TC | BAB 23

Romance Completed 17878

SEMUA sudah berada di lapangan terbang untuk menghantar Raffiez dan Adyla.

"Dah cukup ke semua barang tu?" Soal Datin Amina.

"Sudah mama. Jangan risau. Dyla dah check banyak kali dah." Balas Adyla sambil memeluk lengan mamanya.

"Kamu berdua dah makan ke ni?" Soal Datin Rozie pula.

"Yes mummy. Kitorang dah breakfast awal pagi lagi." Raffiez menjawab.

"Flight pukul berapa ni?" Dato Ramzi bertanya setelah melihat jam tangan.

"Pukul 9. Dalam 10 minit lagi."

"Dah cepat lah pergi. Nanti kang tak pasal kena tinggal." Kata Datin Amina sedikit kalut.

"Okay. Kitorang pergi dulu. Nanti dah sampai sana kitorang call." Ujar Raffiez setelah bersalaman dengan semua ahli keluarga. Adyla berpelukan dengan mamanya dan mummynya.

"Take care anak mama. Jaga diri tu. Jangan susahkan Raff pula. Kesian dia." Pesan Datin Amina.

"Baik bos!"

"Raff, jaga isteri kamu baik-baik. Always together kalau nak pergi mana-mana. Jangan tinggal isteri kamu seorang diri pula. Bahaya." Pesan Datin Rozie pula. Raffiez angguk banyak kali.

"Jaga adik aku elok-elok." Pesan Adam sambil menepuk bahu Raffiez.

"Baik, bang."

"Selamat berhoneymoon!" Serentak mereka yang ada di situ sebelum pasangan romantik itu berlalu.

DALAM flight, Adyla memeluk erat tubuh Raffiez. Raffiez pula mengusap kepala Adyla.

"Sayang tidurlah. Lama lagi perjalanan kita ni."

"Tak nak. Awal lagi ni. Dyla nak tengok pemandangan tepi tingkap kejap. Pelukan dilepaskan.

"Cantiknya awan!" Laju saja dia mengambil kamera lalu menangkap beberapa keping gambar. Raffiez tersenyum melihat gelagat Adyla.

Tak sampai satu jam Adyla sudah terlentok di bahu suaminya. Raffiez ketawa kecil. Raffiez membetulkan kepala Adyla agar isterinya tidur dengan selesa.

SETELAH sampai di London, mereka menuju ke hotel yang sudah siap ditempah.

Raffiez membuka pintu apabila sudah diberi kunci dan kad.

"Sayang nak mandi ke?" Adyla angguk.

"Okay. Jom." Ajak Raffiez. Adyla angkat kening.

"Jom pergi mana?"

"Mandilah." Balas Raffiez.

"Kita mandi sekali?" Raffiez angguk.

"Mengada! Dyla nak mandi dulu lepas tu baru abang." Kata Adyla sambil mengeluarkan pakaian.

"Kenapa tak boleh pula?" Tanya Raffiez.

"Bukan tak boleh. Dyla risau kalau ada pelayan datang hantar makanan ke apa. Siapa nak buka pintu nanti?" Adyla beralasan.

"Eleh. Saja je sayang ni kan? Abang dah tempah hotel VIP la. Mana boleh pekerja dia ganggu kita. Makanan tu pula bila kita panggil baru la diorang datang. Tak sayang abang la tu." Adyla ketawa melihat muka masam Raffiez.

TOK! TOK!

Bunyi ketukan pintu dari luar mengejutkan mereka.

"Ha kan Dyla dah cakap. Abang pergilah buka pintu." Raffiez terus menghala ke pintu. Tanpa berlengah, Adyla terus berlari masuk ke dalam bilik air dan mengunci pintu. Fuh, selamat!

Setelah membuka pintu, terjengul wajah seorang pelayan lelaki membawa makanan.

"Makanan untuk tuan dan isteri. Maaf mengganggu sebab ini masakan khas yang ditaja oleh hotel ni untuk pasangan baru plus tiada dalam pakej." Kata pelayan itu. Raffiez mengangguk.

"Never mind. Thanks." Ucap Raffiez lalu membawa makanan masuk. Pintu ditutup rapat dan dikunci.

"Sayang, kita ada makanan." Kata Raffiez sebaik saja meletakkan makanan di atas meja. Dia menoleh ke belakang apabila tidak mendengar jawapan Adyla. Ternyata Adyla sudah lesap ke dalam bilik air. Dia menggeleng sambil senyum.

MEREKA berdua menuju ke tempat menarik setelah selesai menyiapkan diri.

Tempat pertama dituju ialah Hyde Park. Ia boleh dikatakan sebagai salah satu taman yang paling terkenal di London dan juga yang paling luas.

Taman yang berkeluasan 142 hektar ini dipenuhi dengan lebih daripada 4000 pokok, sebuah tasik yang besar, taman-taman bunga dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Raffiez menjadi jurukamera. Dia menangkap gambar Adyla yang menunjukkan pelbagai aksi comel.

"Indahnya datang sini kan abang? Dah lama saya teringin nak datang sini. Thank you abang dah tunaikan keinginan saya." Ucap Adyla sambil mengamati angin yang menyapa pipi.

"Anything for you, sayang." Raffiez mencium tangan Adyla.

"Lepas ni kita nak ke mana pula?" Tanya Adyla semasa berjalan.

"National Gallery." Jawab Raffiez. Adyla sudah tidak sabar!

Mereka menaiki kereta sewa untuk ke sana.

Setelah sampai, mereka masuk ke dalam. Di galeri ini terdapat lebih daripada 2300 koleksi lukisan untuk diamati keseniannya dan ini termasuklah karya daripada pelukis legend Leonardo da Vinci, Vincent van Gogh dan ramai lagi!

"Abang, cepat tangkap gambar saya dengan lukisan ni!" Raffiez menangkap beberapa keping. Lalu mereka berselfie.

"Cantiknya lukisan dekat sini!" Teruja Adyla melihat pelbagai jenis lukisan di galeri ini.

Mereka keluar setelah selesai melihat kesemua lukisan.

"Sayang, jom kita pergi makan pula. Sayang mesti lapar kan?" Adyla angguk laju. Lalu mereka menuju ke Camden Town.

Camden Town ini ialah kewujudan tempat-tempat jualan yang tiada penghujungnya. Di sini terdapat lebih daripada seribu kedai-kedai unik, gerai-gerai kecil dan kafe. Mereka singgah makan di Camden Kafe.

Mereka berdua memesan steak. Itu adalah antara menu yang paling popular di situ.

Bagi minuman pula Adyla memesan mocha manakala Raffiez latte. Mereka menjamu selera dengan ceria. Seusai kenyang, mereka singgah di masjid untuk solat Zuhur.

Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan ke Greenwich Market. Adyla yang bercadang untuk ke sini kerana ingin membeli cenderamata kepada keluarganya di Malaysia. Adyla suka sangat tempat tersebut kerana terdapat banyak kraf tangan yang asli dari London!

Adyla borong habis-habisan. Teringat pula dekat Fais. Lalu dia mengajak Raffiez untuk ke Pollock’s Toy Museum. Ia adalah gabungan muzium dan juga kedai mainan kecil yang terletak di antara dua bangunan bersejarah di London. Dengar nama muzium ini sahaja sudah dapat terasa aura klasiknya bukan?

Sememangnya di sinilah satu-satunya lokasi yang mempunyai permainan yang dimainkan kanak-kanak pada zaman Viktoria pada ketika dahulu.

Setelah siap membeli, mereka keluar dari situ.

"Abang, lepas ni pergi mana pula?" Adyla masih lagi gagah untuk berjalan.

"Kita balik hotel la. Esok kita sambung jalan-jalan lagi."

"Okay!"

****

HARI kedua pula mereka bersiar ke Covent Garden setelah bersarapan di Lumi Camden.

Covent Garden adalah sebuah tarikan yang cukup best di London. Sambil berjalan-jalan di sekitar kawasan ini mereka dapat melihat banyak pertunjukan jalanan yang kadangkala mengumpulkan sehingga 200 penonton pada satu-satu masa! Hebat bukan?

Pada malam hari, mereka bersiar ke London Eye dengan menaiki bus bertingkat. Mereka duduk di rooftop.

Kemudian mereka menaiki roda ferris yang bersaiz gergasi itu. Mereka melihat pemandangan luas di sekitar London dari atas roda ferris.

Adyla dan Raffiez tersenyum puas!

****

HARI ini merupakan hari terakhir mereka di situ. Tempat kedua terakhir yang mereka singgah adalah di Sea Life London Aquarium.

Di sini, mereka berdua dapat menerokai dunia dalam air dengan melalui laluan terowong bercermin lutsinar dikelilingi oleh akuarium.

Di dalamnya terdapat bermacam hidupan air yang berwarna-warni. Memori yang tercipta sewaktu berada di sini mustahil untuk dilupakan, cukup magikal!

Tempat terakhir pula ialah Oxford Street. Oxford Street ialah lokasi membeli-belah yang paling meriah di Eropah dan sudah semestinya yang tersibuk di London. Kebanyakan kedai yang terdapat di sini adalah butik-butik berjenama mewah.

Adyla dan Raffiez hendak membeli pakaian yang berjenama. Mereka menjadi rambang mata apabila melihat koleksi-koleksi pakaian yang ada.

Setelah puas, mereka balik ke hotel semula.

"Sayang, dah tak ada barang yang tertinggal kan? Dah check betul-betul?" Soal Raffiez di depan pintu hotel setelah menolak bagasi dan barang lain.

"Dah tak ada. Dyla dah kemas semua. All done!" Ujar Adyla dengan yakin.

"Good. Let's go." Lantas mereka keluar dari situ sambil berpimpinan tangan. Mereka menaiki flight untuk pulang ke tanah air.

"Bye London!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience