SELANG beberapa minit, mereka tiba di sebuah hospital.
"Ada tak pesakit bernama Dato' Zafri dan Datin Amina?" Tanya Adam kepada petugas di kaunter hospital lalu petugas itu memberitahu keberadaan mereka iaitu di Wad Kecemasan. Lantas Adam dan Adyla segera ke sana.
"Mak Long!" Panggil Adyla setelah melihat Mak Longnya di depan wad itu. Semua ahli saudara dan sepupu-sepapatnya ada di situ kecuali Aus kerana dia perlu menemani atok di kampung. Atok tinggal bersendirian setelah nenek meninggal dunia dua tahun lepas.
"Macam mana boleh jadi macam ni, Pak Long?" Tanya Adam.
"Polis bagitahu mereka terbabas semasa nak ke sini." Ujar Pak Long.
Adyla duduk sambil memeluk Mak Longnya. Mak Longnya menggosok perlahan belakang Adyla.
"Kita sekarang ni kena banyakkan berdoa dan berserah kepada tuhan dan berharap mereka akan okey." ujar Pak Long. Semua di situ mengangguk setuju.
****
SETELAH berjam-jam mereka menunggu, akhirnya doktor keluar dari wad itu. Mereka yang berada di situ bangun dan mendekati doktor itu.
"Macam mana, doktor?" Soal Adam.
"Alhamdulillah Datin dah sedar. Dia mengalami cedera di kepala tapi sudah dirawat dan dalam keadaan stabil." Beritahu Doktor Aman. Semua menghela nafas lega.
"Papa saya macam mana?" Soal Adyla pula.
Namun keluhan berat dilepaskan oleh doktor itu.
"Maaf. Dato' Zafri tak dapat kami selamatkan kerana kecederaan yang dialami beliau sangat teruk sehingga tulang beliau patah dan banyak pendarahan yang berlaku." Terang doktor.
"Ya Allah..." Terasa longgar lututnya tika ini. Seakan tidak percaya. Papa yang selama ini menjaga dan membesarkan mereka berdua sudah tiada buat selamanya. Papa yang sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada mereka sudah pergi. Sungguh perit rasa hati dengan pemergian papa mereka
Adyla terus terduduk di atas kerusi dan menangis sambil menutup mulut. Mimpi itu kembali berlegar dalam kepalanya. Jadi itu ialah petunjuk untuk semua ini.
"Tak! Tak Mungkin! Papa saya masih hidup! Please doktor! Bagitahu yang papa saya masih lagi hidup! Please!" Jerit Adam kepada doktor sambil memegang bahu doktor. Adyla dipeluk erat oleh Mak long.
"Dam! Jangan macam ni. Boleh tak kau terima hakikat yang papa kau dah takde! Asal kau jadi macam ni? Mana sifat lelaki yang ada pada diri kau ha? Sabar, Dam. Allah lebih sayangkan papa kau sebab tu dia ambil papa kau. Aku tahu kau kuat, Dam. Please jangan tunjuk sisi lemah kau dekat sini. Lagi-lagi depan mama kau nanti." Ujar Syailman yang cuba menenangkan Adam.
"Kau tak faham aku, Man!" Marah Adam.
"Aku faham kau, Dam. Jangan risau. Kitorang akan selalu ada dengan kau untuk support kau. Kau ingat tu." Balas Syazran. Farhan, Syailman dan Anas mengangguk laju. Sepupu-sepupunya menggosok bahu Adam.
Adam mendengus kasar lalu dia duduk. Mereka semua turut bersimpati atas kematian papa Adyla dan Adam.
'Macam mana aku nak bagitahu mama nanti...' desis hati Adam. Adam mengesat air matanya dengan laju. Adyla menghampiri Adam lalu memeluknya erat.
"Boleh kami jumpa dengan mereka?" Tanya Pak Long.
"Boleh. Silakan. Saya pergi dulu," ujar doktor.
"Terima kasih, doktor." Ucap Pak Long.
"Jom lah kita semua masuk dalam." Ajak Pak Lang pula.
****
SETELAH selesai membaca Yasin, mereka yang lain berangkat pulang ke rumah masing-masing. Namun Adyla hanya duduk di situ. Batu nisan yang tercatat nama papanya dipandang lama.
Adam pula tidak henti berdoa. Dia tidak mahu sedih. Dia perlu menyimpan perasaan sedihnya. Dia perlu kuat. Kuat untuk mama dan Adyla. Dia perlu jaga mereka berdua dan teruskan hidup seperti biasa.
"Dah la tu Dy. Kalau Dy asyik macam ni, nanti papa dekat sana pun sedih tengok Dy tau," pujuk Adam.
"Betul tu. Sekarang ni kita kena tabah dan sabar. Terima ketentuan Ilahi. Ajal maut kan semua Allah dah tetapkan. Kita tak boleh menentang. Ini semua takdir. Kita yang masih hidup ni perlu teruskan hidup dengan sentiasa mengingati-Nya dan banyakkan amalan." Nasihat Pak Long yang masih setia berdiri di samping mereka.
"Adam, kamu bawa Dyla balik. Tenangkan dia." Kata Mak Long.
"Okey Mak Long. Dy, jom balik." Arah Adam.
"Dy tak nak balik! Dy nak duduk dengan papa kat sini." Kata Adyla dalam marah dan meninggikan suaranya. Adam melepaskan keluhannya.
"Tak boleh la macam ni, Dy. Dy tak kesiankan papa ke?" Soal Adam.
Adyla memandang kubur papanya lama dan mengesat air mata lalu dia bangun. Mereka menuju ke kereta untuk pulang.
"Dy pergi mandi lepastu solat. Lepasni turun makan. Abang tak nak Dy pulak yang sakit. Esok kita pergi hospital tengok mama." Pesan Adam.
Adyla angguk dan terus menaiki tangga menuju ke bilik.
****
ADYLA menunaikan solat sunat Hajat di dalam biliknya. Setelah selesai, dia berdoa.
"Ya Allah, tabahkanlah hati aku. Ampunkanlah dosa-dosa mama dan papa dan juga ampunkanlah dosa abangku dan dosa aku. Tempatkanlah papa dalam golongan orang-orang yang beriman. Sembuhkanlah mamaku. Kau berikanlah kekuatan kepadaku. Kau permudahkanlah urusanku dan keluargaku. Amin Ya Rabbal Alamin..." Adyla menitip doa. Dia sangat rindu akan papanya. Dia sedar yang dia sepatutnya menerima takdir yang menimpa papanya. Tidak elok jika terus menyalahkan takdir.
Adam yang terdengar di sebalik pintu, turut berasa sebak. Tiba-tiba dia teringatkan pesanan arwah papanya.
- FLASHBACK -
"Adam, papa nak cakap something dengan kamu. Penting sangat." Ujar Dato' Zafri.
"Apa, pa?" Soal Adam lalu duduk di atas sofa dan berhadapan dengan papanya.
"Kalau lah suatu hari nanti papa dah tak ada... Maksud papa, dah meninggal dunia..." Belum sempat papanya berkata Adam memotong.
"Asal cakap camni pa? Nanti kalau mama dan Dy dengar mesti mereka sedih. Papa tak boleh la cakap macam ni." Kata Adam.
"Papa cakap kalau. Tapi ajal maut kan dekat tangan Tuhan. Siapa kita nak halang? Bila papa dah tak ada nanti, Adam kena kuat. Jangan sedih. Papa tahu anak-anak papa kuat. Then Adam kena janji yang Adam kena jaga mama dan Dyla. Lepastu kalau Dyla dah kahwin, barulah Adam boleh serahkan semua tanggungjawab Adam dekat suami Dyla. The most important is Adam kena ambil alih syarikat papa tu. Sebab Adam je anak harapan papa. Ingat ye. Papa percaya anak papa boleh handle syarikat tu. Dan papa nak kamu jaga diri baik-baik. Minggu depan papa dan mama kena pergi Pahang. Ada projek besar nak kena handle. Kamu tengok-tengokkan Dyla ye?" Pesan papanya.
Adam melepaskan keluhannya dengan berat.
"Hmm...Baik papa."
- END FLASHBACK -
"Abang." Adyla memanggil Adam setelah melihat Adam berada di depan pintu.
"Ya? Kenapa Dy?" Tanya Adam terpinga-pinga.
"Abang tu dah kenapa tercegat dekat situ? Masuklah." pelawa Adyla yang sudah sedikit tenang.
Adam tersengih-sengih.
"Ada apa?" Tanya Adyla.
"Jom turun makan." Ajak Adam. Adyla mengangguk.
"Abang, mama macam mana? Bila boleh balik?" Soal Adyla.
"Mungkin lusa. Hm, abang harap sangat mama boleh terima dengan redha dan ikhlas."
Adyla mengoyakkan senyum. Betul apa yang dikatakan oleh Adam. Harap-harap mama mereka boleh terima.
****
"MINA, bangun lah. Abang datang ni." Ujar Zafri dengan mengusap lembut rambut Amina. Suaminya berpakaian serba putih dan wajahnya putih bersih sambil tersenyum memandang isterinya.
"Abang... Mina dekat mana ni?" Kata Amina sambil matanya terkelip-kelip melihat suaminya.
"Jangan risau. Mina okey. Anak-anak kita kan ada. Diorang boleh jaga Mina dengan baik. Abang minta maaf sebab abang dah tak boleh hidup dengan Mina. Mina jaga diri baik-baik ye." Pesannya. Amina seakan tidak faham tetapi entah kenapa dia berasa sebak.
"Abang, apa abang cakap ni? Abang nak tinggalkan Mina ke? Abang nak pergi mana? Mina nak ikut. Please jangan tinggalkan Mina dengan anak-anak. Abang tak sayang kitorang ke?" Menitis air mata wanita ini.
"Abang sayang Mina dan anak-anak. Abang tak pergi mana-mana pun. Abang selalu ada dalam hati korang semua. Tapi Allah dah pilih abang. Sayang, abang pergi dulu." Terus hilang kelibat Zafri.
"Abang! Jangan pergi!" Tempik Amina.
****
ADYLA terjaga dari lelap. Dia melihat wajah mamanya yang tiba-tiba mengalirkan air mata. Dikesatnya lembut.
"Mama.." Panggilnya perlahan. Mamanya perlahan-lahan membuka mata. Adyla segera menggerakkan abangnya yang sedang tidur. Adam terus keluar untuk memanggil doktor.
Doktor memeriksa keadaan mama mereka. Mereka mengucapkan syukur berkali-kali kerana mama mereka sudah sedar sepenuhnya. Sebelum doktor itu beredar, beliau menasihati agar pesakit rehat dengan cukup dan tidak boleh biarkan pesakit terganggu.
"Alhamdulillah, mama dah sedar. Mama okey?" Soal Adyla.
"Dyla, Adam, ma..na.. Papa?" Tersekat-sekat mamanya bertanya namun cukup didengari mereka berdua.
"Papa ada dengan kita. Mama jangan risau. Mama tak boleh cakap banyak. Mama kena rest cukup-cukup." Kata Adyla. Sebak pula di dada Adyla mengenangkan nasib mereka sekeluarga.
"Ma..ma.. naak. Papa." Sambung mamanya lagi. Kali ini mama mereka mahu bangun namun ditahan oleh Adam.
"Papa tengah berehat. Biarkan papa dulu, ma. Please. Mama tak boleh banyak gerak. Mama kena jaga kesihatan mama. Mama rest, okey?" Kata Adam pula.
"Tak nak!" Tengking mama mereka. Terkejut Adyla dan Adam.
"Mama please, ma. Dengar cakap Adam. Mama tak boleh macam ni. Doktor dah pesan supaya mama rest. Abang tak nak mama stress. Bahaya untuk kesihatan mama." Rayu Adam. Mama mereka berkeras untuk bangun.
"Papa mana? Mama nak papa!" Kali ini lantang Datin Amina bersuara. Nada suaranya pula mula meninggi.
"Mama, don't be like this. Papa okey. Papa pun tengah rest. Kalau papa tahu mama macam ni, mesti papa sedih. Mama rest, okay?" Adyla pula memujuk sambil memeluk erat mamanya.
"Mama tidur dulu, eh? Nanti mama kena makan ubat. Dyla nak mama sihat cepat. Nanti kita boleh balik rumah kita." Pujuk Adyla.
Pujukan demi pujukan, akhirnya mamanya mengalah dan tidur dengan tenang.
"Lusa mama dah boleh balik." Kata Adam.
"Yeke? Alhamdulillah."
****
"MAMA, makanlah sikit." Pujuk Adyla kerana Datin Amina enggan makan.
"Dyla, betul ke papa dah takde?" Tanya Datin Amina. Keluhan dilepaskan dengan berat oleh Adyla.
"Ye, ma. Arwah papa dah tinggalkan kita. Tapi papa tetap ada dalam hati kita. Mama jangan risau. Allah lebih sayangkan papa. Mama kena kuat tau. Mama ada kitorang yang akan selalu jaga mama dan sayang mama." Kata Adyla dengan yakin.
Sebak rasa dada Datin Amina mendengarkan perkataan 'arwah'. Sungguh dia tak sangka.
"Dy, kenapa ni?" Soal Adam yang baru sahaja pulang dari pejabat dan masuk ke dalam bilik mamanya.
"Mama tak nak makan. Asyik tanya pasal papa je." Adu Adyla.
"Mama, jangan macam ni. Makan la sikit. Nanti mama sakit macam mana? Abang tak nak tengok mama sakit lagi. Kami sayang mama. Makan, ye?" Rayu Adam.
"Tak nak la. Mama tak ada selera. Boleh tak kamu berdua keluar? Mama nak bersendirian." Sayu melihat mama mereka bersikap seperti itu. Ya la, siapa je tak terkilan kan?
Adyla dan Adam akur dan keluar dari bilik tidur mamanya.
"Mungkin mama perlukan masa nak tenangkan fikiran. Tak lama lagi, mesti mama akan okey." Adam berkata setelah keluar dari bilik. Adyla mengangguk setuju.
Share this novel