RAFFIEZ memandang Adyla yang ralit membelek Iphonenya di atas sofa.
"Busynya sayang. Tengah chat siapa tu?" Soal Raffiez.
"Takdelah. Tengah chat kawan-kawan je." Balas Adyla sambil mata masih memandang skrin.
"Dengan abang tak nak chat ke?"
Adyla menoleh ke arah Raffiez. Raffiez mencebikka bibir. Adyla ketawa kecil. Dia tahu suaminya bosan. Lalu dia menutup Iphonenya kemudian naik ke atas katil.
Tangannya digenggam oleh Raffiez.
"Kenapa muka sayang nampak lain?" Ujar Raffiez sambil meneliti wajah Adyla.
"Lain yang macam mana?"
"Makin cantik." Puji Raffiez. Adyla tersenyum.
"Puji sayang macam ni mesti nak apa-apa kan?" Tanya Adyla. Raffiez tergelak.
"Nak sayang." Balas Raffiez sambil kenyit mata.
"Mengada!" Adyla menampar lembut tangan Raffiez.
"Tak sayang abang la tu sampai pukul abang." Kata Raffiez dalam nada dibuat-dibuat.
"Alolo. Kesiannya suami saya ni. Sorry abang, sayang tak sengaja." Adyla minta maaf sambil mendekatkan dahinya ke tangan Raffiez.
"Sebagai denda, sayang kena kiss abang banyak-banyak." Ujar Raffiez. Adyla sudah tayang muka tak puas hati. Tepuk sikit je pun tapi minta banyak?
"Kalau sayang tak nak?" Gertak Adyla. Raffiez sudah senyum nakal.
"Oh, tak nak ye..." Raffiez menggeletek perut Adyla sehingga Adyla ketawa mengekek.
"Hahahah! Abang! Dah! Geli la!" Kata Adyla dalam ketawa. Raffiez berhenti menggeletek. Adyla menarik nafas dan hembus nafas. Penat!
"Cepat! Kiss abang." Arah Raffiez. Adyla mencebikkan bibir.
Tiba-tiba...
"Ah! Abang! Tolong!" Tempik Adyla sambil menggenggam jarinya. Raffiez mula risau.
"Sayang? Kenapa ni? Sini abang tengok." Kata Raffiez.
"Nah! Saranghae!" Adyla membuat 'mini love' kepada Raffiez. Raffiez ketawa kecil.
"Pandai dia ni. Saja je kan tak nak buat apa yang abang suruh?" Kata Raffiez. Adyla menguap.
"Abang, sayang rasa mengantuklah. Jom tidur." Ajak Adyla sambil menarik selimut.
"Eh, awal lagi la sayang. Baru pukul 10."
"Kita kena tidur awal supaya tubuh kita sihat and cergas." Jawab Adyla.
"Hurm yelah. Jom." Raffiez tidur membelakangi Adyla. Dia seperti merajuk kerana keinginannya tidak tercapai. Adyla sengih.
"Abang, merajuk ke tu?" Tegur Adyla. Raffiez diam. Sengaja mahu protes!
Adyla mendongakkan kepalanya. Mata Raffiez sudah tertutup.
"Good night, abang. I love you." Bisik Adyla perlahan di tepi telinga Raffiez. Kemudian Adyla menghadiahkan beberapa ciuman di wajah Raffiez. Raffiez senyum lebar.
Lalu dia memusingkan badannya menghadap Adyla.
"Tadi bukan main jual mahal dengan abang lepastu kiss tiba-tiba. Pandai eh? Siapa ajar ni?"
Adyla ketawa kecil.
"Takde siapa pun. Isteri abang kan seorang yang sweet?" Balas Adyla sambil senyum. Raffiez turut senyum.
Lalu Aydan menangis kuat. Adyla bingkas bangun lalu mendapatkan anaknya.
"Anak ibu, jangan nangis. Ibu ada ni." Pujuk Adyla lalu Aydan dibawa ke atas katil mereka.
Adyla lantas menyusukan Aydan. Namun sepertinya tiada susu yang keluar. Aydan makin kuat menangis.
"Kenapa sayang?" Soal Raffiez.
"Susu sayang dah kering agaknya. Kesian Aydan." Jawab Adyla.
"Mari abang urutkan dada sayang. Mana tahu keluar." Ujar Raffiez. Adyla membenarkan. Raffiez mengurut kedua-dua belah dada Adyla.
"Cuba sayang bagi Aydan susu."
Tanpa berlengah, Adyla segera menyusukannya.
"Eh, ada keluarlah. Banyak pulak tu. Pandai abang urut."
"Alhamdulillah. Mujurlah tapi nampaknya lepasni Aydan kena start minum susu botol la." Kata Raffiez.
"Betul tu."
Selang beberapa minit, Aydan ketiduran. Raffiez mendukung Aydan lalu meletakkannya di katil Aydan sendiri.
"Good night, anak Ayah." Ucapnya lalu mencium ubun-ubun Aydan. Adyla senyum bahagia. Kemudian Raffiez naik ke katil semula.
"Jom, kita tidur." Ajak Raffiez. Adyla mula berbaring sambil mata menghadap ke siling.
Raffiez memandang Adyla yang jauh termenung.
"Sayang tengah fikir apa?" Soal Raffiez.
"Rindu papa." Balas Adyla lembut. Raffiez senyum. Dia faham perasaan isterinya kini.
"Kalau rindu, sayang kena banyak berdoa untuk papa. Selalu sedekahkan Al-Fatihah untuk dia. Barulah arwah tenang dekat sana." Pesan Raffiez. Adyla angguk laju. Tak semena-mena air mata hangat mengalir perlahan.
"Jangan menangis, sayang. Walaupun papa dah pergi tinggalkan kita, tapi papa dekat dengan hati kita." Kata Raffiez memujuk. Adyla memeluk pinggang Raffiez erat.
Dia bersyukur kerana dianugerahkan seorang suami yang memahami dirinya dan sentiasa menasihatinya.
Raffiez mengusap kepala Adyla dengan lembut. Dia tahu tanggungjawabnya besar terhadap keluarga ini. Oleh itu, penting baginya untuk sentiasa menjaga hati dan perasaan wanita yang bergelar isterinya ini.
****
"ABANG, jom pergi rumah umi." Ajak Erina.
Syailman kini sedang membelek Iphonenya lalu memandang isterinya.
"Buat apa?" Soal Syailman.
"Saja. Rindu diorang. Jomlah abang." Erina mengoncangkan lengan Raffiez. Syailman ketawa kecil melihat kecomelan Erina.
"Ye ye. Jom. Pergi siap cepat abang tunggu."
"Okay!" Erina segera masuk ke dalam bilik untuk bersiap.
"UMI!" Sapa Erina yang teruja.
"Eh, menantu umi! Tak cakap pun nak datang?" Soal Datin Amna.
"Ala Rin sengaja tak nak bagitahu. Barulah surprise kan?" Jelas Erina.
"Menantu umi ni rindu sangat dekat umi. Sebab tu ajak Iman datang sini." Celah Syailman. Umi senyum lebar.
"Hai rindu umi je? Abah tak rindu?" Tegur Dato' Husin.
"Mestilah rindu bah. Abah sihat?" Soal Erina lalu menyalami bapa mentuanya. Diikuti Syailman.
"Abah macam nilah. Sakit orang tua. Kamu yang muda kena sentiasa jaga kesihatan supaya nanti bila dah berusia, kurang dapat penyakit." Pesan abah.
"Betul tu. Sebab tu abah beruntung dapat anak macam Abang Iman ni. Sentiasa jaga makan minum Rin." Puji Erina. Mereka ketawa kecil.
"Baguslah kalau macam tu. Suami ni ibarat doktor. Sentiasa mengutamakan kesihatan isteri dan merawat bila sakit." Tambah abah. Erina mengangguk tanda setuju.
"Kalau bagitahu nak datang, boleh umi masak lebih tadi." Ujar umi.
"Ala takpelah umi. Kitorang dah breakfast tadi." Erina menjelaskan kata.
"Siapa datang tu, umi?" Soal Marsya yang baru saja keluar dari bilik. Erina terkejut dengan kehadiran Marsya.
"Ni ha. Anak dan menantu umi. Datang melawat sebab rindu katanya." Balas umi.
"Oh, hai abang!" Tegur Marsya dengan memaniskan muka. Syailman hanya senyum senipis kulit bawang.
"Sya buat apa dekat sini?" Soal Syailman sekadar menegur.
"Sya tidur sini for a few days sebab rumah Sya sekarang ada orang tengah baiki paip yang bocor."
Syailman angguk faham.
"Abah dengan abang nak air tak? Rin boleh buatkan." Pelawa Erina.
"Eh, takpelah. Biar Sya yang buatkan. Korang kan tetamu? So let me do that."
Erina pandang Marsya. Marsya senyum sebelum menghala ke dapur.
Selang beberapa ketika, Marsya datang.
"Jemputlah minum." Kata Marsya sambil menuangkan air teh panas ke dalam cawan. Mereka mengambil secawan teh lalu hirup perlahan.
"Terima kasih, Sya." Ucap Syailman. Marsya senyum lebar.
"Anything for you." Balas Marsya. Erina berasa menyampah.
SYAILMAN masuk ke biliknya. Kemudian dia membuka sliding door. Dia melihat pemandangan indah di pagi hari. Sangat menyenangkan.
Tiba-tiba Marsya datang dari belakang lalu mencuit bahunya. Syailman terperanjat.
"Kenapa Sya masuk bilik abang? Kalau Erin nampak macam mana?" Tanya Syailman yang sudah risau.
"Abang bahagia ke dengan life sekarang?" Soal Marsya yang mengendahkan pertanyaan Syailman.
"Sangat! Kenapa Sya tanya?" Balas Syailman.
"Hurm, Sya ingat abang masih sayangkan Sya. Tapi bila tahu abang dah kahwin, hati Sya sakit tahu tak." Marsya berkata dalam sebak.
"Sya, jodoh ni ketentuan Allah. Siapa kita nak halang? Mungkin Allah nak hadirkan seseorang yang lagi baik daripada abang? Who knows? Sya kena yakin dan always berdoa." Kata Syailman berselit nasihat.
Marsya tunduk setelah mengeluh kecil.
"Tapi Sya sayangkan abang. Kenapa abang pilih dia? Selama ni Sya tunggu je abang masuk meminang Sya. But end up abang kahwin dengan orang lain."
"Sorry, Sya. Abang memang takde hati dekat Sya. Sifat Sya tak sama dengan Erina. Abang harap Sya faham dan terima kenyataan."
"Sya tetap nak abang! Please, abang. Sya nak hidup dengan abang. Sya sanggup bermadu dengan Erina tu. Abang still ingatkan kita pernah bahagia dulu?" Marsya mendesak Syailman. Syailman sudah geram.
"Please lah Sya! Tolonglah faham! Abang takkan sesekali duakan Erina. Dia terlalu baik untuk abang. Kalau Sya dekat tempat dia, mesti Sya takkan bagi suami Sya kahwin lagi kan?"
Marsya memegang lengan Syailman tiba-tiba. Dia seperti merayu.
"Abang..."
Cepat-cepat Syailman menepis.
"No! Kita bukan mahram! Jangan buat kerja gila Sya!" Marah Syailman lalu dia keluar dari bilik.
"Sayang, jom balik." Ajak Syailman dengan muka menahan geram.
"Nak balik dah? Awalnya. Sayang baru nak memasak dengan umi." Kata Erina yang sedang memotong lobak merah.
"Takpe. Lain kali kita datang lagi. Umi, kitorang balik dulu ye? Iman ada kerja sikit nak kena buat." Pinta Syailman lalu menyalami uminya. Erina mencuci tangannya kemudian menyalami umi.
"Ha yelah. Hati-hati bawa kereta tu." Pesan umi.
"Bye, umi. Nanti kita jumpa lagi." Kata Erina sebelum pergi. Umi mengangguk lalu memeluk Erina.
Dalam kereta, Syailman hanya diam. Erina berasa hairan.
"Kenapa abang diam je ni?" Soal Erina.
"Takde apalah. Abang okay je."
"Abang kena pergi kerja ke lepasni? Bukan ke bos bagi cuti?"
"Sebenarnya abang takde kerja pun. Abang sengaja nak balik sebab tak nak tengok muka Marsya tu." Jujur Syailman. Erina mengangguk. Patutlah senyap semacam.
"Habis tu kita nak balik la ni?" Soal Erina.
"Tak. Abang nak bawa sayang pergi satu tempat ni. Best tau! Mesti sayang suka." Kata Syailman yang kini sudah tersenyum. Erina sudah tidak sabar hendak ke sana.
****
ADYLA sedang ralit memasak di dapur. Raffiez terus menerpanya lalu memeluk pinggang ramping isterinya. Dagunya pula diletakkan di bahu Adyla. Adyla senyum sambil menggoreng.
"Sayang masak apa ni?" Soalnya.
"Masak ayam paprik. Abang suka kan?"
"Semua abang suka. Tolak batu dengan kayu je."
Mereka ketawa kecil.
"Nak abang tolong?"
"Takpelah. Abang tolong tengok je. Sayang dah nak siap ni." Balas Adyla.
"Tak nak. Abang nak tolong juga. Hurm abang nak buat air lah. Sayang nak air apa?" Tanya Raffiez.
"Airrlove you." Gurau Adyla. Raffiez ketawa.
"Betul-betullah sayang.."
"Hurm ikutlah nak buat air apa. Sayang minum je semua."
"Okay."
Raffiez kemudiannya menuju ke tempat lain untuk membuat air.
Setelah selesai memasak, Adyla hidang di atas meja.
"Abang, dah siap! Jom makan!" Laung Adyla. Raffiez yang berada di tingkat atas terus turun ke bawah.
"Wah, nampak sedap. Kalau makan ni lagi sedap!" Kata Raffiez sambil menarik kerusi untuk duduk.
"Sayang masak simple je harini." Kata Adyla.
"Takpelah. Abang tak kesah pun. Asalkan perut kenyang."
"Abang makanlah dulu. Sayang nak tengok Aydan."
"No need, sayang. Aydan masih tidur lagi. Abang dah pergi tengok dia."
Adyla kembali duduk.
"Sedapnya sayang! Kalau hari-hari makan lauk ni pun takpe. Tak jemu!" Puji Raffiez setelah menelan nasi. Adyla senyum. Suka dia tengok Raffiez makan.
"Abang tak kerja kan harini?"
Raffiez menggeleng.
"Apa kata kita pergi kubur papa? Dah lama sayang tak ke sana." Kata Adyla.
"Hurm, boleh juga. Lepas asar kita pergi."
Adyla angguk.
****
AUS dan atok datang ke Kuala Lumpur dan menginap di rumah ibu dan walidnya.
Aus kemudiannya singgah di klinik untuk membeli ubat atok.
Sedang Amelin berjalan sepanjang di belakang kereta, dia diragut.
"Lepaslah! Tolong!" Tempiknya.
Aus yang sedang berjalan, terdengar jeritan itu lalu terus berlari ke arahnya.
"Woi! Berani kau!" Aus menjerkah peragut itu. Peragut itu terus menolak Amelin hingga jatuh. Malangnya beg Amelin telah dirampas oleh peragut itu. Aus ingin mengejar namun dihalang oleh Amelin.
"Tapi tu beg awak. Mesti ada barang penting."
"Takpe. Dalam beg tu takde pun barang yang penting. Cuma ada telekung dan Al-Quran je." Kata Amelin yang baru bangun. Dia menggosok tangannya yang sedikit kotor dan luka.
"Awak okay tak? Tangan awak berdarah tu. Jom kita ke klinik." Ujar Aus yang prihatin.
"Eh takpe. Sikit je ni. Saya balik nanti saya sapu ubat sendiri. Awak jangan risau la." Balas Amelin.
Aus menyeluk poketnya dan terjumpa pembalut luka. Terus dia tampal pada tangan Amelin yang sedikit berdarah itu. Amelin terharu. Baiknya lelaki ini. Hatinya semakin berbunga!
"Thank you, awak."
"Small matter. Awak balik dengan apa?"
"Dengan motor. Saya baru habis kelas agama. Awak pula?"
"Saya baru je singgah beli ubat dekat atok."
Amelin mengangguk faham.
"Okaylah. Saya nak balik dah. Kirim salam dekat atok awak." Pesan Amelin. Aus tersenyum.
"InsyaAllah. Hati-hati bawa motor." Aus turut berpesan.
"Okay."
"Kim, ibu nak cakap sikit ni." Kata Amiza, ibu kepada Aus. Kim merupakan nama kedua Aus iaitu Aus Hakim.
"Apa dia, ibu?" Soalnya sambil memandang ibunya.
"Kamu bila nak kahwin? Ibu kempunanlah nak ada menantu."
Aus garu kepala yang tidak gatal.
"Entahlah ibu. Kim tak fikir lagi." Jawab Aus.
"Kalau lambat sangat, biar ibu yang carikan calon. Senang." Cadang ibunya.
"Tak naklah, Kim. Kim nak cari sendiri. Ibu janganlah risau." Jujur Aus.
"Suka hati kamulah. Yang penting Kim kahwin. Ibu bosanlah duduk dekat rumah. Kalau ada menantu, boleh juga buat teman."
"InsyaAllah, ibu."
Tiba-tiba fikirannya terbayang muka Amelin. Kemudian dia tersenyum. Amiza perasan muka anaknya itu.
"Dah kenapa senyum ni?" Aus terkejut.
"Takde apalah, ibu. Kim nak ke tandas kejap." Aus terus menghala ke sana. Amiza menggeleng. Tidak faham dengan anaknya yang seorang itu.
****
"DYLA? Dah tidur ke?" Soal Aus yang sedang menelefon Adyla.
"Belum. Kenapa abang?"
"Abang ada benda nak tanya." Aus berkata.
"Tanyalah."
Adyla menunggu pertanyaan Aus.
"Boleh abang minta nombor Amelin?" Pinta Aus. Dia sedikit gugup namun ditahannya.
"Boleh je. Tapi buat apa?" Tanya Adyla.
"Takdelah. Saja. Abang cuma nak berkenalan." Jawab Aus. Adyla senyum sinis.
"Ke abang dah berkenan dengan dia?"
"Ish Dyla ni. Abang cuma nak berkawan. Tapi kalau ya sekali pun, Dyla setuju tak?"
Adyla sengih. Dah agak dah.
"Apa pulak tak setuju? Abang kan dah lama hidup bujang. Memang sesuailah kalau abang nak bina rumah tangga dengan Amelin."
Aus ketawa kecil.
"InsyaAllah. Dyla doakanlah untuk abang." Kata Aus.
"Aamiin. Semoga abang cepat-cepat kahwin!"
"Okaylah. Nanti jangan lupa send nombor kawan Dyla. Abang ada kerja sikit ni." Kata Aus sebelum menamatkan panggilan.
"Okay."
Raffiez memandang Adyla yang baru saja menamatkan panggilan.
"Amboi, sembang apa tu sampai lupa abang ada dekat sini?" Tegurnya. Adyla terkejut lalu memandang Raffiez.
"Hihi. Sorry abang. Tadi Abang Aus call. Dia minta nombor Amelin."
"Tiba-tiba? Ada apa-apa ke?" Soal Raffiez. Adyla angguk.
"Sayang dah terbau nasi minyak." Kata Adyla.
"Mujurlah. Lepasni Abang Aus dah tak kacau isteri abang ni." Seloroh Raffiez. Adyla ketawa.
"Apa abang cakap ni? Mana ada dia kacau Dyla. Hurm nampaknya suami saya jealous la." Kata Adyla lalu mendekati Raffiez dan memegang lengan Raffiez. Raffiez pura-pura tidak layan lalu memandang ke arah lain.
"Eh, Encik Hilman kita merajuk la. Hurm macam mana nak pujuk ye?" Gurau Adyla.
Lantas Adyla mencium pipi Raffiez sekali lalu berlari keluar.
"Sayang! Mana aci cium abang pastu lari macam tu! Sayang kena bertanggungjawab!" Raffiez mengejar Adyla.
"GOOD morning, sayang." Bisik Raffiez di telinga Adyla. Adyla bergerak sedikit tapi mata masih terpejam.
"Bangunlah. Jom kita solat Subuh." Ajak Raffiez.
"Hmm.." Balas Adyla.
"Sayang, bangun cepat."
"Sayang penatlah, abang. Nak tidur..." Rengek Adyla. Raffiez tersenyum.
"No. Bangunlah sayang. Jangan liat. Kalau tak, abang kiss sayang. Nak?" Gertak Raffiez. Adyla menghela nafas lalu dia bangun. Dia kemudiannya menggenyeh mata.
"Angkat sayang." Suruh Adyla.
"Sorry sayang. Abang dah berwuduk." Ujar Raffiez. Adyla mencebikkan bibir lalu dengan gigih dia bangun menuju ke tandas.
Setelah selesai solat, Adyla berbaring di atas tikar sejadah. Raffiez menggeleng kepala.
"Penat sangat ni. Sayang, bangun. Tak elok tidur lepas Subuh. Nanti rezeki tak masuk." Nasihat Raffiez. Adyla bangun.
"Sayang nak tidur kejap je. Please, abang." Pinta Adyla. Disebabkan kasihan, Raffiez membenarkan.
"Hurm yelah. Nanti abang kejutkan sayang." Kata Raffiez. Kemudian Adyla menanggalkan telekungnya. Lalu berbaring di atas katil.
Raffiez tersenyum melihat Adyla. Kemudian dia melipat sejadah. Hari ini dia mahu membuat sarapan.
Selang beberapa saat, kakinya melangkah ke dapur.
enjoyy guys!!
Share this novel