SEUSAI menikmati makan malam dan berehat di ruang tamu bersama mummy, mereka berdua menuju ke bilik untuk tidur.
"Malam ni kalau kau tak behave, siap kau !" Pesan Raffiez kepada Adyla. Masih segar di kepalanya akan kejadian di mana Raffiez tersedar dan merasakan sesuatu yang berat di atas lengan Raffiez. Bukan main lena lagi Adyla pada hari itu. Laju saje Raffiez menarik tangannya daripada ditindih oleh kepala Adyla.
"Ye, saya behave. Saya bukannya sengaja pun." Macamlah berdosa besarr kalau Adyla tidur atas lengan suami dia sendiri.
"Banyak lah kau tak sengaja. Aku nak tidur. Kau jangan nak rapat dengan aku. Aku rimas." Ujar Raffiez Lalu melelapkan matanya seusai membuat penjarakan sosial.
****
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
Azan berkumandang menandakan telah masuknya waktu Subuh.
Adyla yang terjaga dari tidur, mahu bangun untuk solat tetapi berasa berat pula badannya untuk bangun. Terbuntang biji matanya setelah dia membuka mata dan melihat Raffiez memeluk tubuhnya dengan erat.
'Semalam bukan main lagi pesan dekat aku supaya behave, tapi last-last dia yang melebih' gumam hati Adyla.
Adyla tidak bergerak. Mana taknya pelukan Raffiez begitu kuat sampai mahu lemas dibuatnya.
Adyla hanya mampu berdiam. Kalau dikejut, takut lain pulak jadinya. Kemudian dia merenung muka suaminya lama. Tanpa sedar, dia menyentuh lembut pipi Raffiez. Adyla mengukir senyum.
Perbuatan Adyla telah membuatkan tidur Raffiez terganggu. Raffiez membuka matanya perlahan. Dia melihat apa yang Adyla buat. Mereka berdua saling berpandangan. Raffiez yang terasa rimas, mula bersuara.
"Asal kau sentuh pipi aku? Kau nak goda aku kan?" Adyla lantas melarikan jari jemarinya.
'Haih, dia pun masih tak sedar apa yang dia tengah buat. Ada hati nak cakap aku goda dia?' getus hati Adyla.
Adyla senyum sinis kepada Raffiez. Raffiez memandangnya pelik.
"See yourself. Awak peluk saya macam saya bantal peluk boleh pula?" Sindir Adyla.
Raffiez terkedu dan melihat apa yang sedang dia peluk. Laju sahaja dia melepaskan pelukan dan berlari menuju ke luar bilik.
"Malu la tu." Ujar Adyla sambil ketawa kecil. Dia kemudian bangun dan menuju ke bilik air untuk berwuduk.
"Apa yang kau buat ni Raff! Ish, memalukan!" Marah dirinya. Mummynya datang ke arahnya dan menyapa.
"Dah kenapa dengan kamu ni Raff? Pelik semacam je."
"Err, nothing mummy. Raff terkejut je tadi." Ujarnya sambil menggosok leher.
"Terkejut? Haih, macam-macam lah kamu ni. Dah solat ke belum ni ?" Soal mummynya.
"Raff nak solat la ni." Raffiez terus menuju ke bilik Razzief. Malu hendak bercakap.
"Dah kenapa nak solat dekat bilik Razz pulak. Bilik sendiri kan ada. Isteri pun dah ada. Haih, apa masalah lah dengan anak aku ni." Kata mummynya. Mummy menggeleng kepala melihat gelagat anaknya itu.
Adyla pula sedang khusyuk menunaikan solat Subuh di dalam bilik.
Setelah selesai mendirikan solat, dia berdoa memohon keampunan dan keberkatan dari Ilahi. Dan berharap agar perkahwinan mereka akan bahagia.
"Mama, papa, abang. Dyla rindu. Ya Allah, betapa aku rindu akan mereka. Aku mohon padamu, tempatkanlah papa di kalangan orang-orang yang beriman." Menitis air mata Adyla mengenangkan arwah papanya. "Aku kena kuat!" Adyla mengelap air matanya.
Kemudian Adyla melipat sejadah dan bersiap untuk memasak. Dia turun ke dapur dan menyediakan bahan memasak.
"Hmm, aku nak masak apa eh ? Nasi goreng atau bihun goreng? Soalnya sendiri. Setelah berfikir, dia memutuskan untuk memasak nasi goreng.
Setelah siap, dia menghidangkan nasi goreng dan teh panas di atas meja makan.
"Good morning menantu mummy. Sedapnya bau. Kenapa Dyla susah susah masak ni? Mummy kan ada. Dyla pun masih penat kan." Mummynya datang setelah menghidu bau yang enak.
"Good morning mummy. Ala, takpe. Bukannya susah pun masak ni. Lagipun, buat apa Dyla jadi menantu mummy kalau tak boleh nak masak kan ata Adyila dengan senyum tak lekang di bibirnya.
"Hm, yelah. Untung mummy dapat menantu macam kamu. Haih, kecur liur mummy tengok nasi goreng yang Dyla buat. Tak sabar nak rasa." ujar mummy. Mereka berdua ketawa kecil.
"Amboi, dua beranak ni kemain lagi bergelak ketawa." Kata bapa mentua Adyla yang berpakaian segak untuk ke kerja.
"Eh, jemput lah duduk mummy, daddy. Rugi tau kalau tak makan nasi goreng yang Dyla buat." ujar Adyla sambil menyedok nasi goreng ke dalam pinggan mummy dan daddy.
"Untungnya daddy dapat menantu pandai masak. Cantik pulak tu." puji daddy.
"Ada-ada je daddy ni. Makanlah ye. Dyla nak naik atas kejap."
"Eh, kamu tak nak makan sekali ke?" soal Mummy.
"Kejap lagi la. Mummy daddy makan la dulu. Dyla nak panggil Raff."
Mereka berdua mengangguk lalu Adyla segera melangkah menuju ke biliknya.
Adyla menguak pintu bilik. Namun Raffiez tiada di situ. Lalu dia menghala ke bilik Razzief. Belum sempat dia mengetuk pintu bilik, pintu itu telah dibuka oleh Raffiez. Terperanjat Raffiez dibuatnya.
"Kau nak apa?" Soal Raffiez mengawal riak.
"Jom turun bawah makan. Saya dah masak nasi goreng. Mummy daddy pun tengah makan tu." Ujar Adyla.
"Hmm." Raffiez lalu turun ke dapur sendiri.
"Razz, let's have a breakfast together." Ajak Adyla setelah Razzief keluar dari bilik air.
"Alright, kak." Jawab Razzief lalu menghala ke dapur setelah menutup pintu biliknya.
****
"KAMU dah ada perancangan for the honeymoon with your wife?" Soal mummynya kepada Raffiez di ruang tamu. Adyla pula sedang berada di biliknya.
"Belum lagi mummy. Raff tak rancang apa apa pun lagi. Lagipun kerja dekat office daddy tu banyak lagi yang nak disiapkan." Balasnya.
"Ala, kerja tu takpelah. Yang penting kamu dapat bawa isteri kamu tu pergi honeymoon. Kan daddy dah bagi cuti panjang." Terang mummynya.
"Nantila Raff fikirkan. Raff kena bincang dengan Dyla dulu."
"Hmm.. Yelah."
Adyla menelefon Erina untuk bertanya khabar.
"Assalamualaikum sahabat dunia akhirat!" Salam diberi kepada Erina.
"Waalaikumussalan sahabat tersayang! Asal call aku ni? Ada something wrong ke?" Soal Erina.
"Ish kau ni. Aku call sebab nak tanya khabar kau la. Takkan tak boleh?"
"Nak tanya khabar je?"
"Dahtu? Soal Adyla.
"Ingat nak belanja aku makan tadi. Shopping ke apa ke." Gurau Erina.
"Ish kau ni kan."
"Haih, gurau je la. Ye, aku sihat alhamdulillah. Takde pun la aku jatuh tergolek ke apa."
"Alhamdulillah. Kau dengan Abang Iman macam mana ?" Tanya Adyla ingin tahu.
"Takde pape. Okey je. Aku sebenarnya...." Belum sempat Erina berkata, Raffiez menguak pintu dan bertanya kepada Adyila.
"Kau cakap dengan siapa tu?"
"Err, nanti kita sambung borak eh. Bye." Beritahu Adyla kepada Erina.
"Eh, aku belum habis cakap lagi la. Weh!" Adyla terus menamatkan panggilan.
"Saya cakap dengan Erina. Kenapa?"
"Bukan dengan Aus?" Raffiez senyum sinis.
"Apa pulak Abang Aus. Erina la."
"Kau tak payah tipu aku la." Dingin Raffiez.
"Mana ada saya tipu."
"Dah ah. Aku nak keluar." Ujar Raffiez lalu menghala ke luar.
"Nak pergi mana?" Tanya Adyla.
"Tak payah nak sibuk hal aku. Kau sambung lah borak dengan kekasih hati kau tu." Sempat Raffiez memerli.
'Geram betul aku dengan dia. Takde angin takde ribut. Tiba tiba nak marah. Pelik betul.' getus hati Adyla.
Share this novel