TC | BAB 18

Romance Completed 17878

"AIK? Lamanya dia kat atas tu. Takkan la aku nak kemas rumah ni sorang-sorang pulak?" Bebel Raffiez di ruang tamu rumah. Lalu tanpa berlengah, dia menyapu lantai dan membersihkan ruang rumahnya sendiri. Dia mengelap TV dan meja hingga bersih. Kemudian menyusun sofa dan meja. Lantas dia mengambil frame kahwinnya bersama Adyla.

"Nak sangkut ke tak? Hmm... sangkut jelah. Tapi nak sangkut kat mana?" Soalnya sendiri. Lalu dia menyangkut frame itu di dinding yang berhampiran dengan TV.

Dia mengeluh.

"Aish, aku jugak yang kemas semua ni." Lalu Raffiez masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan badan.

Adyla tersedar dari tidur lalu bangun menuju ke bilik air untuk membasuh muka. Kemudian dia turun ke bawah.

"Wah, bersihnya rumah. Tersusun pulak tu." Lalu Adyla menuju ke sofa untuk menonton TV. Terlihat frame kahwinnya di dinding. Kemudian dia bangkit dan melihat frame itu.

"Cantiknya." Pujinya.

"Asal kau lama sangat kemas bilik?" Tanya Raffiez sebaik saja keluar dari bilik air.

"Sorry awak. Saya tertidur tadi."

"Kau kata nak jumpa Erin kan? Aku hantarkan. Pergi siap cepat." Arah Raffiez. Segera Adyla naik atas.

"Kau nak aku ambil pukul berapa?" Tanya Raffiez setelah sampai di depan rumah Erina.

"Nanti saya call awak lah." Raffiez angguk faham.

"Hmm. Ok"

"Sampai dah korang. Kau tak nak singgah minum dulu ke Raff?" Tegur Erina sebaik sahaja nampak Adyla dan Raffiez.

"Takpelah. Aku ada kerja sikit ni." Raffiez terus saja memandu setelah mereka berdua mengangguk.

****

LAMA Raffiez menunggu Adyla yang masih tidak keluar dari rumah Erina.

"Dah setengah jam aku tunggu. Lama betul borak. Aku tak boleh lah lama-lama. Bosan!" Raffiez menelefon Adyla.

Adyla angkat.

"Ya awak? Kenapa?" Soal Adyla.

"Kau tanya aku kenapa? Kau tak reti tengok jam ke hah? Dah pukul berapa dah ni. Setengah jam aku tunggu kau dalam kereta ni. Perut aku dah lapar ni. Baik kau keluar sekarang sebelum aku heret kau." Marah Raffiez.

"Okey awak. Saya keluar. Sorry." Adyla segera menyalami Erina dan Ibunya kemudian keluar dari situ. Terus dia masuk ke dalam perut kereta.

Rasa berdebar bila nampak muka bengis Raffiez.

"Sorry awak."

"Banyaklah kau punya sorry."

Adyla pandang ke tepi tingkap. Nafas dihela perlahan.

****

"DYLA! Turun sekarang! Dyla! Kau pekak ke ha?" Laung Raffiez dari ruang tamu.

ADYLA sudah jauh termenung di depan cermin sambil menyisir rambut. Raffiez menuju ke bilik Adyla dengan muka tegang.

TOK! TOK! TOK!

Adyla tersedar dari lamunan lalu dia membuka pintu.

"Ye? Ada apa awak?" Tanya Adyla.

"Kau pekak ke? Aku panggil kau dari tadi lagi. Kau buat apa?"

"Sorry awak. Saya tak dengar. Awak nak apa?"

"Aku nak kau masak. Ada orang nak datang." Setelah diberitahu, Raffiez segera turun ke bawah.

"Haih, boleh pulak aku termenung."

Adyla segera ke dapur untuk memasak. Nasib baiklah sebelum kahwin mamanya ada mengajarnya memasak. Kalau tak, lagi naik angin suaminya itu. Adyla menyediakan bahan-bahan di atas meja. Kuali di basuh dan dipanaskan.

Ayam pedas, Ikan bawal berlada dan sayur campur. Itulah menu untuk tetamu yang datang hari ini. Siapalah agaknya. Mungkin kawannya.

"Kau tak bersiap lagi? Tetamu dah datang dah. Cepat siap." Arah Raffiez setelah menuju ke dapur.

"Okey awak."

"Mana isteri you?" Soal Fasya.

"Tengah bersiap dekat atas tu. Kejap lagi turun la tu. Duduklah dulu, Aunty, Fasya. Lepasni kita makan dekat dapur tu. Isteri I dah masak." Ujar Raffiez. Adyla memerhati dari atas.

"Aku ingatkan kawan dia. Sepupu dan mak sedara rupanya. Bukan main lembut lagi dia bercakap dengan Fasya." Adyla turun ke bawah untuk menyapa Fasya dan Aunty Felly.

"Assalamualaikum aunty." Adyla menyalami Aunty Felly. Namun sipi-sipi saja Aunty Felly menyambut tangan Adyla. Adyla terkesima.

"Ni ke isteri kamu, Raff? Tak ada lah cantik sangat. Lawa lagi si Fasya ni. Tapi kahwin juga yang macam ni." Kutuk Aunty Felly. Fasya sudah senyum jahat. Adyla hanya menahan sabar.

Raffiez ketawa kecil.

"Dah jodoh, aunty. Nak buat macam mana kan?" Balasnya.

"Tapi lelaki kan boleh kahwin empat." Sambung Aunty Felly.

Adyla terkedu di sebelah Raffiez. 'Oi! Kalau ikutkan hati, aku nak je lari dari rumah ni' desis hati Adyla.

"You tak nak kahwin dengan I ke Raff? I sudi je kalau you masuk minang I." Sampuk Fasya.

"I bukan apa. Malas dah nak tambah. Yang sorang ni pun jenuh nak layan. Banyak ragam." Ujar Raffiez.

"Itulah kamu. Fasya ni bukan banyak ragam sangat. Untung tau kalau kahwin dengan anak aunty. Dah lah cantik, baik. Sesuailah dengan kamu." Puji Aunty Felly.

Dalam hati Adyla sudah naik menyampah. Boleh pulak diorang duk bercakap pasal Adyla depan-depan? Ingat Adyla ni tunggul yang takde perasaan ke?

Fasya meminta izin untuk ke tandas. Lalu dia menghala ke dapur kerana tandas hanya berdekatan dengan dapur.

"Aunty, jom makan. Dyla dah masak." Ajak Adyla.

"Hm elok jugak. Aunty dah lapar ni."

Aunty Felly terlebih dahulu merasa masakan Adyla. Setelah dia makan sesuap nasi, dia memuntahkan balik makanannya ke dalam pinggan. Semua terkejut.

"Apa ni? Masinnya! Boleh darah tinggi aku macam ni!" Marah Aunty Felly. Terbatuk-batuk Aunty Felly tika ini.

'Masin? Aku try tadi elok je.' desis Adyla dalam hati.

"Aunty, sorry. Nah, air." Adyla menghulurkan segelas air oren. Namun Aunty Felly mengambil gelas milik Fasya. Gelas yang ada di tangan Adyla diambil oleh Fasya. Fasya mencurahkan air oren ke baju Adyla. Habis basah lencun bajunya.

"Kau nak bunuh mom aku ke ha?!" Tengking Fasya.

"Kau dah kenapa Dyla!" Marah Raffiez pula.

"Sorry." Adyla terus berlari masuk ke dalam biliknya. Fasya senyum jahat.

"Dyla!" Panggil Raffiez. Namun Adyla mengendahkannya dan menguncikan pintu bilik.

Air mata deras mengalir di pipi. Sumpah dia tak percaya. Suaminya tidak mempertahankannya malah memarahinya. Adyla menangis sambil memeluk lutut.

"Fasya, jomlah balik. Kepala mom dah pening ni." Kata Aunty Felly.

"Okey mom. Raff, kitorang balik dulu. Kirim salam dekat wife you yang tak reti masak tu." Perli Fasya.

Raffiez rasa bersalah.

"Dyla! Bukak pintu ni! Buka cepat sebelum aku pecahkan pintu ni!" Gertak Raffiez dalam geram.

Adyla tarik nafas dalam-dalam sebelum membuka pintu. Air mata dikesat laju-laju. Lalu dia membuka pintu. Muka Raffiez sudah merah menahan geram.

"Macam mana kau boleh masak lauk sampai masin macam tu? Kau reti masak ke tak hah? Kau nak bagi penyakit dekat aunty ke? Kau saja je kan? Tak serik ke kau dah serabutkan hidup aku selama ni and then kau tambah lagi serabut tu dekat diorang pula? Kau ni manusia jenis apa? Sekejam-kejam aku pun tak adalah sampai macam tu!" Bidas Raffiez panjang lebar.

Adyla tunduk. Tidak berani bertentang mata dengan Raffiez.

"Asal kau diam? Jawablah!"

"Kenapa awak nak marah dan salahkan saya pula?"

"Habistu kau nak salahkan siapa? Fasya? Dia tetamu kita kot. Kau jangan nak tuduh yang bukan-bukan eh. Kalau tak mendapat kau nanti!"

"Saya..." Belum sempat Adyla ingin bercakap, Raffiez terus meninggalkan Adyla terkulat-kulat di situ.

****

KEESOKANNYA...

"Awak?" Panggil Adyla sambil mengetuk pintu bilik Raffiez.

Raffiez membuka pintu.

"Kau nak apa?"

"Jom turun makan. Saya dah masak."

"Tak nak. Tak pasal-pasal aku pula yang sakit nanti. Kalau dah tak pandai masak, sampai bila-bila pun takkan sedap!"

"Ya Allah. Kenapa awak fikir macam tu? Saya tahu lah apa yang saya masak. Sampai hati awak cakap macam tu. Awak ingat saya ni jahat sangat ke Raff?" Balas Adyla.

"Suka hati aku lah. Kau siapa nak marah aku?"

"Saya isteri awak Raff! Isteri yang sah!"

"Kau ingat aku kesah? Never! Kalau kau nak makan, makan sorang-sorang. Aku lebih rela ikat perut lah daripada bahayakan diri aku dengan makanan kau tu." Raffiez menutup pintu dengan kuat. Adyla menyeka air matanya yang baru jatuh.

Begitu sakit hatinya apabila suami sendiri berbicara seperti itu dengan dirinya. Dengan kesabaran yang ada, dia terima hinaan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience