TC | BAB 12

Romance Completed 17878

"RAFF, macam mana dengan keputusan kamu?" Soal Datin Rozie sebaik saja Raffiez datang ke dapur untuk makan bersama-sama.

"Bagi Raff masa." Jawabnya bersahaja.

"Berapa lama masa yang kamu nak? Sebulan? Setahun?" Mummynya menghela nafas berat lalu menyambung lagi.

"Atau lepas mummy dah meninggal baru kamu nak kahwin? Macam tu ke Raff?" Ujar mummynya. Kata-kata mummynya membuat semua terkejut.

"Mummy, kenapa cakap macam tu? Tak eloklah." Kata Razzief.

"Mummy, janganlah cakap macam tu." Ujar Raffiez. Rasa bersalah pula.

"Dah tu, kahwin la. Mummy nak ada menantu dan cucu. Kamu tak sayang mummy ke Raff? Sebab tu kamu tak dengar cakap mummy?"

"No mummy. Raff cuma tak bersedia." Jawab Raffiez.

"Mati pun tak tunggu kita bersedia ke tak." Tambah mummynya biar anak lelakinya itu sedar.

"Mummy. Stop saying that." Kata Raffiez.

"Please Raff. Listen to me. Only this time. Mummy cuma mahukan yang terbaik untuk anak mummy." Rayu Datin Rozie. Disebabkan pujuk rayu mummynya, akhirnya Raffiez terpaksa mengalah.

"Okey. Kalau ni yang buat mummy happy, Raffiez akan kahwin dengan dia."

****

SETELAH Datin Rozie menelefon Datin Amina, terus sahaja Datin Amina memberitahu Adyla.

"Dyla, Raffiez dah setuju nak kahwin dengan kamu."

"Serious la mama? Siapa bagitahu?" Soal Adyla.

"Roz baru je call mama. Dia kata Raffiez setuju."

Adyla rasa macam sel-sel dalam badannya sudah tidak berfungsi. Entah nak kata apa. Macam tak percaya.

'Macam mana dia boleh setuju macam tu je? Aku punyalah pening nak kena fikir hari-hari. Tertelan ubat lipas ke apa?' Gumam Adyla di dalam hati.

"So? Dy pula macam mana?" Soal Adam yang datang dari dapur.

"Dy buntu sekarang ni!" Jawab Adyla.

"Kenapa? Pihak lelaki dah bagi green light kan? Takkan kamu nak tolak?" Kata Datin Amina.

"Ye lah tapi mama.."

"Kamu terima je lah. Zaman sekarang bukan senang tau nak cari pasangan yang boleh terima kita. Mama tak risau pun kalau kamu tak nak. Tapi mama risau kalau pihak lelaki kecil hati."

"Dyla tak tahu!" Kata Adyla sambil menekup muka.

"Jangan stress sangat. Relax la. Kalau kahwin tu niat kerana Allah, mesti tak fikir panjang dah. Terus kahwin." Kata Adam.

"Last chance! Bagi Dyla masa fikir dalam bilik kejap. Nanti Dyla bagitahu keputusan Dyla." Lalu Adyla masuk ke dalam biliknya dan fikir masak-masak. Menggeleng mamanya dan Adam.

"Please la! Aku macam tak percaya lagi ni! Mamat tu boleh terima aku? Betul ke?" Amuk Adyla dalam bilik tetapi dikawalnya. Lalu tiba-tiba dia terpandang frame orang yang sangat dirinduinya. Lalu dia pegang dan peluk frame itu.

"Papa, kalau papa ada, mesti papa dah boleh bagi semangat dekat Dyla. Dyla buntu, pa. Kalau dia ikhlas terima Dyla, Dyla akan kahwin dengan dia. Tapi kalau tak ikhlas, maknanya dia masih lagi berdendam dengan Dyla." Lama dia memeluk frame itu.

Selang beberapa minit, dia turun.

"Ha? Macam mana?" Soal Adam.

Adyla menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Okey. Dyla setuju."

****

"DYLA, cepat sikit. Raff dah sampai ni." Panggil mamanya dari ruang tamu.

Adyla bermundar-mandir di dalam biliknya.

"Macam mana ni? Raff dah sampai dah. Perlu ke aku turun? Ah! Turun je lah. Nanti tak pasal-pasal mama dan abang marah aku." Lalu Adyla mencapai beg tangannya dan menuju ke ruang tamu.

Adam memandang adiknya.

"Buat apa lama sangat kat atas tu?" Soal Adam.

"Sorry, tadi perut Dy sakit." Tipu Adyla.

"Habistu boleh pergi ke tak ni?" Soal Raffiez.

"Eh, boleh. Perut saya dah okey dah." Ujar Adyla.

"Kalau macam tu, jom. Dah lambat ni." Ajak Raffiez.

Adyla mengangguk.

"Dy pergi dulu ye, mama, abang?" Beritahu Adyla di depan pintu rumah.

"Ye. Raff, kau jaga adik aku betul-betul, okey?" Adam memberi pesanan kasih sayang.

"Baik, abang."

"Isy abang ni. Orang tau la jaga diri sendiri." Adyila mencebik.

"Baik-baik. Jangan nakal-nakal tau." Mamanya pula memesan kepada Adyla.

Adyla memuncungkan bibir. Isy mama ni macam la aku ni budak kecik. Adyla lantas menuju ke kereta Audi miliknya yang diparkir elok di garaj kereta. Lalu Raffiez menegur.

"Kenapa naik kereta tu? Awak tumpang je la kereta saya kan senang." Raffiez berpura-pura baik di depan Adam dan bakal mentuanya.

Adyla berpaling.

"Hmm..Awak okey ke kalau saya naik kereta awak?" Soal Adyla. Maklumlah kereta mahal kan, mana tau tak suka dia naik kereta tu.

"Okey jelah. Jom. Nanti sesak pulak jalan." Ajak Raffiez. Adyla tersenyum.

Adyla segera melangkah ke kereta Raffiez dan hendak duduk di seat belakang. Apabila dia mahu membuka pintu kereta, Raffiez menghalang.

"Kenapa duduk kat belakang? Duduk lah depan."

"Err...Okey." Akur Adyla. Raffiez dengan gentlenya membuka pintu untuk Adyla. Adyla hanya membiarkan.

Tanpa berlengah, Adyla masuk ke dalam perut kereta. Raffiez pula menuju ke tempat pemandu bersebelahan dengan Adyla.

Adam melambai ke arah mereka. Cermin tingkap dibuka lalu Adyla membalas lambaian itu. Setelah itu, mereka terus keluar dari rumah itu.

****

MEREKA sampai di butik pengantin tanpa perlu menghadap 'jem'. Disebabkan terlalu banyak tempahan baju pengantin di butik Adyla dan Erina, terpaksalah mereka membeli baju pengantin di kedai yang lain.

Seusai memilih baju pengantin, owner kedai itu memberi baju kepada mereka untuk dicuba. Adyla dan Raffiez masuk ke dalam bilik persalinan baju masing-masing.

Selang beberapa minit, mereka keluar.

"Macam mana? Okey tak?" Soal Adyla sambil menunjukkan bajunya.

"Cantik! Sesuai dengan you." Puji Farah, pemilik butik itu.

Gaun Adyla yang berwarna dusty blue dan dihiasi dengan mutiara beserta corak bunga menambahkan lagi keserian Adyla.

Terkesima Raffiez melihat Adyla. Dia berdehem seketika dan segera berpaling ke arah lain.

Raffiez pula kelihatan segak bergaya memakai baju kemeja putih dan kot berwarna dusty blue. Seluar juga sama.

"Raff, awak okey tak ni?" Soal Adyla.

"Okey."

"Baju tu sesuai sangat dengan awak. Segak!" Puji Adyla. Raffiez hanya senyum nipis.

"Baju dah settle, sekarang kita pilih pelamin pulak." Kata Farah. Setelah mereka berdua menyalin pakaian, mereka duduk semula di atas sofa untuk melihat pelamin.

Seusai memilih pelamin yang cantik dan menarik perhatian, mereka ke kedai cincin pula.

"Cuba pakai yang ni." Kata tuan kedai sambil memberikan cincin permata kepada Adyla. Adyla lantas memasukkan ke jarinya. Dan cincin itu betul-betul muat di jari manis Adyla. Adyla tersenyum sambil membelek tangannya.

****

"RAFF, saya masuk dalam dulu ye? Thanks for today. Bye" Adyla meminta diri untuk masuk ke dalam rumah setelah dihantar oleh Raffiez. Raffiez hanya mengangguk.

"Assalamualaikum." Adyla memberi salam apabila masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam. Macam mana? Settle dah ke semuanya?" Soal mamanya di ruang tamu sebaik sahaja Adyla membuka pintu dan memberi salam.

"Alhamdulillah. Everything's done!" Jawab Adyla sambil menyusun langkah ke ruang tamu.

"Syukur alhamdulillah. Dy okey tak ni? Dah betul-betul bersedia ke nak kahwin? Lagi 2 minggu je ni." Adam menyoal.

"Hmm...InsyaAllah bersedia."

"Dah lah. Pergi la naik atas. Mandi. Bau busuk lah." Ejek Adam setelah melepaskan pelukan.

"Sedap mulut je cakap orang busuk!" Adyla menarik rambut Adam. Adam mengaduh kesakitan. Lalu Adyla segera berlari masuk ke dalam biliknya. Adam hanya membiarkan Adyla.

'Abang harap sangat Raff boleh bahagiakan Dy, sayangi Dy dan lindungi Dy.' Getus Adam sambil senyum.

"Fuh, penatnya lari." Keluh Adyla setelah masuk ke dalam biliknya dan laju sahaja tangannya mencapai telefon bimbit untuk mendail nombor Erina.

Terus sahaja Erina menjawab panggilan Adyla.

"Dah settle ke baju pengantin kau?" Soal Erina terlebih dahulu.

"Dah. Semuanya dah. Tunggu akad nikah je." Jawab Adyla.

"Tak sangka kan? Kawan yang selalu ada dengan aku susah senang rupanya dah nak kahwin. Aku rasa sekejap je kita berkawan. Aku harap kau tak lupa aku la lepasni." Kata Erina.

"Apa kau melalut ni weh? Takkanlah aku nak lupakan kau yang selalu ada bersama aku tak kira susah senang. Aku dah anggap kau macam kakak aku dah."

"Dah lah. Tak nak aku nangis. Kang abang aku ejek aku pula. By the way, Raff mesti dah maafkan kau kan? Sebab itu dia boleh terima kau. Aku harap sangat dia layan kau dengan baik. Aku harap dia dah berubah."

"Aku pun tak pasti, Rin. Kau doakanlah untuk aku. Aku sebenarnya tak sanggup tinggalkan mama dan abang."

"Alaa. Diorang dah besar la. Pandai jaga diri. Kau tu kena bersedia. Kan dah nak jadi bini orang." Erina menasihati kawannya.

"Okey."

****

SEMINGGU sebelum majlis.

"Abang dah bagitau ke dekat semua sedara kita?" soal Adyla.

"Dah. Semuanya dah settle. Diorang akan balik sini empat hari sebelum majlis. Atok pun datang." Ujar Adam.

"Okey. Thanks abang." Jawab Adyla riang.

****

EMPAT hari sebelum majlis, saudara-mara Adyla berkumpul di rumah Datin Amina. Keluarga Paklong, keluarga Pak Uda, keluarga Pak Lang dan juga atok tidur di rumah Datin Amina.

"Macam tak percaya je kan adik kita ni dah nak kahwin?" Ujar Syailman di ruang tamu rumah. Semua sepupu Adyla ada di sana.

"Tu la. Dengan Raff pulak tu. Macam tak percaya je. Masa jumpa haritu bukan main elak." tambah Anas.

"Ish. Selalu je usik Dyla." Cebik Adyla.

"Eh, adik kita marah la." sampuk Syazran.

"Korang ni, tak habis-habis nak sakat adik aku. Korang sepatutnya bagi semangat. Nanti merajuk pula dia." Bebel Adam. Adyla ketawa mengekek melihat abang-abang sepupunya terkena bebelan Adam. Namun apabila perasan hanya Aus sahaja yang diam, Adyla menegur.

"Abang Aus asal senyap je ni?"

"Err..takde pape la." Jawab Aus. Yang lain memandang ke arah Aus. Mereka juga pelik dengan Aus yang tidak bercakap.

"Aus memang macam ni. Tapi malam ni je senyap semacam. Kau ada masalah ke weh?" soal Anas.

"Aku penat la. Aku nak naik rehat dulu. Korang borak lah ye." Aus kepenatan.

"Asal dengan Aus? Macam frust je." Ujar Syazran setelah kelibat Aus tiada.

"Tu la. Macam ada something yang dia rahsiakan dari kita." Tambah Syailman.

"Alah, tak payah sibuk la. Dia dah cakap kan dia penat." Ujar Adam.

Adyla hanya diam. Tidak tahu untuk menjawab apa. Dia sendiri tidak tahu masalah yang dihadapi oleh abang sepupunya itu.

"Tak sangkakan perempuan yang aku suka selama ni dah nak kahwin? Hm, mungkin aku dengan Dyla memang takde jodoh. Aku harap sangat bakal suami Dyla boleh jaga dia. Aku harap diorang bahagia." Gumam Aus di dalam bilik. Lalu air matanya tak semena-mena mengalir perlahan tanpa dia mahu.

"Kau okey tak bro?"

Aus segera menyeka air matanya apabila Syailman masuk ke dalam biliknya.

"Err..Aku okey." Ujar Aus.

"Kau sebenarnya suka Dyla kan?" Soal Syailman tiba-tiba.

"Apa kau merepek ni Man? Mana ada."

"Kau tak payah pura-pura la. Aku dah dengar semuanya tadi." Jelas Syailman. Sebenarnya, Syailman sudah dengar segalanya di sebalik pintu.

Aus menundukkan kepalanya.

"Aku redha Man. Aku tak letak harapan tinggi pun. Dia kan dah nak kahwin. Apa aku boleh buat? Aku tak boleh nak halang. Dia dah nak jadi milik orang lain." Ujar Aus.

"Bunga bukan sekuntum, bro. Ramai lagi yang tergila-gilakan kau. Kau je yang jual mahal." Sakat Syailman.

"Tapi Dyla lain bro. Dia tak macam perempuan lain."

Memang tidak boleh dinafikan Aus sangat mencintai Adyla dari dulu lagi. Cuma dia tidak mahu tunjuk. Takut jika Adyla akan makin jauh daripadanya.

"Sabar lah bro. Aku doakan kau agar kau dapat jodoh yang lebih baik." Syailman menenangkan Aus yang sedikit kecewa.

Walau bagaimanapun, Aus perlu terima hakikat yang jodohnya bukan dengan Adyla. Dia perlu beri sokongan kepada Adyla dan mendoakan kebahagiaan. Bukannya menambahkan lagi masalah.

"Thanks Man." Ucap Aus. Syailman mengukirkan senyuman. Selama dia kenal Aus, tidak sekali pun dia mengatakan cintanya kepada Adyla. Lambat sangat bertindak, akhirnya cinta dia dah diambil orang. Patutlah. Setiap kali Syailman melihat wajah Aus apabila Raffiez ada bersama Adyla, nampak riak cemburu di muka Aus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience