TC | BAB 32

Romance Completed 17878

MATA Adyla terbuka. Dia melihat sekeliling. Akhirnya dia bangkit dari mimpi ngeri itu.

"Abang, Dyla dah sedar." Kata Datin Amina kepada Adam.

"Alhamdulillah. Dy okay?" Soal Adam.

"Mana suami Dy?" Soal Adyla tanpa menjawab pertanyaan Adam. Adam menghela nafas.

"Raff masih tak sedarkan diri." Jawab Adam. Adyla terperanjat. Jadi ini bukan mimpi?!

Adyla bangun.

"Dy nak pergi mana ni?"

"Dy nak jumpa Raff. Raff perlukan Dy." Adyla ingin keluar dari bilik namun dihalang oleh Adam.

"No! Dy tak boleh pergi. Nanti doktor akan call kita bagitahu pasal Raff. Sabar okay?" Ujar Adam sambil memegang bahu Adyla.

Adyla terpaksa akur. Dia tertunduk sambil air mata keluar tanpa henti.

****

"PADAN muka kau, Dyla! Aku dah cakap yang kau takkan pernah bahagia! Aku akan buat apa je untuk rosakkan hubungan korang!" Kata Fasya sambil senyum puas.

Fikri terdengar kata-kata Fasya di sebalik dinding. Dia terkejut.

'So dialah punca hubungan Raff dan Dyla berantakan? Kau memang kejam Fasya!' Desis hatinya.

Dia segera pergi dari situ.

ADYLA berjalan menuju ke wad Raffiez. Dia masuk untuk melihat keadaan suaminya.

Raffiez masih tidak membuka mata. Adyla datang menghampiri lalu duduk di sisi Raffiez.

"Abang, Dyla datang ni." Kata Adyla sambil mengusap lembut tangan Raffiez.

"Dyla minta maaf, abang." Adyla menyatakan sambil teresak-esak. Dia mencium tangan Raffiez lama.

Adyla memandang lama wajah suaminya yang pucat itu. Dia rasa bersalah sangat. Rasa ingin menampar muka sendiri kerana telah banyak menyakiti hati Raffiez sampai dia terpaksa tanggung semua ni.

Adyla meletakkan kepalanya di lengan Raffiez. Tangannya pula menggenggam tangan Raffiez. Tidak lama kemudian dia terlena.

Beberapa minit selepas itu,

Jari Raffiez bergerak. Dia mula membuka mata perlahan-lahan. Alhamdulillah, Allah masih memberinya peluang untuk hidup dan membaiki kesilapannya selama ni.

Penglihatannya samar-samar apabila melihat sekeliling. Dia berkelip untuk beberapa kali dan akhirnya dia dapat melihat dengan jelas.

Lengannya terasa berat. Dia menggerakkan kepalanya ke tepi. Alangkah terkejutnya apabila nampak isterinya yang sedang tidur di atas lengannya.

Raffiez cuba untuk bergerak namun terasa sakit di perut. Luka tikaman belum sembuh sepenuhnya. Kemudian dia mengangkat tangannya yang satu lagi dan mengusap kepala Adyla. Tanpa sedar, dia mengalirkan air mata.

Raffiez kembali menutup matanya dan terlena bersama Adyla.

****

KEESOKANNYA

"Alhamdulillah Raff dah semakin baik. Cuma dia perlukan rehat yang cukup dan makan ubat." Kata doktor yang merawat Raffiez.

"Alhamdulillah. Baik, doktor. Terima kasih." Kata Datin Rozie. Setelah membuat bayaran, mereka keluar dari situ. Raffiez sudah boleh keluar dari hospital.

"Raff makan nasi ayam ni and then makan ubat." Kata Datin Rozie.

"Raff tak nak makan." Jawab Raffiez yang sedang bersandar di kepala katil.

"Raff nak jumpa Dyla. Dyla ada dekat sini kan?" Sambung Raffiez.

Datin Rozie menghela nafas.

"Dyla dah balik semalam. Sekarang dia ada dekat rumah mama dia." Kata Datin Rozie.

"Raff nak balik." Kata Raffiez bersungguh.

"Boleh tapi Raff kena makan dulu." Ujar Datin Rozie. Raffiez menggeleng.

"Kalau macam tu, Raff tak boleh pergi mana-mana." Gertak Datin Rozie.

"Okay, fine mummy! Raff makan sekarang." Raffiez akur lalu makan.

****

RAFFIEZ tiba di rumah mak mentuanya.

"Raff? Kamu dah sembuh?" Soal Datin Amina. Mereka bersalaman.

"Alhamdulillah, ma. Berkat doa semua orang." Balas Raffiez sambil mengoyakkan senyuman.

"Kamu datang sini cari Dyla ke?" Soal Datin Amina. Laju Raffiez mengangguk.

