TC | BAB 14

Romance Completed 17878

MAJLIS pada hari itu berjalan dengan lancar. Tetamu pula sudah pulang ke rumah mereka setelah menjamu selera dan bergambar dengan pengantin. Saudara maranya pula hanya tinggal keluarga Pak Long dan keluarga Pak Lang. Keluarga Pak Uda pula sudah pulang ke rumah mereka dek kerana ada tetamu yang datang.
****

PADA petang itu, Adyla naik ke biliknya terlebih dahulu untuk membersihkan badannya tanpa menunggu suaminya kerana badannya terasa melekit dan berpeluh.

Seusai mandi, Adyla mengeringkan rambutnya. Setelah itu, dia menyisir rambut lalu duduk di birai katil sambil bermain phone. Terdapat banyak mesej yang dihantar oleh rakan-rakannya. Mereka semua mengucapkan tahniah. Adyla membalas mesej tersebut sambil tersenyum.

Sementara itu, Raffiez berada di luar rumah dan sedang berbual-bual dengan Pak Long dan Pak Lang. Setelah itu, dia meminta izin untuk naik ke bilik. Lantas, mencari kelibat Adyla.

"Abang. Dyla mana?" Soal Raffiez kepada Adam yang sedang berbual-bual dengan sepupunya.

"Tadi dia kata nak mandi. Ada dalam bilik la kot." Belum sempat Adam menjawab, Aus mencelah.

"Ouh yeke? Kalau camtu Raff naik dulu." Adam mengangguk lalu terus menuju ke bilik Adyla.

Raffiez menguak pintu bilik. Terkejut Adyla apabila Raffiez manapak masuk ke dalam biliknya. Raffiez hairan melihatkan reaksi Adyla.

"Kenapa?" Soal Raffiez.

"Awak tu dah kenapa masuk tak ketuk pintu? Terkejut saya." Ujar Adyla.

Raffiez memandang tepat ke anak mata Adyla ditambah dengan wajah dinginnya. Sungguh wajahnya sekarang lain daripada dulu. Dulu dialah orang yang paling gembira dan ceria.

"Er.. Awak tak nak mandi ke?" Soal Adyla apabila melihat Raffiez masih memakai baju pengantin.

"Nak mandi la ni." Jawab Raffiez sambil membuka jam tangan lalu diletakkan di atas meja.

"Ok kejap. Saya ambilkan tuala awak." Lalu Adyla segera membuka beg pakaian suaminya tanpa disuruh.

"Eh, siapa suruh kau buka beg aku sesuka hati? Tepilah, aku boleh ambil sendiri." Raffiez segera mengambil beg pakaiannya. Adyla terkilan dengan layanan itu.

"Sorry awak." Ucap Adyla sambil menyelak rambutnya ke telinga dan menunduk.

"Ingat, kau jangan main buka je barang aku tanpa keizinan aku. Aku tak suka." Raffiez memberi amaran.

"Ok awak. Lain kali saya akan minta izin awak dulu." Kata Adyla.

Lalu Raffiez melangkah masuk ke dalam bilik air dengan geram.

"Dah nikah tapi dia masih ber'aku-kau' dengan aku?" gumam Adyla sedikit hampa.

TOK! TOK! TOK!

Pintu diketuk dari luar. Adyla segera membuka pintu biliknya dan terjengul wajah Adam di depan pintu.

"Asal bang?" Soal Adyla.

"Jomlah turun makan. Semua orang dah ada kat dapur tengah tunggu Dy dan Raff." ajak Adam.

"Ok abang. Tapi Dy nak tunggu Raff. Abang makan la dulu. Lepasni kami turun." ujar Adyla.

"Ouh okay. Kalau macam tu abang turun dulu." Adyla mengangguk lalu Adam terus menuju ke dapur.

Seusai Raffiez mandi, dia keluar dari bilik air.

"Kau cakap dengan siapa tadi?" Soalnya.

"Abang Adam. Dia ajak makan." Kata Adyla. Dia terpanar setelah berpaling memandang Raffiez yang kini hanya bertuala.

"Dah kenapa tengok aku macam tu?" Soal Raffiez.

"Err.. Takde pape." Jawab Adyla lalu mengalihkan pandangan ke arah lain. Raffiez mendekatinya. Jarak mereka kini hanya beberapa inci.

"Kau ingat aku nak goda kau ke? Aku tak ingin pun lah." Kata Raffiez dengan perlahan. Sakit hati Adyla setelah mendengarkan kata-kata suaminya itu. Dia menjauhi Raffiez.

Setelah siap, mereka melangkah ke dapur.

"Dyla, Raff. Duduklah. Kita makan sama-sama." Pelawa mama mereka berdua. Mereka berdua mengangguk dan duduk di kerusi kosong.

"Makanlah Raff. Macam-macam lauk ada." Kata mak mentuanya.

"Okey mama." Raffiez mengukir senyum.

****

JAM di dinding menunjukkan pukul 11 malam, Adyla masih lagi berada di dapur sedang minum air. Lalu Aus datang.

"Dyla tak tidur lagi?" Soalnya. Dalam masa yang sama, Raffiez turun untuk mencari Adyla yang masih berada di bawah.

"Belum lagi, abang. Dyla haus. Abang nak air ke? Dyla tolong buatkan." Tanya Adyla.

"Takpelah."

"Abang pulak kenapa tak tidur lagi?" Soal Adyla pula.

"Abang pun haus." Ujar Aus sambil membancuh kopi. Adyla tersenyum nipis.

"Dah malam ni. Pergilah tidur." Ujar Aus.

"Ok abang. Dyla naik dulu." Adyla meninggalkan Aus di situ. Raffiez menggumpal penumbuk.

'Sempat lagi kau ya?' Lalu dia terus menuju ke biliknya.

Adyla mengeluh berat sebelum membuka pintu biliknya.

"Asal perangai dia tak macam dulu? Takkanlah dia masih marahkan aku? Kalau tak suka, kenapa sudi kahwin dengan aku?" Gumamnya dalam hati. Lalu dia menguak pintu itu.

Kelihatan Raffiez sedang ralit dengan telefonnya.

Adyla terus masuk ke dalam bilik air untuk menggosok gigi dan membasuh muka serta kaki sebelum tidur kemudian barulah dia menuju ke katil.

"Kau pergi mana tadi?" Soal Raffiez tanpa memandang Adyla.

"Saya minum air dekat dapur. Dahaga." Jawab Adyla sambil menarik selimut untuk menutupi badannya kerana kesejukan.

"Asal lama?" Soalnya lagi.

"Sebab..." Belum sempat dia menjawab, Raffiez terus potong.

"Sebab kau nak berdua-duaan dengan Abang Aus kau tu kan?" Ujar Raffiez yang masih ralit memandang skrin telefonnya tanpa memikirkan perasaan Adyla.

"Hah? Apa awak cakap ni ? Mana ada la. Dia ke dapur sebab dia pun haus. Kenapa awak cakap saya nak berdua-duaan dengan dia pula? Saya sedar lah diri saya siapa." Adyla beranikan diri walaupun dia tahu Raffiez akan memarahinya.

"Kau tak payah berdalih la. Dengar sini. Aku tak hadap sangat dengan kau. Aku kahwin pun sebab tak nak tengok mummy sedih. Kau tu tak layak pun jadi isteri aku." Terlalu pedih hati Adyla mendengarkan kata-kata Raffiez. Dia cuba menahan air mata dari keluar.

"Tak payah nak serabutkan kepala la fikir macam mana aku boleh terima kau. Aku bukan kahwin dengan kau atas dasar cinta. Tapi sebab mummy. Dah lah aku penat. Baik aku tidur daripada layan kau." Ujar Raffiez lalu menarik selimut kemudian melelapkan mata.

Menitis air mata Adyla kerana tidak dapat menahan rasa sebak di dada. Dia sendiri tidak tahu mengapa Raffiez melayannya begitu. Sangkanya Raffiez akan melayannya dengan baik. Memang sah dia masih tak tahu perkara sebenar.

Raffiez tidur membelakangi Adyla. Lalu Raffiez membuka matanya.

Dia terpaksa melayan Adyla begitu untuk memberi Adyla pengajaran. Dia sebenarnya tidak mahu membuat Adyla sedih. Tapi dia masih tidak boleh melupakan kejadian dulu. Dan akan terus menyiksa hati Adyla supaya Adyla rasa macam mana sakitnya hati dia bila dicurangi dulu. Dia tekad untuk tidak mudah jatuh cinta walaupun sudah kahwin.

****

"DY tengah cari siapa tu?" Tanya Adam setelah melihat figura milik adiknya menuju ke dapur sambil mata melilau mencari seseorang.

"Abang, mana suami Dy? Takde pun dalam bilik." Soalnya.

"Raff pergi ikut Pak Lang, Pak Long dan atok. Mereka makan dekat luar. Bukan ke tadi Raff dah bagitau Dy yang dia nak keluar?"

"Eh. Dy lupa la. Penat sangat semalam."

"Dyla, makan la dulu." Ajak mamanya. Mak Long, Mak Lang, Anas dan Aus juga sedang menikmati sarapan pagi.

"Ok mama."

"Tapi kenapa abang-abang Dyla ni semua tak ikut sekali?" Soal Adyla sambil memandang ketiga-tiga jejaka yang ada.

"Diorang ajak Raff je. Kami berempat tak boleh ikut." cebik Anas.

"Ala kamu ni. Biar jela diorang nak spend time dengan Raffiez. Takkan kamu nak cemburu pulak?" Kata Mak Lang.

"Anas gurau je la Mak Lang." Ujar Anas.

"Dyla, kenapa tak makan?" Soal mamanya apabila melihat Adyla termenung dan masih tidak menjamah makanan.

Lamunan Adyla tersentak. Laju sahaja dia memandang wajah mamanya lalu tersenyum.

"Takde apa la mama." Balas Adyla.

"Dyla okey tak ni? Abang nampak mata Dyla bengkak sikit. Muka pun sembab." Soal Aus prihatin.

"Dyla okey je bang. Dyla penat sikit. Tak payah la risau eh?" balas Adyla yang tidak mahu keluarga mereka risau.

Aus hanya mengangguk walaupun dia tahu Adyla menyorokkan sesuatu.

Mereka menjamu sarapan pagi dengan nasi lemak dan teh panas. Berselera pula Adyla pada pagi itu walaupun hatinya sedih.

****

"RAFF, kamu dah ada rumah sendiri ke?" Soal mamanya di ruang tamu setelah mereka berempat pulang dan semua berkumpul di situ.

"Dah, mama. Rumah tu takdelah jauh sangat dari sini." Balas Raffiez.

"Dah fikir dah nak duduk sana bila?" soal Mak Long pula.

"Dah. Lepas duduk rumah mummy daddy, kitorang akan pindah sana." Balas Raffiez.

Adyla hanya mendengar. Sesekali dia tersenyum. Dia masih bernasib baik kerana Raffiez melayan keluarganya dengan baik.

"Baguslah kalau macam tu. Ada privacy untuk kamu berdua. Mama harap korang boleh urus rumah tangga dengan baik." Nasihat Datin Amina.

"Insya Allah, mama." Serentak mereka berdua.

"Lepasni tak boleh dah la kitorang nak spend time dengan Dyla. Sibuk memanjang." Ujar Syazran dengan bermuka acah-acah sedih.

"Ish, kamu ni. Dyla kan dah kahwin. Kena la ikut suami dia. Dia bukan anak dara lagi. Mana boleh keluar dengan korang dah. Tu la, umi suruh kahwin, taknak. Cakap muda lagi la apa la. Kamu tu dah tua. umi dan abah teringin ada cucu." Bebel Mak Long.

Adyla ketawa riang. Sungguh dia akan rindu gelak tawa bersama keluarganya kerana dia tahu lepasni dia akan hidup dalam kesedihan bersama suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience