ADYLA tersedar dari mimpi ngeri. Dia meraup mukanya. Kejadian semalam masih segar dalam ingatannya.
"Arghhh!" Dia bertempik kuat sehingga mengejutkan Raffiez. Raffiez segera berlari ke dalam bilik Adyla.
"Kenapa ni?" Adyla sedang menangis memeluk lututnya. Raffiez terus mendapatkan isterinya.
"Shuu. Aku ada. Jangan nangis lagi." Raffiez cuba memujuk. Dia tahu Adyla trauma dengan kejadian semalam.
"Sekarang pergi ambil wuduk. Kita solat sama-sama."
Kemudian Adyla bangkit dari situ lalu ke bilik air.
Setelah selesai solat, Raffiez memandang Adyla. Adyla juga memandangnya. Raffiez menghela nafas. Dia mendekati Adyla.
"Saya minta maaf." Kata Raffiez sambil memegang tangan Adyla lalu digosoknya perlahan. Adyla terkedu.
"Mulai hari ini, saat ini, saya dah tak nak jadi suami yang berkasar dengan isteri. Saya tahu awak tak salah. Saya yang degil tak nak dengar penjelasan dulu. Sekarang saya menyesal. I'm sorry." Luah Raffiez sambil menunduk mengaku semua kesalahan. Adyla tersenyum. Dia mengangkat dagu Raffiez.
"It's okay, Raff. Saya dah lama maafkan awak." Balas Adyla. Raffiez tersenyum.
"Please call me abang because I'm your husband." Pinta Raffiez. Adyla ketawa kecil.
"Okay, abang." Jawab Adyla sambil tersengih.
"Ha macam tulah. Good wife." Raffiez mencuit hidung Adyla.
"Sayang okay?" Soal Raffiez prihatin sambil mengelus lembut pipi Adyla.
"Much better now." Balas Adyla sambil senyum.
"Okaylah. Saya nak turun ke dapur. Nak masak." Kata Adyla.
"No. Tak payah masak. Abang nak bawa Dyla makan dekat luar." Ujar Raffiez.
"Betul ke ni?" Raffiez angguk. Adyla tersenyum lebar.
"OKEY kita dah sampai." Kata Raffiez sambil membuka seatbelt. Mereka sama-sama keluar dari perut kereta dan menuju ke tempat itu.
"Abang! Tempat ni! Dulu kita selalu spend time dekat sini kan? Rindunya!" Membulat mata Adyla ditambah dengan perasaan gembira apabila melihat tempat makan di hadapannya.
"Jom, sayang." Raffiez memimpin tangan Adyla. Mereka mengambil tempat yang paling hujung. Tempat yang tiada orang.
"Sayang nak makan apa?" Soal Raffiez.
"Nak chicken chop."
"Okay, wait here." Raffiez terus menghala ke kaunter untuk membuat pesanan.
****
HARI ini merupakan hari pertunangan Adam dan Madihah. Sudah tidak sabar ingin melihat pasangan itu berkahwin. Sepandan sangat!
"Kan Dy dah cakap, abang mesti nak Kak Dihah nye! Abang je yang malu-malu kuceng!" Perli Adyla di tepi Adam.
"Takkanlah abang nak bagitahu semua orang. Kenalah surprise bru la best! Kan mama?"
"Ye lah. Pandai abang cari calon isteri. Mama suka dengan Madihah tu. Baik orangnya." Puji Datin Amina.
"Kalau dan jodoh kan semuanya indah." Ujar Adam. Adyla tersengih.
"Mana suami Dyla mama? Dari tadi tak nampak pun." Adyla tercari-cari.
"Eh, suami dia tanya kita pulak." Balas Datin Amina.
"Tanya la kot-kot mama tahu."
"Tadi mama nampak dia keluar. Entah pergi mana."
"Yeke? Keluar tak bagitahu pun." Adyla sedikit monyok.
"Halah Dy ni manja pula. Suami tinggal sekejap je dah tayang muka cekodok." Perli Adam.
"Yelah. Suami Dy kan. At least bagitahu la keluar pergi mana."
Adam dan mama juga sudah gembira melihat Adyla yang semakin ceria berbanding sebelum ini.
PIN! PIN!
Bunyi hon motosikal dari luar rumah.
"Ha tu suami kesayangan dah balik." Ujar Adam setelah membuka pintu rumah. Adyla berlari anak ke arah suaminya yang sudah tercegat di muka pintu.
"Abang pergi mana? Lamanya." Rengek Adyla seperti budak kecil.
"Abang keluar beli barang sikit tadi. Kenapa? Rindu ke?" Raffiez sengih. Adyla sengih.
"Mestilah rindu."
"Amboi, duk bersemut depan kita pulak. Meluat lah!" Adam buat muka menyampah.
"Ish abang ni biarlah. Orang bahagia. Kan abang?" Adyla memeluk lengan Raffiez.
"Cukup ke semua yang mama nak?"
"Ye, ma. Cukup."
"Meh, mama nak bawa masuk dapur." Datin Amina mengambilnya dari tangan Raffiez.
"Abang, jom masuk bilik. Rasa mengantuk lah pula." Adyla menguap.
"Kesian isteri abang ni. Ngantuk ye? Jom abang bawa." Raffiez terus mendukung Adyla. Adyla terus memegang leher suaminya.
Adegan tadi membuatkan Adam meluat.
"Ish saja je nak buat aku muntah hijau!" Ujar Adam.
Raffiez dan Adyla ketawa.
Raffiez terus meletakkan Adyla di atas katil.
"Betul ke sayang mengantuk ni?" Soal Raffiez dengan senyuman senget.
Adyla menyentuh dada bidang milik Raffiez. Dia menggigit bibir. Raffiez yang cepat menangkap terus menerkam isterinya.
"I love you, sayang."
****
"SAYANG, esok kemas-kemas pakaian tau." Beritahu Raffiez sebaik saja Adyla selesai mandi.
"Kenapa? Nak pergi mana?"
"Honeymoon." Balas Raffiez ceria. Adyla terbuntang mata luas.
"Betul ke? Honeymoon dekat mana?" Soal Adyla dengan teruja.
"Kita pergi London."
Makin membulat mata Adyla.
"Wah, bestnya abang! Tak sabar nak pergi sana! Aaa! Thank you abang!" Adyla memeluk pinggang Raffiez dengan kemas.
Haih cinta dan sayang Adyla kepada Raffiez bertambah setiap hari begitu juga dengan Raffiez. Perasaan marah dan dendamnya kian pudar dan akhirnya hilang sekelip mata. Apabila syaitan mula berbisik, semua perkara yang benar akan kabur pada pandangan manusia sehingga sanggup meletakkan kesalahan pada orang lain.
"Okaylah Dyla nak turun masak." Kata Adyla setelah meleraikan
"Abang!" Tempik Adyla kuat dari dapur. Raffiez terus menuju ke dapur.
"Kenapa sayang?" Soal Raffiez risau.
"Tu! Dalam kuali tu!" Adyla tunjuk sambil mata terpejam rapat. Raffiez mendekati kuali itu. Lalu ketawa.
"Lah lipas je pun. Ingatkan apalah tadi." Raffiez sudah senyum jahat. Dia memegang lipas itu.
"Sayang, lipas tu dah tak ada. Bukalah mata tu."
"Betul ke? Abang jangan tipu."
"Ye betul. Bukalah."
Raffiez menayangkan lipas itu di hadapannya. Buat kali kedua Adyla bertempik.
"Abang! Jahatlah abang ni!" Adyla lari dari situ. Raffiez mengejar. Perkara yang paling Adyla tak suka! Lipas! Geli!
"Sayang, janganlah lari penat abang nak kejar."
"Buang la lipas tu jauh-jauh! Saya tak suka!" Raffiez gelak besar lalu dia ke pintu dan melempar jauh.
"Ish penakut betul! Itu baru lipas belum lagi katak." Usik Raffiez.
"Abang! Janganlah usik saya!" Adyla menampar lengan Raffiez.
"Pergi sana. Saya nak masak ni." Adyla menghalau Raffiez.
"Ha yelah. Masak sedap-sedap tau? Abang laparlah main kejar-kejar tadi."
"Ye! Tulah siapa suruh usik orang!" Raffiez mendekati Adyla lagi lalu mengejutkannya.
"Ha! Lipas!" Raffiez tunjuk dengan tangannya yang kosong.
"Abang! Dah la! Ish!" Makin galak Raffiez ketawa.
"Okey sorry. Abang tak buat dah."
Raffiez berjalan menuju ke bilik kerjanya setelah mencium pipi Adyla.
Adyla ketawa kecil. Bahagianya rasa. Dia harap momen ini akan kekal dalam ingatannya. Melihat senyuman dan ketawa Raffiez terus membuat hatinya gembira dan berbunga.
Share this novel