TC | BAB 25

Romance Completed 17878

"MOM, nampaknya diorang dah bahagia." Adu Fasya kepada Felly iaitu momnya.

"Tak apa Fasya. Biarkan. Mom nak tengok sejauh mana diorang boleh bertahan." Felly senyum jahat.

"Jom kita pergi shopping nak tak mom?" Ajak Fasya.

"Boleh juga. Jom."

****

DUA minggu berlalu...

"ERIN? Bila kau sampai?" Soal Raffiez apabila melihat kawannya ada bersama Adyla.

"Baru je. Kau apa khabar? Sihat?"

"Kau ada nampak aku meroyan ke?" Sempat Raffiez menyakat.

Erina menjeling. Malas layan orang macam ni!

"Nasib baik Dyla ada kalau tak dah lama aku heret kau masuk dalam lubang kubur!" Raffiez dan Adyla ketawa berdekah mendengar lawak Erina.

"Eleh, macam la kau berani. Kan, sayang?" Raffiez memeluk bahu Adyla.

Erina bagai hendak lari dari situ! Sakit mata oi! Melihat adegan sweet. Sudah tahu Erina tu masih single sengaja mahu buat dia muntah hijau!

"Aku ada isteri. Kau ada apa je?" Sindir Raffiez.

"Aku ada bantal peluk yang sudi jadi peneman aku setiap malam. Dah ah korang. Aku nak balik dulu. Meluat aku tengok lah." Erina bangun untuk beredar.

"Lah, nak balik dah? Awalnya. Duduk lah borak dengan aku kejap. Banyak benda aku nak story dekat kau. Lagipun kau busy je lately ni." Ujar Adyla.

"Hello? Aku ke kau yang busy? Kau jagalah suami kau tu elok-elok. Aku ni siapa je dalam hidup kau." Erina merajuk.

"Ish, apa cakap macam tu? Kau sahabat dunia akhirat aku la!" Adyla peluk kawannya itu.

"Tak apa lah Dyla. Aku memang nak balik rehat ni. Penat la tolong abang aku dekat office." Ucap Erina sebelum pergi.

"Yelah. Hati-hati drive!"

"Ni semua abang punya pasal. Kitorang belum habis borak lagi." Adyla mencebik.

"Alaa sayang. Abang bergurau je tadi. Erin tu pun sama. Dia dah cakap kan dia nak rehat so biarkan je lah. Sekarang ni, abang nak bermanja dengan sayang." Kata Raffiez sambil merangkul pinggang Adyla.

"Tak nak! Abang pergi lah mandi. Busuklah!" Adyla menutup hidung dan menjauhi Raffiez.

"Mana ada busuk. Wangilah. Abang baru je mandi kan tadi? Sedap je mulut tu cakap abang busuk."

"Saya nak abang mandi sekali lagi. Kalau tak jangan harap abang boleh sentuh saya!" Adyla memberi amaran.

"Yelah. Abang pergi mandi. Lepas mandi sayang urut abang tau?"

"Ye! Dah cepat pergi mandi!"

Makin pelik perangai Adyla sekarang.

****

SEDANG kaki berjalan di kawasan sibuk itu tiba-tiba...

Buk!

"Ish! Mata tengok mana ha?" Marah Fasya.

"Sorry I tak sengaja... Eh? Fasya?" Teka Firas.

"Hey, Firas! What a small world. You buat apa dekat sini? Bila you balik dari UK? I tak tahu pun." Soal Fasya sambil berjabat tangan dengan Firas.

"I dah lama balik sini. Ni pun saja jalan-jalan ambil angin. You pulak?"

"I baru je lepas shopping. Biasalah girls kan?" Ujar Fasya.

"I see. If you free, jom coffee?" Ajak Firas.

"Sure."

"You dah kahwin ke?" Firas memulakan topik perbualan.

"No. Still single. Actually I nak kahwin dengan Raff but then you know, right?"

"Ouh ya. He's married." Fasya angguk.

"What about you, Firas?"

"Same goes like you. I have feelings for someone but she's married. For me, she's very beautiful and kind."

"I think I know who she is. Is she Raff's wife?" Teka Fasya.

"You're brilliant."

"So you nak tak I tolong you dapatkan Raff?" Soal Firas kepada Fasya.

"Of course!" Firas senyum jahat.

"Why don't kita sama-sama pisahkan diorang? Barulah I dapat hak I. You dapat hak you?" Cadang Firas.

"Interesting! Good idea, Firas. So what's your plan?"

Firas berbisik di telinga Fasya lalu Fasya senyum dengan penuh makna yang tersirat.

****

"ABANG! Kenapa tak mandi lagi ni? Busuklah." Adyla mengibas hidungnya.

"Ya Allah. Sayang, abang dah mandi dah. Siap sembur perfume lagi. Banyak pula tu. Kenapa dengan sayang ni?"

Raffiez mendekati Adyla dan ingin mencium pipinya.

Tiba-tiba tekak Adyla loya dan ingin muntah. Laju saja dia masuk ke dalam bilik air lalu muntah. Raffiez segera pergi ke arah Adyla.

"Sayang! Kenapa ni?" Soal Raffiez risau sambil menggosok belakang Adyla.

"Entah la abang. Dyla rasa tak sedap badan. Kepala pun pening ni. Asyik berdenyut je dari tadi." Luah Adyla. Selang beberapa saat, dia muntah lagi.

"Sayang, teruk sangat ni. Jomlah kita pergi klinik." Ajak Raffiez.

"Tak apa. Sikit aje ni. Mungkin Dyla ada tersalah makan. Lepas rehat okay la ni."

"No. I said jom kita pergi klinik. Jangan degil please. Abang risau la."

"Abang, saya tak larat..."

Kemudian Adyla terus pengsan.

"Ya Allah, sayang!" Sempat Raffiez mendapatkan Adyla. Raffiez bergegas mengangkat Adyla untuk di bawa ke hospital.

****

"ENCIK Raffiez, sila masuk dalam bilik saya." Arah Doktor Hani. Raffiez masuk lalu duduk.

"Jadi-"

"Doktor, kenapa dengan isteri saya? Dia okay je kan?" Belum sempat doktor bercakap, Raffiez sudah memotong.

"Alhamdulillah. She's fine. Tapi-" Doktor Hani berhenti dan menunjukkan reaksi sedih.

"Tapi apa doktor? Tell me!" Raffiez sudah mula bimbang takut terjadi sesuatu kepada Adyla.

"Tahniah, isteri encik mengandung!" Ucap Doktor Hani dengan wajah ceria. Raffiez terkejut besar!

"Ya Allah! Betul ke ni doktor?" Doktor Hani mengangguk laju.

"Syukur alhamdulillah." Raffiez meraup mukanya. Lebar senyuman Raffiez ketika ini. Teruja!

"So, encik kena selalu ada dengan isteri. Make sure dia tak angkat benda-benda berat. Always take care of her and please jaga hati dan perasaan dia. Wanita hamil memang mudah sangat terasa or anything else yang boleh buat dia sedih. Bagi je apa yang dia nak. Yang penting jangan buat dia stress. Okay?" Pesan Doktor Hani.

"Thanks doktor." Ucap Raffiez.

****

"ABANG! Tak lama lagi kita bakal timang cucu! Raff call saya tadi dia kata Adyla mengandung." Kata Datin Rozie kepada Dato' Ramzi.

"Biar betul? Alhamdulillah. Akhirnya termakbul doa kita semua." Ujar Dato' Ramzi.

"Saya nak bagitahu semua kawan-kawan saya! Ya Allah happynya! Tak sabar nak tengok cucu membesar depan mata."

"MAMA! Tak lama lagi mama bakal jadi nenek!" Beritahu Adam setelah Raffiez menelefonnya.

"Kamu biar betul? Dyla mengandung?"

"Ye mama. Baru je Raff call abang."

"Ya Allah, syukur alhamdulillah."

"Sekarang Dyla ada dekat mana?" Soal Datin Amina.

"Dekat hospital."

"Jom lah kita pergi sana."

"Tak apalah ma. Raff kata tak payah risau. Dia kan ada. Nanti diorang balik kita pergi la rumah diorang. Okay?" Datin Amina mengangguk.

****

"ABANG? Kita dekat mana ni?" Soal Adyla setelah sedar dari pengsan lalu dia perlahan bangun dan dibantu oleh Raffiez.

"Alhamdulillah sayang dah sedar. Kita dekat hospital sekarang ni. Sayang pengsan tadi." Jawab Raffiez sambil memeluk bahu Adyla.

"Habistu doktor cakap apa? Kenapa dengan saya?" Tanya Adyla. Tanpa berlengah, Raffiez segera memberitahu.

"Sayang! You're pregnant! Abang bakal jadi ayah dan sayang pula bakal jadi ibu!" Adyla terkejut! Macam tak percaya!

"Abang, betul ke ni?" Soal Adyla sambil menahan tangisan.

"Yes sayang. Soon we'll get our own baby!"

"Alhamdulillah." Ucap Adyla dan matanya mula berkaca.

"Kita sama-sama jaga baby kita, okay?" Adyla angguk dengan penuh gembira.

Terus saja Adyla memeluk Raffiez erat. Adyla mengusap perutnya sambil tersenyum.

"Assalamualaikum, sayang."

****

SUDAH tiga bulan kandungan Adyla. Perutnya pula sudah sedikit membesar.

"Hati-hati, sayang." Raffiez mendapatkan Adyla yang berjalan ke arahnya.

"Ye, abang. Dyla tahu la. Abang janganlah cerewet sangat. Mengalahkan perempuan!" Kata Adyla.

"Abang bukan cerewet. Tapi abang nak make sure sayang okay. Baby kita pun selamat."

"Yelah. Abang tak pergi kerja lagi ke? Dah lewat ni. Kalau daddy bising macam mana?" Ujar Adyla setelah mengerling ke arah jam dinding.

"It's okay. Tapi abang risau la nak tinggal sayang sorang-sorang ni. Apa kata abang hantar sayang pergi rumah mama. Boleh?" Soal Raffiez.

"Tak apalah. Dyla okay la duduk sorang-sorang. Abang jangan la risau. Baby kan ada teman Dyla. Dah cepat pergi." Adyla menyuruh Raffiez.

"Betul ni? Tapi janji tau jangan buat kerja? Jangan angkat barang berat. Abang nak sayang rehat je."

"Ye, abang. Dyla janji."

"Kalau ada apa-apa call abang terus." Adyla angguk. Raffiez memeluk cium Adyla sebelum berangkat ke tempat kerja.

****

"MINGGU depan abang dah nak kahwin. Dah siap ke preparation?" Soal Datin Amina kepada Adam.

"Dah mama. Cuma kad je yang belum abang edar. Yang lain semua dah settle." Jawab Adam.

"Apa kata abang minta tolong Aus, Iman dan Az?" Cadang Datin Amina.

"Boleh juga. Nanti abang call."

"Abang, mama rasa tak sedap hati la." Luah mamanya sambil mengurut dada.

"Kenapa?"

"Entahlah. Jom kita pergi rumah Dyla." Adam angguk.

SAMPAI saja di rumah itu, mereka berdua memberi salam.

"Assalamualaikum, Dy? Abang dengan mama datang ni." Kata Adam sambil setelah menekan loceng.

"Abang! Mama!" Jerit Adyla dari dalam. Mereka berdua terkejut. Adam terus membuka pintu. Nasib baik tidak berkunci.

Masuk saja di dalam rumah, terus mereka mendapatkan Adyla yang terduduk diatas lantai. Adam membantu Adyla bangun lalu mereka ke klinik untuk memeriksa keadaan bayi. Nasib baik takde darah yang keluar.

"Ya Allah. Macam mana boleh jatuh ni?" Tanya Datin Amina bimbang.

"Tadi Dyla nak ambil phone lepastu entah kenapa boleh terseliuh pula."

Mereka balik ke rumah mama mereka setelah mendapat keterangan daripada doktor.

Raffiez bergegas ke rumah ibu mentuanya setelah mendapat panggilan daripada Adam.

"Sayang? Macam mana boleh jatuh ni? Kan abang dah pesan jangan buat kerja." Kalut Raffiez bertanya setelah selamat sampai ke rumah.

"Abang, saya tak buat kerja pun. Tadi terseliuh sikit. Kenapa abang balik pula? Kerja dah settle ke?"

"Lain kali hati-hati la sayang. Sebab tulah abang risau nak tinggalkan sayang sorang-sorang dalam rumah. Takut jadi macam ni la. Kerja abang tu biarkan lah. Sekarang ni sayang lagi penting. Nasib baik mama dengan Abang Adam datang."

"Betul tu. Dy kena hati-hati. Nasib baik doktor cakap tak ada apa yang serius."

"Yelah wahai suami dan abang kesayangan saya! Next time Dyla berjanji akan sentiasa berhati-hati!" Adyla mengotakan janji.

"Abang rasa sayang kena duduk sini la. Barulah selamat sikit. Alang-alang mama boleh tengokkan sayang."

"Bagus juga. Mama pun tak ada lah risau sangat. Boleh la mama jaga makan minum Dyla." Ujar Datin Amina.

"Habistu abang macam mana?" Adyla bertanya.

"Nampaknya abang kena tidur sorang-sorang, makan sorang-sorang..."

"Tak nak lah duduk rumah mama. Kesian abang."

"Eh, abang bergurau je lah. Jangan risau. Abang pandailah jaga diri. Sayang duduk sini untuk sementara waktu je. Lagipun tak lama lagi abang akan cuti lama. Daddy yang bagi arahan. So, no worries, okay?" Adyla angguk gembira walaupun dia tak sanggup berjauhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience