Tanya Raffiez lalu menyicip air teh.
"Takdelah. Sayang cuma nak keluar jalan-jalan je."
"Boleh je sayang. Tapi bukan sekarang. Nanti abang dah settle semua kerja, kita pergi jalan-jalan, okay?"
Adyla mengangguk.
"Okay lah. Abang dah nak pergi kerja ni." Kata Raffiez lalu bangun. Dia menuju ke pintu dan diikuti Adyla dari belakang.
"Ayah work dulu tau, sayang. Jangan nakal-nakal." Pesan Raffiez kepada Aydan yang Dia mencium ubun-ubun anaknya.
"Hati-hati drive, abang." Pesan Adyla lalu menyalami Raffiez.
"Okay sayang. Jangan lupa kunci pintu, tau? Take care." Dahi Adyla pula dikucupnya.
Setelah kereta Raffiez keluar dari perkarangan rumah, Adyla terus menutup pintu lalu menguncinya.
"Haih, kenapalah ayah selalu sibuk? Selalunya ada je masa untuk kita, kan sayang? Tapi takpelah. Nasib baik ibu ada peneman. Kalau tidak, memang macam tunggullah ibu dekat rumah ni." Adyla mengusap lembut rambut Aydan. Aydan mengukirkan senyuman seperti faham apa yang Adyla perkatakan.
"Alahai, manisnya senyuman dia. Sama macam ayah." Puji Adyla.
****
"FIK, aku rasa tak sedap hatilah." Kata Raffiez ketika Fikri masuk ke dalam bilik kerjanya. Sejak kebelakangan ini, acap kali Raffiez menerima ugutan daripada nombor yang tidak dikenali. Dia dapat merasakan perkara ini ada kaitan dengan hari dia ditikam. Nampaknya orang itu masih berdendam dengannya. Dia kena sentiasa berhati-hati.
Untuk pengetahuan, ini juga antara sebab kenapa dia selalu balik lewat.
"Jangan risau. Aku dah upah orang tolong tengokkan rumah kau. Kalau ada yang mencurigakan, diorang akan terus bagitahu aku."
Raffiez lega. Tapi dalam masa yang sama dia cukup risau akan keselamatan isteri dan anaknya.
"Kalau ikutkan hati, aku tak nak masuk kerja dah. Tapi aku kesiankan daddy. Dia dah tua. Mana larat nak urus syarikat ni sorang-sorang."
"Takpe. InsyaAllah isteri dan anak kau akan selamat. Kita kena banyak berdoa."
Raffiez angguk.
"KAU biar betul nak buat semua ni?" Kata Fasya dalam nada risau.
"Asal? Kau takut? Kau tak ingat ke dulu kau pernah cakap dekat aku yang kau nak rampas kebahagiaan diorang." Balas Firas.
"Mana ada aku takut. Aku cuma risau. Kalau benda ni jadi kes polis macam mana? Aku tak nak masuk penjara!"
"Kau nak risau buat apa? Aku dah plan kaw-kaw. Kau cuma ikut je apa aku cakap. Kau kena ingat, Adyla dah rampas hak kau. Takkan kau nak biarkan je?"
"No! Aku takkan biarkan perempuan tu bahagia! Raff milik aku!" Fasya meninggikan suara. Firas ketawa jahat.
****
"YE, mama. Dyla okay. Aydan pun okay. Raff pula sibuk lately ni. Banyak kerja dekat office tu. Mama rindu Dyla la ni, kan?" Adyla ketawa kecil.
Tiba-tiba bunyi pasu pecah dari luar rumah. Adyla terkejut.
"Mama, nanti Dyla call balik." Terus Adyla tamatkan panggilan.
"Bunyi apa tadi tu?" Gumam Adyla lalu menuju ke pintu. Dia membuka pintu. Riak muka Adyla berubah.
"Hi, honey! Do you miss me?" Firas senyum meleret.
"WHAT!?" Fikri terjerit semasa mesyuarat sedang berlangsung. Raffiez turut terperanjat.
"Sorry." Fikri memohon maaf. Lalu dia berbisik di telinga Raffiez dengan perlahan
"Diorang berjaya belasah orang aku. Sekarang ni anak bini kau dalam bahaya!"
Raffiez terbuntang mata.
"Sorry, guys. Our meeting today is cancelled. I have to go now." Kata Raffiez lalu segera menghala keluar. Fikri membontoti langkah Raffiez.
Raffiez menelefon Adyla berkali-kali tapi tidak dijawab. Hatinya berdebar kencang. Terus dia memandu menuju ke rumah.
Tiba-tiba dia menerima panggilan lalu terus diangkatnya.
"Hey, bro. Mana kau? I have surprise for you." Kata lelaki itu lalu menghalakan telefon kepada Adyla.
"Abang! Tolong sayang!" Tempik Adyla sekuatnya.
"Woi! Jangan kau berani sentuh dia! Kalau tak, mati kau aku kerjakan! Kau nak apa sebenarnya hah?!" Marah Raffiez.
"Simple. Aku nak bini kau. Lagipun dulu kau pernah cakap yang rumah ni sentiasa terbuka untuk aku." Kata Lelaki itu lalu ketawa jahat.
"Jangan harap!" Ujar Raffiez.
"Kedekut ye? Takpe. Kau tengok apa aku akan buat."
"Abang! Sakit!" Tempik Adyla.
Lelaki itu terus menamatkan panggilan.
"Woi!!" Raffiez sudah hilang sabar. Keretanya terus memecut laju.
****
FIRAS mengusap pipi Aydan dengan pisau membuatkan Aydan menangis.
"Jangan sentuh anak aku!" Jerkah Adyla. Air mata sudah penuh membasahi pipi. Tangan dan kakinya pula kini telah diikat. Dia langsung tidak boleh bergerak.
"Diamlah kau perempuan! Dasar perampas! Kau dengar sini! Raff milik aku!" Fasya memarahi Adyla.
Adyla meludah ke muka Fasya. Tak semena-mena pipi Adyla menjadi sasaran tamparan Fasya. Kuat Terasa kebas pipi Adyla tika ini.
"Korang dah gila!!" Adyla terus menengking. Serentak Firas dan Fasya ketawa.
Firas mendekati Adyla. Dia mengusap pisau di pipi Adyla. Adyla memejamkan matanya.
"Yes, honey. I'm crazy. Crazy for you." Kata Firas dengan penuh sinis. Adyla membuka mata lalu memandang Firas dengan geram.
"Aku benci kau!" Kata Adyla.
"Shu... Don't say that, honey." Firas menekan sedikit pisau di pipi Adyla. Darah kecil mengalir. Adyla menahan sakit.
Firas mendekatkan wajahnya. Adyla sudah berang. Lalu dia menghantukkan kepalanya ke dahi Firas. Firas mengerang kesakitan.
"Auch! How dare you, honey. You hurt me!" Firas mahu menampar Adyla.
Raffiez berlari masuk lalu menarik Firas. Tumbukan kuat diberi ke muka Firas menyebabkan dia terpelanting ke belakang.
"Aku dah cakap jangan sentuh isteri aku!"
Raffiez segera mendapatkan Adyla.
"Sayang!" Raffiez terus membuka tali yang mengikat isterinya. Dia memeluk Adyla dan mencium ubun-ubunnya.
Firas tersenyum sinis lantas dia bangun. Dia mengeluarkan sepucuk pistol dari poket seluarnya.
Adyla memandang Firas yang mengacukan pistol ke arah mereka.
"Abang!" Tempiknya.
BANG!
Satu tembakan dilepaskan. Adyla menutup matanya rapat. Lalu kedengaran susuk tubuh jatuh ke lantai. Dadanya berdebar kencang. Takut jika itu Raffiez. Namun apabila dia membuka mata, kelihatan Firas terbaring dengan berlumuran darah.
Ternyata polis yang melepaskan tembakan kepada Firas. Mujurlah polis datang tepat pada waktunya.
"Abang." Adyla memeluk Raffiez seerat mungkin. Syukur bukan Raffiez yang terkena.
Fasya sudah mula takut apabila melihat Firas yang terbaring. Lalu dia berlari keluar namun sempat dihalang oleh dua orang polis wanita. Terus tangannya digari.
"Let me go! Raff! Help me, please!" Pinta Fasya. Raffiez membantu Adyla berdiri.
"Never! You dah dapat balasannya! I tak percaya you sanggup buat kami macam ni. You memang tak berhati perut!" Balas Raffiez.
"Raff! I'm sorry! Please!"
"I takkan maafkan you atas apa yang you dah buat pada family I!"
Fasya menangis mendengarkan kata-kata Raffiez lalu meronta-ronta ingin dilepaskan namun polis itu terus membawanya keluar. Kemudian anggota polis lain mengangkat tubuh Firas untuk dibawa ke hospital.
Adyla menghampiri Aydan lalu terus mendukungnya.
"Be calm, sayang ibu." Adyla menenangkan Aydan yang menangis tidak berhenti.
"Sorry, sayang. Abang tak patut tinggalkan sayang." Kata Raffiez sambil memeluk Adyla.
"It's okay, abang. Sekarang ni kita dah selamat. Diorang pun dah kena tangkap." Kata Adyla.
"Raff, polis suruh kau pergi balai bagi keterangan." Kata Fikri. Raffiez angguk.
"Sayang, jom."
****
SEMINGGU kemudian...
"Sayang, bangun. Kita dah sampai." Raffiez mengejutkan Adyla yang terlena.
"Kita dekat mana ni?" Soal Adyla dalam mamai.
"Rumah atok." Jawab Raffiez. Terus segar mata Adyla.
"Abang tak cakap pun dekat sayang." Kata Adyla.
"Saja abang tak bagitahu. Kalau sayang tahu, nanti tak surprise pulak." Raffiez sengih.
"Jom turun." Kata Raffiez sambil menanggalkan seatbelt.
Raffiez menghala ke tempat duduk belakang untuk mengambil beg pakaian mereka.
Adyla menyalami atok.
"Besar doh cicit aku." Ujar Atok lalu mengusap kepala Aydan.
"Eh, tak cakap pun nak datang?" Soal Aus seraya menuju ke pintu.
"Suami Dyla yang drive sampai sini. Dyla ingatkan dia nak bawa Dyla tempat lain. Tapi bila bangun je dari tidur, dah sampai depan rumah atok ni. Lagipun bagus juga sebab boleh melawat atok." Kata Adyla.
"Jomlah masuk." Aus mengajak mereka masuk ke dalam rumah.
"Abang, pegang Aydan. Dyla nak buat air." Ujar Adyla lalu Raffiez terus mengambil Aydan.
"Kau cuti ke Raff?" Soal Aus.
"Ha ah. Daddy aku bagi cuti seminggu. Tu yang aku bawa Dyla datang sini. Bosan katanya duduk rumah." Balas Raffiez. Aus mengangguk.
"Kau pulak tak kerja ke harini?" Raffiez pula bertanya.
"Kerja tapi aku masuk petang nanti. Pagi ni aku kena bawa atok pergi klinik."
"Kenapa?"
"Atok selalu batuk lately ni. Pastu bila aku ajak pergi klinik, dia tak nak. Dah puas aku pujuk."
"Atok tak sihat? Kenapa tak nak pergi klinik, tok? Risau la Dyla. Jom, Dyla bawa atok ke klinik." Kata Adyla setelah meletakkan dulang yang berisi beberapa cawan air.
"Tok payoh la. Atok batuk jah pun. Tak dok gapo eh."
"Atok janganlah macam ni. Bahaya tau kalau kerap sangat batuk. Takut peparu atok bermasalah."
Atok menggeleng.
"Kalau atok tak nak pergi, Dyla tak nak datang sini lagi dah."
"Tokse mari sudoh. Atok beso doh jauh nga cucu."
"Alolo. Dyla gurau je la, tok. Tapi please la atok. Dengar cakap Dyla. Kali ni je." Adyla buat muka comel.
"Ho lah. Atok gi. Tapi gak kali ni jah. Pahni dok doh."
"Okay."
****
"ATOK dah tidur?" Soal Adyla.
"Dah, lepas makan ubat tadi terus tidur." Kata Aus.
Raffiez pula sedang melayan Aydan.
"Abang, siapa call tadi?" Tanya Adyla lalu duduk di sebelah Raffiez.
"Mummy. Dia tanya khabar kita je. Lepastu nanti kita balik sana, mummy suruh singgah rumah dia."
Adyla angguk.
"Sayang, Aydan dah banyak kali menguap ni. Jomlah masuk tidur." Ajak Raffiez.
"Alala kesiannya anak ibu ni. Jom kita tidur!" Adyla angkat Aydan lalu menuju ke dalam bilik.
Baru saja Raffiez mahu masuk ke dalam bilik, Aus memegang bahu Raffiez.
"Asal?" Tanya Raffiez.
"Thank you sebab dah bahagiakan Dyla. Kau beruntung tau sebab dia pilih kau. Aku dah lama nak memperisterikan dia tapi nak buat macam mana? Aku harap kau tak buat dia sedih lagi." Panjang lebar Aus berkata.
"Kenapa kau tak berterus terang je dengan dia?" Soal Raffiez yang dari tadi hanya diam mendengar penjelasan Aus. Aus menghela nafas sebelum menjawab pertanyaan Raffiez.
"Dah lama aku confess tapi dia tolak cinta aku. Dia anggap aku macam abang dia sendiri. So apa yang aku boleh buat?"
"Aku faham kau. Tapi aku harap kau jumpa perempuan yang selayaknya untuk kau. Aku akan doakan untuk kau." Raffiez meletakkan tangannya ke atas bahu Aus.
Aus senyum nipis lalu angguk.
"Abang? Buat apa lagi tu? Jomlah tidur. Esok je la sambung berbual. Abang Aus pun pergilah masuk tidur. Tak elok orang bujang tidur lambat." Bebel Adyla di depan bilik.
"Iye sayang. Kejap." Raffiez menghala ke ara Adyla.
"Yelah Dyla. Abang nak masuk tidur la ni." Kata Aus lalu berjalan masuk ke dalam biliknya.
"Abang borak pasal apa dengan Abang Aus tadi?" Soal Adyla sebaik saja mereka duduk di atas katil.
"Takde apa. Borak biasa-biasa je." Balas Raffiez.
"Takde mengata pasal sayang kan?" Teka Adyla.
"No, sayang. Dah. Jom tidur." Raffiez baring setelah menutup lampu di meja tepi katil.
Raffiez peluk Adyla namun ditepis.
"Betul ke tak mengata pasal sayang?" Soal Adyla lagi.
"Ya Allah. Sayang. Betullah. Kenapa tak nak percaya ni? Hmm?" Ujar Raffiez.
"Hurm yelah." Adyla mengalah.
"Sleep, sayang." Kata Raffiez dengan suara serak basahnya. Dia mengusap pipi Adyla dengan lembut. Adyla hanya membiarkan. Habis dah merajuknya.
"Goodnight, sayang." Ucap Raffiez.
Share this novel