"DYLA, masuklah. Beg-beg tu semua biar Raff yang angkat. Jom ikut mummy." Ajak mummynya setelah Adyla turun dari kereta.
"Hi, Raff!" Sapa perempuan di muka pintu rumah. Adyla mengerutkan dahi. Macam mana dia ni ada dekat rumah mentua Adyla?
"Fasya! You baru sampai ke?" Soal Raffiez.
"Haah. Baru je. I datang ni pun sebab nak tengok you. Eh bukan. Nak tengok aunty." Sempat dia cover.
Raffiez memandang Adyla yang tampak cemburu.
"Dah, jom masuk." Ajak Datin Rozie.
Tanpa berlengah, mummy menarik lengan Adyla lalu masuk ke dalam rumah. Raffiez dan Fasya masih di situ.
"Raff, jom lah masuk dengan I." Ajak Fasya. Raffiez masuk sambil menarik bagasi miliknya dan Adyla.
"Dyla, mummy harap kamu tak ambil hati dengan Fasya tu. Anak saudara mummy memang macam tu. Diorang pun rapat sejak kecil lagi." Mummynya cuba untuk menyedapkan hati Adyla. Dia tahu Adyla cemburu.
"It's okay mummy. Dyla faham. Daddy dan Razz mana? Sunyi je rumah." Adyla memandang sekeliling rumah. Memang tidak nampak kelibat mereka berdua.
"Daddy kamu keluar tadi. Ada hal penting katanya. Razz pulak ada je dalam bilik tu. Tengah main game agaknya." Terang mummynya dan Adyla mengangguk faham.
"Mari, Dyla. Mummy tunjukkan bilik tidur kamu." Lalu mereka berdua berjalan beriringan sambil menaiki anak tangga.
"Ha, ni bilik Raffiez dengan kamu. Mummy harap kamu dapat selesakan diri kamu di sini. Kalau ada pape yang kamu nak, bagitau je mummy. Jangan malu ye?" Mummynya memang seorang yang baik hati dan prihatin. Tak ubah seperti perangai Raffiez 5 tahun dahulu.
- FLASHBACK -
Haikal yang baru sampai kemudian memakir keretanya di depan rumah Raffiez, terus sahaja masuk ke dalam rumah dan mendapatkan Raffiez.
"Apa? Dyla jatuh? Asal aku baru tahu? Dia kat mana sekarang? Macam mana dia boleh jatuh?" Bertubi-tubi soalan yang Raffiez ajukan kepada Haikal. Bagai mahu gugur jantungnya mendengarkan khabar buruk mengenai kekasih hatinya.
"Kak Dihah cakap Dyla kena langgar dengan motor. Sabar Raff. Dia tengah dirawat dekat hospital sekarang." Haikal cuba menenangkan kawannya itu. Dia tahu Raffiez pasti risau bagai nak rak apabila ada hal yang berkait dengan buah hatinya.
Tanpa berlengah, Raffiez bergegas ke hospital. Dia berlari masuk ke dalam perut kereta.
"Raff!" Tempik Haikal.
"Aku kena pergi sekarang, Kal. Kalau mummy tanya, Pandai-pandai la kau jawab." Raffiez melaung kepada Haikal. Haikal hanya akur. Dia tahu kawannya itu terlalu sayangkan gadis itu.
Raffiez tidak mahu melengahkan masa. Dia perlu segera ke sana. Dia risau akan Adyla.
"Raffiez nak ke mana tu? Laju aje. Ada masalah apa, Kal ?" Soal mummy Raffiez. Dia hairan melihat anak lelakinya yang bagai hilang anak.
"Eh, Aunty Roz. Err. Err..." Haikal mati akal. Tidak tahu untuk menjawab apa.
"Kenapa dengan kamu ni? Ada pape ke?" Aunty Rozie mula gelisah.
"Er.. Sebenarnya Raff pergi hospital. Tu yang kelam-kabut." Takut-takut Haikal menjawab.
"Hospital? Siapa yang sakit?" Soal Aunty Rozie.
"Kawan dia."
"Kawan dia ramai. Nama apa kawan dia tu? Mana tau kot-kot aunty kenal ke."
"Err.. Imran. Kal rasa aunty tak kenal kot." Tipu Haikal.
Memang Raffiez tidak memberitahu mummynya bahawa dia sedang bercinta dengan Adyla. Takut dimarahi.
"Hm.. Memang aunty tak pernah dengar nama tu." Aunty Rozie cuba berfikir, namun tidak dapat meneka. Dia menyangka bahawa Imran merupakan kawan baru anaknya.
Sesampainya dia di sana, Raffiez segera menanyakan petugas yang berada di kaunter.
"Cik, ada tak pesakit bernama Adyla Raihana?" tercungap-cungap dia bertanya.
"Awak ni siapa?" Soal nurse itu.
"Err. Saya kawan dia." Jawabnya. Biarpun mereka pasangan kekasih.
"Kejap ye. Saya periksa. Oh, Adyla Raihana bt Zafri ke?"
"Ye, betul. Dia ada dekat mana, ye?"
"Wad 203."
"Ouh. Ok thanks." Raffiez segera ke sana.
Dia menguak pintu. Kelihatan Adyla sedang terbaring di katil pesakit. Dia lantas duduk di kerusi sebelah Adyla. Dia memandang ke arah gadis kesayangannya. Kaki kiri Adyla berbalut. Sedih melihat nasib buah hatinya.
"Dyla, saya datang ni." Sapa Raff dengan lembut. Adyla seakan terdengar ada orang memanggilnya. Dan suara itu amat dikenalinya. Lalu Adyla membuka mata dan melihat gerangan yang memanggilnya.
"Raff."
Raffiez terus tersenyum kepadanya. "Ye, saya."
Lalu Adyla cuba untuk bangun namun dihalang oleh Raffiez.
"Jangan bangun. Kaki awak kan sakit ni. Awak kena banyakkan rehat. Dah, awak rehat dulu. Saya temankan awak." Prihatin Raffiez.
Lalu Adyla menutup matanya semula dan berehat.
Keesokannya, Raffiez datang ke klinik lagi untuk mengambil Adyla.
"Assalamualaikum, awak. Macam mana dengan kaki awak?" Soal Raffiez.
Adyla mengukir senyuman manis kepada lelaki itu sambil bersandar di kepala katil.
"Waalaikumussalam. Alhamdulillah, saya dah rasa okey sikit daripada semalam." Raffiez senyum melihat kekasihnya.
"Good. Awak lapar ke? Saya ada bawakan makanan favourite awak." Raffiez kemudiannya mengeluarkan sebungkus kueh tiaw. Adyla senyum menampakkan giginya.
"Terima kasih awak. Susah-susah je."
"Mana ada susah. Demi awak, saya sanggup buat apa je." Ujar Raffiez membuatkan hati Adyla berbunga-bunga.
"Nah, makanlah. Nanti sejuk tak sedap pulak." Namun Adyla termenung seketika setelah menyambut huluran Raffiez.
"Kenapa tak makan? Tak sedap ke?" Soal Raffiez sedikit hairan. Adyla tersedar dari lamunan.
"Hah? Eh takdelah. Tak makan pun lagi, mana tau sedap ke tak." Lalu Adyla memakan makanan itu dengan perlahan.
Tiba-tiba Raffiez mengambil sudu yang dipegang oleh Adyla.
"Meh sini. Saya suapkan awak." Dengan gentlenya dia menyuap gadis itu. Adyla tersenyum dan mengunyah perlahan-lahan setelah suapan Raffiez masuk ke dalam mulutnya. Malu dibuatnya !
"Macam mana? Sedap kan?" Raffiez menjongket kening. Adyla tergelak dan mengangguk malu. Raffiez memberi suapan kedua tetapi dihalang oleh Adyla.
"Kenapa?" Soal Raffiez.
"Dah la. Saya boleh makan sendiri. Saya malu la awak." Ujar Adyla. Raffiez senyum.
"Kejap." Ucap Raffiez. Tanpa berlengah, dia keluar dari bilik Adyla. Dia kemudiannya kembali dengan membawa sebotol air mineral. Lalu beri kepada Adyla setelah membuka penutup botol.
"Thanks." Adyla tersenyum lalu meneguk air itu.
Seusai makan, mereka berbual.
"Dyla, saya mintak maaf. Sebab saya, awak sakit. Saya sepatutnya jaga awak. Bukan abaikan awak. I'm so sorry. Saya risau la kalau ada pape jadi dekat awak. Saya tak sanggup hilang awak." Luah Raffiez akan kekesalannya. Dia tahu dia salah dalam hal ini. Jadi, dengan mendapatkan maaf daripada Adyla, membuatkan hatinya tenang. Selama ini dia hanya gelisah kerana memikirkan Adyla.
"Awak tak salah la. Saya yang cuai. So, don't worry, okay? Saya yang tak behave semasa nak lintas jalan, tu sebab saya kena langgar."
Raffiez memandangnya sayu.
-END FLASHBACK-
"Dyla? Kamu dengar tak apa mummy cakap tadi?" Lamunannya terhenti apabila terdengar mentuanya memanggil.
"Hah? Er.. Dengar mummy. Dyla okey je tinggal sini. Lagi-lagi dengan mummy. No worries okey?" Adyla senyum kepada mentuanya itu.
"Alhamdulillah. Lega mummy." Mentuanya itu mengurut dada tanda lega.
Raffiez datang dengan membawa beg Adyla.
"Dyla, rehatlah dulu. Mesti penat kan. Seharian jadi pengantin." ujar mentuanya. Adyla mengangguk.
"Mummy nak solat jap."
"Okey mummy." Jawabnya.
Raffiez menghampiri isterinya yang berada di dalam bilik. Dia segera menutup pintu.
"Kau jangan ingat aku akan layan kau macam princess pulak dalam rumah ni. Kau tak layak." Marah Raffiez dalam nada terkawal.
"Saya tak minta pun awak layan saya macam tu." Adyla sekali lagi beranikan dirinya.
"Tipu. Tadi pun aku yang angkat beg kau. Kau pulak sesedap hati je masuk dengan tangan kosong." Perli Raffiez.
"Mana ada. Mummy yang nak saya masuk dengan dia. Lagipun, awak suami saya." Jawab Adyla.
"Dalam mimpi kau! Kau ingat aku nak ke jadi suami kau?" Kata Raffiez.
'Aku akan terus sakitkan hati kau.' desis hatinya.
"Saya minta maaf, saya tahu saya salah." Adyla sedar dia melampau plus dia tidak mahu digelar sebagai isteri derhaka.
"Kau kena dengar cakap aku. Ikut je apa yang aku suruh. Jangan membantah. Faham?"
'Tabahlah wahai hati' desis hati Adyla.
Adyla hanya mengangguk. Tidak mampu untuk membantah.
Share this novel