TC | BAB 11

Romance Completed 17878

"GERAM betul aku dengan Erina. Tadi cakap nak teman aku. Lepas tu ada hal pulak. Nasib sayang." Bebel Adyla sendiri sambil memandu kereta untuk ke rumah aunty.

Setelah sampai, Adyla memakirkan keretanya di halaman rumah Datin Rozie.

Adyla disambut dengan mesra oleh Datin Rozie. Adyla segera menyalamnya lalu masuk ke dalam rumah setelah diajak oleh aunty.

"Sedapnya bau. Aunty masak apa?" Puji Adyla setelah terhidu sesuatu yang lazat.

"Aunty masak nasi ayam. Dyla suka kan?"

"Mestilah Dyla suka.Tak sabar pula rasanya nak makan masakan aunty." Ujar Adyla keriangan.

"Kalau macam tu, jomla kita ke dapur. Kita makan dulu lepastu kita borak-borak." Ajak Datin Rozie. Adyla mengangguk faham.

****

"Mana uncle?" Soal Adyla apabila berasa rumah itu sunyi sepi.

"Ada je. Kejap eh, aunty panggil uncle. Dyla duduklah dulu." Pesan aunty.

"Okey aunty." Balasnya.

"Abang, jom turun bawah. Roz dah masak. Adyla pun ada kat bawah tu. Dia baru je sampai." Bagitahu Datin Rozie.

"La ye ke? Kejap, abang nak kemas meja." Ujar Dato' Ramzi sambil mengemas meja kerjanya yang sedikit bersepah.

Adyla menuang jus oren ke dalam setiap gelas.

"Hai kak!" Perbuatannya terhenti apabila ada seorang lelaki datang menegurnya.

"Hai! Eh Razz! Bila balik?"

"Baru je dua hari lepas." Balas Razzief tersenyum.

"Dah besar dah Razz. Makin kacak pulak tu." Puji Adyla.

"Alaa. Akak pun apa kurangnya. Makin lawa." Puji Razzief pula. Adyla tersenyum riang.

"Macam mana belajar dekat sana? Okey?" Soal Adyla ingin tahu.

"Okey je!"

"Ha Razz. Duduklah. Kita makan sekali." Ajak mummynya.

"Okey mummy. Razz pun tengah lapar ni. Seharian tak makan sebab buat kerja." Cebik Razzief manja.

"Razz dah start kerja ke?" soal Adyla.

"Ha ah. Akak pula kerja apa sekarang?" Soal Razzief pula.

"Akak owner butik."

"Wow. Owner butik.. Maju eh akak sekarang?" Puji Razzief.

"Alaa..Biasa-biasa je."

"Tapi kan, kenapa tak kerja je dengan Abang Adam?"

"Tak nak lah akak. Akak lebih prefer kerja dekat butik daripada dekat office." Terang Adyla.

"Hehe..By the way, akak dah berpunya ke?" Razzief senyum nakal.

"Ish kamu ni Razz, banyak pulak soalannya. Dah, makan. Tadi cakap lapar kan." Ujar Datin Rozie. Razzief sengih.

"Sorry kak." Razzief meminta maaf.

"Sokay."

Raffiez yang baru sahaja pulang, ternampak wajah Adyla. Serta merta langkahnya terhenti.

"Haa Raff kamu dari mana?" Soal Datin Rozie. Automatik muka Adyla melihat Raffiez.

"Raff jumpa kawan." Kata Raffiez.

"Betul ke jumpa kawan? Entah-entah melencong tempat lain." Ujar Datin Rozie.

"Betul la mummy. Raff jumpa kawan je lah." Jawab Raffiez menyakinkan mummynya.

"Yelah." balas Datin Rozie.

'Dia ni buat apa dekat sini?' Bisik Raffiez.

"Raff, kamu dah kenapa tercegat kat situ? Meh la duduk sini. Kita makan sekali." Ajak Dato' Ramzi.

Adyla hanya diam.

"Jom la makan sekali. Lagi seronok." tambah Datin Rozie.

"Takpelah mummy, daddy. Raff dah kenyang." Tipu Raffiez.

"Kenyang? Kamu makan apa?" Soal Datin Rozie.

"Raff makan..." Belum sempat Raffiez menghabiskan ayatnya, Razz segera bangun dari kerusinya dan menarik Raffiez ke meja makan.

"Kau ni asal main tarik-tarik orang?" Marah Raffiez.

"Boleh tak just duduk dan makan? Kan senang." Ujar Razzief lalu duduk berhadapan dengan mummynya.

Raffiez mengeluh lalu duduk berhadapan dengan Adyla.

Sesekali Adyla mengerling ke arah Raffiez yang sedang menikmati nasi ayam. Raffiez dapat menangkap perbuatan Adyla lalu dia memandang tepat pada anak mata milik Adyla dengan tajam. Adyla lantas menunduk ke bawah lalu menghabiskan makanannya itu.

****

"SO, macam mana? Setuju?" Soal Datin Rozie setelah selesai makan dan mereka berkumpul di ruang tamu. Adyla yang terdengar pertanyaan Datin Rozie terdiam seketika. Dia tidak tahu untuk menjawab apa. Raffiez hairan lalu bersuara.

"Setuju apa mummy?" Soalnya.

"Mummy nak kamu kahwin dengan Dyla." Ujar Datin Rozie. Raffiez mengeluh berat.

"Mummy, berapa kali Raff kena bagitahu mummy?"

"Please ..." Rayu mummynya.

"Tapi kenapa mesti Raff? Masih ramai lagi lelaki lain dekat luar sana kan?" Raffiez menjeling tajam ke arah Adyla. Adyla hanya diam. Tidak mahu membuat kecoh.

"Sebab arwah papa Dyla dah pesan dekat kami. Arwah nak sangat kamu kahwin dengan anak dia. Diorang dah amanahkan kami supaya kahwinkan kamu berdua. Itu sebab mummy suruh kamu kahwin. Nak harapkan kamu yang cari pasangan hidup, lambat lagi la mummy dan daddy nak ada cucu." Jelas mummynya panjang lebar. Adyla terkedu. Dia sendiri tidak tahu akan pesanan papanya.

"Please la mummy. Raff tak nak." Kata Raffiez. Adyla sudah mati akal.

"Kenapa dengan kamu ni Raff? Susah sangat ke kamu nak dengar cakap mummy?" Mummynya sudah pening dengan perangai anaknya ini.

'Jangan harap kau akan dapat cinta aku, Dyla!' Getus hati Raffiez. Raffiez tersenyum sinis. Adyla seakan faham dengan senyuman itu.

"Aunty, s-sebenarnya Dyla tak boleh nak bagi jawapan lagi. Dyla belum bersedia." Jawab Adyla sedikit takut.

"It's okay la. Kamu berdua take time la dulu. Aunty faham masing-masing belum bersedia." Ujar Datin Rozie. Raffiez terus melangkah ke biliknya. Razzief pula sudahpun berada di biliknya oleh sebab mummynya tidak mahu Razzief menyampuk sewaktu mereka berbincang.

Adyla meminta izin untuk pulang.

"Aunty, Dyla balik dulu. Thanks for today. Sorry sebab tak boleh nak bagi keputusan lagi. Sorry sangat-sangat."

"Okey la kalau macam tu. Aunty faham. Hati-hati tau drive. Thanks sebab sudi datang sini." Ucap Datin Rozie.

"Okey aunty. Sama-sama. Terima kasih jugak sebab jemput Dyla datang sini."

"Ha ye lah. Nanti kirim salam dekat mama dan abang kamu." Pesan Datin Rozie. Adyla mengangguk lalu menyalami Datin Rozie.

****

TOK! TOK! TOK!

Adam mengetuk pintu bilik adiknya. Tetapi tiada sahutan. Adam lantas menguak pintu bilik adiknya. Tidak berkunci. Adam masuk dan melihat Adyla sedang termenung di balkoni biliknya. Adam mendekati adiknya.

"Ha! Termenung jauh nampak? Abang ketuk pintu pun Dyla tak dengar." Sergah Adam.

"Mana ada termenung. Orang tengah hirup udara segar ni. Abang nak apa?"

"Nak tanya Dy something."

"Apa?" soal Adyla sambil memandang matanya ralit melihat burung di atas pokok.

"Semalam mama ada bagitahu abang. Pasal perkahwinan Dy. Dy sebenarnya nak ke tak kahwin dengan Raff?" Tanya Adam. Adyla mengeluh berat.

"Entahlah bang. Dy pun tak tahu nak kata apa. Otak Dy ni macam-macam fikir. Haritu Raff pun macam tak setuju. Dy rasa dia pun tak ingin dah dengan Dy. Lagi satu, Dy macam tak percaya yang papa nak Dy kahwin dengan dia." Luah Adyla.

"Jangan la buruk sangka. Pasal amanat papa, maybe dia tahu apa yang terbaik untuk anak dia."

"Abang, Dy tak nak la kahwin. Dy tak nak tinggalkan mama dan abang dekat sini." Ujar Adyla dalam menahan sebak.

"Nanti siapa yang nak teman abang makan, borak and main?" Sambung Adyla sambil memeluk lengan Adam dengan manja.

"Nanti abang pandai-pandai la urus diri sendiri. No worries la." Jawab abangnya sambil tangannya mengosok lembut kepala Adyla.

"Abang, kalau abang dekat tempat Dy sekarang ni, abang rasa abang akan kahwin ke tak?"

"Mestilah nak. Siapa je yang tak nak. Tapi abang nak Dy fikir betul-betul dulu. Mampu ke tak Dy galas tanggungjawab sebagai seorang isteri." Kata Adam terselit nasihat. Betul juga apa yang Adam cakap. Kahwin ni bukan perkara yang boleh dibuat main. Kena serius!

"Dy rasa Dy tak mampu la. Dy banyak kekurangan. Dy tak layak untuk Raff."

"Jangan la cakap macam tu. Masing-masing ada kekurangan. Kalau saling melengkapi, semestinya dapat lengkapkan kekurangan tu."

"Hurm, abang setuju ke Dy kahwin dengan dia?" Soal Adyla.

Adam mengangguk.

"Kalau itu yang boleh buat adik abang ni happy."

"Tapi, asal Dyla rasa macam tak sedap hati je."

"Asal pulak?"

"Entahla. Rasa macam kitorang takkan bahagia lepas kahwin."

"Ish. Asal cakap macam tu? Tak elok la. Cuba fikir benda baik. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Sepatutnya Dy berdoa supaya hubungan korang berdua akan bahagia sampai ke akhirnya." Kata Adam sambil memegang bahu adiknya. Adyla mengeluh perlahan.

"Dy cuma cakap je. Harap benda tu takkan terjadi."

"Apa kata Dy buat solat Istikharah. Mana tahu Allah bagi petunjuk."

"Insya Allah." Sambung Adyla.

"Okeylah. Abang keluar dulu. Dy fikir la betul-betul. Jangan stress pula." Adyla angguk lalu Adam keluar dari situ.

"Ya Allah, bantu aku. Kenapalah aku rasa kami takkan bahagia? Aku harap semuanya baik-baik je. Papa, Dyla rindu papa. Kalau papa masih hidup, nak je Dyla peluk papa." Gumam Adyla. Lalu dia terus sahaja sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah papanya kerana terlalu rindu akan arwah papanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience