TC | BAB 29

Romance Completed 17878

RAFFIEZ tiba di rumah mentuanya bersama Fikri. Raffiez memandang rumah itu lama. Fikri menepuk bahu rakannya.

Raffiez menarik nafas dalam-dalam sebelum mereka masuk ke dalam rumah. Kelihatan Adam dan Madihah ada bersama.

"Mana Dy?" Soal Adam sebaik saja Raffiez masuk.

Raffiez berdebar. Nampaknya Adyla tiada di sini.

"Abang tanya ni, Dy mana?" Soal Adam sekali lagi.

"Maaf abang, Raff tak tahu dia ke mana. Dyla dah lari tinggalkan Raff." Jawab Raffiez tersekat-sekat.

"Apa kau cakap? Dia lari tinggalkan kau? Apa yang kau dah buat dekat dia?!" Adam sudah meninggikan suara dan mahu menumbuk Raffiez namun sempat dihalang oleh Fikri. Madihah yang nampak reaksi suaminya terus mendekati.

"Abang jangan macam ni. Istighfar. Cuba cakap dengan baik." Soal Madihah sambil mengusap dada Adam.

"Dyla ke mana, Raff?" Soal Madihah pula.

"Raff tak tahu. Minta maaf, semua ni salah Raff.." Jujur Raffiez.

"Kalau mama dapat tahu, habislah kau!" Ujar Adam. Raffiez menunduk.

Datin Amina berada di rumah kawannya tika ini.

****

IPHONE milik Adyla berbunyi di atas meja ruang tamu. Aus yang berada di situ terus memanggil Adyla.

"Dyla! Ada orang call!" Laung Aus. Adyla tidak menyahut.

Aus terus menekan skrin tanpa melihat nama pemanggil.

Salam diberinya.

"Aus, Dyla mana?" Soal Datin Amina setelah menjawab salam.

"Err.. dalam bilik rasanya." Gugup Aus.

"Yeke? Nanti suruh dia call Mak Ngah balik."

"Okay." Panggilan ditamatkan.

'Macam mana Mak Ngah tahu ni aku?' Tanya hati Aus.

Adyla keluar dari bilik setelah bersiap.

"Mak Ngah call tadi. Dia nak cakap dengan Dyla."

Adyla senyap.

"Kenapa?" Soal Aus.

"Dyla takut mama marah." Kata Adyla.

"Janganlah macam tu. Abang tahu Mak Ngah takkan marah. Dyla cakap je perkara sebenar. InsyaAllah Mak Ngah akan faham. Percayalah cakap abang." Pujuk Aus.

Adyla menghela nafas lalu menelefon mamanya. Dia menuju ke luar rumah.

"Dyla? Kamu okay ke? Lama betul kamu tak call mama." Soal Datin Amina.

"Dyla okay, ma. Cuma..." Bunyi esakan kecil daripada Adyla merisaukan hati mamanya.

"Kamu nangis ke? Cakap dengan mama kenapa."

"Takde apalah mama. Dyla cuma rindukan mama." Adyla sorok masalahnya.

"Jangan nak sorok apa-apa daripada mama." Tegas mamanya.

Adyla sudah mula cuak.

"Mana ada Dyla sorok apa-apa."

"Dyla bergaduh dengan Raff kan? Sebab tu Dyla lari balik kampung." Soal Datin Amina tiba-tiba. Adyla terkedu. Setitis air mata jatuh.

"Atok call mama. Katanya Dyla balik kampung sorang diri. Dyla tahu tak mama risau? Kalau jadi apa-apa dekat cucu mama macam mana? Kenapa sampai tinggalkan Raffiez macam tu?" Bebel Datin Amina.

"Dyla tak mampu nak hadap semua ni, mama. Dyla tak boleh nak hidup dengan orang yang tak sayang Dyla." Adyla menyatakan apa yang terbuku.

"Jangan cakap macam tu. Tak baik buruk sangka dengan suami sendiri. Seburuk mana pun dia, Raff tetap suami kamu yang sah."

Benar kata mamanya. Tapi dia tidak mahu berjumpa lagi dengan Raffiez buat masa ni. Dia perlukan ketenangan kerana hatinya masih membengkak.

"Abang Adam dengan akak macam mana?" Adyla mengubah topik perbualan.

"Alhamdulillah Madihah dah mengandung."

Adyla senyum lebar.

"Yeke ma? Alhamdulillah. Tak lama lagi Dyla bakal dapat anak buah."

"Ye. Kamu tak nak balik sini ke?" Soal Datin Amina.

"Buat masa ni Dyla nak duduk dekat kampung. Mama boleh tak rahsiakan perkara ni? Dyla tak nak Raff cari Dyla."

Datin Amina mengeluh berat.

"Kesian Raff tu. Baliklah ye?" Ujar Datin Amina.

"Mama tak kesian ke dekat anak mama ni?"

"Dyla..."

"Okeylah ma. Nanti kita borak lagi. Take care!" Dyla sudah tidak mahu memanjangkan perbualan.

Panggilan ditamatkan.

Aus menuju ke arah Adyla.

"Mak Ngah cakap apa?" Soal Aus.

"Takde apalah. Tanya khabar je." Sorok Adyla.

"Jom kita pusing-pusing kampung." Ujar Aus yang mahu mengurangkan tekanan yang dihadapi Adyla.

"Jom."

Aus menaiki kereta bersama Adyla sambil mengamati pemandangan indah di kampung.

****

"MAMA, lelaki ni dah sakitkan hati Dy sampai Dy lari dari rumah!" Marah Adam setelah Datin Amina pulang dari rumah kawannya.

Datin Amina terkejut.

"Apa yang kamu dah buat ni, Raff?" Datin Amina berpura-pura serius dalam nada terkawal. Dia tahu menantunya ini sedang menghadapi masalah.

"Maaf, mama. Semua ni berlaku sebab salah faham." Raffiez mengakui kesalahan. Dia menceritakan apa yang telah berlaku. Semua yang ada di situ hanya mendengar.

"Aku tak kira! Kau kena cari adik aku sampai dapat! Kalau tak, nahas kau!" Ugut Adam. Madihah menggosok belakang suaminya.

"Abang, sudah la tu. Jangan marah Raff. Mama tahu Raff tak salah. Semua ni salah faham je." Datin Amina menjelaskan kata.

"Mama jangan percaya bulat-bulat kata dia ni. Kita tak tahu apa muslihat dia sebenarnya." Seloroh Adam. Raffiez sudah menggenggam penumbuk sambil menahan sabar.

"Abang tak boleh nak tuduh Raff tanpa bukti. Raff mengaku dulu Raff pernah benci dia tapi tak bermaksud Raff tak sayang dia langsung. Dia satu-satunya isteri yang Raff cinta dan sayang." Jelas Raffiez bersungguh-sungguh.

Adam menjeling.

"Dasar lelaki dayus! Kau nak tahu tak? Aku menyesal setuju dengan perkahwinan korang! " Amarah Adam kian meledak.

"Adam Raikal! Jaga mulut tu! Dihah, bawa suami kamu naik atas. Tenangkan dia. Mama tak nak disebabkan hal macam ni keluarga kita berpecah-belah." Ujar Datin Amina. Madihah akur lalu mengajak suaminya naik ke atas. Adam meraup wajahnya.

"Raff, mama rasa baik kamu biarkan dia tenangkan fikiran dulu. Bagi dia masa."

Raffiez mengeluh berat.

"Kamu baliklah dulu, Raff." Suruh Datin Amina.

"Baik, mama. Raff balik dulu."

Raffiez bersalaman dengan mentuanya sebelum pulang.

"Fik, macam mana ni? Aku buntu!" Soal Raffiez di dalam kereta.

"Kau sabarlah, Raff. Betul kata aunty. Dyla perlukan masa untuk tenangkan emosi dia. Lagipun dia kan tengah sarat mengandung sekarang ni." Ujar Fikri sambil memandu.

Raffiez menghela nafas.

"Sepatutnya aku kena jaga dia sekarang, Fik. Dia tanggungjawab aku. Aku risau lah kalau jadi apa-apa. Mana aku nak cari dia?" Raffiez menekup mukanya.

"Cuba kau fikir mana lagi tempat yang dia selalu pergi. Kau mesti tahu kan?" Soal Fikri.

****

HARI ini Raffiez akan bertolak ke kampung atok Adyla di Kelantan. Setelah bertungkus lumus mencari alamat rumah atok daripada kawannya akhirnya Raffiez dapat juga dan segera pergi ke sana.

Raffiez sampai di kampung tepat pukul 12 malam. Dia tinggal di homestay yang berdekatan. Setelah seharian dia memandu, badannya terasa penat lalu dia membaringkan dirinya di atas katil. Esok dia tekad untuk mencari isterinya.

Keesokannya, Raffiez memulakan pemanduannya ke rumah atok Adyla.

Dia berhenti di seberang jalan dan memerhati rumah di hadapannya.

Dari jauh kelihatan seorang wanita hamil yang sedang menyiram pokok bunga. Tidak lain tidak bukan dia ialah Adyla. Bibir Raffiez mengukir senyuman dan matanya mengalirkan air jernih. Sungguh dia rindu.

Tiba-tiba seorang lelaki datang menghampiri isterinya. Terbit perasaan cemburu di hati Raffiez. Dia mengeluh.

"Dia betul-betul dah tak perlukan aku ke?" Gumam Raffiez seorang diri.

****

"ABANG! Tolong Dyla! Sakit!" Laung Adyla dari dapur.
Namun Aus tiada di rumah. Dia keluar ke dusun bersama dengan atok.

"Tolong!" Laung Adyla. Kemudian kepalanya terasa amat berat dan dia terus pengsan di situ.

Raffiez sampai di depan rumah atok tepat pada waktunya. Setelah keluar dari perut kereta, dia terdengar jeritan Adyla. Segera dia masuk ke dalam rumah itu.

"Ya Allah! Sayang!" Tempik Raffiez yang ternampak Adyla yang terbaring di situ. Air mukanya berubah apabila melihat darah yang mengalir. Lantas dia mengangkat Adyla untuk dibawa ke hospital.

"ENCIK ni suami kepada Puan Adyla Raihana ke?" Soal Doktor Fatni.

"Ya, saya suami dia."

"Tahniah! Anak lelaki encik selamat dilahirkan." Ucap Doktor Fatni dengan baik.

"Alhamdulillah. Macam mana dengan isteri saya?" Soal Raffiez.

"Isteri encik masih tak sedarkan diri disebabkan kehilangan darah yang banyak. So buat masa ni dia perlukan rawatan selanjutnya. Tapi encik tak perlu risau. InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya merawat puan. And kalau nak jumpa dengan anak encik, silakan masuk."
"Baik doktor, terima kasih." Ucap Raffiez.

"Sama-sama." Balas Doktor Fatin.

"Encik ada bawa barang keperluan isteri dan anak encik?" Soal doktor itu.

"Ye, saya dah bawa semua." Kata Raffiez. Mujurlah dia ada terfikir untuk membawa barang-barang mereka sebelum datang ke kampung.

Setelah selesai mengazankan bayi lelakinya, dia mencium ubun-ubun anaknya.

"Handsomenya anak ayah ni. Jadi anak yang baik tau." Puji Raffiez sambil mengusap pipi lembut anaknya. Raffiez tersenyum.

Raffiez meletakkan anaknya di tempat khas. Dia kemudiannya duduk di atas kerusi di sebelah katil Adyla. Wajah suci isterinya dipandang lama. Dia amat rindu wajah kesayangannya ini.

Tangan Raffiez membelai lembut pipi Adyla.

'Ya Allah, kau sembuhkanlah isteriku dan berikanlah kekuatan kepadanya...' Doa Raffiez di dalam hati. Lantas dia mencium dahi Adyla lama.

Raffiez menggenggam tangan Adyla sebelum keluar dari situ. Sebaik saja dia bangun, Adyla tersedar lalu bersuara.

"Abang... jangan pergi..." Lemah suara Adyla tika ini tetapi kedengaran jelas di telinga Raffiez. Dia menepuk bahu Adyla dengan lembut sehingga terlena semula.

"Abang takkan tinggalkan Dyla." Ujar Raffiez.

PUAS Aus mencari Adyla di rumah namun tiada. Namun dia terkejut apabila ternampak lumuran darah di lantai dapur.

"Ya Allah!"

Tiba-tiba bunyi hon kereta di depan rumah. Dengan pantas Aus keluar.

"Raff? Kau buat apa datang sini?" Soal Aus apabila Raffiez keluar dari kereta.

"Dyla ada dekat hospital sekarang and dia dah selamat lahirkan anak aku." Balas Raffiez.

Aus terkejut besar. Tapi dalam masa yang sama dia lega kerana Adyla selamat.

"Kau ke yang bawa dia? Tapi macam mana kau tahu dia dekat sini?" Soal Aus.

"Ye. Aku yang bawa dia pergi sana. Atok mana?" Raffiez mengendahkan pertanyaan kedua Aus.

"Atok dalam rumah."

"Ouh. Kalau macam tu, aku balik dulu. Kau janji dengan aku, kau akan jaga isteri aku baik-baik." Pesan Raffiez.

"Kau nak pergi mana?" Aus hairan.

"Aku harap kau faham. Aku nak kau ambil ni. Bagi dekat dia nanti. Lagi satu, jangan bagitahu dia aku ada datang." Raffiez menghulurkan sampul surat kepada Aus. Aus pula rasa serba salah.

"Aku rasa baik kau pujuk Adyla." Kata Aus.

"Aku memang nak buat semuanya untuk dia. Tapi, aku tak nak bagi dia tekanan buat masa ni. Jangan risau, aku akan datang sini balik." Kata Raffiez dalam mengawal riak.

"Bro, aku minta maaf. Tapi kau kan suami dia."

"Please aku merayu dekat kau. Aku cuma nak dia bahagia."

Aus hanya akur. Dia sendiri buntu. Walaupun dia pernah ada hati dekat Adyla, tapi mana mungkin dia ingin merampas hak milik orang?

"Aku balik dulu. Kirim salam dekat atok." Raffiez masuk ke dalam kereta lalu terus menuju ke rumahnya. Pada hari itu juga dia berangkat ke Kedah atas urusan kerja. Aus mengeluh kecil.

Lepas solat Asar, Aus menuju ke hospital. Disebabkan atok agak penat, Aus meninggalkan atok di rumah dan ditemani Pak Harun, jirannya.

SETIBANYA Aus di sana, Adyla sudah sedarkan diri. Aus menyapanya sambil tersenyum.

"Dah bangun? Dyla okay tak ni?" Aus duduk

"Dyla okay. Cuma badan rasa lemah sikit. Baby Dyla mana?"

"Kalau macam tu, Dyla rest la. Abang tahu Dyla penat. Alhamdulillah baby sihat. Sekarang tengah tidur kat wad sebelah." Kata Aus yang prihatin. Adyla mengangguk. Kadang Adyla terfikir akan kebaikan yang diberi oleh Aus dan membuatkan dirinya lebih disayangi.

"Er Abang Aus." Panggil Adyla.

"Ya? Kenapa?"

"Ada nampak suami Dyla? Semalam Dyla nampak dia." Soal Adyla. Aus berasa cuak dan serba salah. Mengingatkan pesanan Raffiez, terpaksalah dia berbohong.

"Suami Dyla? Takde la pula. Dyla mimpi kot?"

Adyla mengeluh berat. Jadi semua tu mimpi rupanya? Adyla mahu bangun.

"Nak pergi mana tu? Dyla belum sihat lagi la." Aus risau melihat Adyla.

"Dyla nak ke tandas kejap." Aus hanya membiarkan.

Di dalam tandas, hatinya sakit kerana terlalu merindukan suaminya. Tiba-tiba dia berasa sebak. Air mata mengalir membasahi pipi tanpa disuruh.

"Dyla? Kenapa lama sangat tu? Okay tak?" Aus bertanya dari luar.

Adyla segera menyeka air matanya lalu keluar.

"Dyla? Kenapa ni? Abang ada buat salah ke?" Risau Aus apabila melihat wajah Adyla kemerahan seperti baru lepas menangis.

"Dyla okay. Jangan risau." Adyla berbaring semula di atas katil.

"Betul ni? Kalau ada apa-apa bagitahu abang." Aus menyelimuti Adyla.

"Dyla nak tengok anak Dyla boleh?" Soal Adyla.

"Boleh tapi Dyla kena tidur dulu. Nanti Dyla bangun, abang bawa anak Dyla dekat sini." Ujar Aus. Adyla terus melelapkan matanya.

****

"APA nama anak Dyla?" Soal Aus. Adyla terdiam sambil memandang anak lelakinya. Fikirannya teringat Raffiez lagi.

"Sayang, kalau anak kita boy, abang nak namakan dia Aydan Hilmi. Okay tak?" Raffiez memberi cadangan. Adyla yang sedang makan epal tersenyum.

"Okay sangat. Dyla tak kesah nama apa pun. Yang penting comel dan baik macam suami kesayangan Dyla ni." Puji Adyla. Raffiez ketawa kecil.

Mati lamunannya apabila dicuit oleh Aus.

"Dyla belum fikir lagi eh nak letak nama apa?" Tanya Aus.

"Dyla dah fikir." Jawab Adyla.

"Apa?"

"Aydan Hilmi." Tutur Adyla. Walaupun dia sakit hati dengan suaminya, tapi dia masih lagi bertimbang rasa.

"Comel nama tu. Sesuai dengan anak Dyla yang handsome ni." Adyla senyum nipis.

"By the way, esok Dyla dah boleh discharged." Kata Aus.

"Yeke? Alhamdulillah."

Adyla mengusap lembut pipi Aydan.

'Handsome macam ayah.' Puji Adyla dalam hati.

Aus tersenyum melihat Adyla.

Sepasang mata sedang melihat Adyla dan Aydan. Dia tersenyum dan tidak semena-mena mengalirkan air mata. Raffiez berlalu dari situ setelah Aus berdiri dan ingin keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience