TC | BAB 31

Romance Completed 17878

PERUT Adyla terasa lapar. Dia menuju ke dapur untuk mencari makanan. Dia kemudian membuka saji namun hanya ada buah. Dia membuka peti dan ternampak bekas makanan.

"Kuey tiaw!"

Kemudian dia terus memanaskan kuey tiaw itu. Setelah selesai, dia menjamu selera.

Licin pinggannya. Adyla bangun untuk mencuci tangan dan pinggan. Setelah itu dia ke ruang tamu.

"Dyla masak apa tadi?" Tanya Aus yang sedang menonton TV.

"Panaskan kuey tiaw je. Maaflah Dyla habiskan semua sampai tak simpan dekat abang sikit sebab Dyla lapar sangat."

"Takpe. Lagipun kuey tiaw tu Raff punya. That means milik Dyla la." Kata Aus.

Adyla terbuntang mata.

"Oh yeke. Patutlah rasa tak sedap." Seloroh Adyla.

"Yeke tak sedap? Abang tengok licin je pinggan tadi." Aus bergurau.

Adyla malu sendiri lalu terus masuk bilik.

"Malu la tu." Aus ketawa kecil.

****

"DYLA, kau kena tolong aku! Iman datang rumah aku jumpa ibu ayah!" Erina mengadu kepada Adyla.

"Yeke? Berani betul Abang Iman. Nampaknya dia serious dengan hubungan korang. Bagi aku, keputusan Abang Iman tu dah betul." Jawab Adyla.

"Kau tak support member la. Sampai hati kau buat aku macam ni!" Erina merajuk.

"Aku bukan tak support kau tapi aku kenal la Abang Iman tu macam mana. Dia antara lelaki yang paling baik yang pernah aku kenal. Trust me."

"Tapi aku tak nak!" Erina tetap dengan pendiriannya.

"Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi dah. Senang cerita kau buatlah solat istikharah. Biar Allah tunjukkan kebenaran." Adyla menjelaskan kata.

"Dah ah. Malas aku cakap dengan kau. Bye!" Erina menamatkan panggilan. Dia menghela nafas berat.

"Bukannya nak tolong aku cakap dekat Iman tu yang aku tak suka dia!" Erina memberontak.

****

"HAI sayang! Buat apa tu? Tak rindu abang ke?" Sapa Raffiez dari belakang.

"Tak." Laju Adyla jawab. Raffiez ketawa kecil.

"Abang rindu sangat dekat sayang."

"Saya sibuk sekarang ni. Jangan ganggu saya." Adyla sedang melipat pakaiannya.

"Sorry. Aydan mana?"

"Dalam bilik tengah tidur." Jawab Adyla.

Raffiez mengangguk.

"Jom kita keluar nak?" Ajak Raffiez. Adyla berhenti menyapu lalu memandang Raffiez.

"Awak dengar ke buat-buat tak dengar? Saya dah cakap yang saya sibuk kan?" Adyla sudah berang dengan Raffiez.

"Kalau tak boleh harini, esok boleh?"

"Tak boleh." Jawab Adyla.

"Lusa?" Soal Raffiez lagi. Adyla mengeluh.

"Raff, please. Saya malas nak bertekak dengan awak. Awak pergi baliklah." Adyla masuk ke dalam rumah dengan wajah tegang. Raffiez menghembus nafas berat. Dia kemudiannya pulang dengan hati kecewa. Nampaknya plannya kali ini tidak menjadi.

"Kenapa layan suami macam tu?" Tegur Aus setelah Adyla masuk rumah. Langkah Adyla terhenti.

"He deserves it." Balas Adyla.

"Dia suami Dyla yang sah tau. Tak baik buat macam tu. Abang tak suka dengar Dyla bercakap macam tu dengan Raff." Aus menasihati.

"Kalau abang tak suka dengan cara Dyla, baik abang diam. Abang tak perlu masuk campur." Adyla makin marah. Dia terus masuk bilik. Aus menggeleng dengan sikap Adyla. Dia dah berubah.

****

AYDAN menangis tidak henti-henti. Adyla sudah mula risau apabila dia menyentuh dahi Aydan yang terasa panas.

Aus pula sudah bekerja. Entah bagaimana dia mahu membawa Aydan ke klinik.

Salam diberi oleh Raffiez dari luar rumah. Bunyi tangisan Aydan mengejutkannya lalu segera Raffiez masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik Adyla.

"Kenapa Aydan menangis ni sayang?" Soal Raffiez.

Muka Aydan sudah merah kerana menangis. Syukurlah Raffiez datang tepat pada waktunya. Raffiez mengambil Aydan daripada Adyla.

"Aydan demam ni. Jom kita pergi klinik." Ujar Raffiez. Adyla segera mencapai beg tangannya dan mengikuti Raffiez.

Aydan sudah lena di pangkuan Raffiez. Adyla memerhati mereka berdua dari jauh setelah keluar dari tandas. Hatinya sebak.

****

"SAYANG nak makan apa-apa tak?" Soal Raffiez setelah Adyla datang. Adyla menggeleng.

"Saya nak balik." Kata Adyla lalu berjalan ke luar diikuti Raffiez di belakang.

Seusai Adyla meletakkan Aydan di dalam bilik, Adyla menuju ke kereta Raffiez untuk mengambil beg tangan.

Kelihatan beg tangannya ada pada tangan Raffiez. Adyla mendekati Raffiez.

"Beg saya." Adyla meminta sambil menghulurkan tangannya.

"Abang nak kita macam dulu." Ujar Raffiez sambil memegang beg tangan Adyla.

"Jangan berharap." Adyla bersikap tegas sambil cuba merampas beg tangan dari tangan Raffiez.

"Abang tahu sayang still marahkan abang. Tapi percayalah demi Allah abang tak buat apa pun dengan Fasya." Terang Raffiez siap bersumpah dan mengharapkan simpati daripada Adyla.

"Enough, Raff. Saya dah tak nak dengar lagi." Balas Adyla. Raffiez mengeluh berat.

"Sayang tak kesian dekat anak kita ke?" Soal Raffiez.

"Awak yang tak kesiankan Aydan! Mana awak masa saya lahirkan Aydan? Awak tak ada, Raff! Abang Aus yang jaga saya selama ni. Awak tak pernah nak kesah pun pasal saya! Awak memang tak layak jadi ayah dan suami la Raffiez Hilman!" Adyla melepaskan semua yang terbuku.

Tengkingan Adyla mengejutkan Raffiez.

"Sayang." Raffiez mendekati Adyla lalu memeluk isterinya. Adyla menolaknya.

"Saya benci awak! Awak berambuslah dari hidup saya!" Adyla menengking Raffiez. Dia menangis tersedu-sedan lalu berlari masuk ke dalam rumah.

Raffiez terdiam. Dia tahu salahnya. Tapi alangkah baiknya jika Adyla tahu bahawa selama ni Raffiez lah yang sentiasa berada di sisinya. Namun dia tidak mampu untuk berkata-kata.

****

AUS pelik dengan kelakuan Adyla. Hampir seharian Adyla tidak bercakap. Dia banyak termenung sehinggakan Aydan terabai.

Aydan menangis namun Adyla hanya diam memandang Aydan.

"Ya Allah, kenapa Aydan menangis ni? Dyla dah bagi susu ke belum ni?" Soal Aus kerisauan.

Adyla diam.

"Adyla! Aydan lapar ni. Cepat bagi susu!" Kerah Aus.

Adyla ambil Aydan dan terus menyusu. Aus memusingkan badannya menghadap ke belakang.

"Kalau Dyla ada problem sekali pun, janganlah sampai abaikan Aydan." Kata Aus lembut.

Setelah Aus keluar dan menutup pintu, Adyla menangis. Dia seakan tersedar dari dunia nyata. Entah kenapa dirinya bersikap begitu. Dia kesal dan rasa bersalah.

"Maafkan ibu, Aydan. Ibu janji ibu akan jaga Aydan. Ibu sayang Aydan." Kata Adyla lalu mencium ubun-ubun Aydan.

****

SUDAH 4 hari Raffiez tidak datang menjenguk mereka. Adyla pula sentiasa menunggu suaminya di luar rumah namun tiada.

"Tengah tunggu siapa?" Soal Aus.

"Takdelah. Dyla saja je ambil angin luar."

"Abang ada sesuatu nak bagi ni." Kata Aus.

Adyla memandang Aus yang sedang menghulurkan sekeping sampul surat. Dia ambil dari tangan Aus.

"Surat apa ni abang?" Soal Adyla ingin tahu.

Aus hanya menjongket bahu dan terus berlalu dari situ.

Adyla membuka sampul tersebut dengan penuh tanda tanya.

Adyla mula membaca surat itu.

"Assalamualaikum bidadari, abang. Abang minta maaf sebab buat sayang sedih dan marah. Abang tahu salah abang. Abang gagal jadi suami dan ayah yang baik. Kalau sayang nak tahu, abang hampir gila bila sayang tinggalkan abang seorang diri. Setiap hari abang menangis rindukan sayang. Andai sayang tahu setiap saat abang merintih di atas sejadah memohon kepada Allah agar kita disatukan semula. Tapi sampai sekarang sayang masih tak nak abang. Abang cuba bersabar. Mungkin Allah nak abang baiki silap abang selama ni. Andai sayang tahu, abanglah yang ada dengan sayang sewaktu sayang bersalin. Abang yang azankan Aydan. Sayang ingat tak malam tu sayang sedar dan pegang tangan abang supaya abang tak pergi? Abang bersyukur sangat. Tapi disebabkan abang tak mahu sayang sedih bila tengok abang, abang terpaksa pergi untuk beberapa bulan supaya amarah sayang akan reda. Sayang tahukan abang sentiasa nak sayang bahagia. Setiap kali sayang endahkan abang di depan Aus, abang cemburu. Abang tak boleh tengok. Sayang milik abang buat selamanya dan takkan ada yang dapat gantikan tempat bidadari abang. Abang harap sayang terima abang balik. Maafkan abang untuk segalanya. Kalau dengan pemergian abang dapat membahagiakan sayang, abang sanggup. Apapun, I love you, sayang."

Raffiez.

"Abang!"

Air mata Adyla sudah lebat membasahi pipi. Setiap perkataan yang dibacanya, membuatkan hatinya diserang perasaan bersalah dan sedih. Selama ni Raffiez ada dengannya. Dia tak pernah tinggalkan mereka berdua.

'Ya Allah, ampunkan hambamu ini.' Rintih Adyla.

Hatinya kini berasa tidak sedap dan berdebar kencang.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Dyla! Raff ada dekat hospital sekarang ni! Raff kena tikam!" Kata Madihah dengan cemas.

Adyla terasa ingin pitam setelah mendengarkan hal itu. Esakannya semakin kuat. Telefonnya kini jatuh ke lantai. Aus yang ternampak terus mendekati.

"Dyla? Asal ni?" Soal Aus cemas. Lalu dia mengambil telefon Adyla.

"Hello Kak Dihah? Kenapa Dyla menangis? Apa yang berlaku?" Soal Aus. Madihah menceritakan perkara yang terjadi.

Aus menamatkan panggilan kemudian memandang Adyla.

"Dyla, sabar." Kata Aus.

"Abang, jom kita balik KL sekarang juga! Dyla nak jumpa Raff. Dyla takut jadi apa-apa dekat dia." Adyla sudah kalut.

"Okay. Dyla bersiap cepat. Abang nak call Pak Harun suruh dia jaga atok." Ujar Aus. Adyla segera masuk ke biliknya.

SESAMPAINYA mereka di hospital Kuala Lumpur, Adyla terus menuju ke wad di mana keberadaan Raffiez.

Adyla membuka pintu wad. Kelihatan semua ahli keluarganya dan Raffiez ada di situ.

"Raff!" Panggilnya lalu memeluk Raffiez sekuatnya. Raffiez masih tidak sedarkan diri.

"Abang, bangunlah!" Adyla menangis semahu-mahunya.

Yang lain memandang Adyla dengan simpati.

"Dyla, sabarlah ye. Mummy tahu Raff kuat. He'll be okay. Kita sama-sama berdoa." Pujuk Datin Rozie sambil mengusap lembut belakang menantunya.

Adyla memeluk Datin Rozie pula.

"Mummy, Dyla minta maaf. Dyla yang salah! Raff jadi macam ni sebab Dyla!" Ujar Adyla dengan rasa kesal.

"Jangan cakap macam ni. Dyla tak salah. Sekarang kita kena banyakkan berdoa supaya Raff dapat sembuh semula. Okay?" Kata Datin Rozie. Adyla mengangguk laju.

Tiba-tiba dada Raffiez turun naik dengan pantas. Semua yang ada di situ terkejut. Aus terus memanggil doktor.

"No! Abang! Don't leave me!" Adyla menggenggam erat tangan Raffiez sambil memanggilnya. Doktor datang lalu meminta semua orang keluar dari wad.

Adyla dibawa keluar. Matanya tetap melihat Raffiez yang semakin nazak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience