TC | BAB 10

Romance Completed 17878

"DYLA sayang, bangun..." kata Datin Amina dengan perlahan.

"Kita kat mana ni? Dah sampai rumah atok ke?" Soal Adyla sedikit mamai.

"Ha ah. Dah sampai. Jom turun." Arah Adam dengan lembut. Adyla membuka seatbelt lalu segera keluar dari perut kereta dan berdiri di depan rumah atoknya sambil memberi salam.

"Assalamualaikum atok! Dyla datang ni!" Laung Adyla di depan rumah atoknya. Tetapi tiada sesiapa yang menyahut. Adyla sekali lagi memberi salam lantas salamnya disambut oleh seorang lelaki dari dalam rumah.

"Waalaikumussalam. Maaf la. Kitorang tengah solat tadi." Balas Aus setelah membuka pintu rumah.

"Ouh, yeke? Hehe." Kata Adyla sambil tersenyum. Aus membalas senyum itu.

"Eh korang masuk la." Pelawa Aus lalu menyalami Mak Ngahnya.

"Mama dengan Dyla masuk dulu lah. Abang nak angkat beg kejap." Beritahu Adam lalu menuju ke bonet kereta. Aus turut membantu Adam. Lalu telefon Datin Amina berbunyi.

"Kamu masuk dulu. Kawan mama call ni." Suruh Datin Amina.

"Okey, mama." Adyla kemudiannya masuk ke dalam rumah.

"Atok!!" Tempik Adyla setelah nampak atoknya keluar dari bilik.

"Eh mok mung! Eh, budok tuoh ni! Kejuk atok!" Marah atoknya dengan loghat Kelantannya.

"Tok soba tok, tok rilek tok" Adyla bernyanyi girang.

Adyla ketawa terbahak-bahak melihat atoknya melatah begitu. Adyla lantas menyalam dan memeluk atoknya. Rindu sungguh!

"Sorry. Atok, Dyla rindu sangat dekat atok. Atok sihat tak ni?" Soal Adyla, prihatin.

"Atok sihat. Alhamdulillah."

"Alhamdulillah." Balas Adyla.

"Dyla mari sorey jah ko ni?" Soal atok.

"Eh tak la. Dyla datang dengan mama dan abang la. Dyla mana lah ingat jalan nak ke sini. Mustahil la Dyla datang sini sorang-sorang." Ujar Adyila sambil ketawa kecil.

"Assalamualaikum, tok." Kata Adam setelah masuk ke dalam rumah bersama dengan mamanya dan juga Aus. Dia meletakkan beg pakaian di tepi dinding lalu bersalam dengan atok. Begitu juga dengan Datin Amina. Dia juga menyalami ayah mentuanya.

"Waalaikumussalam."

"Abah dah makan?" Soal Datin Amina.

"Makey doh. Duduklah dulu. Mesti penat dih mari jauh-jauh. Aus, gi wak air ko diorey."

Aus lantas mengangguk dan ingin menuju ke dapur tetapi dihalang oleh Adyla.

"Eh, abang. Tak payah la buat. Dyla kan ada. Biar Dyla je yang buat. Abang pergi duduk sana."

"Takpe la Dyla. Dyla kan baru sampai. Mesti penat kan? So biar abang buat." Bantah Aus.

"Ala. Dyla nak buat. Abang duduklah sana please." Rayu Adyla. Aus tersenyum melihat muka comel Adyla.

"Fine. Tapi, Dyla kena bancuh biar sedap tau?" Pesan Aus.

"Of course!" Jawab Adyla.

"Amacam? sedap tak air yang Dyla buat?" Tanya Adyla setelah Aus menghirup air teh buat kali pertama.

"Boleh la." Kata Aus.

"Boleh lah je? Macam tak ikhlas je puji." Gurau Adyla.

"Cuba Dyla senyum." Arah Aus. Adyla kerut dahi lalu tanpa bantah, Adyla mengukirkan senyuman. Bagi Aus, itulah antara senyuman yang paling mencuit hatinya. Lalu Aus menghirup air teh itu sekali lagi.

"Wah! Ni baru betul-betul sedap!" Puji Aus dengan teruja. Meletus ketawa mereka yang lain. Beginilah Aus Hakim. Pandai membuat orang sekeliling tersenyum bahagia. Beruntung betul siapa dapat jejaka ini.

Teringat pula Adyla kepada senyuman Raffiez Hilman ketika mereka bercinta dulu. Sungguh manis dan ceria sahaja muka lelaki itu.

****

DATIN Amina, Adam, Aus dan atok berkumpul di meja makan setelah dipanggil oleh Adyla.

"Wah. Sedapnya bau! Untung la siapa dapat jadi suami Dyla kan? Dah la cantik, baik, pandai masak pulak tu." Puji Aus sambil mengambil tempat duduk di sebelah atok.

"Kalu gitu, biar Aus je lah jadi suami Dyla. Ko Dyla ado calon doh?"

Tersedak Aus yang baru sahaja minum air.

"Atok, kenapa cakap pasal tu masa tengah makan. Tersedak Abang Aus ni ha." Kata Adyla lalu Adyla memberi segelas air kepada Aus. Aus terus menyambut hulurannya.

"Betul jugak apa yang atok cakap. Adam okey je kalau Aus yang jadi suami Dyla. Aus kan suka ambil berat pasal orang sekeliling. So why not?" Sampuk Adam.

"Atok, abang. Dyla muda lagi la. Tak fikir lagi pasal semua tu. Lagipun siapa tah yang nak kahwin ngan Abang Aus. Dah la tak pandai nak pikat perempuan." Perli Adyla lalu menghirup air sirap.

"Abang pun tak nak kahwin dengan Dyla. Dah la manja. Siapa yang dapat Dyla, mesti selalu kena pujuk." Sindir Aus pula. Adyla menjeling tajam kepada Aus. Atok, Adam dan Datin Amina hanya ketawa.

'Kalau la Dyla tau yang abang suka sangat dekat Dyla.' Getus hati Aus.

Lalu mereka menjamu selera sehingga kenyang.

AUS yang ternampak Adyla sedang termenung di depan rumah segera ke arahnya.

"Dyla okey tak ni? Jauhnya termenung. Sampai mana dah?" Soalnya.

"Eh, abang. Dyla okey je." Balas Adyla sambil tersenyum.

"Kalau macam tu, jom pergi kebun atok kat belakang sana. Makan rambutan. Diorang semua dah seronok menjamu tu." Ajak Aus.

"Okey. Jom." Lalu Adyla mengikuti langkah Aus.

****

"ATOK, kitorang balik dulu, eh? Maaf la tak boleh nak spend time lama-lama kat sini. Kitorang ada hal sikit dekat KL. InsyaAllah kalau kitorang free, kitorang datang sini lagi." Ujar Adyla lalu bersalam dengan atok. Datin Amina dan Adam juga bersalam dengan atok.

"Aloo. Takpolah. Atok pehe cucu-cucu atok sibuk. Atok bereh jah.

"Aus, kau jaga atok baik-baik. Nanti kau bawalah atok pergi rumah kitorang pula. Dah lama atok tak pergi sana." Pesan Adam kepada Aus.

"Haha. Ye. Insya Allah." Jawab Aus.

"Bowok keto molek, Adam Jange duk laju sangatlah. Bahayo." Pesan atok sebelum mereka bertolak.

"Bereh, tok! Sek kito jange pecoh!" Laung Adam.

Pecah tawa mereka dengan gelagat Adam.

"Bye atok! Bye Abang Aus!" Laung Adyla pula sambil melambaikan tangan. Aus dan atok membalas lambaian itu.

****

"ABANG, hantar Dy pergi butik boleh tak?" Pinta Adyla. Alhamdulillah. Berkat kesabaran dan usaha mereka, akhirnya dapat juga Adyla dan Erina membuka butik impian mereka selama ini.

"Esok tak boleh ke?" Cadang Adam.

"Tak boleh. Customer nak harini jugak. Alaa. Boleh la abang. Kejap je. Kalau abang tak boleh tunggu, takpe. Rin boleh hantarkan Dy balik."

"Hmm..tak payah la susahkan Erin pulak. Takpelah abang tunggu. Sekejap je kan?"

"Haah. Thanks abang!"

"Assalamualaikum, Rin." Sapa Adyla setelah masuk ke dalam butik.

"Waalaikumussalam. Eh, Dyla. Kau dari mana ni?" Soal Erina.

"Dari rumah aku la. Sebenarnya aku baru je balik dari rumah atok pagi tadi."

"Rumah atok kau? Asal kau tak bagitau aku pun kau pergi sana? Apa jenis kawan la kau ni." Bebel Erina.

"Haha. Bukan tak nak bagitau. Lupa."

"Kawan sendiri pun lupa?" Marah Erina. Adyla hanya ketawa.

"Sorry. Nanti aku belanja kau makan. Ni dah siap ke belum baju yang customer nak tu?"

"Sikit je lagi ni. Tunggu bungkus je tu." Ujar Erina.

"Ouh. Kalau macam tu, biar aku la yang bungkus." Kata Adyla lalu mendekati barang-barang yang perlu dibungkus. Erina hanya mengangguk dan meneruskan kerjanya.

"Dy, abang nak pergi kedai dekat depan sana. Dy nak pesan apa-apa tak?" Soal Adam setelah masuk ke dalam butik.

"Dy nak air mineral." Balas Adyla sambil tangannya ligat mengikat bungkusan itu.

Erina yang sedang membelek baju-baju di rak, tergamam di situ setelah melihat Adam tiba-tiba masuk. 'Adam?' tanyanya dalam hati

"Erin nak apa-apa ke?" Soal Adam. Erina tidak menjawab malah sedang tergamam sendiri di situ. Adam mendekati Erina. Dia berdiri di hadapannya. Erina sedikit terperanjat lalu memandang Adam.

"Nak pesan pape tak? Abang nak pergi kedai depan sana tu." Soal Adam.

"Emm..tak..takde." Balas Erina sedikit gugup kerana Adam sangat dekat dengannya.

"Ok." Jawab Adam sepatah. Adam lantas keluar dari butik mereka. Erina menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya.

"Rin, asal aku nampak kau lain macam je tadi?" Soal Adyla setelah siap membungkus barang.

"Lain? Lain macam mana?" Erina berpura-pura tidak faham.

"Ye laa. Termenung je bila abang aku tanya kau. Sejak kebelakangan ni kan aku tengok kau asyik termenung je. Kau pikir apa? Cuba cakap dekat aku." Ujar Adyla.

"Ish. Mana ada. Aku okey je la. Asal kau ni?"

"Tipu. Weh, bagitau je la aku. Aku janji aku tak akan bagitau siapa pun. Aku kan kawan kau." Ujar Adyla.

"Hmm..Aku sebenarnya serba salah. Aku sebenarnya ada ternampak abang kau dengan Kak Dihah haritu dekat restoran. Diorang mesra sangat." Terang Erina.

"Kak Dihah? Hmm..Abang aku tak cakap apa pun dekat aku. Berani eh dia tak bagitau aku. Tapi kan, okey apa Kak Dihah dengan abang aku. Kak Dihah dahla baik, cantik, sopan pulak tu. Aku nak sangat dia jadi kakak ipar aku." Ujar Adyla. Riak wajah Erina berubah apabila Adyla berkata begitu.

"Kau ni dah kenapa? Macam patah hati je? Ke kau suka abang aku?" Usik Adyla. Erina terperanjat. Alamak! Kantoi ke?

"Mana ada. Kau ni kan. Aku cili mulut tu baru tau!" Marah Erina.

"Hehe. Gurau je. Ouh! By the way, Abang Iman ada tanya aku pasal kau."

"Pasal aku? Asal pulak?"

"Hmm.Takde apalah. Mana abang aku ni? Dia beli air ke dia jual air ni? Lama betul. Kejap eh? Aku nak keluar." Bebel Adyla yang tidak mahu memanjangkan perbualan mereka tentang Syailman. Adyla sudah berjanji dengan Syailman agar tidak memberitahu Erina. Adyla lantas keluar dari butik itu.

"Huh, nasib baik tak terlepas cakap. Kalau tak, mati aku kena sumpah jadi katak!" Marahnya sendiri.

"Dy, asal duduk kat luar ni? Panas la." Ujar Adam.

"Abang la ni. Asal lambat sangat?"

"Tadi ramai sangat orang. Sorry tau. Dah la jom masuk." Arah Adam.

"Abang, jom lah balik. Nanti mama risau." Ajak Adyla setelah masuk bersama Adam.

"Dah siap ke tempahan customer tu?"

"Haah. Kan Dy dah cakap. Kejap je." Jelas Adyla.

"Okeylah. Jom balik. Erin tak nak balik ke?" Soal Adam yang ternampak Erina keluar.

"Nak. Tapi Erin ada kerja nak kena buat sikit. Korang balik la dulu."

"Okeylah kalau macam tu. Hati-hati tau." Pesan Adam sambil tersenyum. Erina tersenyum manis.

'Kenapa Abang Adam hensem sangat! Menggugat iman betul! Sabar Rin, sabar.' Desis Erina dalam hati.

"Bye Rin! Kalau ada anything jangan lupa call aku tau?" Bagitahu Adyla sebelum keluar dari butik.

"Okey babe! Bye!" Ucap Erina.

****

"ABANG." Panggil Adyla semasa menuruni tangga untuk ke ruang tamu.

"Mama dah tidur ke belum?" Balas Adam yang khusyuk menonton TV.

"Dah. Abang, dengar la ni."

"Ye, apa dia?" Adam berpaling ke arah Adyla, memberi tumpuan penuh.

"Abang dengan Kak Dihah ada something ke?" Soal Adyla sambil duduk di tepi Adam.

"Hah? Asal tetiba je tanya macam tu?"

"Takdelah saje je tanya."

"Kitorang takde pape la. Masih dalam proses berkenalan. Asal? Dy suka ke kalau Madihah jadi kakak ipar Dy?" Tanya Adam.

"Eh, mestilah suka! Dy nak tengok abang Dy kahwin. Lagi-lagi dengan Kak Dihah." Setuju Adyla.

"Haha.. Insya Allah, kalau ada jodoh. Kami kahwin la." Ujar Adam.

"Tak sabarnya Dy nak dapat kakak ipar."

"Dy pulak dah ada pakwe baru ke?" Soal Adam pula.

"Takde. Abang, Dy nak masuk bilik dulu la. Esok kerja. Bye. Goodnight." Ucap Adyla.

"Okey, bye. Goodnight." Balas Adam. Menggeleng Adam setelah itu. Cakap pasal pakwe, terus cabut lari. Haih, Adyla ni.

****

+Aunty Rozie
Dyla, datang rumah aunty ye harini. Aunty masak sedap-sedap untuk Dyla.

Mesej yang dihantar oleh Datin Rozie membuatkan Adyla sedikit berdebar lalu Adyla membalas mesej itu.

-Adyla
Insya Allah, aunty. Dyla datang.

Selepas itu, Adyla terus menutup telefonnya dan menyambung kerjanya.

Erina yang ternampak Adyla mengeluh terus menegur.

"Kau ni dah kenapa Dyla? Lain macam je aku tengok."

"Hmm...Kau free tak lepasni?" Soal Adyla.

"Free je. Asal?"

"Kalau macam tu jom teman aku pergi rumah Aunty Roz." Ajak Adyla

"Eh, asal aku kena teman kau pulak? Aunty ajak kau je kan?"

"Alaa. Please. Temanlah aku. Aku takut la." Jelas Adyla.

"Kau nak takut apa?" Soal Erina sambil mengerutkan dahi.

"Entahlah. Haritu masa aku pergi rumah aunty, dia ada tanya pasal kahwin. Dia nak jodohkan aku dengan Raff." Terang Adyla.

"Hah? Biar betul? Then kau cakap apa?" Jawab Erina terkejut.

"Aku cakap aku perlukan masa. Weh, please! Teman aku pergi sana." Rayu Adyla sambil menggenggam tangan Erina.

"Hm..yelah. Aku teman kau."

"Thanks beb! Aku sayang kau!" Ujar Adyla menarik nafas lega.

"Dahlah. Pergi sambung kerja." Arah Erina.

"Okey!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience