"RAFF, awak dah start kerja ke harini?" Soal Adyla sebaik saja keluar dari bilik dan ternampak Raffiez berpakaian kemas.
"Hm." Ringkas Raffiez.
"Kitakan baru je kahwin. Honeymoon pon belum. Kenapa awak dah nak pergi kerja?" Sambung Adyla.
"Tu bukan masalah aku. Aku tak teringin punlah nak pergi honeymoon. Lagi-lagi dengan kau. Baik aku pergi kerja daripada kena hadap muka kau. Lagi satu. Kau dengar sini baik-baik. There's no honeymoon for us! Jangan mimpi!" Raffiez beri peringatan keras.
"Tapi..."
"Aku dah lambat ni. Aku pergi dulu." Belum sempat Raffiez ingin melangkah, Adyla memanggil.
"Awak."
Raffiez menoleh.
"Apa lagi? Semaklah!"
Adyla menghulurkan tangannya untuk menyalami Raffiez. Raffiez memandang tangan Adyla. Dengan malas dia menghulurkan tangannya. Raffiez terus menarik tangannya setelah Adyla selesai mencium.
"Jangan lupa kunci pintu. Aku mungkin balik lewat harini." Pesan Raffiez.
"One more thing, kau tak payah masak untuk aku. Kau masak je untuk kau. Aku makan luar." Beritahu Raffiez
lalu menghala ke bawah.
Adyla menghela nafas berat.
****
"MAMA, macam mana ye Dy sekarang ni? Okey ke tak diorang tu. Senyap je. Call pun tak." Ujar Adam.
"Itulah. Dyla takde pun call mama tanya khabar. Mama risau sebenarnya. Tapi kita fikir yang baik-baik jelah. InsyaAllah diorang okey je. Nanti ada masa lapang, kita pergi la rumah diorang. Rindu pulak mama rasa." Jawab Datin Amina.
"Betul jugak tu, ma." Setuju Adam.
"Abang pulak bila nak kahwin? Tak bosan ke membujang?" Soal Datin Amina.
"Mama. Abang kalau boleh nak kahwin tapi abang risaukan mama."
"Kalau hati tu dah ada rasa nak berumah tangga, kahwin je lah. Abang tak payah risau pasal mama. Mama boleh jaga diri. Kalau mama sunyi, mama ambik bibik baru." Balas Datin Amina.
"Abang nak duduk sini la lepas kahwin. Abang tak nak pindah rumah lain. Abang nak teman mama. Boleh kan, ma?" Cadang Adam.
"Kalau itu yang kamu nak, mama okey je. Mama lagi suka. Abang dah ada calon ke?"
"Erm, calon tu dah ada. Tapi dalam proses berkenalan lagi la." Adam ukir senyum.
"Nanti kita pergi merisik dia. Mesti cantik orangnya sampai anak lelaki mama ni terpikat. Siapa nama dia?" Adam ketawa.
"Nama dia Madihah. Mestilah cantik mama. Tengok la siapa yang tackle. InsyaAllah ada jodoh boleh la kahwin." Ujar Adam.
"Nama pun dah cantik. Insya Allah. Mama sentiasa doakan kebahagiaan untuk anak-anak dan menantu mama. Eh, mama nak try call Dyla. Mana tau dia angkat."
Setelah menekan nombor Adyla, panggilan terus bersambung.
"Hello, ma?" Soal Adyla.
"Ha, angkat pun kamu. Kenapa tak call mama? Sibuk ke?"
"Sorry mama. Dyla.. Dyla sibuk sikit. Mama dengan abang apa khabar? Sihat tak?"
"Alhamdulillah. Kami sihat. Kamu tak rindu kitorang ke?"
"Alhamdulillah. Mama, Dyla rindu sangat dekat mama dan abang..."
Tiba-tiba suara Adyla bertukar sebak. Adyla tutup mulut dan menahan sebak.
"Dyla? Kenapa ni? Kamu okey ke tak ni?" Soal Datin Amina kerana anaknya diam.
"Mama... Dyla okey. Jangan risau. Okeyla ma. Dyla nak kemas dapur kejap ni. Bersepah sikit sebab baru lepas masak. Bye, ma! Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Balas Datin Amina.
"Asal, ma? Dy okey tak?" Tanya Adam ingin tahu.
"Mama rasa ada something wrong la dengan Dyla. Suara Dyla macam lain. Tapi biarlah. Dia penat agaknya tu."
"Dy tu kan tabah dan penyabar. Mama tak payah risau sangat la. Abang yakin dia okey. Mama tak nak makan ke? Kenapa tak jamah lagi nasi tu?" Soal Adam setelah melihat pinggan mamanya.
"Mama nak makan la ni. Abang, pukul berapa dah tu. Nanti lewat pula masuk kerja. Walaupun abang CEO, tapi kena la tunjuk contoh yang baik untuk staff. Dah, pergi cepat."
"Okey mama. Abang nak pergi la ni. Mama take care ye?" Pesan Adam sebelum melangkah keluar. Mamanya angguk. Mereka berdua bersalaman lalu Adam keluar.
****
"MACAM mana nak bahagia kalau salah seorang daripada pasangan buat hal? Hurm, aku pasti suati hari nanti Raff akan terbuka hati untuk terima aku." Luah Adyla yang sedang memerhati gambar kahwinnya.
Kemudian telefon milik Adyla berbunyi.
"Hello, Abang Anas? Ada apa call Dyla ni?" Tanya Adyla.
"Hello Dyla! Abang nak ajak Dyla keluar boleh tak? Teman abang dengan tunang abang pergi beli barang kahwin. Dyla sibuk ke? Kalau sibuk, takpelah." Ujar Anas.
"Erm. Dyla tak sibuk. Tapi Dyla kena minta izin suami Dyla dulu." Balas Adyla.
"Tak payah. Abang dah call dia tadi. Dia okey je. So? Macam mana?"
"Kalau macam tu, okey. Dyla bersiap dulu lepastu abang ambik Dyla, eh?"
"Okey. Thanks Dyla."
Panggilan ditamatkan lalu Adyla segera bersiap. Nasib baik Anas dah minta izin. Kalau tak, mesti tak bagi Adyla pergi.
****
"CANTIKNYA, Kak Ain! Sesuai sangat dengan akak. Warna pun memang perfectlah." Puji Adyla setelah Ain memakai baju pengantin. Ain tersipu-sipu malu.
Setelah itu, Anas keluar dari bilik persalinan. Terpukau sekejap Ain setelah melihat Anas.
"Wow! Memang perfectlah korang berdua ni! Sesuai sangat. Pandai eh abang pilih calon isteri. Dah lah baik, cantik pula tu." Tak putus-putus kata pujian Adyla.
Mereka berdua ketawa kecil.
"Pandai ye Dyla ambil hati orang." Ujar Ain. Adyla senyum manis.
"Honey, jom lah kita pergi beli cincin pula." Ajak Anas setelah siap menukar pakaian.
"Okey biy. Jom." Balas Ain.
Adyla terharu dengan panggilan mereka. Kalau lah Raffiez pun sweet macam Anas, mesti mereka bahagia.
"Dyla? Kenapa ni? Okey tak?" Soal Ain yang perasan riak wajah Adyla.
"Ha? Dyla okey. Jomlah. Tadi kata nak beli cincin kan?"
"Ha ah. Jom."
"Dyla nak makan apa?" Soal Ain setelah mereka sampai di tempat makan.
"Dyla nak minum je lah. Perut Dyla dah kenyang. Akak dengan abang order lah makanan." Balas Adyla.
"Okey."
Mereka pulang setelah selesai membeli barang pengantin dan makan.
"Dyla, thanks tau teman kitorang harini. Nah, hadiah untuk Dyla." Ain memberi hadiah kepada Adyla lalu Adyla ambil.
"Alaa. Akak susah-susah je bagi hadiah ni. Thanks!" Adyla dan Ain berpelukan sekejap.
"Kitorang pergi dulu tau?"
"Yelah. Hati-hati drive, abang! Bye!" Ucap Adyla sambil melambaikan tangan. Setelah itu, dia masuk ke dalam rumah.
"Biy, kenapa Dyla nampak lain, eh? Muka pun nampak sembab." Ujar Ain di dalam kereta.
"Tulah. Biy pun perasan tadi. Hurm, kita think positive je lah. Mungkin dia penat."
Ain mengangguk.
****
MALAM itu, pintu dikuak dari luar. Raffiez masuk ke dalam rumah lalu menuju ke dapur. Dia membuka saji. Terdapat lauk ikan percik dan ayam masak merah. Tiba-tiba perutnya berasa lapar.
Dia terlalu sibuk sampai terlupa hendak makan. Nampak gayanya dia kena juga makan masakan Adyla. Sedap tak sedap itu lain kira. Yang penting kenyang. Raffiez segera mengambil pinggan dan mencedok nasi serta mengambil lauk. Dia makan lalu terkejut.
"Sedapnya!" Puji Raffiez. Lalu dia sambung makan dengan berselera.
Adyla terjaga dari tidur. Dia keluar dari bilik lalu mengintai Raffiez yang sedang makan.
"Berselera betul dia makan." Gumam Adyla di tangga sambil mengukir senyuman.
Setelah selesai makan dan membasuh tangan, Raffiez menghala ke biliknya. Adyla cepat-cepat masuk ke dalam biliknya.
Raffiez ingin menuju ke biliknya tetapi apabila melihat pintu bilik Adyla, dia termenung ke arah itu. Raffiez memandang dengan pandangan dingin. Lalu dia menuju ke biliknya semula.
"Fuh, nasib baik tak kantoi." Adyla menarik nafas lega. Kemudian dia termenung.
"Sweetnya Abang Anas dan Kak Ain. Tu belum kahwin lagi. Kalau dah kahwin nanti mesti lagi sweet. Untungnya Kak Ain dapat lelaki macam Abang Anas. Aku je yang... hurm." Adyla meraup wajahnya. Kemudian sambung tidur.
****
SETELAH selesai memasak, dia memanggil Raffiez di biliknya.
"Awak, jom breakfast."
"Aku breakfast dekat luar je." Jawab Raffiez.
"Alaa please. Makan la sini. Saya dah masak untuk awak." Pujuk Adyla.
"Siapa suruh kau beria masak untuk aku? Aku boleh makan dekat luar. Kau tak payah nak mengada."
Adyla membuat muka kecewa.
"Haih. Kau ni kan. Yelah. Aku makan sini. Dah, kau pergi turun dulu. Aku nak pakai tie dulu." Suruh Raffiez.
Adyla tidak berganjak malah memakaikan tie untuk Raffiez. Raffiez tergamam lalu membiarkannya. Raffiez memandang wajah Adyla lama. Tiba-tiba hadir rasa kesian dalam dirinya.
"Okey, siap! Dah hensem dah. Jom turun makan." Ajak Adyla. Raffiez tersedar dari lamunan.
"Awak balik lewat jugak ke harini?" Soal Adyla.
"Asal? Kau nak keluar dengan siapa pulak kali ni?" Tanya Raffiez setelah selesai mengunyah.
"Takdelah. Saya tanya je. Kalau awak balik lewat, saya boleh panaskan lauk untuk awak sebelum tidur. Mana tau awak curi-curi makan." Ujar Adyla. Sengaja dia memerli. Raffiez tiba-tiba tersedak. Adyla segera menuang segelas air untuk Raffiez lalu beri kepadanya.
"Dah ah. Aku nak gerak dulu. Nanti daddy bising." Kata Raffiez terburu-buru.
Macam biasa, Adyla akan menyalami Raffiez sebelum Raffiez pergi kerja. Raffiez menyambut tangan Adyla lalu segera ke tempat kerja.
****
"DADDY, sorry lambat. Tadi jalan jem." Beritahu Raffiez setelah sampai office. Terlupa pula harini dia ada meeting dengan client terhormat.
"It's okay. Daddy faham. Duduklah." Arah Dato' Ramzi. Raffiez mengambil tempat duduk di sebelah Razzief.
Kemudian, meeting tersebut diteruskan dengan pembentangan Dato' Ramzi.
Setelah meeting selesai, para client mula bersurai.
"Harini korang berdua lunch dengan daddy." Kata Dato' Ramzi kepada anak-anak lelakinya. Raffiez dan Razzief mengangguk.
"Raff, macam mana dengan kehidupan baru kamu? Okey?" Soal Dato' Ramzi di tempat makan.
"Okey je daddy."
"Kak Dyla sihat tak? Rindu la nak berbual dengan akak." Soal Razzief.
"Sihat. Nanti aku bawalah dia pergi rumah mummy daddy. Kau boleh berbual dengan dia puas-puas."
Razzief angguk.
****
ERINA sedang sibuk menguruskan butik. Haih, sejak dua menjak ni banyak pula tempahan dari customer.
Dia mengurut bahunya yang terasa lenguh.
"Hai Erina." Sapa Syazran.
"Hai Abang Az. Buat apa dekat sini? Nak tempah baju kahwin ke?" Soal Erina.
"Eh takdelah. Abang nak tempah kawan kepada owner butik ni." Kata Syazran sambil tersenyum.
Erina yang faham dengan kata-kata Syazran terus ketawa kecil.
"Kenapa Abang Az nak tempah Erin pula?"
"Sebab abang nak ajak Erin keluar makan dengan abang. Sudi tak?" Pelawa Syazran.
"Hurm, boleh jugak tu. Perut Erin pun dah lapar ni. Tunggu kejap. Erin ambil beg."
"Okey."
Mereka berdua keluar dari butik itu dan menuju ke kereta milik Syazran. Baru saja Syailman ingin masuk ke dalam butik, dia ternampak adiknya keluar terlebih dahulu bersama Erina. Mati niatnya untuk mengajak Erina keluar. Syailman menghela nafas yang teramat berat.
"Kacau betul lah dik aku ni. Ramai lagi kot perempuan dekat luar sana tu. Asal dia nak Erina juga? Menyampah betul lah." Geram Syailman. Lalu dia masuk ke dalam kereta semula dan berlalu pergi.
Hatinya kecewa yang teramat. Sekarang dia faham macam mana sakitnya hati bila orang yang kita suka, dah dipikat oleh orang lain. Samalah macam Aus haritu. Tapi dia tidak mahu mengalah. Selagi Erina belum kahwin, dia tetap akan jadikan Erina tu milik dia! Tak kisah lah orang yang rampas tu darah dagingnya sendiri. Dia tetap dengan keputusannya.
Share this novel