SEBULAN berlalu. Mereka bertiga hidup bahagia seperti biasa walaupun tanpa papa di sisi. Datin Amina juga sudah banyak bercakap.
"Mama, tak lama lagi kan dah nak cuti sekolah, kita pergi Kelantan nak tak? Dy nak jumpa atok la. Rindu sangat. Haritu masa tahlil, atok tak datang kan? So, apa kata kita pergi sana?" cadang Adyla yang sedang makan malam bersama mama dan Adam di dapur.
"Hmm, betul jugak tu. Alang-alang kita boleh la jaga atok. Dapatlah ringankan sikit beban si Aus tu." Ujar Adam. Datin Amina mengangguk setuju.
Adyla mengerutkan dahinya lalu memberitahu Adam.
"Tapikan, kenapa Abang Aus tak cakap apa-apa pun kenapa dia tak bawa atok datang sekali haritu. Kan abang?"
"Oh, abang lupa nak bagitau. Aus ada bagitau yang atok tak larat nak datang." Balas Adam.
"Kesian atok." Kata Adyla.
"Takpe. Nanti kita pergilah jenguk atok dekat sana. Dah lama tak tanya khabar atok." Datin Amina bersuara. Adam dan Adyla mengangguk sambil senyum.
****
ADAM keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Adyla dan melihat Adyla sedang bersiap-siap dan berpakaian kemas.
"Dy nak pergi mana lawa-lawa ni?"
"Nak pergi rumah Aunty Rozie dengan mama." Jawab Adyla sambil mencalitkan sedikit lip gloss.
"Asal? Ada majlis apa-apa ke?"
"Entahlah. Aunty Rozie yang ajak." Balas Adyla.
"Ke nak jumpa si Raff tu?" Usik Adam sambil senyum nakal.
"Ish abang ni. Ke situ pulak. Okeyla. Dy pergi dulu. Bye." Kata Adyla lalu menyalami abangnya sebelum pergi. Adam memesan supaya memandu kereta dengan berhati-hati. Adyla mengangguk faham. Lalu Adyla bergerak ke bilik mamanya dan mengajaknya untuk pergi bersama.
"JEMPUTLAH minum, Min, Dyla. Kek pun ada ni." Ajak Datin Rozie apabila Datin Rozie dan Adyla duduk di atas sofa di ruang tamu rumah.
"Aunty, susah-susah je la hidangkan semua ni. Thanks." beritahu Adyla tersenyum manis.
"Alaa takpe. Tak susah pun. Kalau dengan kamu semua, aunty tak rasa menyusahkan pun la. Aunty dah anggap kamu semua macam family aunty sendiri dah." Ujar Aunty sambil melemparkan senyuman manis. Adyla tersenyum dan terharu dengan kata-kata Datin Rozie.
"Adam sihat tak?" Soal Datin Rozie.
"Alhamdulillah sihat." Balas Datin Amina.
"Uncle mana, aunty?" Tanya Adyla.
"Uncle..."
"Assalamualaikum Min, Dyla. Bila sampai?" Belum sempat Datin Rozie menjawab, Dato' Ramzi menyapa mereka berdua terlebih dulu sambil menuruni anak tangga.
"Waalaikumussalam. Baru je sampai." Balas Datin Amina sopan.
"Minumlah ye. Roz nak buatkan air untuk cik abang kejap." Pesan Datin Rozie.
"Okey." Serentak mereka berdua.
"Razzief mana?" Soal Datin Amina.
"Razz sekarang belajar dekat US. Tak lama lagi dia balik lah sini."
"Oo. Patutla senyap je rumah ni. Razz takde rupanya." Ujar Datin Amina.
"Dulu setahu Dyla, dia yang paling riuh. Kan aunty?" Tanya Adyla.
"Haah. Sunyi sangat bila dia takde dekat sini. Kalau ada, usik orang aje kerjanya. Hahaha." ketawa Datin Rozie diikuti mereka yang lain.
"Abang, abang tau tak Raff pergi mana?" soal Datin Rozie kepada Dato' Ramzi.
"Dia kata nak keluar kejap tadi. Tapi tak cakap pun nak ke mana." Balas Dato' Ramzi setelah menghirup secawan kopi. Datin Rozie perasan Adyla hanya berdiam diri.
"Adyla, kamu okey ke?" Soal Datin Rozie.
"Dyla okey je aunty." Balas Adyla.
"Dyla, aunty nak cakap sesuatu boleh?"
"Apa aunty?
"Hmm, aunty sebenarnya teringin sangat nak jadikan Dyla sebagai menantu aunty." Luah Datin Rozie. Adyla yang sedang menghirup teh, tersedak dan terbatuk-batuk setelah mendengar luahan Datin Rozie. Datin Amina menepuk lembut belakang Adyla.
"Dyla, minum elok-elok." Kata Datin Amina.
"Kamu ni Roz, tersedak budak tu." Ujar Dato' Ramzi.
"Maaf, Dyla."
"Sokay aunty. Dyla cuma terkejut sikit. Hehe."
"So, kamu nak tak jadi isteri Raff?" Soal Datin Rozie.
"Hmm..aunty. Bagi Dyla masa untuk fikir dulu boleh tak?"
"Okey Dyla. Ambiklah seberapa banyak masa yang Dyla nak."
"Mama okey je kalau Dyla setuju." Kata Datin Amina. Adyla kawal riak wajahnya. Dia sebenarnya mahu, tapi adakah Raffiez sudi? Dia buntu.
****
"Assalamualaikum." Salam diberi oleh Raffiez di depan rumah lalu menguak pintu rumah perlahan dan masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam." Serentak mummy dan daddynya.
"Kamu dari mana Raff?" Soal mummynya.
"Raff jumpa Fikri, mummy. Ada hal sikit."
"Meh la duduk kejap, mummy ada benda nak bincang." Arah mummynya. Raffiez hanya mengikuti arahan mummynya lalu dia duduk di depan mummy dan daddynya.
"Apa mummy?" Soal Raffiez ingin tahu.
"Sebenarnya, mummy nak jodohkan Raff dengan sorang perempuan ni." Ujar mummynya tersenyum-senyum.
"Who?" Soalnya, dingin.
"Adyla." Jawab mummynya.
"What! Adyla?" Tanya Raffiez terperanjat.
"Ya lah. Anak Datin Amina dan arwah la."
"Yang kamu ni dah kenapa Raff? Terkejut macam nampak hantu." Kata daddynya.
"Nothing, daddy." Balas Raffiez kembali dingin.
"Mummy berkenan la dengan dia. Dah la baik, sopan santun, hormat orang tua, cantik pulak tu. Memang sesuai sangat la dengan Raff. Mummy kan dari dulu lagi nak jadikan dia menantu mummy." Luah mummynya. Raffiez diam seribu bahasa. Dia masih lagi terkejut dengan permintaan mummynya.
"So how? Setuju tak?" Soal mummynya ceria.
"Mummy, please. Raff penat. I wanna rest." Pinta Raffiez cuba mengelakkan diri.
"Kamu belum jawab lagi soalan mummy. Kamu jangan nak elakkan diri eh. Kamu tu dah 24 tahun. Dah boleh bina rumah tangga. Kenapa susah sangat Raff nak bagi jawapan? Raff dah ada perempuan lain ke?" Bebel mummynya.
"Bukan macam tu, mummy. Sorry mummy, daddy. Dia tak layak dapat cinta Raff." Ujar Raffiez lalu laju sahaja dia menuju ke biliknya.
"Raffiez Hilman! Bertuah punya anak." Pangggil mummynya tapi Raffiez hanya mengendahkannya. Mummynya terkejut mendengar jawapan daripada anaknya. Entah kenapa anaknya kini bersikap begitu.
"Tengoklah anak awak tu.Cakap pasal kahwin mesti ada je alasan. Saya nak jugak ada cucu. Anak-anak kawan saya semua dah kahwin. Beranak-pinak dah." Ujar Datin Rozie sedikit marah.
"Alaa. Belum sampai masanya la tu. Kita tak boleh nak paksa dia. Nanti lagi serabut dia. Kita sebagai parents, kenalah banyakkan berdoa untuk anak-anak kita. InsyaAllah kalau ada jodoh, kahwinlah tu mereka nanti." Kata Dato' Ramzi.
Share this novel