"Dyla ada tak?"

"Dyla tak ada. Dia keluar bawa Aydan." Jawab Datin Amina. Raffiez sedikit hampa.

"Dy ada dekat rumah korang. Kau pergilah sana." Kata Adam yang datang dari dapur.

"Baik, abang. Terima kasih. Mama, Raff pergi dulu. Assalamualaikum." Kata Raffiez lalu menyalami mereka berdua sebelum bertolak.

Hatinya sudah gembira. Tapi adakah Adyla telah menerimanya semula?

Loceng berbunyi nyaring menandakan ada orang datang ke rumahnya. Adyla meletakkan Aydan di katil lalu menuju ke luar rumah.

Sebaik saja dia turun dari tangga dan menuju ke pintu, dia terkejut. Dia seakan tidak percaya bahawa di depannya kini ialah suaminya. Raffiez datang mendekati setelah menutup pintu rumah.

"Sayang." Sebut Raffiez sambil memandang anak mata Adyla yang sudah berkaca.

Automatik badan Raffiez dipeluk erat oleh Adyla. Raffiez dapat merasakan pelukan Adyla yang kuat bagai tidak mahu dilepaskannya. Raffiez membalas pelukan itu. Lama mereka begitu.

Setelah pelukan dileraikan, Raffiez bersuara.

"Abang rindu sayang." Kata Raffiez sambil mengusap pipi Adyla. Makin deras air mata Adyla mengalir. Raffiez mengesat air mata itu dengan tangannya.

"Don't cry, sayang. I'm with you right now." Tuturnya lembut.

"Saya nak minta maaf dengan abang. Saya banyak buat silap dengan abang. Layan abang teruk sangat. Saya berdosa pada abang." Kata Adyla sambil menahan tangis.

"Kalau sayang boleh maafkan abang dulu, takkanlah abang tak boleh maafkan sayang kan? It's okay, sayang. Lupakanlah apa yang dah berlaku dekat kita selama ni. Anggap semuanya hanya mimpi."

Raffiez memeluk Adyla sekali lagi untuk menenangkan isterinya. Setelah itu, Raffiez bertanya.

"Aydan mana, sayang?"

"Aydan dalam bilik tengah tidur." Balas Adyla yang sudah berhenti menangis. Raffiez tersenyum. Kemudian Adyla menarik tangan Raffiez untuk duduk di atas sofa.

"Abang dah makan?" Kata Adyla.

"Abang dah makan sebelum datang sini. Still kenyang lagi." Jawab Raffiez.

"Okay. Abang dah betul-betul sihat ke ni?" Tanya Adyla sambil membetulkan rambut Raffiez.

"Alhamdulillah. Bila nampak sayang, hilang segala sakit abang."

Adyla tersenyum.

"Abang harap hubungan kita akan kekal bahagia sampai akhir hayat kita." Ujar Raffiez lalu mencium Adyla bertalu-talu melepaskan rindu.

"I love you, sayang."

****

"SAYANG! Aydan lapar ni." Laung Raffiez dari atas.

Adyla baru saja selesai memasak di dapur untuk makan malam mereka. Apabila terdengar panggilan Raffiez, terus dia menuju ke bilik mereka.

"Kesiannya dia. Sayang ibu lapar ye?" Adyla meletakkan Aydan di atas ribanya dan mahu menyusu Aydan. Raffiez pula sedang melihat mereka berdua sambil tersenyum.

Adyla berasa malu pula bila Raffiez melihatnya.

"Kenapa sayang?" Soal Raffiez apabila Adyla masih tidak memberi Aydan susunya.

"Saya malulah. Abang keluar la dulu." Kata Adyla.

"Lah kenapa nak malu pula? Abang kan suami Dyla."

Lambat-lambat Adyla memberi Aydan susu. Adyla cuba sorok malu dan terus menyusukan Aydan. Raffiez tersenyum.

"Sayang masak apa?" Soal Raffiez.

"Ayam paprik dan udang goreng." Jawab Adyla.

"Wah, sedapnya. Tak sabar nak makan."

"Abang pergilah makan dulu. Saya nak susukan Aydan."

"Tak nak. Abang nak makan dengan sayang." Kata Raffiez lalu memeluk bahu Adyla erat.

"Mengadanya suami saya ni."

"Mengada dengan sayang je." Raffiez tayang muka comel. Adyla tergelak.

Aydan menangis tiba-tiba. Adyla menepuk Aydan dengan lembut.

"Shuu... Sorry, baby. Ayah ni kacau ibu."

Raffiez sengih nakal.

Setelah memastikan Aydan tidur, mereka turun ke dapur untuk makan malam.

****

ERINA makin bertambah serabut apabila mendapat tahu ibu dan ayahnya setuju dengan pertunangannya. Dan akhirnya mereka telah bertunang.

"Aku tak suka dia kau faham tak!" Erina mengadu kepada Adyla.

"Tapi Abang Iman sayang kau. Takkanlah kau nak biarkan dia bertepuk sebelah tangan?" Adyla menjelaskan kata.

"Siapa suruh dia sayang aku? Aku ada pilihan aku sendiri la." Erina menutup mulutnya. Dia tahu dia terlepas cakap.

"So kau tak terima dia sebab kau dah ada orang lain?" Tanya Adyla. Erina mengeluh.

"No Dyla. Maksud aku, cinta tak boleh nak dipaksa. Itu hak aku untuk tentukan pasangan hidup aku. Hidup berumah tangga ni bukan sehari dua je tau! Hari-hari kau kena hadap muka suami kau! And aku tak nak lah hadap muka poyo sepupu kau tu!" Bebel Erina dalam geram.

Adyla menggeleng sambil ketawa.

"Ye aku faham. Kalau macam tu, kau discuss la elok-elok dengan Abang Iman."

"Aku dah cakap yang aku tak suka dia! Tapi kenapa sekali pun dia tak faham and tetap nak aku? Aku boleh mental tahu tak!" Marah Erina lagi. Adyla menggosok belakang Erina.

"Ok dah. Stop thinking about him. Now aku nak kita makan. Aku dah kebulur ni. Pasal dia kau tak payah nak serabutkan kepala. Aku sendiri yang akan cakap dengan dia nanti." Pujuk Adyla.

"Okay! Thank you beb! Jom makan!" Kata Erina yang sudah melebarkan senyuman. Mereka terus menjamu selera petang itu.

****

"ERIN? Awak free tak hari ni?" Soal Syailman.

"Tak. Saya ada banyak kerja. Sorry." Cepat saja Erina menjawab.

"Bila je awak free?"

"Setiap hari saya sibuk." Selamba Erina menjawab.

Syailman menggaru dahi.

"Habistu bila kita nak keluar beli cincin kahwin?" Soal Syailman.

"Siapa cakap kita nak kahwin?" Tanya Erina.

Syailman menghela nafas.

"Awak tak nak kahwin dengan saya ke?"

"Tak nak." Laju saja Erina balas. Dia sudah serabut!

"Kita kan dah bertunang and family kita pun dah setuju. Takkan kita nak cancel? Nanti diorang cakap apa pula." Kata Syailman.

"Awaklah yang memandai aturkan semua tanpa pengetahuan saya. Saya tak pernah setuju pun dengan semua ni. Kalau awak nak tahu, saya tak ada hati pun dekat awak! Tolonglah faham!" Bentak Erina lalu ingin beredar dari situ.

"Saya betul-betul cintakan awak, Erina. Takkanlah sedikit pun awak takda perasaan dekat saya?" Jujur Syailman.

"Sorry Iman. Saya berhak pilih siapa yang saya nak." Kata Erina lalu terus saja pergi meninggalkan Syailman. Syailman menunduk setelah menghela nafas berat.

Kemudian seorang perempuan datang menghampiri Syailman lalu menyapanya.

"Hello, dear!"

Syailman terkejut.

"Marsya! Bila you balik Malaysia?" Tanya Syailman. Selama ini Marsya berada di Sweden kerana menyambung pelajaran.

"Baru je semalam. Tadi I shopping barang sikit lepastu ternampak you dekat sini. By the way, siapa perempuan tadi?"

"Ouh. Dia tunang I."

"Oh gosh! You dah bertunang? Tak cakap pun?" Ucap Marsya.

"You kan busy." Balas Syailman. Marsya mencebik.

Marsya merupakan ex girlfriend Syailman. Mereka sudah lama berputus kerana mahu fokus kepada kerjaya masing-masing dan tidak mahu memikirkan hal rumah tangga. Tapi akhirnya Marsya datang balik.

"You macam mana sekarang? Dah kahwin ke?" Soal Syailman pula.

"Nope. I tunggu orang tu tapi nampaknya dia dah berpunya." Kata Marsya. Syailman seperti faham dengan kata-kata Marsya. Dia berdehem.

"Maybe kita takde jodoh. I harap you jumpa dengan orang yang lebih baik dari I. Oklah I balik dulu. Ada kerja sikit nak buat." Kata Syailman tidak mahu berlama-lama.

"Okay. Bye!"

Syailman pergi dari situ. Marsya sedikit kecewa apabila buah hatinya sudah dimiliki orang. Dia kemudiannya pulang.

Erina memerhati mereka berdua dari jauh. Mahu saja dia mendekati mereka untuk mendengar perbualan mereka namun dia tidak mahu membuat kecoh.

"Siapa perempuan tu? Takkanlah girlfriend dia? Tapi diorang nampak mesra.." Gumam Erina seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience