TC | BAB 33

Romance Completed 17878

"SAYANG." Panggil Raffiez.

"Ye abang? Kenapa?" Adyla sedang menyisir rambutnya.

"Nak keluar jalan-jalan tak?"

Adyla tayang muka teruja.

"Kita nak pergi mana?" Soal Adyla.

"Pulau." Jawab Raffiez.

"Nak! Bila kita nak ke sana?"

"Esok."

"Okay! Tak sabarnya!" Teruja Adyla. Raffiez datang menghampiri lalu mengucup pipi Adyla. Berbunga hatinya tika ini.

"Aydan nak bawa sekali ke?" Adyla menyoal.

"Tak. Kita minta tolong mummy yang jagakan. Abang nak spend time dengan sayang je. Tiada siapa yang boleh ganggu kita." Kata Raffiez membuatkan Adyla tersenyum.

****

"KAK Dihah macam mana sekarang?" Soal Adyla.

"Kak Dihah okay je. Takdelah teruk sangat alahannya."

"Ooo. Baguslah. Oklah mama. Nanti free Dyla pergi sana eh? Harini Raff nak bawa Dyla pergi pulau. Bye mama! Kirim salam dekat anak dan menantu mama tau!"

"Amboi, happy betul dia. Ha yelah. Hati-hati. Jaga diri dan suami tu baik-baik."

Panggilan ditamatkan.

Adyla memandang suaminya yang masih berselimut.

"Abang bangunlah dah Subuh ni." Panggil Adyla dengan lembut. Raffiez masih terlena.

"Abang sayang. Solat jom." Panggilnya lagi. Raffiez bergerak sedikit.

"Baby sayang, bangun." Adyla melembutkan lagi suaranya. Kalini Raffiez membuka matanya.

"Apa sayang cakap? Ulang lagi sekali." Soal Raffiez dengan suara serak basahnya.

"Takde apa. Cepat bangun. Dah Subuh la." Adyla bangun dari pembaringan.

"Ala sayang, cakaplah lagi. Abang tak puas dengar."

"Mengadanya! Cepatlah bangun."

"Ye, abang bangun." Raffiez dengan lemah bangun dari tidur. Adyla mendekati Raffiez yang kelihatan mengantuk.

"Baby saya mengantuk lagi ye? Alolo kesian sayang saya ye tak boleh nak tidur semalam sebab Aydan buat hal?" Adyla membuat aksi manja sambil mengusap pipi Raffiez. Raffiez tersengih.

"Lain macam je isteri abang harini? Kan best kalau hari-hari macam ni." Ujar Raffiez membuatkan Adyla tergelak.

"Dah. Pergi mandi. Nanti kita boleh solat berjemaah." Kata Adyla sambil mencapai tuala Raffiez.

"Nak mandi dengan sayang."

"Abang mandi la sendiri. Dyla nak bagi Aydan susu. Dia dah bangun tu."

"Ala, kacau betullah anak ayah ni. Ayah baru nak bermanja dengan ibu." Ujar Raffiez yang sedikit hampa. Adyla ketawa kecil.

Raffiez kemudiannya mandi.

Setelah mereka selesai bersiap, mereka segera menunaikan solat.

Adyla berjalan di atas air sambil dipimpin oleh Raffiez.

"Terima kasih abang sebab dah bahagiakan saya. Saya bersyukur. Kalau abang nak tahu, setiap hari saya rindukan abang masa saya dekat kampung. Cuma saya tak boleh nak tengok muka abang kalau abang datang. Saya jadi nak marah. Sorry tau." Adyla menjelaskan kata sambil mengamati pemandangan.

Raffiez memberhentikan langkah. Pada masa yang sama, Adyla memandang Raffiez.

"Sama sama, sayang. Abang cuma nak kisah cinta kita akan kekal sampai syurga. Itu impian abang. Walau apa jua masalah yang akan kita hadapi, abang harap kita tak saling berjauhan. Abang takut hilang sayang lagi. Abang tahu sayang tak boleh terima dengan apa yang dah jadi tapi percayalah abang tetap pilih sayang." Raffiez juga tidak kurang romantiknya. Adyla senyum.

"Sayang pun tak nak hilang abang."

"I love you my sweetie and beauty wife!" Laung Raffiez dengan kuat.

"I love you more my lovely and handsome husband!" Balas Adyla. Mereka ketawa bahagia.

Raffiez kemudiannya memeluk bahu Adyla. Adyla melentokkan kepalanya di dada Raffiez. Mereka memandang laut yang luas terbentang.

****

HARI ini Raffiez sudah bekerja. Setelah bersarapan, Raffiez masuk ke dalam bilik kerjanya.

Sedang ralit dia menyiapkan kertas kerja, pintu bilik diketuk.

"Masuk." Arahnya.

"Bro, kau apa khabar?" Soal Fikri. Raffiez yang tadi muka serius bertukar ceria.

"Alhamdulillah aku sihat walafiat." Jawab Raffiez.

"Bahagia nampak? Kau dengan Dyla macam mana?"

"Kitorang okay. Kau tu bila nak kahwinnya?" Tanya Raffiez sengaja mahu menyakat kawannya.

"Sabarlah. Jodoh aku tak sampai lagi." Balas Fikri. Raffiez ketawa.

"Kau yang jual mahal. Budak staff tu ramai nak dekat kau tapi kau tolak macam tu je."

"Mana ada aku jual mahal. Semua budak dekat sini bukan taste aku. Taste aku yang bertudung, pandai masak and tak boros. Tapi tulah susah nak jumpa yang macam tu. Kau untung lah dapat isteri yang tip top!" Kata Fikri ditambah dengan pujian.

"Takde yang sempurna dalam dunia ni. Kau dan aku pun banyak kekurangan. So kalau nak bahagia, kita kena belajar terima baik buruk orang tu." Nasihat Raffiez.

"Yelah Ayah Raff."

"Ada apa kau masuk bilik kerja aku ni? Kau dah siap ke semua kertas kerja?" Soal Raffiez.

"Belum. Aku sebenarnya ada benda penting nak bagitahu kau. Pasal hari yang kau kena tikam tu." Serius muka Fikri tika ini. Raffiez juga tidak kurang terkejutnya

"Asal? Kau tahu apa-apa ke?"

"Haritu aku ada la terdengar Fasya cakap seorang diri. And memang dia ada sebut pasal kau dan Adyla. Aku yakin memang dia yang perangkap korang supaya bergaduh. Kau tak rasa pelik ke?"

Raffiez diam tanpa kata. Mukanya merah menahan geram.

"Masa dia datang rumah aku, dia ada mengadu sakit kepala and tak boleh drive. At last dia boleh je balik sendiri. Dasar perempuan! So memang betullah semua ni angkara dia!" Raffiez genggam penumbuk.

"Sabar, Raff. Sekarang ni kita kena buat police report pasal kes kau haritu."

Raffiez setuju.

****

"SAYANG dah makan?" Soal Raffiez yang baru saja pulang dari pejabat.

"Dah. Awal abang balik harini?"

"Yelah. Abang rindukan sayang dan Aydan." Kata Raffiez. Adyla senyum. Raffiez mencuit hidung Adyla.

"Abang pergilah mandi. Nanti sayang siapkan baju."

"Okay sayang."

"ABANG nak hot chocolate?"

"Boleh juga." Jawab Raffiez sambil membuat kerjayanya di ruang tamu. Adyla meletakkan segelas hot chocolate di atas meja.

"Thank you, sayang." Ucap Raffiez lalu menyicip air itu.

"Abang banyak diam je harini? Kenapa? Ada masalah ke dekat office?" Soal Adyla. Raffiez senyum.

"Takdelah. Abang cuma penat sikit. Sorry tau." Balas Raffiez.

"Oh yeke. Kesiannya suami saya ni." Adyla menghampiri Raffiez lalu mengurut bahu suaminya. Raffiez memejamkan matanya.

Tiba-tiba hidungnya dikucup Adyla.

"Hey sayang. Dah pandai ek sekarang?"

Adyla ketawa.

"Dekat sini la pula sayang." Raffiez menunjukkan bibirnya.

"Mengada!" Adyla menepuk lembut bahu Raffiez.

"Ala sayang. Cepatlah."

"No, abang sambung buat kerja. Sayang nak pergi tandas kejap."

Raffiez tayang muka frust.

****

ERINA melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Syailman. Banyak mata yang memandangnya. Dia naik segan.

"Weh Rin! Sampai pun kau. Asal lambat?" Soal Adyla yang ternampak Erina seorang diri.

"Abang aku tulah yang lambat balik. Aku tunggu dia. At least aku dah sampai sini." Ujar Erina.

"Yelah."

"Mana Aydan?" Soal Erina.

"Ada dengan suami aku. Eh jomlah aku bawa kau jumpa bakal mak mentua kau." Ajak Adyla.

"Aku seganlah, Dyla." Erina tidak berganjak.

"Kau nak segan apanya? Aku kan ada. Dah, jom." Adyla menarik tangan Erina.

"Mak Uda, tengoklah ni siapa yang datang." Kata Adyla. Erina menyalami Datin Amna.

"Eh, bakal menantu umi dah sampai. Meh duduk sini." Pelawa Datin Amna. Erina senyum lalu duduk di tepi mak mentuanya.

"Umi apa khabar? Sihat?" Tanya Erina.

"Alhamdulillah sihat."

Erina senyum manis.

"Patutlah Syailman nak sangat dengan kamu. Manis orangnya baik pula tu." Puji Datin Amna sambil mengusap lembut tangan Erina.

"Mak Uda bertuah tau dapat kawan Dyla. Dah la pandai masak, rajin and cantik pula tu. Cukup lengkap. Memang sesuailah dengan Abang Iman tu." Adyla menambah. Datin Amna ketawa. Erina senyum lalu memberi isyarat mata kepada Adyla tanda geram. Adyla kenyitkan matanya.

"Alhamdulillah. Umi tak kesah peribadi dia macam mana sekalipun. Asalkan anak umi bahagia." Kata Datin Amna. Erina tersipu malu.

"Erin dah sampai? Siapa yang hantar?" Soal Syailman yang baru saja keluar dari bilik.

"Abang Zhaf yang tolong hantarkan." Jawab Erina. Syailman mengangguk.

"Assalamualaikum, umi!" Ucap Marsya yang baru sampai.

"Waalaikumussalam, Sya. Lama betul umi tak jumpa kamu. Rindunya!" Jawab Datin Amna sambil membalas pelukan Marsya.

"Sya pun rindu umi sangat-sangat."

'Eh, ni perempuan haritu? Rapat betul dengan family Iman.' Desis hati Erina.

Adyla memandang Erina yang sudah berubah riak wajah.

"Sya? Siapa yang ajak kau datang sini?" Soal Adyla dengan dingin. Dia memang tidak suka dengan perempuan itu. Memang dari dulu tidak pernah bercakap lembut. Selalu bergaduh.

"Umi yang ajak aku. Asal?" Jawab Marsya.

"Takde apalah saja tanya."

"Sayang, Aydan dah nangis ni." Raffiez datang ke arah mereka. Adyla mengambil Aydan dari Raffiez.

"Kau dah kahwin Dyla? Wah, congrats!" Ucap Marsya. Adyla tidak menjawab lalu menghala ke bilik untuk menyusukan Aydan.

"Thanks." Raffiez tolong jawab lalu mengikuti Adyla.

"Sayang okay tak ni? Perempuan tadi tu siapa?" Soal Raffiez yang perasan dengan air muka Adyla.

"Marsya. Ex girlfriend Abang Iman. Saya tak suka dia sebab dia tu selfish! Kenapalah Mak Uda ajak dia datang sini. Buat semak je. Bukannya ada kaitan dengan family ni pun." Adyla geram.

"Garangnya sayang abang. Janganlah marah dia. Biar jelah dia nak datang. Janji tak buat kecoh." Raffiez seperti menyebelahi Marsya.

"Abang backup dia kenapa? Sepatutnya abang backup saya. Ish, abang ni kroni dia la tu." Adyla tayang muka tidak puas hati.

"Abang tak backup dialah. Abang tak nak sayang marah je." Kata Raffiez. Adyla menjeling.

"Tak baik buat macam tu dekat suami."

"Ye, sorry abang."

"Dah, tidurkan Aydan. Abang nak tolong Pak Uda kejap." Kata Raffiez lalu mencium dahi Adyla sebelum keluar.

Erina bangun untuk ambil air.

"So you la tunang Abang Iman?" Tanya Marsya apabila nampak Erina seorang diri.

"Bakal isteri dia." Jawab Erina.

"Ouh. I see. You takdelah lawa mana. Macam mana Abang Iman boleh berkenan dengan you?" Sindir Marsya. Erina sudah naik geram.

"Sekurang-kurangnya aku masih ada duit untuk beli pakaian elok. Bukan macam kau yang tak cukup kain!" Bidas Erina. Marsya terkena semula!

"Hey! You cakap elok sikit. Dasar perempuan tak tahu malu! You tak layaklah masuk dalam family ni."

"Marsya! Apa yang you merepek ni? Kalau you datang sini semata-mata nak sakitkan hati tunang I, better you baliklah. I ingatkan you dah berubah. Tapi sama je. Antara kita dah takde apa-apalah." Syailman datang memarahi Marsya yang sudah melampau.

"I tak sakitkan hati dia pun. I cuma cakap benda betul." Marsya tidak mahu mengaku.

"You jangan ingat I tak dengar ye?"

"Dah! Cukup! Jangan bergaduh. Kalau macam ni baik saya je yang balik." Erina mencelah sebelum keadaan menjadi lebih bingit.

"No, awak stay je. Nanti umi fikir apa pula. Sorry, Erin." Pujuk Syailman. Marsya terus ke ruang lain meninggalkan mereka berdua.

"It's okay."

"DYLA, aku nak baliklah." Bisik Erina di telinga Adyla.

"Asal pula? Marsya ada cakap apa-apa ke tadi?" Soal Adyla.

"Takdelah. Aku cuma malas nak berlama dekat sini."

"Kejap lagilah balik dengan kitorang."

"Takpelah. Abang Zhaf dah janji dengan aku nak datang ambil aku." Kata Erina tidak mahu menyusahkan Adyla.

"Okay. Kau dah makan ke?"

"Belum." Jawab Erina.

"Jom makan. Aku lapar ni." Adyla mengajak Erina lalu Erina angguk.

"Sayang nak makan? Duduk sini." Raffiez menarik kerusi untuk Adyla duduk.

"Abang tak nak makan ke?" Soal Adyla sambil mencedok nasi.

"Tak nak. Abang suapkan sayang ye?"

"Malulah depan Rin." Kata Adyla sambil melihat Erina yang sudah senyum sinis.

"Eleh kau. Nak malu pula. Aku okay jelah."

"Ha tengok? Erin okay je. Buka mulut."

Raffiez sudah menyuakan makanan ke dalam mulut Adyla yang sudah ternganga. Makanan dikunyah dengan penuh nikmat.

"Kau okay tak Erin?" Soal Raffiez yang nampak Erina masih tidak makan.

"Aku okay."

"Kenapa? Tak sedap ke?" Syailman datang lalu duduk di sebelah Erina.

"Takdelah. Cuma takde selera."

"Saya nak minta maaf again bagi pihak Marsya." Kata Syailman. Adyla terkejut.

"Hah? Marsya cakap apa dekat Rin?" Adyla bertanya.

"Takde apa. Jangan risau." Kata Erina tidak mahu menambahkan kerisauan Adyla.

"Kau jangan nak berahsia dengan aku la. Aku tahu perangai dia macam mana."

"Please, Dyla. Aku tak nak kecoh." Kata Erina.

"Sayang, dah la tu. Jangan masuk campur hal diorang." Raffiez mencelah.

Adyla akur. Kalau tak kerana Raffiez menghalangnya, nak saja dia bercakap dengan Marsya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience