"PINN !!!
"Ya Allah!"
Matanya terasa kabur dan badan terasa lemah longlai. Darah pula tidak henti-henti mengalir keluar. Orang ramai berkerumun dan terkejut melihat sekujur tubuh terbaring di atas jalan.
"Cik! Bangun! Stay awake, please!"
Dia cuba untuk membuka mata setelah mendengar suara itu namun akhirnya dunia berubah menjadi gelap gelita sekelip mata.
****
"DAH lama aku tak jumpa Dyla. Rindu pulak rasanya nak borak dengan dia. Harap dia baik-baik je. Better aku call dia tanya khabar," gumam Erina sendiri yang merindui kawan baiknya itu. Mereka berdua sudah lama tidak berjumpa dek kerana mendapat universiti yang tidak sama. Lalu Erina segera mendail nombor Adyla. Panggilan disambut.
"Hello? Sorry. Dyla ada dekat hospital sekarang ni." Belum sempat Erina bertanya, Adam pantas berkata. Riak wajah Erina berubah risau.
"Hah? Dyla sakit apa?" Kalut Erina bertanya.
"Dia accident." Balas Adam sambil menunggu di luar wad.
"Ya Allah! Kejap. Erin bersiap nak ke sana." Kata Erina.
"It's okay, Erin. Abang ada. Erin tolong doakan Dyla semoga cepat sembuh ye?"
"Hmm okay abang. Tapi kalau ada apa-apa call Erin tau?" Pesan Erina.
"Okey, Erin. InsyaAllah." Balas Adam lalu menamatkan panggilan.
Lalu Erina memberitahu kawan-kawannya tentang keberadaan Adyla melalui aplikasi WhatsApp. Semua kawan lamanya berasa risau. Tetapi hanya seorang sahaja lelaki yang tidak membalas mesej tersebut. Dia hanya membaca iaitu Raffiez.
****
ADYLA sedang dirawat oleh doktor. Adam pula sedang setia menunggu di luar wad bersama dengan Syailman. Mama dan papanya pula tidak dapat datang kerana mereka kini berada di Pahang atas urusan penting. Mereka sangat risau dan ingin pulang tetapi Adam memberitahu mereka dia boleh jaga Adyla.
Pening kepala SyaiIman apabila melihat Adam yang asyik bermundar-mandir di depan wad itu.
"Bro. Boleh tak kau duduk diam? Serabut la aku tengok. Dyla kan tengah dirawat tu. Sabar la sikit. Aku yakin Dyla akan okey." Ujar SyaiIman menenangkan Adam.
Lalu Adam duduk di atas kerusi bersebelahan dengan SyaiIman dan bersuara. "Aku tak boleh la, Man. Aku risau kalau apa-apa jadi dekat adik aku." Cemas Adam.
"Ye, aku tahu. InsyaAllah Dyla akan okey. Trust me," beritahu Syailman.
Adam menghembus nafas beratnya.
Selepas 2 jam menunggu, doktor pun keluar dari wad.
"Doktor, adik saya macam mana?" Soal Adam yang cemas.
"Cik Adyla kehilangan banyak darah. Mujurlah darah yang dibekalkan cukup untuknya. Alhamdulillah keadaan dia dah stabil cuma dia masih tak sedarkan diri." Kata Doktor Hanif.
Adam terkejut pada mulanya dan apabila doktor menghabiskan kata, dia juga turut bersyukur.
"Boleh saya masuk?" Soal Adam.
"Boleh. Silakan. Saya pergi dulu." Balas doktor itu.
"Okay, doktor. Terima kasih."
"Dy, kenapa sampai jadi macam ni?" Adam menyoal sambil mengelus lembut kepala Adyla yang berbalut.
Syailman memandang Adam yang nampak lemah.
"Dam, jangan tanya lagi. Dyla masih tak sedar. Dah, jom aku hantar kau balik." Kata Syailman yang mengerti perasaan sepupunya itu cuba memujuk.
"No. Aku nak teman dia. Kalau kau nak balik, pergilah." Bantah Adam dan berdegil.
"Dam, kau kan baru je balik dari pejabat. Baju kau tu dari pagi tadi lagi. At least kau bersihkan diri dulu. Esok kita datang lagi." Syailman pujuknya lagi. Walaupun dia lagi muda daripada Adam, tapi Adam bersikap seperti kanak-kanak. Tidak mendengar kata.
Setelah jenuh berfikir, Adam akhirnya akur.
"Esok abang datang ya." Pesan Adam kepada Adyla yang masih tidur.
****
SUDAH 5 hari Adyla terbaring di atas katil. Masih tidak sedarkan diri. Mama dan papanya akan pulang pada esok hari memandangkan kerja sudah selesai.
Adam sedang terlelap di sisi Adyla. Setiap hari dia datang untuk menjaga adiknya. Setiap hari juga dia berdoa supaya Adyla sedar. Namun apa yang diharapkan olehnya masih tidak dikabulkan.
Ada juga saudara-mara yang datang melawat Adyla di sini. Mereka juga sentiasa menitip doa dan memberi semangat kepada Adam agar tidak lemah di depan Adyla.
"Anak papa, bangunlah." Kejut Zafri iaitu papanya.
"Papa? Kita dekat mana ni?" Soal Adyla.
"Bangunlah. Semua orang nak tengok Dyla sihat. Papa kena pergi dulu." Kata Zafri yang semakin menjauhi Adyla sehinggalah bayangnya hilang dari pandangan.
"Papa! Jangan tinggalkan Dyla seorang di sini. Dyla takut, pa! Papa!" Teriakan Adyla hanya sia-sia. Zafri terus lesap tanpa membawanya.
BEEP! BEEP!
Adam terjaga apabila mendengar mesin yang tiba-tiba berbunyi. Dia melihat Adyla bernafas laju. Air mata Adyla juga mengalir deras membuatkan Adam cemas. Dengan segera dia memanggil doktor.
"Adam, tunggu di luar dulu."
Adam sangat risau dengan apa yang berlaku tadi. Hatinya gusar. Akankah adiknya baik-baik saja? Dalam masa yang sama, dia berdoa agar Adyla okay dan selamat.
Setengah jam menunggu akhirnya Adam dipanggil masuk ke dalam. Doktor memberitahunya bahawa Adyla telah sedar dan keadaannya lebih stabil.
Adam memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi. Berkat doa semua orang, akhirnya Adyla kembali sedar.
"Abang?" Panggil Adyla dengan lemah. Namun jelas kedengaran di telinga Adam.
"Ye Dy? Nak apa?"
"Papa mana?" Soalnya ingin tahu.
"Papa dan mama ada dekat Pahang lagi. Esok diorang balik. Jangan risau okay?" Jawab Adam dengan lembut.
"Dy nak air? Ke nak makan?" Soal Adam.
Adyla menggeleng. Dia termenung ke siling. Mimpi yang datang menyinggah tadi masih segar dalam ingatan. Kenapa papa dia pergi? Ya Allah, lindungilah mereka.
"Esok Dy dah boleh balik. So, lepas ni kena makan ubat tau? Tapi sebelum tu, abang nak bagi Dy makan bubur dulu buat alas perut."
Adyla mengangguk. Teringatkan mimpinya tadi, membuatkan seleranya mati. Namun dia paksakan diri untuk makan. Kesian pula tengok Adam yang nampak keletihan.
'Mesti penat jaga aku.' Bisik hati kecil Adyla.
Stay tuned tau!!
Share this novel