ADYLA masih menunggu ucapan daripada Raffiez. Namun masih tiada. Dia memandang skrin Iphonenya sambil memerhati gambar mereka berdua.
Nafas dihela panjang. Dia betul-betul tak ingat ke?
Soalan itu berlegar-legar di fikirannya. Kalau betul dia lupa, perlukah diingatkan? Adyla mahu ucapan itu keluar dari mulut suaminya sendiri tanpa perlu diberitahu.
"Dyla okay tak ni?" Soal Madihah. Perut Madihah kini sudah membulat ke depan. Tunggu masa aje nak melahirkan. Adyla yang mengelamun, terus sedar lalu memandang kakak iparnya.
"Dyla okay, kak." Jawab Adyla. Tapi jelas kelihatan Adyla seakan menyimpan sesuatu.
"Dy nampak murung je? Sedihlah tu kena tinggal dengan suami." Usik Adam. Madihah menampar lembut paha Adam.
"Takdelah. Dy penat sikit. Semalam tak boleh nak tidur." Jawab Adyla. Ya. Memang dia penat. Penat hati! Sanggup Raffiez melupakan hari sejarah mereka?
"Kalau macam tu, pergilah tidur. Biar akak dengan abang yang jaga Aydan." Pelawa Madihah. Adyla hanya angguk. Mungkin dia memang perlu rehat. Kalau sakit nanti macam mana? Adyla terus memberi Aydan kepada Madihah lalu dia masuk ke dalam bilik.
JAM sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Adyla kini sedang duduk di atas tikar sejadah. Baru selesai menunaikan solat Maghrib. Setelah berdoa, dia mengelamun seketika.
Raffiez masih tidak menjemputnya pulang. Sibuk di pejabat sampai melupakannya?
Adyla kemudiannya menyangkut telekungnya lalu disimpan rapi di dalam almari.
Aydan pula sedang nyenyak tidur di atas katil.
Pintu dikuak dari luar. Sebaik saja melihat Madihah masuk, Adyla duduk di birai katil. Madihah pula duduk di kerusi berhadapan dengannya.
"Nah, hadiah dari akak dan abang. Happy anniversary, Dyla." Ucap Madihah setelah memberi Adyla hadiah. Adyla kini berasa terharu. Air matanya tiba-tiba mengalir.
"Dyla kenapa nangis ni? Tak suka ke hadiah ni?" Tanya Madihah berbaur kerisauan. Adyla mengesat air matanya.
"Eh, takdelah. Dyla terharu. Thank you, akak. Susah-susah je belikan hadiah ni." Kata Adyla.
"Sama-sama."
Madihah melihat Adyla yang melepaskan keluhan.
"Dyla sebenarnya ada masalah kan? Tak nak share dengan akak ke?"
Adyla pandang Madihah lama sebelum bersuara.
"Dyla rasa Raff tak ingat anniversary kitorang sebab takde sepatah pun dia ucap. Mana tak sedihnya?" Adu Adyla.
"Oh, patutlah adik akak ni monyok je semacam. Suami lupakan hari penting rupanya." Kata Madihah. Adyla senyum nipis.
"Dyla janganlah risau. Maybe dia sibuk dengan kerja? Ataupun memang dia lupa. Kalau macam tu, Dyla la yang kena bagitahu dekat dia." Cadang Madihah.
Sekali lagi Adyla mengeluh.
Pintu diketuk. Adam masuk setelah diberi keizinan.
"Ada apa, bang?" Soal Madihah. Adam senyum senget.
"Orang tu merajuk ke?" Perli Adam. Adyla yang terasa terus mencebikkan bibir.
"Abang, janganlah cakap macam tu." Ujar Madihah.
"Sorry. Sebenarnya, Raff call abang tadi. Dia minta tolong abang hantarkan Dy balik rumah." Kata Adam apabila teringatkan apa tujuan sebenar dia masuk ke bilik. Adyla menoleh Adam.
"Kenapa abang pula yang kena hantar? And kenapa dia kena bagitahu abang bukannya Dy? Dia dekat mana sekarang?" Soal Adyla yang kebingungan. Adam menjongket bahu.
"Entah. Dia cakap suruh hantar Dy je. Then dia terus end call."
"Macam tu je? Malaslah balik. Baik tidur sini." Kata Adyla sambil menjeling.
"Janganlah macam ni. Raff penat agaknya. Dah, jom abang hantar Dy balik. Nanti risau pula dia kalau Dy tak balik." Pujuk Adam.
"Betul cakap abang. Better Dyla balik rumah. Mungkin Raff dah tunggu. Akak rasa dia penat kot sebab tu tak dapat ambil Dyla dekat sini." Kata Madihah dalam nada memujuk.
"Menyusahkan abang jelah nak kena hantar Dy." Ujar Adyla.
"Abang tak kesah punlah. Lagipun rumah korang bukannya jauh pun. Dah, jangan nak banyak cakap. Jom. Abang hantar. Nanti lewat pula sampai." Kata Adam lalu keluar dari situ. Adyla akur. Dia kemudiannya bersiap.
****
"BYE, abang! Terima kasih hantar Dy. Hati-hati drive." Ucap Adyla sebelum Adam memandu pergi.
"Bye! Sama-sama."
Adyla memandang kawasan rumah. Kereta Raffiez memang elok diparkir di bawah garaj. Nampaknya Raffiez mungkin penat sebab itulah dia tidak dapat mengambil Adyla. Selalunya kalau penat sekalipun, dia tetap boleh ambil aku tapi kenapa malam ni macam pelik?
Aydan sedang nyenyak tidur dalam dukungan Adyla tika ini. Adyla mula melangkah masuk. Pintu pula tidak dikunci.
Setelah pintu dibuka, kelihatan keadaan rumah agak gelap. Hanya ada sedikit sumber cahaya. Kakinya melangkah menuju ke bilik.
Adyla membuka lampu bilik. Tiada susuk tubuh Raffiez pun di situ. Lalu dia keluar mahu mencari di tempat lain.
"Abang? Abang?" Panggil Adyla di dapur. Namun tiada. Mata Adyla tertancap pada nota kecil di atas meja makan. Nota itu dibacanya.
'Miss me, sayang? Keluarlah. Abang ada dekat belakang rumah'
Adyla angkat kening. Main-main pula Raffiez malam ni. Dia keluar dan menuju ke taman belakang rumah.
Apabila dia sampai, langkahnya terhenti.
"Happy Anniversary, sayang!" Ucap Raffiez sambil mendepakan tangannya. Adyla seperti tidak percaya apa yang sedang dia saksikan sekarang ini.
Terdapat hiasan meja yang sangat cantik berada di atas rumput yang berlapikkan tikar. Ada juga hiasan lampu yang tergantung. Bersinar mata Adyla tika ini! Di atas meja pula dipenuhi bunga ros dan lilin serta dua pinggan stik. Nampak menyelerakan!
Adyla terpegun dengan hiasan itu.
"Come here, sayang." Raffiez mempelawa Adyla untuk duduk bersamanya. Adyla berjalan ke sana. Raffiez mengambil Aydan dari Adyla lalu meletakkannya di atas pelapik yang tebal dan lembut. Ada juga beberapa bantal yang diletakkan berhampiran mereka.
Adyla duduk di atas tikar dan berhadapan dengan Raffiez.
"Abang buat semua ni?" Soal Adyla setelah lama berdiam mengamati pandangan indah di depan mata.
"Yes, sayang. Do you like it?" Kata Raffiez lembut.
"Of course I do! Saya ingat abang dah lupa." Mata Adyla sudah mula berkaca.
"Mana ada abang lupa. I always remember our special day."
Mata Adyla mengalirkan air jernih. Terharu!
"Sorry sebab abang dah buat sayang sedih." Kata Raffiez sambil mengesat air mata Adyla.
"Sayang tak sedih tapi terharu dengan apa yang abang dah buat untuk kita."
Raffiez menguntumkan senyuman manis.
"Dah, jom kita makan." Raffiez menghiris daging stik dengan pisau. Kemudian dia mencucuknya dengan garfu. Lantas disuakan kepada Adyla dan terus dia buka mulut.
Apabila daging dikunyah dan ditelan, terus lebar senyuman Adyla.
"Sedapnya!" Kata Adyla teruja. Raffiez sengih.
"Nak lagi?" Soal Raffiez. Laju Adyla mengangguk.
"Meh sayang suap abang pula." Kata Adyla lalu tangannya segera menghiris daging lembut itu. Raffiez buka mulut apabila Adyla ingin menyuapnya.
"Bila abang buat semua ni?" Soal Adyla apabila habis mengunyah.
"Lepas Asar abang terus set up semua. Nasib baik jadi. Kalau tak, hancurlah plan abang." Jelas Raffiez.
"Hebatnya suami sayang. Thank you, abang! I really love it!" Ucap Adyla.
Setelah makan, mereka sama-sama duduk di bahagian tikar yang ada beberapa bantal.
"Cantiknya pemandangan malam ni." Kata Adyla sambil menatap langit yang dipenuhi bintang.
"You're right." Balas Raffiez pula yang juga melihat ke atas.
Aydan kini sudah membuka mata. Tiba-tiba senyuman Aydan lebar. Manis pula tu!
"Anak ibu pun dapat rasa betapa bahagianya ibu sekarang ni." Ujar Adyla sambil tersenyum. Raffiez juga senyum. Dia kemudiannya memeluk bahu Adyla. Dahi Adyla dikucupnya lama.
"I will always make you happy, sayang." Ujar Raffiez sambil memandang tunak mata Adyla. Adyla senyum lebar lalu melentokkan kepalanya pada dada Raffiez. Malam ini merupakan antara malam yang terindah buat mereka. Takkan sekali pun memori ini terhapus dari ingatan.
****
ERINA menunggu suaminya di dalam kereta. Syailman keluar untuk mencari minuman.
"Lama betul dia keluar? Dia beli air ke buat air? Penatlah nak tunggu." Rungut Erina seorang diri. Lalu dia keluar dari perut kereta.
Dari jauh lagi kelihatan Syailman sedang berbual dengan perempuan yang cukup dikenali. Hatinya tiba-tiba rasa geram. Dia mendekati.
"Abang, lamanya beli air. Lama sayang tunggu dalam kereta tau." Erina mengadu lembut. Syailman terkedu pantas senyuman dilebarkan.
Marsya yang terdengar menjeling tanda geli.
"Sorry, sayang. Abang terserempak dengan Marsya ni." Ujar Syailman. Erina mencebikkan bibir.
"Sayang dahaga..." Suara Erina meleret. Syailman terus memberinya air setelah membuka penutup botol.
"Nah air sayang. Duduk sini minum." Syailman menarik kerusi untuk Erina duduk. Lantas Erina duduk lalu minum.
"Eh, mengadanya perempuan ni." Kata Marsya perlahan tapi cukup didengari oleh Erina. Erina senyum sinis.
"Abang, jom. Sayang penatlah..." Kata Erina lalu bangun berdiri sebelah Syailman sambil memaut lengan sasa Syailman. Sakit mata Marsya melihat adegan sweet itu.
"Oklah Sya. kitorang balik dulu." Pamit Syailman sambil berjalan bersama Erina ke kereta. Marsya menyampah dengan Erina lalu terus berlalu dari situ.
Sampai saja di kereta, terus Erina melepaskan tangannya dari lengan Syailman. Syailman kerut dahi.
Erina lantas masuk ke dalam perut kereta meninggalkan Syailman. Kemudian Syailman menghala ke tempat pemandu.
Kelihatan muka Erina tegang.
"Err, kenapa sayang?" Soal Syailman.
"Tak payah nak bersayang-sayang sangat. Geli tahu tak?" Marah Erina sambil menyilangkan tangan.
Haih. Depan Marsya bukan main lagi Erina panggil dia abang. Masuk aje kereta hilang terus panggilan tu.
"Jom keluar jalan-jalan nak?" Soal Syailman memecahkan kesunyian kereta.
"Tak nak. Saya nak balik. Abang pergilah ajak Marsya tu." Ujar Erina sambil memandang ke luar tingkap. Syailman tahu isterinya cemburu.
Akhirnya Erina sudah memanggil 'abang' kepada Syailman. Walaupun dia kekok, tapi kini sudah biasa baginya.
****
FAMILY day diadakan pada hari ini di resort yang agak mewah. Semua keluarga datang meraikan hari yang istimewa ini selama 2 hari 1 malam.
Keluarga Pak Long dan Mak Long yang sampai terlebih dahulu. Diikuti Pak Uda dan Mak Uda. Seterusnya Datin Amina yang datang bersama Adam dan menantunya, Madihah. Pasangan terakhir yang sampai pula ialah Adyla dan Raffiez. Aus dan atok juga turut serta.
"Sayang, nah air." Raffiez datang dengan membawa segelas jus oren untuk diberi kepada Adyla yang sedang berbual bersama Erina.
"Thank you, abang." Ucap Adyla lalu menyicip air itu. Raffiez kemudiannya menuju ke arah Syailman yang sedang rancak berbual bersama mentuanya.
"Aydan tidur ke?" Soal Erina.
"Haah. Dia memang takde kerja lain. Tidur je memanjang." Jawab Adyla sambil ketawa kecil.
"Kau dengan Abang Iman macam mana?" Soal Adyla ingin tahu.
"Macam tulah. Nothing special." Kata Erina dengan riak biasa.
"Hurm. Takpe. At least kau dah panggil dia abang kan?"
Erina mengangguk.
"Jom, makan. Aku lapar." Ajak Erina sambil menarik tangan Adyla ke meja makan.
"Sayang, sini. Makan dengan abang." Ajak Syailman.
"Eh, takpe. Saya nak makan dengan Dyla." Tolak Erina. Adyla mencuit Erina.
"Eh, pergilah makan dengan suami kau. Aku boleh makan dengan Raff." Kata Adyla.
"Sayang, meh abang suap." Raffiez datang sambil membawa sepinggan nasi bersama lauk yang nampak menyelerakan. Adyla terus saja menghala ke arah Raffiez lalu duduk di meja makan. Erina tercegat lagi di situ.
"Erina? Kenapa tercegat lagi tu? Pergilah makan." Kata ibu Erina. Erina menghela nafas lalu dia duduk di sebelah Syailman dan makan.
Setelah makan, mereka menuju ke pantai.
Adyla sedang berjalan sambil berpimpinan tangan dengan Raffiez di pesisiran pantai. Erina melihat mereka berdua. Betapa bahagianya mereka.
Bahunya dicuit seseorang.
"Az? Bila sampai?" Soal Erina sebaik saja menoleh ke belakang.
"Baru je. Kenapa Erin seorang je dekat sini? Abang Iman mana?"
"Tu. Ada dengan Marsya." Jawab Erina sambil menunjukkan keberadaan suaminya. Syailman dan Marsya sedang berbual dengan uminya.
"Hurm, jom kita pergi depan sana." Ajak Syazran. Erina hanya mengangguk lalu ikut.
"Awak dengan abang saya okay ke?" Soalan itu keluar dari mulut Syazran. Mereka kini sedang berjalan di atas pasir basah. Di depan mereka yang agak jauh kelihatan Adyla dan Raffiez sedang bergambar.
"Okay je. Kenapa?"
"Takdelah saja tanya."
"Erin nak tanya sikit boleh?" Soal Erina. Syazran angguk.
"Marsya tu siapa? Kenapa dia join kita?" Tanya Erina yang sudah lama menyimpan dalam hati.
"Dia sebenarnya sepupu kitorang belah ayah. Rasanya umi yang ajak dia datang sini sebab umi memang rapat dengan dia dari kecil lagi."
"Kenapa diorang putus?" Soal Erina.
"Sebab diorang nak fokus dengan kerjaya. Tak nak ada apa-apa relay." Jawab Syazran. Erina angguk.
"Abang Iman takde cerita apa-apa ke pasal Sya?" Soal Syazran. Erina hanya menggeleng kemudian dia berhenti berjalan. Kini dia menghadap laut. Mata dipejam rapat.
"Sayang!" Panggil Syailman sambil berlari menuju ke arah Erina. Erina terkejut lalu membuka mata.
"Sampai hati tak ajak abang." Kata Syailman.
"Marsya kan ada?" Ujar Erina lalu berlalu dari situ.
"Sayang, tunggulah." Kata Syailman.
"Kau memang saja sakitkan hati dia kan? Bercakap dengan Sya sampai lupa isteri sendiri." Sindir Syazran menghentikan langkah Syailman.
"Jaga mulut kau tu. Aku bukan sengaja. Marsya datang pastu umi suruh layan. Aku pun tak sangka dia datang." Jelas Syailman.
"Jangan sampai bini kau tu jatuh ke tangan orang lain pula." Kata Syazran dalam nada penuh sindiran.
"Aku tahulah. Kau tu jangan nak masuk campur hal kitorang." Syailman memberi amaran lalu mengejar Erina.
Adyla melihat Erina yang sedang berjalan masuk ke kawasan resort. Syailman pula mengejarnya dari belakang.
"Sayang nak mandi air laut ke?" Soal Raffiez mematikan pandangan Adyla terhadap mereka.
"Eh, tak nak lah. Nanti tertelan air laut. Masin!"
Raffiez ketawa.
"Kalau tak nak yang masin, kita mandi kolam. Nak?" Cadang Raffiez.
"Nak!" Kali ini Adyla setuju. Kemudian mereka menuju ke kolam yang berada berdekatan dengan bilik mereka. Lebih tertutup dan selesa untuk berendam.
"SAYANG, janganlah merajuk. Abang dengan Sya takde apa-apa hubungan pun. Sumpah!" Kata Syailman bersungguh.
"Kalau takde apa-apa, kenapa mesra lain macam je?" Erina bertanya.
"Mana ada. Umi je yang berbual dengan dia tadi. Abang cuma-"
"Tak payahlah nak berdalih. Saya tak buta lagi. Saya nampak abang layan dia tadi."
"Sorry, sayang. Abang janji takkan cakap dengan Sya lagi." Syailman berjanji sampai mengangkat tangan. Erina menjeling.
****
MALAM sudah tiba.
Masing-masing sudah penat kerana seharian melakukan pelbagai aktiviti kekeluargaan. Kini mereka ingin berehat dan masuk ke bilik masing-masing.
Syailman masuk ke bilik namun tiada bayang Erina di situ lantas dia keluar.
"Dyla ada nampak Erin tak?" Soal Syailman sebaik saja Adyla keluar dari bilik.
"Takde pula. Bukan ke dia dengan abang tadi?"
"Memanglah. Tapi sekarang dia takde."
"Cuba tengok dekat luar. Mungkin dia tengah ambil angin." Ujar Adyla. Syailman angguk lalu mencari Erina.
Erina sedang menyendiri di pantai. Dia memandang laut. Memikirkan hal yang telah terjadi pada dirinya, membuatkan hatinya sebak. Kenapa dia perlu kahwin? Baginya berkahwin dengan Syailman merupakan satu kesilapan besar. Selama kahwin, sedikit saja bahagia yang dikecapi. Selebihnya hanya tuhan yang tahu.
Entah kenapa dia tidak boleh tengok Syailman bermesra dengan perempuan lain. Adakah dia cemburu? Atau dia mula sayangkan Syailman? Dia sendiri tidak tahu.
Air mata tiba-tiba mengalir.
Dari jauh lagi dia nampak Erina sedang termenung lalu dia menghampirinya.
Air jernih yang keluar dari mata isterinya dikesat lembut. Kini Erina tersedar dari lamunan. Dia menoleh ke tepi. Syailman sedang memandangnya penuh kasih. Lantas Erina mengelap laju air matanya yang tersisa.
"Kenapa sayang menangis?" Soal Syailman. Erina diam.
"Masih marahkan abang?" sambungnya lagi.
"Abang cakap akan tunaikan apa saja yang saya nak kan?" Erina mula bersuara. Syailman laju mengangguk.
"Anything, sayang."
"Tolong ceraikan saya."
Bagaikan mahu terkeluar jantung tika ini apabila mendengar permintaan Erina.
"No! Abang takkan ceraikan sayang. Sayang cinta hati abang." Kata Syailman ikhlas.
"Jangan tipulah! Saya tak nak hidup dengan orang macam awak. Cakap jelah yang awak masih ada hati dekat Marsya kan sebab tu abang masih simpan gambar tu." Erina terus menuduh.
"Demi Allah. Abang dah tak ada hati dekat dia. Sekarang abang dah ada sayang. No one can replace you. Trust me."
Erina diam sambil menahan geram.
"Sayang tak cintakan abang ke?"
"Tak akan! Awak bukan cinta saya." Jujur Erina.
"Then who!? Siapa lelaki yang sayang nak? Bagitahu abang!" Syailman tiba-tiba marah. Mungkin dia rasa tercabar.
"Saya cintakan Syazran! Adik awak! Tapi kenapa awak yang kahwin dengan saya? Saya tak pernah teringin pun dekat awak. Saya tetap dengan keputusan saya. Saya nak kita bercerai!" Tengking Erina lalu bingkas bangun dan masuk ke dalam resort. Syailman terduduk di situ sambil matanya berkaca. Dia tidak percaya.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
Syailman menangis dalam hujan. Akibat menangis kepalanya terasa pening. Kemudian dia rebah di situ.
****
"RIN! Buka pintu ni!" Tempik Adyla dari luar. Erina yang baru saja keluar dari tandas lantas membuka pintu bilik.
"Asal?" Soal Erina. Adyla nampak mata Erina bengkak.
"Abang Iman pengsan!" Kata Adyla bersungguh.
Terbuntang mata Erina.
"Dia dekat mana sekarang?" Soal Erina berbaur kerisauan.
"Jom, ikut aku. Cepat!"
Erina segera mencapai tudungnya lalu disarungkan. Kemudian dia mengikut Adyla.
Masuk saja dalam bilik itu, kelihatan Syailman sedang terbaring di atas katil. Ditemani ahli keluarganya dan Marsya.
"Abang!" Erina menghampiri Syailman yang masih tidak bangun.
"Tak payah datang sinilah! Menyibuk je.You punca Abang Iman macam ni, kan?" Marah Marsya. Erina terkejut.
"Jaga mulut kau tu, Sya! Jangan nak sesuka hati salahkan orang tanpa bukti." Jawab Adyla yang geram dengan Marsya.
"Sya tak tuduh dia! Sya nampak dia bertikam lidah dengan Abang Iman. Then perempuan ni tinggalkan abang macam tu je. Sya nampak abang menangis. Pastu hujan turun lebat. Nasib baik ada Sya kalau tak memang abang dah arwah."
"Betul ke apa yang Sya cakap tu, Erin?" Soal umi. Erina hanya menangis di sisi Adyla.
"Jawab, Erin!" Tiba-tiba umi menjerkah.
"Sabar, Mak Uda. Jangan marah Rin. Mungkin dia salah tapi Abang Iman kan tengah sakit tu." Kata Adyla. Datin Amna kembali duduk.
"Maafkan Erin, umi. Semua ni salah Erin. Erin dah buat abang sakit. Tak sepatutnya Erin marah dia." Ujar Erina teresak-esak sambil memegang tangan umi.
"See? Sya dah cakap. Semua ni salah dia! Kalau dia tak buat hal, Abang Iman takkan jadi macam ni." Kata Marsya.
"Mulut kau tu boleh diam tak? Jangan sampai tangan aku sampai dekat muka kau." Bentak Adyla. Raffiez yang baru sampai terus memeluk bahu Adyla.
"Sayang, dah la. Jom." Raffiez mengajaknya keluar dari situ. Tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk.
"Erina...Erina." panggil Syailman perlahan. Dia seperti meracau.
"Abang, Erin dekat sini." Kata Erina sambil mengusap pipi Syailman dengan kedua-dua belah tangannya. Syailman kembali tidur.
"Umi nak Erin jaga Iman. Jangan marah dia lagi. Umi tak suka." Kata umi sebelum keluar. Erina mengangguk laju. Marsya juga keluar dari situ. Dia sempat senyum sinis kepada Erina.
Share this novel