TC | BAB 34

Romance Completed 17878

SEDANG Amelin berjalan, tiba-tiba dia terlanggar bahu seseorang.

"Ops! Sorry saya tak sengaja!" Kata Amelin.

"Eh, takpe. Saya pun salah juga tak tengok orang depan. Sorry." Kata Aus.

Bila mereka saling berpandangan, masing-masing terkejut.

"Eh Aus?" Kata Amelin. Aus mengangguk.

"Awak Amelin kan?" Soal Aus pula.

"Iye. Tak sangka jumpa awak dekat sini." Soal Amelin. Hati Amelin bagai berbunga-bunga. Sebenarnya sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap lelaki ini sejak pertama kali dia melihatnya. Namun dia masih tidak mampu untuk mengungkapkannya.

"Itulah. Awak pula nak ke mana?"

"Saya nak jumpa Adyla. Mak saya ada kirim makanan sikit." Balas Amelin sambil senyum.

"Oh yeke? Kalau macam tu, jom. Kita jalan sama-sama. Saya pun ada barang juga nak bagi dekat dia."

"Okay jom."

Sesampai saja mereka di sana, Adyla membuka pintu.

"Eh? Korang datang sekali?" Soal Adyla.

"Ye. Abang terserempak dengan dia depan sana tadi. Alang-alang nak ke tempat sama kan."

"Ouh. Jemputlah masuk." Pelawa Adyla.

"Bro, duduklah." Ajak Raffiez yang sedang mendukung Aydan. Aus mengambil tempat.

"Dyla, ni barang-barang Dyla. Abang rasa dah cukup semua." Kata Aus lalu meletakkan beg di atas sofa.

"Thanks abang. Susah-susah je abang datang sini. Dyla nak ambil sana sendiri abang kata tak payah."

"Sokay lah. Abang nak kutip pahala." Adyla ketawa.

"Dyla, ni pula makanan yang mak aku kirim. Nah." Amelin menghulurkan makanan itu kepada Adyla. Adyla ambil.

"Terima kasih. Dah lama tak makan makanan mak kau."

"Kau lah yang jarang datang restoran kitorang." Ujar Amelin.

"Bukan tak nak pergi, suami aku sibuk lately ni. Nanti free aku pergi." Terang Adyla.

"Okay. Comelnya anak kau. Apa nama dia?" Soal Amelin.

"Aydan Hilmi."

"Hensem macam ayah dia." Puji Amelin.

"Mestilah." Celah Raffiez.

"Kau dah makan ke Lin?" Soal Adyla.

"Belum."

"Kau nak aku panaskan lauk ni tak? Kita boleh makan sama."

"Eh tak payah. Aku makan nanti."

Adyla mengangguk.

Setelah itu, Aus dan Amelin mahu pulang.

"Jom kita singgah makan nak tak?" Ajak Aus. Hati Amelin sudah meronta-ronta mahu!

"Eh takpe ke?" Soal Amelin.

"Takpe. Saya tengah lapar ni." Jawab Aus. Amelin mengangguk tanda setuju lalu mereka menaiki kereta masing-masing menuju ke restoran.

****

"SAYANG, mummy ajak kita pergi rumah dia. Katanya nak berkumpul dengan semua family abang." Kata Raffiez sambil memejamkan mata. Kepalanya kini berada di atas riba Adyla.

"Yeke? Pukul berapa kita nak ke sana?" Tanya Adyla sambil mata menghadap novel.

"Lepas Zohor la. Abang nak rehat kejap ni."

"Okay."

Adyla meletakkan novelnya di tepi lalu mengusap lembut rambut Raffiez.

"Kesian suami saya ni penat ye." Kata Adyla.

"Bila tengok muka sayang, hilang penat abang."

Adyla tersenyum sambil mengusap pipi Raffiez.

"Sayang nak mandi ni. Abang tidurlah. Nanti saya kejut." Kata Adyla sambil menyambar bantal di kepala katil. Dia mengangkat kepala Raffiez lalu diletakkan di atas bantal empuk itu.

"SAYANG dah siap?" Soal Raffiez yang sedang memakai jam tangan.

"Dah."

"Okay jom. Meh sini beg sayang." Adyla beri kepada Raffiez.

Setibanya mereka di sana, mereka disambut mesra.

"Aydan cucu nenek!" Datin Rozie mengambil Aydan dari Adyla.

"Jemputlah masuk, Kak Dyla." Ajak Razzief. Mereka masuk ke dalam rumah itu.

Kelihatan semua sanak saudara Raffiez ada di rumah mummy.

"Akak! Rindunya!" Syiha dan Syira datang memeluk Adyla.

"Akak pun rindu dekat korang."

"Apa nama baby Dyla?" Soal Fira yang datang dari dapur.

"Aydan Hilmi." Jawab Adyla.

"Ouh. Hilmi? Sama dengan nama husband akak." Kata Fira.

"Eh haah la. Kebetulan pula. Raff yang letak nama tu. Dyla ikutkan aje." Fira senyum.

"Mana Fais, kak?" Tanya Adyla.

"Tengah tidur. Penat sangat main tadi." Kata Fira.

"Raff, pergilah makan dengan Dyla. Biar mummy jaga Aydan." Pelawa Datin Rozie.

"Okay mummy."

ADYLA memasuki bilik Raffiez. Dia ingin menukar pakaian yang terkena muntah Aydan.

Tiba-tiba pintu diketuk. Sangka Adyla itu Raffiez lalu Adyla membenarkannya masuk. Lagipula pintu tidak berkunci

Adyla membuka tudungnya.

"Abang, tolong buka zip baju saya ni." Suruh Adyla.

Lalu lelaki itu membukanya. Terdedah badan Adyla yang putih itu.

"Thanks, abang. Abang ke mana tadi?" Kata Adyla yang masih tidak berpaling ke belakang.

"I dah lama sukakan you, honey." Kata Firas dengan suara nakal.

Alangkah terkejutnya Adyla apabila mendengar suara lelaki itu dan automatik dia menoleh ke belakang.

"Firas?! Apa you buat dekat sini! Keluar sekarang!" Tempik Adyla. Dia terlupa untuk mengunci pintu bilik kerana kalut.

"Hey, I just come here to see you." Kata Firas. Adyla sudah tidak sedap hati.

"Keluar sebelum saya jerit." Ugut Adyla. Firas masih tidak berganjak malah makin mendekati Adyla.

Adyla menahan bajunya daripada terlepas.

Setapak demi setapak kaki Firas mendekati Adyla.

Kemudiannya dia menolak badan Adyla ke katil.

"Tolongg!!!" Jerit Adyla sekuat hati. Firas menekup mulut Adyla. Adyla meronta-ronta untuk melepaskan diri namun pegangan Firas lebih kuat.

'Ya Allah, tolong aku!' Jeritnya dalam hati.

"Akak, ada nampak Dyla tak?" Soal Raffiez kepada Fira.

"Dia pergi tukar baju dalam bilik Raff. Tadi Aydan termuntah atas baju dia." Kata Fira.

"La yeke. Okaylah Raff naik dulu." Raffiez menuju ke bilik itu.

Adyla cuba menendang aset Firas. Dan akhirnya Firas terjatuh ke lantai. Dia segera berlari dan membuka pintu.

"Sayang? Kenapa ni?" Raffiez terkejut apabila melihat Adyla yang ketakutan dan keluar tanpa bertudung. Bajunya juga kelihatan hampir tercabut.

Adyla terus memeluk Raffiez sambil air mata berjujuran.

"Tell me what had happened to you!" Raffiez sudah risau. Dia menutup kembali zip baju Adyla.

"Firas..." Kata Adyla dalam tangis.

"Firas buat apa dekat sayang? Dia sentuh sayang ke?" Kemarahan Raffiez kian meledak. Adyla hanya mengangis. Dia trauma dengan kejadian seperti ini kerana dulu Irwanshah yang pernah cuba untuk memperkosanya.

Raffiez sudah menggenggam penumbuk.

"Sayang pergi tukar baju dalam bilik tetamu sekarang." Kerah Raffiez. Adyla segera melangkah ke sana. Raffiez pula terus masuk ke biliknya.

"Woi!! Apa yang kau cuba buat ni?!" Raffiez meninggikan suara kepada Firas yang menahan sakit. Semua yang ada di bawah terdengar suara kuat Raffiez.

"Come on, I just want to have some fun with your beautiful wife." Kata Firas penuh makna. Raffiez terus menghadiahkan penumbuk ke pipi Firas. Terasa pijar pipi Firas tika ini. Darah merah terus mengalir dari mulutnya.

"Kau keluar sekarang sebelum aku bunuh kau! Gila!" Jerkah Raffiez. Firas terus keluar lalu menutup pintu dengan kuat.

Dada Raffiez turun naik menahan geram.

"Kenapa bising-bising tadi? Apa dah jadi?" Soal Datin Rozie setelah Raffiez dan Adyla turun ke bawah.

"Mummy, Raff betul-betul kecewa dengan Firas. Dia nak try Dyla!"

Datin Rozie terkejut. Begitu juga dengan semua yang lain.

"Ya Allah. Sanggup dia buat macam tu dekat menantu mummy."

Kelihatan pucat muka Adyla.

"Kitorang balik dulu, mummy. Nanti kirim salam dekat daddy. Kitorang tak sempat nak jumpa dah." Raffiez mengambil Aydan lalu memimpin Adyla.

"Yelah. Hati-hati drive."

"SAYANG, jom makan." Ajak Raffiez. Adyla diam.

"Nak abang suapkan?" Soal Raffiez. Adyla menggeleng tanda tidak mahu.

"Janganlah macam ni. Nanti perut sayang masuk angin."

"Saya nak tidur." Kata Adyla. Lalu Raffiez membaringkan Adyla di atas katil. Raffiez tahu isterinya trauma. Dia harus buat sesuatu agar Adyla kembali ceria.

"Okay. Sayang tidurlah."

Adyla melelapkan matanya. Raffiez menyelimuti Adyla. Dia mencium ubun-ubun Adyla sebelum keluar.

****

PADA pagi itu, Adyla terjaga. Tangan kemudiannya meraba di tempat tidur Raffiez. Mata dibuka. Raffiez tiada di situ.

Adyla bangun lalu menggeliat kecil. Dia menuju ke meja solek lalu nampak sarapan pagi dan nota kecil. Sweet betul Raffiez ni! Dia membaca nota itu yang tertulis 'Eat me, sayang!'

Adyla tersenyum lalu makan sandwich itu. Aydan pula sedang nyenyak tidur. Raffiez sudah mendodoikannya sebelum pergi kerja. Dia menuju ke bilik air dan menyiapkan diri sebelum membuat kerja rumah.

Perasaanya hari ini lebih baik dari semalam. Susah untuk lupakan kejadian kemarin tapi dia cuba untuk tidak memikirkannya lagi. Dia bercadang untuk memasak makanan favourite Raffiez.

Telefon Adyla berdering lalu dia menjawab.

"Sayang? Dah bangun ke?" Soal Raffiez.

"Dah."

"Sayang jangan lupa breakfast tau! Abang dah sediakan untuk sayang. Sorry sebab tak boleh nak breakfast sama-sama sebab daddy call cakap ada meeting pagi ni." Jelas Raffiez.

"Okay abang. Thank you for that. Takpe sayang faham abang sibuk. Abang balik lewat ke harini?"

"Tak sure. Tapi abang cuba siapkan kerja lebih awal. No worries okay?"

"Okay, abang. Sayang nak kemas rumah ni. Bye."

"Okay sayang. I love you. Take care! Bye."

Panggilan ditamatkan.

Adyla mula mengemas rumah.

SELESAI saja semua kerja di pejabat, Raffiez terus menuju ke kedai bunga. Setelah itu, dia pulang ke rumah.

Raffiez membuka pintu yang berkunci.

"Sayang?" Panggilnya. Namun tidak kedengaran jawapan. Dia naik ke atas setelah mengunci pintu rumah semula.

Buka saja pintu bilik, dia tersenyum.

"Tidur rupanya." Kata Raffiez. Kelihatan Adyla dan Aydan nyenyak tidur di situ. Raffiez meletakkan bunga itu di meja solek. Dia kemudiannya masuk ke bilik air untuk mandi.

Bunyi pancuran air menyedarkan Adyla. Adyla melihat ada beg Raffiez di atas katil. Nampaknya Raffiez sudah balik. Dia mengerling ke arah jam yang menunjukkan 3 petang.

"Awal abang balik?" Soal Adyla sebaik saja Raffiez keluar dari bilik air.

"Iya. Kerja abang siap awal." Balas Raffiez. Kemudian dia menuju ke meja solek dan mengambil bunga mawar.

"For you, sayang." Raffiez hulur kepada Adyla. Adyla senyum lalu mengambilnya.

"Thank you abang!" Adyla menghidu bau bunga itu. Harum!

Nampaknya Adyla sudah tak bersedih lagi. Raffiez tersenyum manis.

"Harini sayang masak makanan favourite abang." Ujar Adyla.

"Yeke? Tak sabarnya abang nak makan!"

"Abang bersiap dulu. Sayang nak panaskan lauk then kita makan sama-sama."

Raffiez mengangguk.

****

ERINA memandang dirinya di cermin. Dia seakan tidak percaya hari ini dia bakal menjadi isteri sah kepada Syailman Daniel. Hatinya sedikit pun tidak tertarik kepada lelaki itu. Bagaimana dia mahu mencintainya jika hati tidak mahu?

"Rin? Kau dah kenapa termenung? Cepatlah keluar. Tok kadi dah sampai tu." Kata Adyla sebaik saja masuk ke dalam bilik Erina.

"Aku tak nak kahwin." Erina berterus terang.

"Beb! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kejap lagi kau dah nak kahwin la!"

"Aku tahu. Tapi-" Belum sempat Erina berkata, Adyla mencelah.

"Beb, dengar apa aku nak cakap." Adyla duduk di birai katil sambil memegang tangan Adyla untuk memberi semangat.

"Aku tahu kau tak cintakan dia. Tapi kau kena belajar terima hakikat. Cinta yang abadi ialah cinta selepas kahwin. And tak semestinya cinta sebelum kahwin tu more bahagia. Percayalah kata aku. One more thing, kau janganlah pandang Abang Iman sebelah mata je. Kau kena tengok semua sisi dia. Dia terlalu baik untuk kau and aku jamin dia akan jaga kau dan sayang kau lebih daripada diri dia sendiri. And aku sebagai kawan kau, akan selalu support and doakan kau." Panjang lebar Adyla menerangkan kepada Erina.

Erina menunduk memandang lantai. Hatinya keliru.

"Kau jangan risau. Allah ada. Dia takkan uji lebih dari kemampuan hambaNya." Sambung Adyla lagi. Erina senyum nipis.

"Dah, jom." Adyla memimpin tangan Erina. Erina mengikuti langkah Adyla dari belakang.

Setelah Erina keluar, semua mata memandangnya. Dia cuba senyum supaya orang tidak memandangnya pelik.

Syailman sudah lebar senyumannya. Dia terpegun melihat kecantikan bakal isterinya. Erina memandang Syailman lalu senyum nipis. Kemudian Erina duduk di atas pelamin ditemani oleh Adyla.

Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan. Ini merupakan kehendak Erina sendiri dan Syailman hanya setuju tanpa membantah.

Dengan sekali lafaz, mereka kini bergelar suami isteri. Syailman datang menghampiri Erina untuk menyarungkan cincin.

Erina tidak menghulurkan tangannya. Malah terdiam di situ. Syailman menegur.

"Erin?" Panggil Syailman. Erina memandangnya. Perlahan-lahan Erina menghulurkan tangan. Syailman terus menyarungkan cincin emas itu di jari Erina dan dia tersenyum.

Erina menyalami suaminya. Kemudian Syailman meletakkan tangannya di atas kepala Erina sambil mulut membaca doa. Tika ini hati Erina terdetik rasa terharu. Jelas kelihatan syailman memang seorang yang baik.

Selesai Syailman berdoa, dia mencium dahi Erina. Erina tiba-tiba mengalirkan air mata tanpa disuruh. Syailman mengesat air mata Erina.

Adyla yang memandang mereka turut mengalirkan air mata. Raffiez yang berada di sebelahnya memeluk bahu Adyla.

Setelah selesai mereka makan, Adyla datang menghampiri Erina.

"Selamat pengantin baru, Rin! Aku tumpang happy untuk kau and aku harap kau dapat terima dia seadanya. Jangan layankan sangat perasaan kau tu. Dia dah jadi suami kau yang sah tau? Lepasni kau boleh la berhoneymoon! Kau kan dah lama nak pergi Toronto? Pujuklah Abang Iman tu. Confirm esok mesti sampai sana!" Ujar Adyla ditambah gurauan kecil. Erina menepuk bahu Adyla.

"Kau ni kan, menyempat! Hurm By the way, thank you selalu ada dengan aku. Aku sayang kau dunia akhirat!" Balas Erina. Syailman yang berada tidak jauh dari mereka turut tersenyum melihat persahabatan mereka.

"Sayang, Aydan dah nangis la. Lapar agaknya." Kata Raffiez.

"Dia ada dengan siapa sekarang?"

"Dengan Mak Long."

"Okay. Rin, kejap eh. Aku nak menyusu Aydan. Kau pergilah layan tetamu." Kata Adyla kepada Erina.

"Ala. Siapa yang nak teman aku? Seganlah." Ujar Erina.

"Jangan nak segan sangatlah. Bukannya ramai sangat pun kan. Dah, aku pergi dulu."

Erina sudah tidak senang duduk.

"Awak, jom teman saya layan tetamu." Ajak Syailman.

"Err, okay." Erina ikut saja.

Syazran dari jauh melihat pasangan itu. Dia sukar percaya buah hatinya sudah dimiliki. Keluhan berat dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience