"THANKS," ucap Raffiez kepada waiter yang telah meletakkan beberapa gelas air di atas meja makan.
"Weh korang. Adyla kan ajak kita pergi rumah dia. So korang pergi tak?" Soal Arif kepada Raffiez, Fikri dan Haikal. Haikal mengangguk tanda pergi.
"Aku belum sure lagi. Maybe aku pergi kalau aku tak sibuk," kata Fikri.
"For what korang pergi rumah dia?" Soal Raffiez dalam dingin.
"For what kau kata? Dia buat tahlil arwah papa dia la. Takkan kau tak tahu kot," kata Arif.
"Dato' Zafri dah...Biar betul? Asal aku tak tau pun pasal ni?" Soal Raffiez yang terperanjat.
"Dah kau mana nak care pasal dia pun. Apatah lagi dengan family dia kan? Buat apa kau nak terkejut," sindir Haikal. Raffiez hanya mendiamkan diri. Arif menepuk bahu Haikal yang telah menyindir Raffiez.
"Kau pergi tak Raff?" Tanya Arif.
"Entah. Tengok la macam mana." Ujar Raffiez.
****
"MUMMY dan daddy dah tau ke yang Dato' Zafri dah tak ada?" Soal Raffiez.
"Dah tau dah. Adam ada bagitahu dekat mummy dan daddy haritu. Dia ajak kita pergi rumah diorang for tahlil arwah," ujar Datin Rozie iaitu mummy Raffiez. Raffiez mengangguk tanda faham.
"Kamu pergi tak nanti, Raff?" Soal Dato' Ramzi pula.
"Entahla. Raff nak naik atas dulu nak buat kerja sikit," pinta Raffiez.
"Raff kena pergi tau. Arwah dah banyak berjasa dekat family kita ni," pesan mummynya. Raffiez tersenyum nipis.
****
SELEPAS solat Isyak, Adyla turun ke bawah untuk ke ruang tamu. Adam sudah pun berada di ruang tamu sedang minum air sambil menonton tv.
"Abang. Minum apa tu?" Soal Adyla lalu duduk di sebelah Adam.
"Hot chocolate. Dy nak ke?" Tanya Adam.
"Hmm...tak apalah. Dy boleh buat sendiri kalau Dy nak," ujar Adyla tersenyum.
TING!
Telefon milik Adyla dan Adam berbunyi serentak menunjukkan mesej masuk.
MESSAGE FROM : BIG FAMILY GROUP
*Mak Long
Assalamualaikum, Dyla, Adam. Kami sekeluarga nak pergi rumah kamu esok. Kan lusa dah nak buat tahlil arwah. So kami tidur sana. Boleh je kan? Mungkin kitorang akan sampai sana tengah hari.
*Adam
Boleh je Mak Long.
*Adyla
Ha'ah. Datang la.
*Mak Uda
Kami sekeluarga akan datang nanti hari tahlil. Maaf la tak boleh tidur sana. Kami sibuk sikit.
*Mak Lang
Kami pun. Maaf ye Dyla, Adam. Lain kali kami tidur sana.
*Adam
Tak apa. Adam faham. Semua orang kan tengah sibuk sekarang. Nanti free datang la tidur rumah kami. Rumah kami selalu terbuka untuk family ni.
Setelah itu semua orang membalas "OK".
Adam menghirup airnya dan beri kepada Adyla. "Dy, tolong habiskan air ni. Abang nak masuk tidur dulu. Esok dah start masuk office. Dy jangan tidur lewat sangat tau," pesan Adam.
"Ok." Adyla menjawab.
****
TING TONG!
"Abang! Mak Long dan Pak Long dah sampai!" Laung Adyla setelah terdengar loceng rumah berbunyi. Adam yang sedang membuat kerja di bilik kerjanya terdengar laungan daripada Adyla terus turun ke bawah untuk menjemput mereka masuk. Kemudian Adyla dan Adam segera ke luar rumah. Kereta yang dipandu oleh Pak Long lantas masuk ke dalam kawasan rumah dan diparkir di garaj kereta setelah pagar dibuka.
"Dyla, Adam. Kamu berdua sihat?" Soal Puan Amirah iaitu Mak Long mereka sebaik sahaja keluar dari perut kereta.
"Kami sihat Alhamdulillah," balas mereka sambil bersalam-salaman dengan Mak Long dan Pak Long.
"Hai, Abang Anas." Kata Adyla yang ternampak Anas keluar dari perut kereta lalu mengangkat barang-barang dari bonet kereta dan dibantu oleh Pak Long. Anas merupakan anak tunggal Mak Long dan Pak Long. Anak yang sangat mendengar kata dan baik. Rupa pun boleh tahan. Kalau perempuan tengok cair !
"Hai Dyla," balas Anas sambil senyum.
"Jemputlah masuk," pelawa Adyla.
"Kamu berdua okey tak? Mama kamu mana?" Soal Mak Long setelah Adyla datang dengan membawa air dan kuih.
"Okey je Mak Long, Mama baru je tidur lepas makan ubat." Balas Adam yang berada di sebelah Pak Long dan Anas. Mak Long tersenyum.
"Biarlah dia rehat. Nanti dia sedar, kita tengok dia." Kata Pak Long.
"MAK Long dan Pak Long pergi la rehat dulu. Mesti penat kan bertolak dari Kedah sampai KL ni," ujar Adyla sambil mengangkat beg Mak Longnya lalu menaiki tangga untuk dibawa ke bilik tetamu.
"Bibik Aini mana?" Soal Mak Long sambil matanya melilau mencari kelibat Bibik Aini tetapi tidak kelihatan.
"Bibik dah tak kerja sini dah. Baru je minggu lepas mak dia meninggal. So dia stay sana sebab nak kena jaga anak-anak dia," ujar Adyla di depan bilik tetamu.
"La ye ke. Innalillah. Habistu siapa yang masak untuk korang berdua? Ke makan dekat luar je?" Soal Mak Long lalu masuk ke dalam bilik tidurnya.
"Hm...Abang la. Dyla tak pandai sangat masak. Setakat goreng telur, ayam, ikan tu boleh la. Kadang-kadang je kitorang beli makanan dekat luar bila time abang malas nak masak," terang Adyla sambil duduk di birai katil dengan Mak Longnya.
"Bertuah punya budak. Nasib baik ada abang macam si Adam tu. Kalau tak hari-hari beli makanan dekat luar. Malam ni biar Mak Long je la yang masak," kata Puan Amirah sambil menepuk lembut paha Adyla.
"Yeay! Dyla pun dah lama tak rasa masakan Mak Long. Boleh tak Mak Long masakkan asam pedas? Rindu la nak rasa asam pedas," rengek Adyla.
"Ye. Boleh. Apa-apa je untuk kamu berdua," ujar Puan Amirah.
****
SETELAH selesai solat Asar berjemaah, mereka semua turun ke dapur untuk makan petang bersama.
"Alhamdulillah. Kenyangnya. Sedap sangat la masakan Mak Long tadi. Sama macam masakan mama," ujar Adyla kekenyangan.
"Mestilah. Nanti Mak Long ajar Dyla masak eh? Kang nanti dah kahwin suami tak dapat nak rasa air tangan isteri sendiri," bebel Puan Amirah.
"Hehe. Okey Mak Long." Jawab Adyla. Mereka yang di situ ketawa kecil.
"Lepasni Anas dan Adam pergi beli barang dapur eh? Mak Long nak masak untuk tetamu yang datang tahlil esok," kerah Puan Amirah.
"Okey," serentak Anas dan Adam.
"Dyla nak ikut!" Kata Adyla.
"Duduk rumah je. Jaga mama." Kata Adam.
"Alaa. Nak ikut. Boleh kan Mak Long?" Soal Adyla.
"Ye. Pergilah. Takpe, Mak Long boleh jaga mama. Kamu semua jangan balik lewat sangat tau. Esok dah nak tahlil." Pesan Mak Long.
"Okey, kitorang pergi dulu," balas Adam.
"Hati-hati." Pesan Pak Long.
****
"DAH siap dah ambil semua barang yang Mak Long pesan?" Soal Adam setelah melihat troli yang ditolak oleh Anas yang dipenuhi dengan barang-barang dapur.
"Dah," balas Adyla dan Anas.
"Dy ada nak beli apa-apa ke? Abang nak pergi toilet kejap ni," Soal Adam.
"Dy rasa nak pergi dekat Teddy Bear Shop la. Boleh tak?" Pinta Adyla.
"Okey. Lepastu datang sini balik eh? Kita kumpul sini. Anas, kau jangan tinggalkan adik aku sorang-sorang pulak. Kau teman dia," ujar Adam. Anas mengangguk. Adam berlalu meninggalkan mereka berdua.
"Abang, jom kita pergi tengok teddy bear kejap," ajak Adyla.
"Teddy bear? Ish. Macam budak-budak," sindir Anas.
"Alaa jom la, abang. Dyla teringin teddy bear tu. Please.." Rayu Adyla.
"Okey-okey jom." Setuju Anas.
Anas menolak troli manakala Adyla berjalan di sebelahnya. Mereka menuju ke Teddy Bear Shop.
Semasa berjalan ke sana, Adyla ralit bermain phonenya. Tiba-tiba dia terlanggar bahu satu figura yang tinggi. Adyla terperanjat dan mengaduh kesakitan. Automatik tangan Anas memegang bahu Adyla untuk menahan daripada Adyla jatuh.
"Okey tak Dyla?" Soal Anas. Adyla mengangguk lalu cepat-cepat membetulkan kedudukannya.
"Raff?" Kata Adyla yang terperanjat apabila memandang lelaki yang dilanggarnya itu.
"Dyla? Tak sangka jumpa dekat sini kan? What a small world," ujar Raffiez sambil tersenyum sinis.
"Awak buat apa dekat sini?" Soal Adyla.
"Saja jalan-jalan. By the way, pakwe baru lagi ke?" Sindir Raffiez. Adyla terdiam. Anas memandang tajam kepada Raffiez.
"Cakap tu biar elok sikit ye?" Kata Anas dalam nada terkawal.
"Tak apalah kalau macam tu kami pergi dulu ye. Abang, jom. Tak jadilah nak pergi sana," ujar Adyla lalu segera berpatah balik. Hilang niat nak beli teddy.
"Tadi kata teringin nak teddy bear kan? Asal tak nak pulak?" Soal Anas kehairanan.
"Takpelah. Dyla tak suka lah teddy bear. Macam budak-budak." Kata Adyla. Anas membuat mimik muka pelik.
"Jom lah abang. Nanti kena marah dengan abang Dyla pulak." Pujuk Adyla.
"Kalau tak tahu apa-apa, jangan nak buat spekulasi sendiri." Ucap Anas lalu menjeling Raffiez. Raffiez mengangguk dan tersenyum sinis. Anas mengikuti Adyla sambil menolak troli itu.
****
ANAS cuba mengingati lelaki yang dia terjumpa di mall tadi.
"Dyla, siapa mamat tadi tu?" Soal Anas semasa di dalam kereta dan bersebelahan dengan Adam. Adam yang sedang memandu mengerutkan dahi.
"Dy jumpa siapa?" Soal Adam.
"Kawan lama." Perlahan Adyla jawab.
"Dia ada cakap apa?" Soal Adam ingin tahu.
"Tak." Balas Adyla.
"Asal ni?" Tanya Anas yang berpaling ke belakang dan melihat riak wajah Adyla. Dia dapat rasakan Adyla menyorokkan sesuatu.
"Nothing. Dyla okey je. Abang, cepat la drive. Nanti Mak Long risau," kata Adyla sambil berpaling ke tingkap kereta.
Setelah sampai di rumah, Adyla segera membuka pintu dan keluar dari perut kereta meninggalkan mereka berdua. Pak Long yang tercegat di situ tidak ditegurnya.
"Kenapa tu?" Soal Pak Long kepada Anas.
"Entah. Mood perempuan la kot." Jawab Anas sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Pak Long menggeleng dan tersenyum.
Kemudian, Anas dan Adam mengangkat barang yang berada di dalam bonet kereta untuk diletakkan di dapur. Pak Long juga turut membantu.
TOK! TOK! TOK!
Pintu bilik diketuk oleh Mak Long.
"Dyla? Okey ke tu?" Soal Puan Amirah risau. Adyla bingkas bangun dari katil lalu membuka pintu bilik.
"Dyla okey je Mak Long. Mak Long tak payah risau."
"Habistu asal bila balik rumah tadi, Mak Long tengok kamu terburu-buru aje?"
"Takde la Mak Long. Dyla just penat. Ye la kan, mall tu besar, lepastu ramai orang. Don't worry about me, okay? I'm fine." Tipu Adyla.
"Okey. Mak Long turun dulu."
"Lepasni Dyla tolong Mak Long masak eh? Dyla nak mandi dulu." Soal Adyla. Puan Amirah mengangguk dan keluar dari bilik itu.
"Sedap mulut je cakap Abang Anas pakwe aku. Ni mesti nak kata aku playgirl. Lagipun semua ni bukan salah aku. Semua ni salah faham. Lain kali, dengar la dulu apa aku nak explain." Marahnya sambil menghumbankan mukanya ke bantal. Kemudian dia bangun dan menuju ke bilik air.
Share this novel